Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Hari ini 23 September 2007. Hari lahir ayah aku yang ke 59. Selamat Hari Lahir Ayah! Umur 59 tahun satu umur yang dikira pertengahan. Umur baru pencen, umur baru nak menjejak ke umur 'tua' 60-an. Maybe kalu orang tanya berapa umur, dan kita jawab 50 lebih, orang tu tidak akan dipandang tua sangat. Tapi kalu jawab 60 tu akan dilihat agak tua. Memang 60 tu lebih banyak dari 50!
Kelmarin aku balik kampung jumpa mak ayah. Mak sihat jer. Ayah baru sahaja mengalami kemalangan kecil. Jatuh motor balik dari masjid. Terlanggar kayu pokok mati yang tumbang merentang jalan. Masa tu lepas solat Maghrib. Lepas berbuka, macam biasa ayah ke masjid. Balik tu dalam keadaan ribut dan angin kuat. Tak sangka lak ada kayu jatuh merentang jalan. Mujur juga tak jauh dari rumah. 10 meter je. Lutut berdarah, dan betis dan kaki terkena ekzos motor.
Pagi-pagi, ayah akan lap luka dengan ubat sapu. Kaki yang terkena eksoz tidak luka, cuma mengalami melecur dan kembung. Aku minta izin untuk cucuk sahaja dengan jarum. Biar keluar air dalam tu. Kata ayah, mak suruh tunggu sampai 'matang'. Aku tak tahu lak kena tunggu sampai matang. Tapi petang semalam ayah izinkan aku cucuk dan keluarkan air dalam gelembung kaki dia tu. Alhamdulillah juga ayah tiada sebarang penyakit orang kaya. Tiada kencing manis, tiada darah tinggi, tiada lemah jantung dll. Pendek kata, ayah cukup sihat walaupun kurang bersenam. Mungkin amalan ayah yang makan sederhana membuatkan ayah sihat. Jarang sangat aku lihat ayah menambah nasi jika makan. Mungkin juga itu faktor ayah kekal slim. Hehehe.
Semalam ayah nyatakan rasa gembira bila aku pulang. Kata ayah, kalu aku tidak pulang ke rumah, mak kurang bersungguh untuk memasak. Biasanya berbuka dengan kuih dan makanan ringan tanpa nasi. Bersahur akan kekal makan lauk sama selagi mana tidak habis. Panaskan lauk dan panaskan. Adik aku yang bongsu pun mengadu hal yang sama. Kata mak, takkan nak bazirkan lauk.
Aku senyum bila ayah berkata begitu. Maybe mak tahu selera makan aku. Mak juga tahu apa makanan yang aku suka. Cuma silap aku kerana tidak maklumkan mak yang aku hendak pulang. Sebab mak langsung tak ready nak buat bubur lambuk. Mak tahu kalu dia buat bubur lambuk, aku akan makan sampai licin. Aku berbuka dengan bubur lambuk, balik terawikh aku akan sambung lagi. Sahur pun jika masih ada aku akan tetap setia dengan bubur lambuk. Bukan aku yang suka makan bubur lambuk, tapi bubur lambuk mak yang sedap!
Petang semalam, bila aku kata nak balik awal, mak tanya tak leh tunggu balik pagi esok aje ke? Aku cakap ada sedikit urusan nak diselesaikan. Tapi aku tunggu sampai agak petang. Aku tengok mak masak agak banyak. Jadi aku kira mak nak suruh aku bawa bekal bawak balik berbuka. Kebetulan semalam adalah giliran mak memasak untuk Imam terawikh yang dijemput khas. Jadi, ada la lauk yang agak istimewa. Gulai ayam kampung, sayur air batang keladi dan pisang sira. Aku tak sempat tunggu masakan daging. Maybe mak nak buat sup. Kalu sup, tak sedap buat awal-awal. Sebab makan panas tu lagi sedap.
Sebelum datang semalam, sempat tanya mak apa resepi bubur lambuk. Aku kira aku nak try nanti jika ada masa. Maka turut bekalkan daun 'kesom'. Kata mak, sedap skit untuk aroma. Aku juga berkira-kira mahu menyembelih seekor dua arnab untuk dibawa daging. Tapi terkejut bila melihat sudah tiada arnab dalam kandang. Ayah kata dia jual. Ada budak-budak datang beli. Sebelum ini pernah mencapai dekat 30 ekor kesemuanya. Sekarang tinggal 3 ekor sahaja lagi. Kata ayah, yang 2 ekor tu dia dah niatkan untuk sembelih semasa berbuka puasa PAS cawangan nanti. Seekor tu maybe nak buat main je la.
Selamat Hari Lahir Ayah!

No comments:
Post a Comment