12 September 2007

Siapa Yang Bakar Jalur Gemilang?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Perbuatan membakar jalur gemilang di dalam kejadian trajedi Batu Buruk adalah sesuatu gejala yang memeranjatkan banyak pihak.

Media arus perdana samada akhbar tempatan atau radio dan television awam kesemuanya menuding jari kononnya ia perbuatan " pihak yang merusuh". Yang anehnya gambar ini dirakam oleh pihak media arus perdana terutama TV3 sendiri dengan seolah-olah ada lakonan sejak bendera dipegang sehingga ia dibakar hangus. Ia adegan jahat guna untuk menipu rakyat.

Saya ingin menyatakan dengan tegas bahawa kejadian membakan jalur gemilang bukan perbuatan mana-mana ahli PAS tetapi ia adalah perlakuan jahat manusia yang bernama "SB" dari pihak Polis DiRaja Malaysia.

elah terlalu banyak kes di mana-mana kejadian keganasan di dalam mana-mana perhimpunan aman oleh pihak parti pembangkang dieksploitasikan oleh SB-SB durjana ini dengan tujuan untuk memberikan gambaran paling dasyat dan paling buruk kepada pengajur demonstrasi.

Alangkah jijiknya perbuatan mereka, disamping mengeksploitasi suasana yang tenteram, mereka akan menjadikan kejadian "bakar bendera" yang mereka lakukan itu sebagai justifikasi untuk melakukan penahanan, penangkapan dan tindak balas kononny di atas dasar keselamatan.

Saya masih teringat satu kisah kejadian ketika demonstrasi menentang penghinaan terhadap Rasulullah oleh kartunis Denmark yang di hadiri oleh ramai pemimpin tertinggi PAS, termasok Dr Hatta, Ustaz Bakar Chik dan lain-lain. Tiba-tiba di celah-celah demontrasi itu ada sepanduk dan gambar pemimpin Syiah dijulang.

Seorang rakan saya yang berkebetulan sama seperti saya mencurgai watak-watak yang menjulang gambar pemimpin Syiah berkenaan telah merakamkan beberapa keping gambar dengan kameranya. Oleh kerana kameranya mempunyai ciri zooming maka dapatlah dirakamkan beberapa orang yang terlibat menjulang gambar-gambar berkenaan.

Apa yang berlaku? Tiba-tiba seorang SB berpakaian preman memegang bahu rakan saya itu dan mengajaknya ke pergi ke land rover polis dan kemudiannya dibawa be balai.

Rakan saya itu menyatakan di balai polis beliau telah dipaksa untuk mengeluarkan filem yang ada untuk diserahkan kepada pegawai polis yang turut ada di situ.

Kerana khuatir sesuatu menjadi lebih buruk, rakan saya cuma melakukan seperti yang diminta dan telah diberi amaran oleh pihak polis agar tidak merakamkan lagi insiden berkenaan.

Aneh! Ini bererti pihak polis berkenaan mengetahui siapa sebenarnya yang menjulang gambar-gambar itu sehingga ia tidak mahu dirakamkan.

Tidak ada penjelasan yang lebih tepat siapa sebenarnya yang menjulang gambar-gambar itu kecuali oleh pihak polis sendiri yang bernama SB ini melakukannya semata-mata untuk menghubungkaitkan PAS dengan Syiah.

Ada gambar yang tersebar di internet kemudiannya yang memaparkan gambar berkenaan tetapi sudah tidak dikenali lagi siapa yang menjulang gambar tersebut. Ia disebarkan secara meluas yang jika dilihat oleh seorang rakyat biasa akan menyatakan bahawa PAS telah diresapi Syiah.

Gambar ini kemudiannya dianalisa oleh seorang sahabat yang kemudiannya ternyata terdapat "adegan pincang" yang terserlah melalui gambar itu.

Cuba kita saksikan analisanya:

a

gambar asal


b

A - Tangan yang memegang poster berframe itu besar - saiznya tidak appropriate untuk mereka yang berada di sebelah belakang.

B - Poster putih "termasuk di dalam rambut (kepala) orang di depan.

C - Tiada kepala orang yang memegang poster berkenaan. Yang kelihatan cuma tangannya sahaja.

Justeru "mereka" yang memegang gambar itu kini telah "diselindungkan".

Berbalik kepada kejadian di Batu Buruk. Diberitakan oleh media arus perdana, mereka yang hadir di program berkenaan telah membawa bersama mereka "molotav coctail" - satu bahan letupan kecil yang mengeluarkan api apabila di balingkan.

fDi dalam setiap demontrasi yang diadakan isu "molotav coctail" ini akan wujud. Sipa sebenarnya yang membawa dan membakarnya? Saya menyatakan itu perbuatan SB.

Kerana tidak ada apa sebab mengapa orang yang ingin menghadiri ceramah umum dan perhimpunan secara aman untuk membawa bahan berkenaan.

Dan kita ingin menyatakan dengan tegas bahawa: bakar bendera, molotav coctail dan seumpamnya bukan budaya yang ada di dalam Parti Islam SeMalaysia.

Kita juga ingin mencabar Ketua Polis Negara agar menafikan DENGAN NAMA ALLAH bahawa SB-SBnya tidak melakukan eksploitasi dan provokasi jahat di dalam perhimpunan-perhimpunan pihak parti pembakang.

Kita juga mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri keselamatan Dalam Negeri besumpah dengan nama Allah bahawa perbuatan membakar bendera dan pembalingan bahan molotav coctail itu adalah perbuatan dari ahli PAS seperti yang dituduhnya di dalam kenyataan media sepertimana terseiar di dalam rancangan Berita waktu perdana sebentar tadi.

Kita juga ingin mencabar kedua-duanya PM dan Ketua Polis Negara membuktikan orang yang membakar bendera dan yang membaling molotav coctail itu adalah ahli PAS yang berdaftar serta meraka itu bukan SB.

Seandainya ketiga-tiga cabaran di atas tidak dapat dilakukan MAKA kami beranggapan bahawa Ketua Polis Negara dan PM Malaysia sendiri adalah PENDUSTA AGONG NEGARA yang wajar menerima hukumannya jika tidak dari rakyat tetapi dari Allah Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.

Mungkin saya sedikit emosional di dalam tulisan ini tetapi memandangkan kebenaran itu perlu diletakkan ke tempat yang sewajarnya maka terpaksalah ianya berbunyi demikian.

Rakyat tidak sepatutnya ditipu oleh media arus perdana yang sifatnya pengampu dan durjana. Ianya perlu dihentikan segera kerana kebenaran itu pasti akan menjelma apabila sampai masanya.

NOTA: dari TKO.

No comments: