26 December 2005

Kewajiban mengundi dari perspektif Islam

Oleh Abdul Ghani Samsudin

Allah berfirman dalam surah al Talaq ayat 2, yang bermaksud: ”Tegakkan (sempurnakan) kesaksian semata-mata kerana Allah. Itulah yang disarankan sebagai pengajaran kepada kalian yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah beri dia jalan keluar (dari segala kesusahan).”

Dalam Surah Al Nisa’ ayat 135 Allah berfirman, maksudnya: ”Wahai orang-orang yang beriman, kamu hendaklah menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan serta menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Jika orang (yang didakwa itu) kaya atau miskin maka Allah lebih utama dari (perhitungan) kaya atau miskin (tersebut). Oleh itu janganlah kalian menurut hawa nafsu, kalian wajar berlaku adil. Tapi kalau kalian menyimpang atau berpaling (dari kebenaran) maka Allah sangat mengetahui apa yang kalian lakukan.”

Dalam Surah al Baqarah, ayat 188, maksudnya: Jangan kamu makan harta sesama kamu secara yang tidak halal dan kamu menghubungkannya pula dengan kuasa dan sewenang pemerintah untuk dapat melahap harta umum secara yang berdosa pada hal kamu sedar dan tahu.

Dalam Surah al Baqarah, ayat 283, maksudnya: Jika kamu dalam perjalanan (lalu terlibat dalam hutang atau memberi hutang) tetapi kamu tidak ada penulis (notaris penthabit hutang) maka adakanlah barang gadaian untuk dipegang (oleh orang pemberi hutang). Tapi kalau pemberi hutang percaya kepada yang berhutang maka hendaklah orang yang berhutang menunaikan bayarannya (tunaikan amanah), namun dia wajar bertaqwa (takut) kepada tuhannya. Janganlah kamu menyembunyikan kesaksian (yang benar). Siapa yang menyembunyikan kesaksian (yang benar) maka dia adalah manusia (berjiwa kotor dan) berdosa. Allah amat mengetahui apa kalian lakukan.

Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 8 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman , kamu (semua) hendaklah menjadi golongan yang menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap mana-mana kaum (golongan) menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Kamu hendaklah adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

Muslim meriwayatkan dari Anas Bin Malik katanya: Rasulullah pernah menyebut mengenai dosa-dosa besar ( atau beliau ditanya tentang itu). Baginda menjawab: (Dosa besar itu ialah ) syirik kepada Allah, membunuh orang dan menderhaka kepada ibu bapa. Baginda berkata: Mahu kah kalian aku beritahu dosa besar yang paling besar. Baginda menjelaskan iaitu bercakap bohong )atau bersaksi dusta). Syu’bah berpendapat: berat angkaan saya bahawa yang beliau maksudkan ialah kesaksian palsu”

Menurut riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain baginda pernah berkata: tiap orang dari kamu akan berhadapan dan tuhan akan bertutur dengannya secara bersendirian tanpa penterjemah pada hari kiamat kelak. Ia memandang kekanan maka ia dapati amalan kejahatan yang telah dilakukannya, pandang ke kiri pun ia melihat gambaran yang sama malah lebih teruk lagi. Ia pandang ke hadapan lalu ia melihat hanya api neraka. Oleh itu kalian semua hendaklah menghindari api neraka walaupun dengan (menyedekahkan) setengah ulas buah tamar ataupun dengan menuturkan (apa-apa jua) perkataan yang baik.

Pendahuluan

Kuasa memerintah dicapai melalui berbagai cara. Ada yang diperolehi melalui keturunan (sistem beraja penuh). Ada pula yang diperolehi melalui rampasan kuasa samada berdarah atau tidak. Ada yang tercapai melalui permuafakatan dan pilihanraya. Dalam bahasa agama disebut syura , manakala dalam bahasa yang lumrah masa kini ialah melalui “Intikhab “ atau pungutan suara rakyat yang dilakukan dengan amanah, bersih dan adil .Manakala sistem yang lumrah di terima kini – dalam konteks peralihan kuasa secara aman kini - ialah sistem demokrasi yang murni dan bersih.

Ada beberapa keperluan rakyat yang asas dalam negara demokrasi antaranya ialah
1.Hak-hak Madani atau sivil
2.Sistem dan peraturan serta perlaksanaan pilihanraya yang adil
3.Pengurusan kerajaan yang baik dan bersih dari rasuah
4.Media yang beretika, profesional, adil dan memihak kepada rakyat
5.Undang-undang yang adil dan perlaksanaanya yang tidak pilih kasih
6.Penglibatan penuh rakyat dan sistem perwakilan yang sihat
7.Kehakiman yang mempunyai integriti yang tinggi

Asas asas di atas dan beberapa pertimbangan seperti membenarkan penubuhan parti politik secara halal , mewujudkan suruhanjaya pilihanraya yang bebas, memberi peluang mengundi kepada orang yang berkelayakan tanpa menghalang mereka menggunakan hak mereka dengan alasan pentadbiran secara licik, mengadakan pilihanraya Kerajaan Tempatan, mengadakan pilihanraya negeri (DUN) dan Federal (parlimen) dan sebagainya adalah merupakan indikator wujudnya kebebasan dan demokrasi dalam sesebuah negara.

Kendatipun tatacara yang baik sudah sepakati oleh manusia yang bertamadun namun itu tidak bermakna manusia dapat menepati tuntutannya. Sering berlaku penipuan, pencabulan dan penyalahgunaan kuasa sehingga menghilangkan kebaikan dan ketenteraman yang boleh dijana oleh sistem yang baik. Manusia yang tamak, korup. dan tidak berakhlak terus menerus melakukan penyelewengan tanpa menyedari akibat buruk dari perbuatan tersebut.

Di Malaysia umpamanya terdapat sistem , kaedah perlaksanaan, amalan yang jelas bercanggah dengan lunas demokrasi diamalkan oleh parti yang memerintah. Setakat hari ini belum ada tanda-tanda yang menunjukkan bahwa penyelewengan dari garis demokrasi yang sah ini akan diperbaiki oleh mereka . Antara pencabulan demokrasi yang terus menerus berlaku di Malaysia kini ialah:

1 (a) Politik & Pilihan raya

SPR diletakkan dan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri

Penukaran sempadan pilihanraya secara sewenang-wenang bagi kepentingan pihak tertentu

Menukarkan syarat pendaftaran menurut kepentingan pihak tertentu

Menukar pengundi keluar dari kawasan mengundi dan memasukkan pengundi ke kawasan lain tanpa pengetahuannya

Penambahan kerusi parlimen dan DUN bagi kepentingan politik tertentu

Daftar pemilih yang tidak bersih. Ada pengundi hantu

Menggunakan daftar pemilih yang berlainan

Berlakunya pengulangan mengundi bagi seorang individu lebih dari sekali

Penyalinan no siri pengundi pada tunggul keratan kertas mengundi yang membolehkan dikesan nama pengundi

Pejabat Pendaftaran Negara diperalatkan bagi menambah dan mengurangkan pendaftaran di sesuatu kawasan menurut kepentingan BN.

Pengeluaran kad pengenalan sementara bagi pengundi-pengundi upahan

Memanipulasi pengundi-pengundi pos

Politik wang dan rasuah politik

Penambahan waktu mengundi – bercanggah dengan akta pilihanraya

Keputusan penghakiman petition pilihanraya yang tidak konsisten

Parti pemerintah menggunakan peralatan dan kemudahan kerajaan

Menyekat golongan tertentu yang sudah berkelayakan dari mengundi

Menggunakan samseng dan kaki pukul untuk menyekat dan menakutkan pengundi

Menahan atau tidak menyerahkan borang 14 bagi tujuan penipuan keputusan mengundi

Memonopoli segala media elektronik dan cetak

2.Pencabulan Hak Asasi

Malaysia tidak telus dan tiada kebebasan media. Global Freedom Ranking of Freedom House pada tahun 2004 meletakkan Malaysia pada ranking 122/167. Berkedudukan lebih teruk dari Indonesia 117/167. 2003 Malaysia mendahului Indonesia pada ranking 111/167.

New York City Based Think-Tank Freedom House 2005 meletakkan Malaysia pada ranking 152/194 terkebelakang dari Phlippine (77), Thailand (95) dan Singapura (139).

Wujudnya di Malaysia akta-akta ISA (1960), OSA – Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Hasutan (1948), Akta AMCP –Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan (1984), AUKU (1971) dan AKU JANJI (2002).

PBB menghantar Pelapor Khasnya (Special Rapporteur) ke Malaysia menyiasat tuduhan pencabulan hak kebebasan bersuara dari 20 hingga 24 Oktober 1998 dan berpendapat ``…hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat adalah terbatas daripada segi kewujudan akta-akta ISA, Akta Hasutan, dan AMCP; kawalan pemilikan media arus perdana dan memperolehi maklumat mengenai parti pembangkang di media elektronik oleh parti pemerintah, `self-censorship` para wartawan, menghukum wartawan asing dan menghalang pengedaran media elektronik asing; menghalang rakyat memperolehi maklumat yang berupa pandangan dan pendapat kritikal kepada kerajaan; serta memperlihatkan usaha campur tangan kerajaan ke atas badan kehakiman (Commission On Human Rights 1998: 7-8 dipetik Azizuddin Mohd Sani: 84-85).

International Bar Association (IBA), International Commission of Jurists (CIJL), The Commonwealth Lawyers’ Association (CLA) dan Union Internationale des Avocats (UIA) yang menghantar misi pengkaji perundangan Malaysia dari 17 hingga 27 April 1999 diketuai Lord Abernethy menyiasat mengenai kebebasan kehakiman di Malaysia mendapati Perlembagaan Persekutuan membatasi hak-hak yang penting dan menafikan kajian semula kehakiman tindakan badan eksekutif dan menggugat konsep pengasingan kuasa yang diamalkan. (Azizuddin Mohd Sani: 85-86).

Report of `The Royal Commission to Enhance the Operation and Management of The Royal Malaysia Police, mendapati bahawa: The Commission’s findings are that there is extensive and consistent abuse of human rights in the implementation of these laws and standing orders by PDRM personnel. This has added to the erosion of integrity in the police service and further undermined the trust of the public in this important institution ( Report of The Royal Commission, 2005: 4)

Berbagai-bagai cara pencabulan Hak Asasi Manusia dilakukan oleh Polis di bawah desakan parti-parti politik pemerintah seperti menyekat permit untuk berceramah, walaupun diminta memohon, menyekat jalan-jalan ke tempat ceramah, walaupun ceramah di dalam premis, memasuki premis- premis yang sedang dalam sesi ceramah, walaupun polis tidak berhak berbuat demikian, menggempur kawasan dan premis ceramah dengan jip, trak, lori dan menembak gas dan air kimia, bahkan menangkap mereka yang hadir ke ceramah.

Untuk menghadapi realiti politik Malaysia yang begitu buruk rakyat dan parti-parti yang berperanan memperkasa demokrasi dan memulihkan kedaulatan rakyat perlu menyebarkan kefahaman yang betul tentang pilihanraya dari perspektif Islam. Ini kerana kita yakin bahawa kefahaman dan komitmen keagamaan yang tinggi sahaja boleh menjana kesedaran moral yang kukuh untuk mengatasi kelemahan batin dan jiwa manusia yang kerap terjebak melakukan pengkhianatan dan penipuan dalam mengurus pilihanraya dan memerintah negara. Lanjutan dari itu kita perlu memperincikan tajuk di atas sehingga boleh mencetus kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat mengenai akauntabiliti, responsibiliti dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah dan tugas mengundi. Pendek kata dalam mengundi rakyat perlu memilih calon yang layak kerana mirit mereka dan bukan kerana wang dan janji habuan yang ditaburi mereka.

Hakikat Mengundi

Ada beberapa pandangan yang ditampilkan oleh ulama mengenai kewajipan mengundi ini.

(a) Ada yang mengatakan bahawa kewajipan mengundi ialah ialah suatu syahadah atau kewajipan mengutarakan syahadah seperti yang disebut oleh Allah dalam Surah al Talaq:2, Al Nisa’ 135,, al Baqarah:283, al Maidah:8. Ringkasan penghujahan mereka ialah: bahawa Allah telah mewajibkan sesorang itu menampilkan kesaksiannya (syahadah) dengan jujur dan benar. Allah melarang umat Islam menyembunyikan kesaksian Allah berfirman:Al Baqarah 283, maksudnya: “Janganlah kalian menyembunyikan syahadah, siapa yang menyembunyikan kesaksian maka ia adalah manusia yang (hatinya) berdosa.”

Penyembunyian syahadah tidak hanya dengan keengganan melaksanakan syahadah tetapi juga dengan menafikan yang hak dan kebenaran dengan tidak menyokong dan menonjolkan kebenaran itu; sebaliknya mendokong dan menyokong kebatilan. Menyokong dan memenangkan kebatilan adalah satu bentuk dari kejahatan menyembunyikan kebenaran. Perbuatan ini – tidak ada khilaf ulama – hukumnya adalah haram dalam Islam.

Syahadah mesti dilaksanakan kerana Allah bukan kerana yang lain seperti wang, pembangunan, kesenangan atau keuntungan kebendaan. Oleh kerana pilihanraya dan mengundi dalam pilihanraya itu adalah satu bentuk syahadah maka pertimbangan dalam membuat pilihan siapa yang patut diundi itu mesti kerana Allah. Dengan lain-lain perkataan sampai di mana calon atau parti yang diwakili oleh seseorang itu memihak dan mahu melaksanakan perintah Allah. Sebab itu rasuah dalam pengundian diharamkan dalam Islam justeru itu satu pembelotan dan pengkhianatan terhadap Allah. Atau lebih jelas adalah kerana perbuatan itu bermakna tidak bersyahadah kerana Allah; sebaliknya kerana duit atau habuan kebendaan. Perbuatan seperti ini adalah ditegah oleh syara’.

Rasulullah bersabda: “Allah mengutuk orang yang memberi dan menerima rasuah” Hadith riwayat Ahmad , al Tabrani dan Abu Daud dan Termizi. Ia mengatakan bahawa hadith itu adalah hadith Hasan. Dalam setengah riwayat ditambah dengan ungkapan : .. “dan orang yang menjadi perantara kepada pemberi dan penerima rasuah.”

Larangan terhadap rasuah ini malah dirakam dalam kitab Taurat dalam bab dua. Tersebut di situ : Janganlah kamu menerima rasuah; justeru rasuah itu membutakan mata hakim dalam penghakiman mereka.

b) Kewajipan mengundi adalah unjuran dari kewajipan amr makruf dan nahi anil munkar yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Ia suatu jihad madani untuk mendokong kebenaran dan menumpaskan kebatilan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran ia hendaklah merubah (mencegahnya) dengan tangan(kuasa). Kalau tidak berdaya maka dengan lisan.”

Fatwa Islam online menegaskan: (Pengubahan dan pencegahan dengan lisan tidak semestinya bermakna pengubahan dengan perbuatan. Ia bermakna pengubahan dengan membuat teguran terhadap kemungkaran itu sendiri. Salah satu mekanisme menegur kemungkaran ialah apabila seorang ahli parlimen yang pandangannya lumrah diterima oleh orang ramai menegur kemungkaran berkenaan bagi pihak rakyat di parlimen. Teguran seperti itu tentu mudah diterima oleh orang ramai, di samping akan disebar luaskan oleh media massa.)

c) Kewajipan mengundi adalah seumpama kewajipan mentazkiah atau merekomenkan seseorang untuk memegang suatu jawatan dan tanggungjawab penting dalam negara.

d) Kewajipan mengundi adalah kewajipan politik yang terbit dari sifat seseorang sebagai rakyat yang wajib mengundi secara berkala untuk menentukan kumpulan dan wakil pemerintah yang akan menguruskan negara berasaskan perintah Allah.

e) Tugas mengundi adalah merupakan penunaian amanah untuk memberi mandat kuasa kepada seseorang yang layak dan soleh untuk memerintah dan menguruskan negara di lokaliti masing-masing.

Perawi hadith meriwayatkan: “Ketika Nabi sedang memberi bimbingan (tazkirah) kepada orang ramai tiba-tiba datang seorang Arab Badui bertanya: Bilakah kiamat? Tapi Rasulullah terus sahaja bercakap. Lalu kata segolongan; beliau dengar tapi beliau tidak suka dengan soalan itu. Segolongan yang lain pula berrpendapat ; beliau tidak dengar pertanyaan itu. Sehinggalah apabila selesai tazkirah baginda bertanya: siapa yang bertanya mengenai kiamat tadi. Orang itu menjawab, sayalah wahai Rasulullah. Rasulullah menjawab: Apabila disia-siakan amanah maka tunggulah kiamat. Orang itu bertanya pula: Bagaimana yang dikatakan mensia-siakan amanah ? Bagina menjawab: Apabila sesuatu itu diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat.”

Menurut Dr. Walid Rabi’ Mahaguru Syariah di Universiti Kuwait asas syariah tanggungjawab mengundi ini berkisar sekitar dua teras sahaja :

Pertama: Ia merupakan kesaksian dari pengundi tentan layaknya calon yang diundi untuk melaksanakan amanah dan tanggongjawab memikul tugas-tugas awam.

Kedua: Ia merupakan suatu rekomendasi “Tazkiah” pengundi untuk calon, Rekomendasi adalah termasuk dalam persoalan pengadilan atau kehakiman; di mana seseorang itu merekomenkan kelayakan seseorang saksi di hadapan hakim. Para ulama fiqh menetapkan bahawa saksi yang mendapat” tazkiah” sama dengan saksi pendakwaan dalam beberapa perkara. Antaranya mereka perlu memiliki kewarasan akal yang sempurna, kuat ingatan, mampu memikul tugas, adil, tidak buta, boleh bertutur, tidak pernah kena hukuman hudud sepeti qazaf, tidak ada pertalian kerabat yang menghalang penerimaan kesaksian di samping kesaksiannya terlepas dari membawa kepenting diri kepada saksi itu sendiri

Pendek kata keseluruhan huraian di atas adalah menjadi asas kepada kewajiban mengundi dalam Islam. Umat tidak dapat lari dari memikul tanggungjawab di dunia dan di akhirat apabila mengkhianati tugas dan kewajiban mengundi sehingga menobatkan para pemimpin korup, sesat dan tidak bermoral atau kredebiliti. Apatah lagi kalau mereka penuh temberang, tembelang dan pasti akan kecundang di akhirat kelak.

Hukum menjual atau membeli undi

Ulama sepakat berpendapat haramnya perbuatan menjual atau membeli undi dalam pilihanraya. Sebab ia adalah merupakan rasuah yang diharamkan baik kepada pengambil atau penerima mahupun pemberinya, bahkan penjadi orang tengah dalam kejahatan ini pun dilarang. Ia termasuk dalam kategori penipuan atau pemalsuan serta pembohongan. Justeru ia berbohong dan menipu orang lain. Ia mengaku layak menjadi pemimpin dan menguasai orang ramai akan tetapi ia sebenarnya tidak layak dan berhak dengan martabat tersebut. Membeli undi adalah suatu pengkhianatan umum yang membawa kepada meratanya kejahatan dan kemusnahan tanggungjawab, serta wasilah untuk memakan duit dan wang haram. Walhal itu semua itu merupakan dosa besar. Ia juga seolah-olah menyembunyikan kesaksian yang benar terhadap yang berhak; padahal perbuatan tersebut dilarang oleh Allah.S.W.T Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 283 yang bermaksud: Jangan kamu sembunyikan kesaksian (yang benar). Siapa yang berbuat demikian maka dia adalah manusia berdosa.

Perbuatan ini juga termasuk dalam kategori kejahatan kezaliman , sebab ia ”meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya”. Apabila kejahatan ini berleluasa maka akan berkembanglah amalan rasuah yang memungkinkan manusia penyeleneh menduduki tempat-tempat kekuasaan yang penting dalam masyarakat serta manusia terkutuk dapat memperkotakkatikkan kepentingan umat.

Rasuah ialah pengajuan wang, benda, atau khidmat atau sebarang janji untuk memberi sesuatu habuan kepada seseorang untuk menghalang proses kebenaran atau usaha menumpaskan kebatilan. Ia adalah salah satu dosa besar yang paling besar bahananya di dunia dan di akhirat; berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 188, maksudnya: Jangan kamu makan harta sesama kamu secara yang tidak halal dan kamu menghubungkannya pula dengan kuasa dan wewenang pemerintah untuk dapat melahap harta umum secara yang berdosa pada hal kamu sedar dan tahu.

Berbagai Ragam Pembelian Undi

Sebenarnya bentuk dan cara membeli undi masa kini berbagai ragam. Ada yang membeli dengan memberikan kepada pengundi tiket kapal terbang untuk melancong secara langsung atau melalui pihak ketiga. Ada yang memberi perabot rumah, motor, motokar, basikal, malah kadang-kadang rumah murah, atau penginapan di hotel mewah dan sebagainya untuk memancing dan memastikan pengundi mengundi diri mereka atau parti mereka. Semua ini tergolong dalam kategori dosa besar.

Walau bagaimana pun pemberian ikhlas kerana sedekah, tanpa menghubungkaitkan pemberian itu dengan kepentingan peribadi atau kumpulan untuk meraih undi atau kepentingan yang lain maka hal itu tidaklah terlarang dalam Islam. Allah maha mengetahui hakikat niat dan tujuan sebenar sesuatu pemberian. Allah mengganjari sesuatu yang dibuat kerananya.

Golongan yang terlanjur menerima rasuah atau habuan tertentu perlu berpegang teguh kepada prinsip mengundi kerana Allah. Mereka tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan muslihat pemberi rasuah berkenaan. Mereka perlu setia kepada prinsip kebenaran, Islam dan Allah S.W.T. Jika mereka teguh dan tetap mengundi kebenaran atau pihak yang benar maka mereka tidaklah terlibat dalam apa yang dipanggil sebagai politik wang atau rasuah dalam politik. Rezeki di tangan Allah dan dari Allah. Manakala sumpah yang wajib dan wajar dikota ialah sumpah yang benar atau demi menegakkan kebenaran dan Islam. Al Quran tidak pernah menjadi kitab sumpahan untuk memenangkan kebatilan, kejahatan atau kekufuran. Sumpahan al Quran dan laknat Allah hanya mengenai pengkhianat dan penentang ajaran Islam yang sebenar.

Penutup

Apa yang penting para pengundi, baik muslim mahupun bukan harus bijak dan tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menghilangkan hak mereka mengundi pada masanya atau memberi hak kepada orang lain untuk membuat pengundian atas namanya tanpa sebarang rasa bersalah dan berdosa hanya kerana sehelai kain atau beberapa ringgit wang imbuhan.

Ingatlah undi dan hak pengundian anda adalah amanah Allah dan rakyat kepada anda. Anda wajib menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan demi Allah semata-mata. Allah Allah berfirman dalam Surah al Taubah ayat 40, maksudnya: “Mengapa kalian tidak mahu menyokongnya (perjuangan Muhammad atau perjuangan Islam ) pada hal Allah sendiri telah menyokongnya ketika orang-orang kafir mengusirnya keluar (dari kota Mekah) sehingga beliau menjadi salah seorang dari dua orang (pelarian).(Ingatlah juga) ketika mereka berdua dalam gua dan dia berkata kepada temannya; jangan bimbang, Allah bersama kita. (Justeru itu ) Allah turunkan rasa tenteram dalam jiwanya, Allah bantu dia dengan tentera yang mereka tidak nampak. (Malah) Allah jadikan dasar perjuangan orang kafir hina dan rendah. (Sebaliknya) Allah julangkan perjuangan atas nama Allah (Islam). Memang Allah maha perkasa maha bijaksana.”

13 December 2005

Akhlak yg Mulia...

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni AbuBakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

" Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?

Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

27 November 2005

Seloka Pengkalan Pasir

GANGSA SUASA PERAK DAN EMAS
MARI DIPAKAI SI ANAK DARA
COMEL LOTE GADIS PASIR MAS
JADI IDAMAN TERUNA PRIA

SIKAT RAMBUT DIPANGGIL SISIR
MARI DIBELI OLEH SI FAIZ
SEKELIAN RAKYAT DI PENGKALAN PASIR
SEMUA KENAL YB WAN AZIZ

YB WAN AZIZ SANGATLAH TAAT
SENANG DIDEKATI BILA-BILA MASA
PERGINYA BELIAU DITANGISI RAKYAT
SUKAR MENCARI PENGGANTI YANG SAMA

PENGGANTI BELIAU SUSAH DICARI
UMNO GEMBIRA WAN AZIZ PERGI
JANGAN BERANGAN NAK RAMPAS KERUSI
KITA PERTAHAN DENGAN GERAHAM DAN GUSI

