Ini berita lama. 16 Ogos 2007. Mungkin sudah basi. Tapi aku saje masukkan gambar ni sebab nak tunjuk gambar-gambar sekitar perobohan itu berlaku. Salah siapa? Aku tidak mahu menjawab persoalan ini. Tetapi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh DJ adalah tindakan MPKT ini tidak berkaitan dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Pelik bila aku baca akhbar (Akhbar 30 Ogos 2007 - Aku lupa akhbar apa) yang memetik DJ berkata demikian. Apakah MPKT sekarang sudah menjadi entiti yang berasingan dari Kerajaan Negeri Terengganu? Atau apakah MPKT sekarang diswastakan sepenuhnya kepada individu tertentu? Atau mungkin maksud DJ adalah MPKT berhak berbuat apa sahaja tanpa perlu merujuk kepada polisi kerajaan?
Pengurus Besar Redang Beach Resort, Vincent Liew yang menganggap tindakan MPKT merobohkan bangunan milik syarikatnya tidak adil kerana ada pusat peranginan lain yang juga tidak memiliki Sijil Layak Menduduki (CF) tetapi tidak dirobohkan. - Metro 19 Ogos.

Gambar 1: Kerja-kerja membuang alat penyaman udara pada dinding chalet. Dimaklumkan jentera yang digunakan disewa oleh pihak pengurusan. Namun diberitakan tidak semua barang-barang dapat diselamatkan.
Gambar 2: Kerja memungah perabot dan barangan yang masih boleh digunapakai. Hanya ambil setakat yang termampu.
Gambar 3: Antara barangan yang sempat diselamatkan.
Gambar 4: Perbincangan? Masih adakah ruang toleransi? Tanpa menunggu pihak pengurusan mengangkut semua barangan, jentera sudah diarah meruntuhkan bangunan.

Gambar 5: 'Majlis Perasmian' dilakukan walau pihak pengurusan minta ditangguhkan seketika kerana masih ada barangan berharga yang masih boleh diambil.
Gambar 13: Antara percikan bunga api Merdeka dan nyalaan lilin "Tidak Adil". Agaknya lagu Terengganukuku dinyanyikan kot? Huhuhuhu..
Nota: Dalam waktu pemerintahan DJ, sudah 2 buah chalet telah dirobohkan di Pulau Redang. Agaknya DJ nak suruh semua tumpu ke Pulau Duyong je kot. Maklum saja ada laporan yang mengatakan Monsoon Cup merugikan dan hotel-hotel yang ada di Kuala Terengganu juga tidak bertambah bilangan pengunjung ketika acara itu diadakan. Jaga-jaga kepada mereka yang punya chalet di tempat-tempat lain. DJ ni pernah robohkan masjid! Apalah sangat dosa merobohkan chalet pada dia. Mungkin nanti dia jawab sebab di sini wujudnya kegiatan maksiat pun boleh jadi.
amdang: Alahai Deris, makin kuat Diktatoranmu itu..
amdang: Alahai Deris, makin kuat Diktatoranmu itu..
No comments:
Post a Comment