Showing posts with label Celaka UMNO. Show all posts
Showing posts with label Celaka UMNO. Show all posts

26 January 2011

Tak Nak Tok Ai!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Siakap Sinohong, Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong, Ada hati nak jadi YB.

Teringat lagu XPDC - Tak Nak Jadi Soh Chai. Elok juga lagu tersebut digubah menjadi Tak Nak Pilih Tok Ai.

Berikut adalah artikel berkenaan pembohongan Tok Ai yang mendakwa kes tersebut telah selesai. Sedangkan kes tersebut masih berjalan di mahkamah. Sudahlan mengkhianati rakyat, kini nak membohongi rakyat pula. Tak Nak Tok Ai!

Harakahdaily 1 -Bohong: PAS desan calon BN tarik diri

Harakahdaily 2 - Muhyiddin diminta perjelas soal calon BN cuai

Mengikut alamat biasa, calon BN ni akan rebah sepertimana calon BN di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pasir. Wallahua'lam.


24 January 2011

Cikgu Mala: Tangan Yang Menghayun Buaian...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Maka kecohlah manusia-manusia bermata sepet dari parti MCA dan GERAKAN membincangkan tentang tangan seorang muslimah PAS yang menjadi calon dalam PRK Dun Tenang. Kata mereka, Cikgu Mala tidak mesra apabila tidak bersalam dengan lelaki-lelaki di Dun Tenang. Apabila Cikgu Mala bersarung tangan, maka melalak pula mereka mendakwa Cikgu Mala menghina tangan-tangan mereka 'yang kotor'.


Aku cukup suka komen Cikgu Mala berkenaan bersalam ini.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain. "Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan. "Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media.


Aku tak salahkan Chua Soi Lek yang mahu bersalam dengan semua perempuan. Memang dia bernafsu besar. Bukan setakat salam sahaja yang dia mahu. Semua orang tahu siapa Chua Soi Lek ini. UMNO dan BN lagilah kenal siapa Chua ini. Walaupun aku tidak pernah menonton video lakonan apek tua ini, tapi semua orang boleh menilai Chua.

Aku tidak mahu mengulas sangat isu ini. Mudah rakyat menilai sejauh mana UMNO dalam menjalin kerjasama dalam BN yang kononnya membela Islam. Pergilah UMNO. Rakyat Malaysia lebih selamat tanpamu...

Kalu tengok tapak tangan calon BN tu, macam banyak penyakit jer. Kena tanya geng HPA ni bab ni. Hehehe.

06 January 2011

Cerita Kelakar dari Negeri Darul Iman

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kata Ramli Nuh, si Adun Tepoh merangkap Timbalan Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri, 500 kekosongan jawatan imam dan bilal tidak diisi. Jumlah itu melibatkan 488 masjid di seluruh negeri Terengganu. Itu kenyataan yang dikeluarkan akhbar bertarikh 8 November 2010.

Pelik juga, negeri yang punya ramai anak-anak muda lepasan Azhar, Kusza dan universiti dalam pengajian agama tetapi tidak mempunyai imam dan bilal. Sebelum ni heboh sangat tentang pembinaan masjid-masjid di Terengganu. Terpampang di billboard tentang beberapa buah masjid kononnya nak melambangkan UMNO Terengganu cakna pada agama.


Tapi itu bukan cerita kelakar lagi. Apa yang lebih kelakar lagi adalah keratan akhbar di bawah. Kerana ketiadaan bilal, ada masjid yang gunakan TV untuk melaungkan azan! Nak dikatakan kelakar sangat, ada juga timbul rasa sedih. Maklum sahaja, azan di TV tu menandakan masuk waktu bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Apa kes plak Terengganu sama waktu dengan KL. Sedih sedih... Takkan azan pun nak 1Malaysia kot!

Itulah UMNO ni, bila dapat perintah balik Terengganu pada 2004 dulu, habis tok imam dan tok bilal masjid yang tak berapa sokong dia dipecat. Mereka ni rela masjid kosong dan tak berisi. Rela masjid senyap sunyi. Konon la masa tu laksanakan Islam Hadhari. Lening masjid senyap sunyi.

Sudah-sudahlah kepada penyokong UMNO / BN. Hentikanlah khurafat hanya UMNO sahaja boleh memerintah. PAS di Terengganu sudah buktikan kemakmuran dalam 4 tahun pemerintahan. Bukan setakat makmurnya masjid dan surau, malah pelaburan asing pun antara yang tertinggi. Doh nak gape lagi? Takkan dengan RM300 setahun kita nak lihat maksiat berleluasa, masjid jadi tugu sahaja!

Sudah tiba masa PAS ganti UMNO di Terengganu, Pakatan Rakyat ganti BN di Putrajaya.

05 January 2011

Harga RON 97 Naik: Siapa Peduli?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini rakyat yang menggunakan RON 97 merasai lagi kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen seliter. Harga baru ini menjadikan RON 97 berharga RM 2.40 seliter. Kali terakhir RON 97 naik adalah pada 1 Disember lalu sebanyak 15 sen.


Percayalah, tiada siapa peduli dengan kenaikan harga RON 97 ini. Adalah beberapa kerat yang bising marahkan kerajaan kerana menaikkan harga minyak. Usah pedulikan suara-suara dengki dan penuh hasutan itu. Agenda trasformasi perlu diteruskan. Rakyat perlu terus ditekan. Kenaikan harga barang perlu menjadi keutamaan. Tekan dan terus tekan rakyat. Nanti bagi sahaja gula-gula hacks agar mereka diam. Teruskan dan teruskanlah!

Kepada rakyat, sokonglah dan teruskan menyanjung Kerajaan yang ada. Kerajaan yang terbukti baik dan tidak menindas. Terbukti telus dan memerlukan fulus dari rakyat. Sokonglah dan dokonglah.

p/s: Ayuh sama-sama nyatakan sokongan kepada PM dan Kabinet (Termasuk si perogol sekiranya ada).

21 October 2010

Celakanya Rosmah, Dayusnya Najib!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku tidak mahu berbicara panjang. Cukup untuk aku kongsi link ini bersama kalian.

Celaka Rosmah dan Dayusnya Najib! <--- Klik situ.

Nota: Satu Himpunan Membantah Rosmah Mansor akan diadakan di Masjid Batu Rakit dan Masjid Pengadang Baru selepas solat Jumaat esok. Harap dapat disebarkan dan ambil prihatin.

Wallahua'lam.

30 August 2010

Merdeka dan 10 Malam Terakhir.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ramadhan (pemuda UMNO menyebut RamaDahan) ni bulan berkat. Alhamdulillah kerana keberkatan Ramadhan inilah pihak-pihak berwajib yang biasanya menyambut malam Merdeka dengan konsert dan hiburan melalaikan menangguhkan semua program tersebut. Kerana keberkatan Ramadhan jugalah ada pihak yang tidak putus-putus memainkan isu agama sebagai modal politik sempit mereka.

Merdeka selalu dikaitkan dengan penjajah. Cuma dalam konteks Malaysia, penjajah adalah Jepun, British, Komunis dan parti pembangkang. Malaysia adalah merdeka bilamana UMNO yang memerintah. Itulah takrifan merdeka di Malaysia. Sebab itu tidak ramai yang mengibarkan Jalur Gemilang samada di kereta, rumah mahupun premis perniagaan.

Definisi merdeka disempitkan. Begitu juga dengan Islam dan ibadah itu sendiri. Ibadah di Malaysia ini hanya berlaku pada bulan Ramadhan, malam Jumaat dan pada hari-hari kebesaran Islam. Juga pada kematian dan majlis pernikahan. Itupun sudah bercampur gaul antara agama dan adat. Tapi, inilah realiti Malaysia hari ini. Itu tidak termasuk menyempitkan ibadah pada masjid dan surau sahaja.

Bercerita tentang masjid dan surau, kini bising lagi isu masjid dan surau dicemari oleh golongan non-muslim memasukinya. Kata pihak-pihak tertentu, ianya perbuatan mencemarkan. Apatah lagi wanita non-muslim tersebut tidak menutup aurat (memakai tudung) ketika dalam masjid tersebut. Heboh jugalah satu Malaysia. Pembaca berita di Buletin Utama yang tidak memakai tudung pun menyebut non-muslim tersebut tidak menutup aurat. Malaysia oh Malaysia.

Apabila isu wanita non-muslim tersebut disebut-sebut, pihak penyokong Pakatan Rakyat mempersoalkan tindakan Rosmah (Ibu UMNO) yang sangat sukar dilihat memakai tudung dengan sempurna dalam mana-mana majlis, hatta di surau dan masjid. Bahkan, ketika menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa pun Rosmah tidak bertudung dengan sempurna.

Malu, kecewa, geram dan marah rasanya melihat tindakan pelampau-pelampau Melayu yang sengaja mengapi-apikan isu sebegini yang boleh memberi gambaran buruk kepada non-muslim terhadap Islam dan Umat Islam. Jika kita berterusan bertindak begini, bagaimana kita mahu merapati dan menyebarkan Islam di kalangan non-muslim.


Percayalah, pihak-pihak yang rasis dan sempit politik ini akan terus mencetuskan isu-isu yang kita tidak terfikir, malah melampau batas-batas norma masyarakat Malaysia. Walaupun di satu sudut kita melihat mereka bodoh, melampau dan gila, tetapi percayalah, mereka yakin tindakan mereka sebenarnya tetap berjaya untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Keyakinan mereka sudah tentu dipadukan dengan nasihat daripada APCO!.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan selamat meneruskan ibadah di penghujung Ramadhan ini.

Wallahua'lam.

28 June 2010

Gertak Oh Gertak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Razali Idris, Pengerusi Gertak

Kata Pengerusi Gertak si Razali Idris, 'gertak' adalah jambatan dalam bahasa Terengganu. Gertak memberi maksud untuk menghubung antara satu sama lain. Tetapi, Razali terlupa yang perkataan gertak itu sebenarnya hanya merujuk kepada jambatan kecil. Agaknya kerana perkataan gertak itu jugalah hanya sebilangan kecil sahaja Melayu UMNO berhimpun di himpunan Melayu UMNO Bangkit yang mensasarkan sehingga 10 000 orang.

Kata Razali Idris lagi, Gertak juga tidak beri sebarang insentif seperti duit minyak dan baju-T. Bahkan makan tengahari juga tidak disediakan dalam program Melayu UMNO Bangkit itu. Agak Razali, itulah sebabnya orang tidak mahu datang.

Selepas gagal dua kali dalam program Melayu UMNO Bangkit, kali ini Razali masih cuba memainkan sentimen Melayu UMNO dengan merancang akan menganjurkan Forum Hak Melayu pula. Bagusnya Razali pada kali ini hanya membuat sasaran yang kecil iaitu sekitar 500 peserta sahaja. Mungkin Razali baru sedar yang gertaknya hanyalah sebuah jambatan yang kecil sahaja.

Biarlah Razali dengan gertaknya. Semoga gertaknya tidak putus, dan Razali tidak jatuh ke dalam sungai.

(Nota: Dalam pencarian gambar Razali Idris, terjumpa gambar di atas. Apabila cuba disimpan dalam hard disc, nama failnya adalah zaliganja.jpg. Pelik juga dengan nama GANJA di belakang nama Razali ni. Mungkin orang-orang Marang lebih tahu kisah zaliGANJA ini)

08 June 2010

Kronologi Lesen Judi Piala Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah kronologi Lesen Judi Piala Dunia yang sempat dipetik dari beberapa sumber akhbar:

Mac 2010
- DS Najib ketika di Hong Kong pada Persidangan Pelaburan Asia Credits Suisse ke 13 telah membayangkan kepada wartawan untuk meluluskan Lesen Judi Bola Sepak sempena Piala Dunia.

6 Mei 2010
- Kementerian Kewangan yang dipimpin Dato' Seri Najib telah mengeluarkan kenyataan melalui Dato' Dr Awang Adek bahawa kerajaan akan meluluskan Lesen Judi Piala Dunia.

"jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa."

11 Mei 2010
- Kementerian Kewangan secara rasminya memberi lesen judi Piala Dunia kepada Kumpulan BERJAYA – (Sin Chew, 12 Mei 2010)

- BERJAYA menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. - Malaysiakini

12 Mei 2010
- Pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan membantah kelulusan Lesen Judi Piala Dunia. Selain parti dari Pakatan Rakyat, NGO seperti Abim (13 Mei 2010), PPIM (15 Mei 2010), turut sama membantah lesen judi tersebut.

- Kelulusan Lesen Judi turut ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh.

14 Mei 2010
- Demonstrasi Aman membantah Lesen Judi Piala Dunia diadakan di Masjid Jamek Kg. Baru oleh Pemuda Wilayah selepas Solat Jumaat.

15 Mei 2010
- Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Piala Dunia.

18 Mei 2010
– Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan akan menggerakkan Himpunan Besar-Besaran bagi penyerahan memorandum membantah kelulusan Lesen Judi Piala Dunia ke Istana Negara pada 3 Julai 2010.

- Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian Piala Dunia.

20 Mei 2010
– Najib mengambil sikap membisu apabila ditanya wartawan berkenaan isu kelulusan Lesen Judi yang berada di bawah kementeriannya.

- PAS terus mendesak para menteri dan mufti negeri-negeri supaya menegur kerajaan dalam isu kelulusan Lesen Judi.

- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin

21 Mei 2010
– Siri Bantah Judi: 5 Demonstrasi Bantah Judi diadakan selepas Solat Jumaat di Terengganu, Perak, Pulau Pinang, N. Sembilan dan Selangor.

22 Mei 2010
– Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengatakan tindakan kerajaan Malaysia meluluskan Lesen Judi Piala Dunia adalah tidak boleh diterima.

23 mei 2010
- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Berjaya Group baru-baru ini. (Lesen Judi Sukan dibatalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri)

- Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula dasar judi kebangsaan.

24 Mei 2010
- PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Raja-raja Melayu melaui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi memohon campur tangan baginda dalam isu pemberian lesen judi bolasepak. Memorandum berkenaan disampaikan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

25 Mei 2010
– Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) dibentuk di Kedah dan akan digerakkan ke seluruh Negara. Turut sama adalah PUM, ABIM dan TERAS. Turut terlibat adalah Pemuda Gerakan selain pemuda komponen Pakatan Rakyat.

26 Mei 2010 – Mufti Negeri Kedah dan Johor telah menerima memorandum supaya berperanan dalam memberi pendapat kepada kerajaan Pusat dalam isu Lesen Judi Piala Dunia.

27 Mei 2010
– Selangor mengumumkan akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

28 Mei 2010
– Siri Demonstrasi membantah Lesen Judi diteruskan selepas Solat Jumaat di beberapa buah negeri termasuk di Bachok, Kelantan sebagai simbolik kepada penolakan cadangan Dato’ Dr Awang Adek yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan.

- Pulau Pinang turut mengumumkan akan membekukan lesen premis perjudian yang melibatkan Judi Bola Piala Dunia.

5 Jun 2010
– Pelancaran Kempen Mansuhkan Judi oleh GMJ di Sogo.

- Hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan RM 525 juta untuk tujuan kebajikan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation.

7 Jun 2010
- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta semua pihak tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

- Bagi memantau kegiatan perjudian haram Piala Dunia, Hishammuddin berkata beliau telah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Koh Hong Sun membantu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

- Kerajaan belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia. Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia – Jawapan bertulis di Parlimen.

8 Jun 2010
– GMJ mengumumkan 50% dari kempennya sudah berjaya.

13 Julai 2010
- Demonstrasi Aman Membantah Judi yang dirancang Pemuda PAS bersama Pakatan Rakyat dan GMJ.

NOTA: Kronologi ini sebagai nota peribadi. Maklumat akan dikemaskini semula.

26 May 2010

Umno Vs Al-Arqam: Siapa Lebih Bahaya?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat bahawa bukan hanya Pertubuhan Al-Arqam (Al-Arqam) sahaja yang patut dipantau oleh kerajaan akan tetapi harus melihat kepada Umno juga.

Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, ini kerana Umno sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih merbahayakan akidah daripada Al-Arqam.

Katanya, kenyataan itu berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Dan Pendatang Tanpa Izin kali ketiga di Putrajaya tempoh hari yang meminta agar kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al-Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

13 May 2010

Judi Bola: Umno Bawa Negara Mundur ke Belakang

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Satu artikel tulisan TG Presiden PAS. Dipetik dari Harakahdaily.

Langkah pihak kerajaan ingin memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara kita pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri.

Hasilnya wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar.

Maka sudah tiba masanya bagi orang melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi. Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam.

PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

07 May 2010

Arak, Judi, Baitul Mal dan Cukai Tanah.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KHUTBAH 'CUKAI TANAH'
Betapa pada hari ini aku merasakan ruginya aku tidak tertidur ketika khatib membaca khutbah. Apa tidaknya, selesai memberi salam, khatib mengumumkan "Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk - Tanggungjawab Membayar Cukai Tanah". Terdetik juga untuk mengangkat punggung mencari masjid lain yang lebih 'politik' khutbahnya.

Khutbah Multimedia Terengganu

20 April 2010

Malaysia Negara Islam: Semua PMnya Minum Arak?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.


Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

16 March 2010

Kenyataan Media Gegar: HIMPUNAN 10 000 RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...








HIMPUNAN 10 000 RAKYAT MENYAMBUT KEBERANGKATAN
DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG
DAN PERSEMBAHAN MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT ROYALTI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan ini, Mac 2010 genaplah 10 tahun Terengganu telah dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat. Dalam tempoh 10 tahun ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh banyak pihak bagi memastikan royalti dapat dikembalikan ke pangkuan Kerajaan Negeri.

MAMPAT khususnya, dan kini bersama GEGAR telah menjadikan isu royalti sebagai suatu agenda khusus dalam perjuangan kami. Kami bertegas mengatakan bahawa Royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada fakta dan sejarah, dan mesti diserahkan melalui saluran yang betul iaitu Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi berpelembagaan. Kami juga menegaskan bahawa Royalti adalah Royalti dan tidak menerima sama sekali apa yang dinamakan Wang Ehsan, Dana Persekutuan dan sebagainya.

InsyaAllah, seperti dimaklumkan sebelum ini MAMPAT dan GEGAR akan mengadakan suatu Dialog Rakyat berkenaan isu royalti yang melibatkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac ini di TER, Kuala Ibai. Majlis bermula dengan Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Isyak.

Sehubungan itu satu persembahan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti akan menyusul pada 20 Mac ini, Sabtu dengan mengambil peluang keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ke Terengganu. Tuanku dijangkakan tiba pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

GEGAR akan mempersembahkan dua Memorandum yang akan mewakili NGO dari Kelantan dan Terengganu. Setakat ini, sebanyak 70 NGO telah menyatakan persetujuan bersama dengan GEGAR dalam isu tuntutan Royalti. Kami masih berusaha bagi menambah bilangan NGO tersebut.

Bagi menjayakan program yang bersejarah ini, semua rakyat dijemput untuk hadir bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti ini. Semua diminta berkumpul pada jam 11 pagi bagi memudahkan perjalanan program.

GEGAR menjangkakan dapat mengumpul sekitar 10 000 rakyat untuk program sambutan ini.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

14 March 2010

Dialog Royalti Bersama Ku Li di Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Diharap kepada semua sahabat-sahabat pengunjung dapat menyebar luaskan maklumat ini. Walaupun mungkin orang yang dijemput tersebut tidak akan hadir, tetapi hebahan dan maklumat yang disebarkan sudah cukup mampu untuk memberi kesan kepada mereka. Semoga royalti rakyat dipulangkan kembali.

Wallahua'lam.

11 March 2010

Stadium Runtuh: Semua Buat Silap - Mat Said


 Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
 
"Semua buat silap" Itulah tajuk Ruangan Terengganu akhbar Sinar Harian hari ini.

Mudahnya Mat Said melabelkan semua pihak dengan secara borong dalam menyalahkan isu kejadian bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun 2009 lalu. Seolah-olah tiada pihak yang perlu bertanggungjawab penuh dengan kesalahan tersebut.

Sebelum ini laporan siasatan tersebut adalah sulit, tetapi didedahkan kepada umum kerana mahu bersikap telus kononnya. Jika rumusannya adalah semua pihak adalah silap, tiada apa yang sulit dan rasanya tidak perlu umum pun tidak mengapa kerana ianya melambangkan kegagalan siasatan tersebut. 

18 February 2010

'Geng Terengganu' Sudah Lama Wujud.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya tidak berminat untuk mengulas 'pertelingkahan dalaman'. Itupun sekiranya benar wujud pertelingkahan dalaman. Jika benar wujud, adakah asasnya kuat, atau sengaja diadakan bagi menjayakan agenda pihak-pihak tertentu, atau berlaku kerana sifat angkuh dan ego dalam diri. Tetapi sudah tentu setiap dakwaan, mahupun apa yang dinamakan pendedahan oleh pihak-pihak berkenaan dilapik dengan 'niat menyelamatkan parti'.

Petikan Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan seorang penulis blog, iaitu Abdul Rahman Talib memberi ingatan agar waspada dengan 'geng Terengganu' yang dikatakan mengawal tindakan Presiden PAS. Sambil membangkitkan 'geng Terengganu' tersebut menguasai kedudukan strategik dalam kepimpinan PAS Pusat.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tulang Besi tersebut dilihat ada kebenarannya memandangkan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama dan Timbalan Ketua Pemuda, serta Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terdiri dari orang Terengganu.

Namun, perlu diingat nama-nama tersebut kecuali Ustaz Azman Shapawi merupakan nama-nama besar dalam PAS sejak dahulu lagi. Ustaz Harun Taib memegang kerusi Ketua Dewan Ulama sudah berapa tahun? Kerusi tersebut sebelum ini dilepaskan kerana Ustaz Harun cuba bertanding Jawatan Timbalan Presiden PAS.

Dato' Mustafa Ali bergelumang dengan PAS Pusat bukan baru. Kira-kira 12 tahun lamanya Cikgu Pa memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pernah menjadi Bendahari PAS Pusat, juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS. Sebagai orang lama dalam politik, tentulah jasanya diperlukan untuk mengemudi parti sebagai SU Agung. Apatah lagi dalam situasi Pakatan Rakyat masih baru membentuk kerajaan.

Bagitu juga dengan Dato' Abu Bakar Chik. Juga pernah memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam tempoh yang agak lama. Sejak itu rasanya kekal dalam AJK PAS Pusat sehingga hari ini. Kepercayaan perwakilan membuktikan kemampuan beliau dalam kerja-kerja membangunkan parti. Hari ini jika dilihat pada Unit Amal, PASTI sudah tentu akan dikaitkan dengan Ustaz Abu Bakar Chik.

PAS Terengganu sebenarnya sudah lama menguasai PAS Pusat. Sebelum ini ada lagi nama seperti Dato Wan Mutalib dalam AJK PAS Pusat. Malah Muslimat PAS Terengganu juga pernah memimpin Muslimat Pusat. Tapi sebelum ini tiada siapa persoalkan PAS Terengganu memimpin dan menguasai PAS Pusat. Malah pimpinan dari Terengganu saban minggu keliling negara ketika itu bagi menjayakan program-program tarbiyyah mahupun penerangan politik bagi mengembangkan PAS.

Ketika itu, kesusahan bukan seperti sekarang. Ahli kini telah ramai, cawangan tumbuh melata. Malah kerajaan pun ada. Jika benar dan betul sungguh PAS Terengganu mahu bersekongkol dengan UMNO, nama-nama di atas tidak perlu menunjukkan minat pada masa sekarang. Cikgu Pa misalnya pernah melepaskan jawatan Timbalan Menteri kerana PAS keluar dari gabungan BN.

Berbalik kepada persoalan Geng Terengganu menguasai kedudukan strategik parti dan dilihat menguasai Presiden. Jika benar Cikgu Pa menggunakan kedudukannya dalam Harakah, kenapa sesetengah keluaran Harakah edisi cetak, langsung tiada gambar TG Presiden PAS. Rasanya persoalan ini berbangkit apabila kenyataan Cikgu Pa dalam mengulas isu 16 September tahun sudah dimuatkan dalam Harakah. Itu sahaja. Jadi, tidak relevan sama sekali tuduhan Tulang Besi tersebut.

Dalam soal siapa Setiausaha Politik TG Presiden, rasanya isu tersebut memalukan sahaja dibangkitkan Tulang Besi. Apakah itu suatu kesalahan besar dan menyebabkan Presiden PAS menjadi terkebelakang? Dr Shamsuri seorang ahli akademik. Dipilih kerana komitmen dan ilmunya. Adakah ada ahli akademik lain yang sedia bekerja dengan PAS yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan dunia seperti SU Politik Mohd Nor Yaakob?

Bagitu juga dalam soal Unit IT PAS Pusat. PAS Terengganu sebenarnya banyak berkorban dalam segala hal. Ingatkan dengan menyumbang orang Terengganu untuk memimpin Unit IT akan dihargai, rupanya mendapat kejian sahaja. Bolehlah Tulang Besi menghantar resume untuk mengendalikan Unit IT PAS bagi membesarkan lagi fitnah terhadap pimpinan. Alang-alang naik turun hantar laporan itu dan ini, jangan lupa hantar sekali resume.

Kesimpulan dari segala kritikan dan tohmahan yang berlegar-legar tersebut berpunca dari satu sahaja. PAS Terengganu gagal menawan Terengganu. Itu sahaja. Apabila tewas, maka dilihatlah segala perkara adalah negatif dan teruk. Cuba bandingkan dengan pimpinan di lain-lain negeri, walaupun jentera berterabur, tiada Poling Agent & Counting Agent semasa hari pembuangan undi, tetapi dengan sebab menang, maka dilihat hero dan dijulang-julang.

Tulisan ini bukan bermaksud 'mengungkit', tetapi mahu memberi faham wujudnya tangan-tangan jahat (firaun-firaun kecil?) dalam merosakkan jemaah yang mungkin muncul dari dalam dan luar. Inilah sebenarnya ujian dalam perjuangan yang perlu dilalui dengan solat dan sabar. Di sinilah dapat diuji kekuatan pimpinan, ketaatan ahli, dan keutuhan jemaah dan PR itu sendiri. Inilah harga yang mahal perlu dibayar untuk sebuah kemenangan.

Wallahua'lam.

10 February 2010

Isu MB: Bangkit dengan Semangat Membara - TG Presiden

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.

01 February 2010

1 Sebab Kenapa Sultan Perak Perlu Bubar DUN Perak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

1. Zambry adalah seorang MB yang tidak cerdik!

Itulah satu hujah yang mahu aku katakan pada hari ini. Hujah ini walaupun satu, tetapi mengambil kira kepentingan sebuah negeri yang diperintah oleh seorang MB yang bernama Zambry. Samada kenyataan yang dikeluarkan Zambry itu secara sengaja, luar sedar mahupun 'suatu taktik' (kononnya), ianya telah mendedahkan Zambry kepada suatu sifat yang amat tidak cerdik dan berada jauh dari pemikiran seorang ahli politik.


Aku tidak faham maksud gambar ini. Kenapa ek ditanya di mana Maruah Anda?

Cabaran Zambry supaya 28 Dun Perak yang dikuasai PR dikosongkan bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan di kerusi tersebut bagi menguji kekuatan PR merupakan suatu idea yang sangat tidak bernas, malah diketawakan ramai. Mungkin pada Zambry, itulah idea paling cerdik yang pernah dikeluarkannya.

Sedih rasanya melihat kepada nasib orang-orang Perak yang mempunyai seorang MB yang mempunyai IQ serendah itu. Jika kenyataan ini tidak dipandang sebagai seorang yang penakut, mungkin boleh dilihat sebagai seorang yang 'tiada batu!'
----------------------------------------------------

25 January 2010

Apa Akan Berlaku Hari ini? - 25 Jan 2010.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berita semalam dari Bernama yang dipetik Malaysiakini- Suspek cuba bakar surau di Muar bertindak sendiri, kata Hishamuddin. Pelikkah dengan kenyataan tersebut? Apakah kenyataan tersebut keluar kerana dibimbangi dikaitkan dengan provokasi oleh UMNO?

Atau kerana salah seorang yang ditahan adalah anak seorang pegawai polis? Tetapi awal-awal lagi sudah diingatkan jangan mengaitkan dengan pasukan polis.

Aku percaya hari ini akan mula ada yang mengeluarkan kenyataan berkenaan Aduka Taruna yang dikatakan seorang blogger PAS menghina almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Maka, PAS akan diserang habis-habisan oleh puak-puak ini. Percayalah!!

Sama-sama kita tunggu...

Wallahua'lam.

20 January 2010

FELDA Penipu! - Lawyer Untung!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.