LUBOK ACHING LUBOKNYA DALAM
KUBANG BADAK TEMPATNYA AMAN
PETUGAS LUAR DAN JUGA DALAM
DATANG MEMBANTU TANPA BAYARAN

KUBANG BEMBAN KAMPUNG BHARU
KASA, SAKAR BANGGOL CHICA
RAKYAT HIDUP BERSATU PADU
TOLONG MENOLONG SESAMA MEREK

ORANG KASA BERMAIN BELON
KE BANGGOL ARA MEMBELI ROTI
27 HARIBULAN PENAMAAN CALON
6 DISEMBER HARI MENGUNDI

ANNUAR MUSA IBRAHIM ALI
JARANG BERTEMU JARANG BERJUMPA
BUKAN SENANG NAK TARIK PENGUNDI
BERBAGAI TAKTIK MESTI DICUBA

MARI MENGUNDI DI KAMPUNG BHARU
HABIS MENGUNDI KE KUBANG BEMBAN
UMNO TERKENAL PANDAI MENIPU
MENGUGUT DAN RASUAH JADI AMALAN

YUSRI MOHD PRESIDEN ABIM
BERI CERAMAH DI PANTAI KUNDUR
UMNO PENING DENGAN BERAHIM
HENDAK BERTANDING TIDAK BERUNDUR

di'copy' dari Tranungkite

26 November 2005

"Katak dalam gelas"

kelmarin ngan semalam penat tul jalan..
bukan jalan kaki..tpjalan2..
bertolak dr rumah sekitar kul 4..
asar kat MTD JABI terus ke kubang kerian..
nasib baik sempat bukak pose kat umah DR..
kalu lewat sampai, sian laa tuan rumah sediakan makanan..
mmg byk tul lauk berbuka tuu..
gulai udang, ayam merah, singgang daging..
ape lagi ek? hehhehe..
makan selalu ingat! :)

usrah malam tuu citer pasal hari kiamat..
betapa ada golongan yg x yakin wujudnya kiamat..
dan ada yg tahu, tp buat bodoh...
dan alhamdulillah wujud golongan yg sedar kiamat..
sedar dan yakin dan beramal sebagai persediaan..
(semoga kita berada dlm golongan sedar dan beramal)
korum malam tu alhamdulillah ramai..
agaknya bila buat usrah jauh2 ni lg ramai hadir..
kalu buat dalam kawasan, selalu 9 atau 8 org jek..
mungkin ramai sebab nak terus ke pgkalan pasir..

selesai usrah jam 11 terus cari kedai makan..
aku minum 'tongkat ali' je..
ngantuk sgt rasa masa tuu..
org lain sempat lg makan roti tempayang..
x tau laa kot aku je makan byk masa berbuka td..
tp rasa semua tambah nasi td.. hehehhe
lauk byk, sedap.. sape xnak tambah!
aku tengok je org makan.. dah x selera dah..
lgpun roti tempayang sini biasa je..
xder NAN CHEESE ngan AYAM TANDORI..
kuah lak kari KAMBING!..
waaa.. lama x pekena nih!
hehehhe..

sampai kat MARKAS BESAR jam 12 lebih..
lama gak lepak si 3 lagu dikir barat kat TV..
dikir untuk pilihanraya.. tp mampu buat tersenyum..
mungkin jugak buat berfikir panjang...
antara bait yg menarik pd aku...
"walaupun kelantan dikata x maju..
tapi x ada kes miskin melampau...
x ada yg sampai makan siput babi..
yg miskin sini pun x makan ubi..
maknanya semua sederhana je..."
(aku buat ayat aku dah ni..x ingat laaa..)
sempat sorang kawan mintak kaset dikir tuu..
diorang situ bgtau kaset tu dibagi free..
dapat laa layan dalam kereta sambil pusing2..

mula la perjalanan yg 'U TURN' sokmo...
asyik terlajak sokmo lepas tuu..
asalnya nak cari UPU SLOW MACANG...
bila jumpa, mcm x sesuai nak berhenti situ..
terus jalan keliling sawah padi ngn semak situ..
pastu terus pusing bandar pasir mas...
dah byk POS yg dibuka.. cuma petugas x ramai..
POS dato ibrahim ali pun ada!
mmg kuat gak pengaruh dia ni..
POS PAS ngan BN sama banyak je rasanya..
cuma BN punya lg besar skit kot...

yg seronok bila jumpa budak2 psg poster...
kitorang HON je, diorang suka laaa..
mcm kita bg semangat..
kalu yg PAS, diorang balas ngan TAKBIR!
kalu yg UMNO, balas ngan HOOOOO!
sukanya masing2 bila terasa diberi sokongan..
walaupun dia x tahu sape yg bg sokongan tuu..
kelakar gak manusia nih.. hehehhe..

"Ana dah nak balik.." SMS dr ustaz..
kitorang pun "U TURN" lg laaa...
balik ke MTD JABI..
sampai dah kul 3...
TIDUR... Zzzzz...

pagi esoknya sambung ke LANGKAP..
melawat rumah yg roboh kena banjir..
sesampai je, tuan rumah sedang baiki rumah..
rumah tu bukan 'roboh'.. tp hanyut dek air..
hanyut ke tengah jalan raya..
tp, nak pasang kena bukak balik laa umah tuu..
ada macam tsunami gak laa banjir tu bawak rumah..
cuma x besar sangat je air..
tp, ikut org2 tua situ.. 1st time laa tuu..
dulu banjir besar pun x sampai gini..
lepas je bg sumbangan ape yg patut..
kitorang pun gerak ke sungai PAYONG..
sungai ni atas skit dr rumah yg roboh tuu..
sampai atas, lagi laaa terkejut..
memang MACAM TSUNAMI!
sungai yg asal kecik,dah berganda jadinya,,
masa kitorang sampai dah x banjir...
cuma kesan tu mmg nampak sangat laa..
air bukit tu terjun mcm ombak..
melepasi atap rumah tepi tuu..
abis laa atap rumah tuuu..
susah tul nak gambarkan camne situu..
tp nak compare ngan tsunami mmg laa x sama..
batu sebesar 3 pemeluk leh naik ke tebing!
tinggi tebing ada laa dekat 4 meter...
terasa laa keciknya diri ni...

b4 jumaat, balik..
sempat lg singgah makan lemang MAT LIBYA..
dah dia beria2 ajak..
so,makan je laa..
:)

MORAL: MAKANLAH UNTUK KESIHATAN..

13 November 2005

Kucing & Arnab

raya 6 dah lepas... bukan aku punya, tp org lain punya... aku punya, InsyaAllah esok baru rasa nak mula... bukan x nak mula awal2.. tp selalu je ada undangan majlis kahwin... kalu aku tak gi, kan ada jugak merajuk xnak datang majlis aku nanti... teringat sorang ustaz bgtau... kalu nak ikut jemputan org, sampai bila pun x abis... apa salahnya puasa, tp hadir sebagai meraikan pun cukup laa.. x payah laa makan... betul gak tuu.. :)

tahun ni jd sejarah buat aku.. kali pertama dalam hidup aku ke hospital haiwan... bawak kucing sakit mata... mula2 rasa mcm nak kelakar gak, tp bila fikir CIKO pun makhluk yg nak gak kasih sayang, maka aku bawak laa CIKO naik motor gi klinik... punya laa susah ajak CIKO naik motor.. letak dalam kotak pun mau kuar gak... asyik terkeluar je kepala dia masa naik motor.. bimbang gak kalu dia terjun.. takut accident je..

sampai je kat klinik, dia mcm pelik je.. kelakar bila tengok CIKO pandang atas bawah hospital tuu.. mcm tau2 je dia.. kena laa cucuk 2 kali.. ingatkan kat punggung, tp kat peha kiri & kanan.. dapat laa vitamin ngan ubat cacing... hahahha kelakar tul bila tau kucing pun ada ubat cacing... masa nak kuar, kena daftar nama.. aku tanya laa DR situ, xnak IC CIKO ke? heheheh.. gelak je dia..

hari ni CIKO dah sihat.. dah mula aktif balik.. sbb dia murung laa aku kesian.. xnak makan, xnak main2... susut je tubuh masa tuu.. ni dah OK ni mula laa nanti kencing dalam umah lagi... dah laa ari tu kencing atas katil aku! waaa.. busuk laaa..

CIKO dah sihat.. skarang arnab aku yg kecik sekor tu je x sihat lg... mula2 nak bawa ke klinik gak, tp takut kesian dia kalu jahit luka tuu..takut dia sakit...xpun nanti DR cadang sembelih je.. sape nak urus arnab tuu.. dia kecik lagi.. daging bukan banyak pun.. nampak mmg sakit arnab ni.. tp makan tetap sama je.. cuma mungkin selesa skit bila dikuarantinkan sekor2 dia je.. kalu campur dlm kandang besar tu mungkin x selesa kot nak berebut makan..

pernah ada org tanya... arnab2 tu ada nama ke? cam kelakar lak... kalu dulu mungkin terfikir nak bg nama.. masa sekor dua dulu laa.. lening dah masuk 20 ekor, camne nak bg nama.. takut x kenal je nanti... dlm x ada nama ni pun ayah aku cukup syg arnab2 dia.. sampai x lalu nak makan daging arnab...kalu ada nama, lagi laa x lalu nanti..

hehehe.. dah jd bLOG ARNAB & KUCING plak... tu laa td, mula2 nak citer psl CIKO je.. dah meleret ke bab arnab lak...

dah ngantuk... nak tidur.. nak mimpi indah.. :)

Sesekali merenung ke dalam diri...

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat
Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek,
"Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin
menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga,
hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka
hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan
dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu,
maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang
dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang
biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat.
Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan
menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku
perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita
daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila
seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya
daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke
arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak,
menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat
kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah
sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah
bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka
isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya
suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami
akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki
begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan
serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak
menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha
sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji
Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami
bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin
beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia,
berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan
seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada
kesengsaraan hidup.

sumber ini diperolehi dr:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=179250&extra=page%3D1

02 November 2005

Selamat Hari Raya...

alhamdulillah.. sempurna sudah pose aku 29 hari..
sempurna dlm erti kata aku tak makan di siang hari..
tapi, kalu nak renung kekurangan pada pose aku tu..
mmg banyak laa... terlalu banyak kekurangan yg ada..
cuma, syukur sebab agak baik dr tahun sudah yang amat teruk!
bukan laa tahun sudah aku x pose... tp... :(

tahun ni x mcm tahun2 sudah..
biasanya aku bz nak siapkan rumah...
aku laa buang rumput2, kutip daun kayu, potong pokok..
tahun ni pun aku buat semua tu, cuma buat awal..
tu sebab tak sibuk... cuma td mesin rumput..
lama x mesin ni, terketar2 laa tangan...
sape pernah try, mesti tahu camne susah nak pegang gelas!

abg dhil, abg chik dah sampai umah...
kak long ngan amir je tak de umah awal raya tahun ni..
amir bgtau td, suruh book tiket flight 26/11...cuti!
kak long plak kata nak balik 2 minggu lps raya...
abg chik kata nak balik perak lepas solat sunat raya esok...
ni pun kira OK dia balik raya trg dulu..
dah kawin, kena laa ada komitmen ngan family..
aku pun ada komitmen ngan family, family aku je laa...

bila tgk abg2 balik bawak isteri, jeles gak..hehhehe...
jeles sbb mak ayah suka je bila menantu dan anak balik umah..
kena plak dah bertambah cucu, lg laa suka mak ayah...
ingat lagi masa gi shoping.. skit2 baju utk cucu...
nasib laa kalu anak aku esok2...
kalu cucu dah ramai, mana lagi nak layan! hahahhaha..

suka sebetulnya layan anak2 sedara ni..
ILHAM ok skit dari AMANI..
penakut sangat amani tu... langsung xnak ngan aku..
bukan aku je, semua org gitu kot..
nak ngan mak ayah dia je...
ilham masalah skit sbb x pandai jln lagi..
x best skit sbb skit2 kena dukung...
hehehhe.. dah lah besar!
agaknya sbb besar kot lambat dapat jalan..
berat!

harapnya esok dapat laa gambar ngan family..
biarlaa x ada amir ngan kak long pun...
mungkin rezeki tahun depan kot ngan diorang..
aku pun dah plan ni nak tambahkan sorang lagi ahli..
tu pun brgantung pada aku gak...
kadang2 serius, tp kadang2 cam x serius...
patut laa mak sindir bila aku kata nak kawin...
hahhaha.. aku saje je nak test mak...
papepun, mak aku laa paling best!!
esok nak mintak maaf ngan mak! :)

alamak, dah lewat..
nak tido awal sbb bangun kena awal gak..
xkan laa masa pose je nak bangun awal..
harapnya pemergian Ramadhan bawa makna pada aku..
istiqamah ngan ape yg dilakukan dlm ramadhan...

selamat hari raya.. maaf zahir dan batin!

23 October 2005

kalam pertama..

Assalamualaikum...

Segala puji-pujian bg ALLAH Tuhan semesta Alam..Selawat dan salam buat junjungan besar Muhamamd s.a.w..

Fuhhh...
Dah lama sebenarnya aku nak mencoret sesuatu dlm blog ni..asalnya mmg wujudkan blog ni sebab utk 'dicoretkan'...tp memandangkan sibuk yang disengajakan, dah jd mcm tempat kumpulkan artikel2 lak..apepun, semoga semua tu jd bahan yg bermanfaat utk aku rujuk dan renung kembali bila perlu..

sebagai kalam pertama (sebetulnya ke 2 sbb b4 ni aku dah ucap selamat berpuasa!), mestilah x ada benda agt nak citer... sekadar nak ucap selamat datang masuk ke sini, ucap terima kasih sbb sudi jadi 1 daripada 'jutaan' kawan-kawan aku..

sempena bulan baik ni.. memandangkan kita telah berada di 10 hari terakhir ramadhan, sama2lah kita tingkatkan amal dan kebajikan supaya menjadi saham / bekal kita bila menuju ke negeri abadi...

semoga HIDUP kita BAHAGIA, dan MATI kita MULIA...

selamat beribadah..
salam ukhwah!

21 October 2005

Doa Sayyid Qutb tentang CINTA

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu


Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semu.


Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.


Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah
bersatu dalam dakwah
pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah
ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah
hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah
pudar. Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan
keindahan bertawakal di jalan-Mu.


(As-Syahid Sayyid Qutb)

Apa Ertinya Menjadi Miskin

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.


Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"
Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"
"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"
"Ya,"
Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"
Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,


"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"


"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"


Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"

17 October 2005

Ciri-ciri Awek Aku...

1.Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)



2.Kaki (tumit kaki)
" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31

a) menampakkan kaki
b) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki


3.Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


4.Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31


5.Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
(Riwayat At-Thabrani)

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


6.Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliyah yang dahulu "

a) bersolek ( make-up )
b) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah




7. Muka dan Tangan
" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
(Riwayat Muslim dan Bukhari)


8. Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


9. Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "
An Nur : 31

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)


10. Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "
(Riwayat Ibn Majah)


11. Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)"
An Nur : 31

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya"
(Riwayat Al Bazzar)

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah"
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)


12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

a) Berpakaian tipis / jarang
b) Berpakaian ketat / membentuk
c) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Al Ahzab : 59


13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


14. Mentaati suami

"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan di laut, malaikat di langit, matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya.

SAJAK: Kawan akhir zaman

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya sibuk
Dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang bermanfaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya berkroni untuk mendapat projek sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya komplek untuk tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah Nabi sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya artis sebagai bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya panjang berangan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

10 Kunci Persahabatan Yang Baik

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.


2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.



3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.


4) Hargai pendapat satu sama lain.


5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat tidak dapat bersama kita sepanjang masa. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.



6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.



7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.


8) Belajar daripada satu sama lain.



9) Jangan mengata di belakang kawan anda.


10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Surat Awek Aku...

Ohh Adam...



Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.


Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam... nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Personaliti melalui tarikh lahir - Fadzillah Kamsah

JANUARI
Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang, suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas, teratur, bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tapi tak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi.




FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.



MAC
Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi, sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.



APRIL
Sangat aktif and dinamik, cepat bertindah buat keputusan tapi cepat menyesal, sangat menarik dan sangat manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.



MEI
Kekerasan hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dah leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, pemikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.



JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, bersikap terus-terang, berperangai yang lemah-lembut, mudah berubah, sikap, perangai, idea dan mood, idea yang terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, berani dan tiada perasaan takut, suka bercakap dan berdebat, pandai menawan dan memukau, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib dan tulus, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas dan bergaya, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa yang menegur saya adalah kawan saya.



JULAI
Sangat seronok didamping, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali diransang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.



OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan-santun dan caring terhadap orang lain, berani dah tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan bersifat kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luarbiasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam-kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.



SEPTEMBER
Sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, bersistematik.



OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan-santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam-kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih, penyayang dan lemah-lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.


NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian, dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

Cerita: Cikgu PASTI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”



Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik. Sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.


Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.


Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”


”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."



"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak
karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.


"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam
tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."



"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."



"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”



"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."

Cerita: Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seoarang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatiinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga amat menyukai budak lelaki tersebut.



Masa berlalu.....
Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal tersbut. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau" jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.



Lalu pokok epal itu berkata, "kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan. Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal pada pokok itu dan prgi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.



Masa berlalu.....
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-main di sekitarku.", ajak pokok epal itu. "Aku sudah tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira sekali tetapi kemudiannya berasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi.



Masa berlalu......
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-main di sekitarku.", ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan budak lelaki yang suka bermain-main disekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira" cadang pokok epal itu. Lelaki itu berasa amat gembira sekali dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak kembali lagi selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang telah dimamah usia, datang menemui pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain-main di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku, aku tidak ada apa-apa lagi yang hendak diberikan kepada engkau. Aku telah memberi buahku untuk dijual, dahan untuk dibuatkan rumah, batangku untuk dibuatkan bot. Aku hanya tinggal tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigi, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi. Aku merasa penat dan ingin berehat." Jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku, cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itupun duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan tersebut ialah ibu bapa kita. Tatkala kita masih kanak-kanak, kita sering bermain bersamanya. Apabila kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan. Namun mereka tetap membantu kita. Mereka tetap membantu kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan. Anda mungkin terfikir bahawa lelaki itu bersikap kejam. Tetapi fikirkanlah, itulah hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita.

16 October 2005

Sepetang ditepi Longkang

Ada seorang tua yang selalu berseluar pendek, berkemeja-T, berstokin panjang sampai ke lutut, bersepatu kulit hitam yang tak berkilat, berkaca mata ada bingkai tapi tak ada kacanya. Seringkali dia ni bertenggong di tepi longkang yang cetek kawasan perumahan dekat rumahku, mengail tanpa umpan. Manalah ada ikan di situ, tapi dia tetap tak jemu memancing.

Bila ditanya: "Wak dapat ikan?"

"Apa, kamu ni gila? Kail aku mana ada umpan, jadi tak le dapat ikan."

"Ngapa tak bubuh umpan, Wak?"

"Lagi gila, dah tau tak ada ikan dalam longkang ni, nak bubuh umpan apa?Tak sekolah ke?"

Sebenarnya aku sengaja nak mengusik. Nak menguji tahap kegilaannya. Tak sangka di masih mempu menjawab dengan betul. Sah dia masih normal.Jawapannya macam orang siuman, tapi perbuatannya macam orang tak siuman. Memang semua orang kata dia gila.
Dia tak marah kalau budak-budak gelar dia orang gila. Malahan diatersengih dan kadang-kadang ketawa. Tapi kalau orang dewasa yang gelar dia gila, dia akan melenting marah.

"Siapa gila, kamu atau aku?" tanya Wak semula. Kadang-kadang dia tunjuk penumbuk. Tapi dia tak kacau orang.

"Susahnya zaman sekarang ni terlalu ramai orang yang gila sampaikan kita tak kenal lagi siapa yang tak gila," terang Wak pada aku suatu hari. Sengaja aku duduk di sisinya, tumpang berborak sambil menyelidik isihatinya sebab aku tengok dia ni pelik sikit. Aku ingin tahu asal-usulnya, darimana dia datang, mengapa dia jadi begitu. Tapi Wak seorang yang sensitif. Aku mesti bijak mengeluarkan pertanyaan supaya dia tak tersinggung.

"Siapa yang gila, Wak?" Aku buat-buat ingin tahu.

"Dunia dah gila. Orang di muka bumi ni buat dunia gila. Tengoklah, pokok berbuah dah tak ikut musim, sebabnya banyak sangat pokok yang dah dikahwinkan. Manusia sendiri tak mau kahwin tapi beranak-pinak luar nikah, dia orang anggap biasa. Cuaca pun dah tak dapat diramalkan.Ramalan kaji cuaca selalu buat silap. Ini menunjukkan manusia yang menganggap diri dia orang tu pandai sebab belajar tinggi sebenarnya lebih bodoh dari mereka yang tak sekolah. Sebabnya, yang tak sekolah tinggi tu tak sibuk-sibuk mengkaji cuaca sebab tak mahu buang masa dandigelar bodoh kut-kut ramalan tak tepat. Bila tak nampak kelemahan mereka, tak berlaku kesilapan, tak le nampak kebodohan mereka. Kan gitu? Kan? Kan? Heh! Heh!"
Logik! Logik!

"Hobi Wak memancing, ya?" aku berani tanya. Kali ini sensitif sikit.

"Kau bijak. Lebih bijak dari aku. Aku sendiri tak sedar memancing ni hobi aku. Aku memancing sebab suka-suka. Memang tak dapat ikan, sebab bagorang yang hobinya memancing ikan tak penting. Yang penting hobinya tu.Kalau nak ikan, kan baik pergi pasar, lebih mudah, lebih banyak pilihan.Kan? Kan gitu?"

"Ngapa tak memancing kat sungai?"

"Leceh. Sungai jauh. Terpaksa naik kenderaan, kena bayar tambang. Kan rugi bayar duit pada bas? Beli makanan lagi baik, perut boleh kenyang. Kalau tambang ke sungai tu seringgit, dibeli ikan dapat sekordua, tak payah memancing. Silap gaya jatuh sungai, lemas. Lagi susah. Sini tak banyak risiko. Longkang pun ada air jugak. Bila mata kail tersangkut sampah, terasa macam ikan menggigit kail tu. Sedap juga rasanya.Tersentak juga. Itulah nikmat memancing. Ada nikmat, cukuplah syarat.Memancinglah namanya."

"Betul! Betul!" Sengaja aku menyedapkan hatinya. Tak betul pun kata betul.Tak rugi pun.

"Orang yang memancing di lombong, di sungai, di laut tu, orang gila, betul tak?" tanyanya pula.

"Ya, mereka memang gila."

"Sebab apa kau kata mereka tu gila?"

"Sebab Wak kata mereka gila."

"Ei, kau ni tak ada pendirian, suka ikut orang lain. Kau tuduh orang tu gila tapi tak tau sebabnya. Kau pun sama macam orang lain juga, pandai menuduh orang itu ini, tapi tak tau sebabnya. Orang kata si polansi polan itu ini, kau pun turut kata si polan si polan itu ini. Tak adil.Tak ada pendirian. Ini buat aku malas bermasyarakat, banyak yang tak betul dari betul."
Aku terkebil-kebil. Sikit sebanyak malu juga rasanya sebab jadi pak turut.

"Dulu aku ada bini, ada anak lelaki. Bini aku mati. Aku kahwin baru,perempuan muda, cantik. Last-last aku dapat rasa bini baru aku tu kahwin dengan aku sebab aku ada duit, aku tokeh, ada bisnes, ada rumah mewah, kereta mewah. Dalam diam-diam dia mengorat anak aku pulak. Tak guna. Ceh, koman betul peribadi dia orang tu. Fikir le, anak sendiriboleh belot kat bapak. Tak guna. Sia-sia aku bagi kasih sayang dan habiskan duit hantar dia sekolah luar negeri. Sangka aku dia dah dapatijazah tentulah semakin cerdik dan patut direspek, rupa-rupanya sekolah aje tinggi tapi dalam otak tak ada geliga, macam pelita kurang minyak. Rosak!"
Dia mula bukak sejarah. Aku dengar dengan penuh minat.

"Sekarang padan muka dia orang. Harta habis aku jual, duitnya aku derma kat Badan Kebajikan. Dia orang marah, kata aku bodoh, kata aku gila. Sebenarnya dia orang dah jadi gila sebab dah tak dapat kawal perasaan. Aku peduli apa, harta aku, aku boleh buat apa aku suka. Sekarang mereka tinggal berdua di rumah setinggan. Padan muka. Anak aku dah jadi drebar bas mini, bini aku dah jadi amah kerja rumah cina. Jadi amah rumah melayu, malu konon. Heh! Heh!"

"Dalam dunia ni memang banyak orang tak jujur, Wak," kata aku.

"Manusia semuanya dilahirkan tak jujur. Tapi fikiran boleh membentukkejujuran dari masa ke semasa."

"Ngapa Wak kata manusia lahir tak jujur?"

"Sebab bila lahir ke dunia, manusia menangis. Ertinya dia tak suka tengok dunia. Bila dah jadi manusia, membesar, dewasa, dia tak mahu pulak tinggalkan dunia, nak hidup kekal selama-lama!"

Aku angguk-angguk, macam burung belatuk...

07 October 2005

Selamat Berpuasa !
 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks