30 Ogos 2007. Aku terjaga dari tidur jam 11 malam. Aku terus tengok handset. 3 miss call dan beberapa SMS. Alamak, Dato XYZ pun ada call tadi. Ni mesti nak tanya kerja yang dia pass kat aku. Nanti tengah malam la aku siapkan. Aku malas nak call semula. Tengok lagi ada miss call dari Cikgu Ramli. Aku call dia. "Dang, mung tak nak gi kat sambutan Merdeka ke?" Tanya Cikgu Ramli yang aku panggil Cikgu Li jer. "Tak nak! Penat jalan-jalan petang tadi kat Hari Peladang" Jawab aku beralasan. "Meh la temankan aku. Aku naik kereta, susah nak parking. Kalu gi dengan mung mudah skit" Sambung Cikgu Li. "Ok laa" Jawab aku kurang bersungguh.
Sebenarnya petang tadi selepas pulang dari hospital, aku singgah di tapak Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Taman Awam, Pantai Batu Buruk. Sudah beberapa hari acara ini berlangsung, namun aku buat dek ajer. Bukan tak nak singgah, tapi tak sempat dicampur pula hujan kerap turun belah petang. Kawasan yang ramai orang ni, hujan skit, becak laa. Campur lagi dengan banyak kaki yang pijak tempat sama, bertambahlah becaknya. Seronok pusing-pusing sampai tak sedar dah gelap.
Sampai rumah sebaik azan Maghrib selesai. Aku buka bekalan dan makan nasi dagang yang diberikan percuma. Nasi Dagang lauk Ikan Tuna. Sedap. Alhamdulillah. Aku juga sempat beli sepotong Ikan Tuna. Nampak macam ikan Aya jer. Cuma besar la. RM5 sekilo. Aku tak sempat tanya harga pasaran biasa. Mula-mula tak nak beli dengan alasan aku duk sorang, maka dia offer yang dah siap potong kecil skit. RM 3 katanya. Aku ambik je la. Kata abang yang jual tu (dari Jabatan Perikanan) Ikan Tuna ni sedap gulai atau bakar jer. Sesudah mandi dan solat, aku berehat seketika menanti Isyak. Belum masuk Isyak aku dah terlelap sehinggalah jam 11...
Sebaik selepas call Cikgu Ramli, telefon aku berbunyi pula. "Dang, ada mana? Tak mboh gi ke Batu Buruk?" Is call aku. "Meh la. Bawak helmet lebih satu" Jawab aku. Aku segera bersiap. Gosok gigi, basuh muka dan panaskan air. Minum Radix dulu la apapun getus hatiku. Beberapa minit kemudian, Cikgu Ramli sampai dan diikuti dengan Is. Aku segera habiskan Kopi Radix. Panas!.
Cikgu Li membonceng aku. Is di depan dengan aku mengekori dia. Jalan agak sibuk. Agaknya semua orang pun mahu keluar menyambut Merdeka. Kami parking dalam kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah dan terus berjalan menuju ke tapak Sambutan Ambang Merdeka. (baca baik-baik skit, ambang tu bukan amdang deh!! hehehe).
Sebaik tiba di tapak sambutan, aku dengar countdown sedang bermula, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1! Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Tak ada la kuat sangat laungan Merdeka tu. Cuma ada la beberapa kerat yang melaungkannya. Serentak dengan itu lagu Negaraku dinyanyikan. Selepas itu diikuti dentuman-dentuman percikan bunga api. Sebuah lagu mengiringi percikan bunga api tersebut, tetapi aku gagal menangkap rangkap lagu itu. Agaknya lagu Deris Jusoh (DJ), Memahat Sejarah kot..
Sebenarnya kehadiran aku ke tapak sambutan ni semata-mata untuk menilai sendiri sejauh mana corak sambutan Merdeka yang diadakan. Sambutan malam itu berakhir begitu sahaja. Aku tidak tahu apa isi ucapan Idris (jika ada) dan apa persembahan kebudayaan yang diadakan pada malam itu. Aku bukan suka melemparkan tuduhan jika aku tidak menyaksikan apa yang berlaku dengan mata kepala aku sendiri dan bersumber dari sumber yang aku percaya. Paling kurang, ini menjadikan aku bertanggungjawab dengan apa yang aku coretkan di sini.
Sebaik selesai majlis sambutan, aku berlegar sekeliling pentas. Bangga seketika melihat sekumpulan anak muda berkopiah menyebarkan risalah kepada pengunjung yang berkeliaran. Sambil mengibar Jalur Gemilang, risalah di tangan bertukar kepada pengunjung yang masih melepak. Kebetulan ada antara mereka yang aku kenal, maka mudah je untuk aku minta mereka bergambar. Kalu tidak, sure takut-takut sebab sangkakan SB ke apa. Tahniah buat pemuda seperti ini. Mengambil inisiatif sendiri bagi menyedarkan masyarakat apa erti kemerdekaan. Rasanya mereka lebih Merdeka dari DJ sendiri!
Aku berlalu meninggalkan pemuda Islam ini dengan aktiviti mereka. Aku menyusur ke gigi pantai. Kebetulan terserempak dengan dua orang budak. Bila ditanya darjah 6 dan 5. Khairul dan seorang lagi aku lupa namanya. Aku tanya pasal UPSR. "Isnin ni" Jjawab dia. "Kenapa tak duk di rumah saja sambil membaca atau buat latihan?". "Tak tahu" Balas dia. Khairul ni antara sebahagian budak-budak yang meronda dengan basikal. Mereka beramai-ramai sambil ada antaranya whelley dan mengganggu lalu lintas.
Antara pemandangan yang ada pada malam tersebut adalah couple, kumpulan vespa dan motor, lepak, basikal, family, anak-anak muda, anak-anak kecil sekecil baby dan setua-tua ke seorang nenek. Semuanya dengan semangat Merdeka mungkin. Aku berlalu meninggalkan Pantai Batu Buruk. Aku menuju ke Taman Shah Bandar. Jalan jam teruk. Mujur aku bawa motorsikal. Kalu tidak, mahu sahaja aku berpatah pulang ke rumah. Lama tak cilok membuat skill aku tercabar.
Setiba di hadapan Pasaraya Astaka, jam makin teruk. Semua kereta berhenti! Sehinggakan ada yang mematikan enjin dan meninggalkan kereta berada di tengah jalan. Jalan dipenuhi kereta, tetapi langsung tiada pergerakan. Masing-masing tidak mahu beralah. Maklum saja jam teruk. Ketika ini aku turun dari motor. Tinggalkan motor ditepi jalan, dan berjalan kaki ke hadapan. Tertanya-tanya aku di mana pihak polis?? Jalan sebegini sibuk dan sesak, tetapi tiada pihak berkuasa yang mengawal. Bayangkan jika berlaku sesuatu insiden pada malam tu, tentu huru-hara jadinya. Aku cuba bersangka baik, agaknya polis tido awal malam tu sebab nak siap untuk perbarisan Merdeka keesokannya. Kononnya!
Bosan dengan suasana jalan yang jam tak berkesudahan, akhirnya aku bergerak ke kedai makan untuk minum. Malam yang bosan fikir aku. Setiba di hadapan Wisma Darul Iman, aku sempat melihat beberapa poster / banner yang digantung di pagar kawasan parking. Banyak betul hebahan, mungkin tak sempat nak membaca semuanya sekiranya sekali lalu sahaja. Menariknya bila aku melihat banner sambutan Merdeka rupa-rupanya ada dua sambutan. pertamanya malam Merdeka yang jatuh Khamis malam Jumaat diadakan solat Hajat dan bacaan Yaasin, manakala malam berikutnya dijemput Yasin dan Ramli Sarip untuk berhibur. Agaknya pada DJ malam Jumaat itu masih perlu dihormati. Mujur juga DJ bukan Wahhabi. :)
Seorang makcik berpangkat nenek masih minum di kedai yang sama dengan aku. Jam ketika itu sekitar 1.30 pagi. "Tengok bunga api" Jawab makcik tersebut bila ditanya ke mana. Tak tahu aku samada makcik ni patriotik sambut Merdeka, atau keluar bersantai dengan anak cucu. Bila jam dah menunjukkan semakin lewat, aku minta diri berundur. Esoknya ada HIMPIT. Aku ditugaskan menjaga pendaftaran. Tubuh mesti direhatkan seketika, barulah besok segar dan bermaya. Wallahua'lam.
Antara Group Vespa yang bersantai. Menariknya mereka sentiasa menyusun vespa dalam keadaan tersusun setiap kali parking. Contoh yang baik perlu diikuti.
.Selesai Sambutan. Semua bergerak mengikut hala sendiri. Mungkin juga bergerak mencari makna Merdeka??
Anak Muda yang Merdeka jiwa mereka. Walau isi risalah yang disampaikan mereka agak biasa, namun kesungguhan mereka membuktikan cinta mereka kepada agama, negara dan bangsa melebihi mereka yang saban tahun menyambut Merdeka.
Mana polis?? Jam yang teruk sehinggakan 'lumpuh' seketika jalanraya di Tanjung ini membuktikan pihak polis tidak mampu berbuat apa-apa? atau lebih suka mengadakan sekatan jalanraya yang sudah tentu 'masyukkkkk' punya?
Bila namanya Hadhari, maka bercampur aduklah jadinya. Malam pertama sambutan bukan main lagi penuh syahdu dan rendah diri memohon hajat dikekalkan keamanan dll, tapi...
Malam berikutnya.. Taman Syahbandar kini sudah menjadi satu port bagi anak muda melepak, berhibur dan sebagainya. Namun maklumat yang diterima program 'kebudayaan' ini tidak mendapat tempat di hati muda-mudi. Apakah rakyat Terengganu mahukan Gwen Stefani pula??
Bila namanya Hadhari, maka bercampur aduklah jadinya. Malam pertama sambutan bukan main lagi penuh syahdu dan rendah diri memohon hajat dikekalkan keamanan dll, tapi...
Malam berikutnya.. Taman Syahbandar kini sudah menjadi satu port bagi anak muda melepak, berhibur dan sebagainya. Namun maklumat yang diterima program 'kebudayaan' ini tidak mendapat tempat di hati muda-mudi. Apakah rakyat Terengganu mahukan Gwen Stefani pula??
No comments:
Post a Comment