12 September 2007

Suandi, babi lebih bertuah dari Saudara!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Oleh Penarik Beca

Bila mendapat tahu tentang tindakan ganas polis terharap penyokong pembangkang di belakang asrama Sekolah Menengah Ugama Zainal Abidin, saya terus teringat babi. Tidak seperti ketika berhadapan dengan babi, senang-senang polis menembak seorang rakyat, seorang pembayar cukai dan lebih dari itu seorang insan beragama Islam dengan peluru hidup, tidak kiralah sama ada Suandi yang ditembak itu penyokong pembangkang ataupun tidak.

Dengan babi, seperti kata Cik Gu Nazir Khan, pihak polis tidak ubah "seperti pondan" dan "balik macam darai keletihan selepas melayan pelanggan dilorong belakang".

"Perkara yang paling menarik yang aku nak cakap ialah tentang kehadiran FRU yang lengkap dengan perisainya dan helmetnya dan senjatanya. Terdapat footage menunjukkan penternak-penternak ini mengasak kepungan polis. Depa dok tolak FRU-FRU darai ni dan seperti darai, FRU ni hanya boleh jerit aaawww," katanya lagi.

Kuat dan berkuasa sungguh babi di negara ini.

Tetapi, apabila berhadapan dengan apa yang mereka dibising-bisingkan sebagai "penyokong parti pembangkang", tiba-tiba Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakob berkata, anggota yang melepaskan itu, Azmi Hussein, 29, terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan satu das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Mempertahankan diri! Ingat baik-baik perkataan itu. Dan, tidak lagi seperti "darai keletihan selepas melayan pelanggan dilorong belakang" dan hanya "boleh jerit aaawww" ketika berhadapan dengan babi yang kuat dan berkuasa di negara ini, polis ternyata begitu cekap, cepat dan betul di di belakang asrama Sekolah Menengah Ugama Zainal Abidin apabila berhadapan dengan rakyat yang kononnya "penyokong parti pembangkang". Malang sungguh nasib penyokong parti pembangkang dan alangkah bertuahnya babi di negara ini!

Dalam satu sidang akhbarnya semalam, Ayub mendakwa bahawa salah seorang anggota polis telah melepaskan sedas tembakan. Hanya sedas sahaja.

Bagaimanapun, beberapa orang saksi memberitahu Malaysiakini bahawa lebih dari sedas tembakan dilepaskan ke arah orang ramai di situ. Mereka juga menyatakan, beberapa orang awam turut cedera dalam keganasan polis itu.

Persoalan yang terus menjadi tanda tanya, seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Tapah malam tadi, adakah Azmi merupakan polis beruniform atau memakai pakaian orang awam pada masa kejadian itu berlaku?

Tidak kira beruniform atau tidak, mengapa polis menggunakan peluru hidup? Sedangkan, mungkin dalam percubaan tidak cerdik untuk membendung kemarahan rakyat, Ayub sendiri menyatakan hanya empat anggota polis yang tercedera. Tiga daripada anggota polis itu dirawat sebagai pesakit luar manakala seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), katanya.

Akhbar-akhbar yang membuat laporan seperti berita bertajuk "750 pembangkang merusuh, rosakkan harta awam di Terengganu" dan saluran-saluran TV yang mensensasikan berita itu malam tadi dengan tujuan untuk memburukkan pembangkang, selepas ini tunjukkan gambar anggota yang dimasukkan ke HSNZ itu. Adakah hancur, cacat, buta, tempang atau kudung dikerjakan "perusuh" sehingga menyebabkan peluru hidup terpaksa digunakan?

Kita juga mahu melihat lagi gambar Azmi. Adakah muka atau tubuhnya hancur, cacat, buta, tempang atau kudung dikerjakan "perusuh" sehingga menyebabkan peluru hidup terpaksa digunakannya?

Bagaikan tentera Israel yang sering mewajarkan keganasannya dengan alasan hendak mempertahankan diri dari rakyat Palestin yang dijajah dan ditindas, tidak sepatah pun Ayub menceritakan bahawa tembakan tersebut mengakibatkan Suandi terpaksa menjalani pembedahan oleh pakar cardiotorasic di Hospital USM, Kota Bharu. Maknanya terpaksa dipindahkan dari hospital di Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu yang kaya dengan hasil minyak. Mungkin tidak ada pakar bedah berkenaan atau tidak ada alat.

Khabarnya CT Scan pun tak dapat dibuat di hospital itu. Rosak atau tidak ada? Malang sungguh rakyat Terengganu, negeri Monsoon Cup.

Apabila terpaksa dibedah oleh pakar cardiotorasic, ia bermakna di tembak di dada. Nasib baik di sebelah kanan. Bagaimana kalau di sebelah kiri, menembusi jantung dan Suandi menemui ajalnya. Adakah Menteri Keselamatan Dalam Negeri akan mendakwa Suandi seorang penjenayah seperti yang dakwaan Tun Musa Hitam dahulu ke atas syuhada' Memali?

Kalau benar CT Scan pun tidak ada, mengapa pula keluarga Suandi tidak dibenarkan melawat beliau ketika beliau sampai di hospital dan beberapa lama selepas itu? Pembedahan dibuat malam tadi, di Hospital USM, Kota Bharu.

Tidak ada penjelasan. Sebaliknya, Ketua Polis Terengganu itu membikin dakwaan kononnya ceramah BERSIH tidak diberi permit kerana faktor keselamatan memandangkan tempat ceramah berada dalam kawasan perumahan pegawai kerajaan. Mengapa lembik sangat alasan Ayub?

Ahmad Hadeed yang menulis di Tranungkite memberitahu, tempat ceramah tersebut amat popular dan sudah diguna berkali-kali untuk majlis ceramah termasuk ceramah menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik saja di bebaskan dari penjara.

Ayub seterusnya mendakwa, kira-kira pukul 9 malam tersebut, polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan menyebabkan polis mengambil langkah pencegahan di kawasan perhimpunan itu termasuk mengadakan sekatan jalan. Dakwaan Ayub itu meggambarkan dua kemungkinan sahaja. Kemungkinan pertama, Ketua Polis Terengganu itu berbohong. Kemungkinan kedua, beliau menerima maklumat bohong.

Bagaimana jentera polis yang sering dibagakkan sebagai cekap, cepat dan betul tidak tahu bahawa apabila polis membatalkan permit pada petang sebelum malam peristiwa hitam itu, pihak penganjur telahpun membatalkan ceramah tersebut? Perkara tersebut memang terbukti kerana ceramah sememangnya tidak diadakan. Para penceramah yang dijangka berucap juga tidak ada.

Memang benar mereka pergi ke tempat itu kira-kira jam 12 malam. Tetapi mereka bukan pergi kerana hendak berceramah, tetapi sekadar menunaikan hajat tuan rumah yang telah bersusah-payah menyediakan jamuan untuk mereka. Lagi pun, ceramah apa pukul 12 malam?

Kalau Ayub berbohong, itu tidak menghairankan. Tetapi, jika beliau menerima maklumat bohong dari orang bawahannya, kemungkinan Cawangan Khas, adakah itu termasuk dalam cekap, cepat dan betul?

Adakah Ketua Polis Terengganu itu menerima maklumat bohong sehingga menyebabkan beliau mengarahkan supaya sekatan jalan dipaksakan ke atas rakyat dan akhirnya polis bertindak ganas menggunakan peluru hidup kononnya untuk mempertahankan diri. Pengganas Israel pun tahu menggunakan peluru getah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghamburkan sampah-sarap dari mulutnya dan mendakwa "tindakan pihak polis dalam menangani rusuhan oleh penyokong parti pembangkang di Terengganu malam tadi adalah berasas kepada tanggungjawab mereka untuk menguatkuasakan undang-undang negara".

Undang-undang jenis apa yang mengharamkan demokrasi dan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dengan alasan (yang didakwa Ayub) "polis tidak mengeluarkan permit bagi perhimpunan itu disebabkan ketidaksesuaian tempat untuk diadakan ceramah kerana terletak dalam kawasan perumahan pegawai kerajaan".

Undang-undang jenis apa yang mengharamkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam kawasan perumahan pegawai kerajaan sehingga polis menjadi pemangsa yang nyaris membunuh Suandi dengan peluru hidup?

Si gila mana yang mahu mempercayai Ayub apabila beliau mendakwa , seramai 300 hingga 400 orang cuba merempuh sekatan tersebut dengan bertindak agresif terhadap kira-kira 350 anggota polis dan FRU dengan membaling pelbagai objek termasuk bom molotov, kayu, besi, botol dan batu?

Bom molotov? Hey Ayub! Berapa orangkah di negara ini yang telah ditangkap, didakwa dan didapati bersalah di mana-mana mahkamah kerana membawa bom molotov ke tempat ceramah pembangkang? Dan, berapa banyak ceramah pembangkang yang mencetuskan rusuhan jika tidak diganggu oleh pihak polis? Tanpa sebarang gangguan polis, berapa banyak penyokong pembangkang yang didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah kerana mencetuskan rusuhan sesama sendiri?

Lebih penting untuk ditanyakan, adakah rusuhan berlaku sebelum atau selepas orang ramai mendengar berita dua pemuda tidak bersenjata di tembak?

Dan, jika benar dakwaan Ayub bahawa seramai 300 hingga 400 orang cuba merempuh sekatan tersebut dengan bertindak agresif terhadap kira-kira 350 anggota polis dan FRU dengan membaling pelbagai objek termasuk bom molotov, kayu, besi, botol dan batu, benarkah FRU yang selama ini terkenal dengan cota, rota dan lebih dari itu, gas dan air beracun, tidak mampu mengawal keadaan dengan cara yang selama ini dianggap menjadi hobi dan kelazatan mereka itu?

Benarkah begitu ramai FRU yang berada di tempat kejadian yang berupaya membantu meleraikan pertelingkahan tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu Azmi sehingga beliau terpaksa menggunakan peluru hidup. Adakah mereka pada masa itu "macam darai keletihan selepas melayan pelanggan dilorong belakang"?

Atau, adakah terdapat anggota polis yang sememangnya dari jenis "trigger happy"?

Ohh, ada bom molotov. Patutlah perkataan "bom molotov" diselitkan. Kalau tidak, tidak adalah sebab untuk menggunakan peluru hidup, kan?

http://penarikbeca.blogspot.com/

ni pun aku copy dari TKO

No comments: