31 July 2008

Jom berkampung di Penang!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Azizah kosongkan Permatang Pauh, Anwar tanding

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ia berikutan tindakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil secepat mungkin," kata Dr. Wan Azizah.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online bahawa pihak "telah dimaklumkan secara informal" mengenai kekosongan tetapi menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.

Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi.

Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan itu.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil akan diadakan meskipun kerusi itu dikosongkan atas 'kehendak sendiri', Abdul Rashid memberitahu, bagi pihaknya cara kekosongan itu tidak penting.

"Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil)," katanya.

p/s: Kasihnya si Isteri... Sanggup berkorban untuk Suami.. ;)

30 July 2008

Kisah di Kedai Gunting..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dua hari lalu aku ke kedai gunting di sebuah kampung di pinggir kota. Ketika itu jam sudah menunjukkan jam 5.20 petang. Aku yang pertama kali ke kedai gunting terbabit terus masuk dan duduk menunggu di atas kerusi yang disediakan. Ketika itu seorang lelaki 30-an sedang disiapkan pengguntingan. Sebetulnya dibotakkan. Licin.

Di sisi aku, seorang lelaki yang agak berumur juga menunggu untuk digunting. Dalam menanti, aku mengambil beberapa akhbar lama yang disusun di dalam kedai berkenaan untuk dibaca. Sambil membaca, aku memerhatikan keliling kedai. Ada keratan akhbar yang ditampal di dinding, ada sijil penghargaan, ada kalendar Taman Tamadun Islam dan juga ada Kalendar Umno.

"Silap masuk kedai ke aku ni ?" Getus hatiku.

Apa salahnya masuk kedai Umno. Kedai Cina yang jelas kafir pun aku biasa masuk. Aku memang tidak berniat untuk keluar pun. Bagi aku, kedai mana-mana pun boleh. Cuma jika aku tahu ada kedai orang yang lebih baik imannya dan akhlaknya yang turut menyediakan servis dan menjual barang yang sama, aku akan berusaha ke sana.

"Mahu gunting macamana?" Tanya si tukang gunting bila tiba giliran aku. Jam ketika itu sudah pukul 6 lebih.

"2-1" Aku menjawab seperti jawapan yang biasa aku berikan kepada tukang-tukang gunting yang biasa aku kunjungi sebelum ini. Pada aku, dia akan faham maksud 2-1 tersebut.

Sedang digunting, Si Tukang Gunting cuba mengajak aku berbual.

"Awak ni suka baca suratkhabar kan, jadi saya nak tanya skit pendapat awak tentang kereta Merc yang Mat Said beli" Tegur si Tukang Gunting. Sewajarnya dia membahasakan dirinya Pakcik dan aku dibahasakan anak atau awang** sahaja. Umurnya aku kira dekat 60-an.

"Ikut saya, molek je. Lagipun benda beli doh. Pakai je la. Kalu tak pakai, bazir plok." Aku menjawab malas.

"Awak rasa Mat Said tu saje nak kenakan Deris ke?" Soal Pakcik tu lagi. Ketika tu dalam kepala aku mula berfikir, pakcik ni saje nak test aku ni Umno ke Pas je kot.

"Kebetulan je kot. Dah Perdana V6 tu ada masalah, dia try tukar Merc. Konon nak berjimat. Alih-alih jadi isu gini lak" Aku cuba menjawab seadanya. Malas nak provok pakcik tu.

"Isu Anwar macamana. Betul ke Anwar ada nafsu nak meliwat? Umur 60 dah, kuat lagi ke? Tipu la saya rasa si sepul tu" Sambil menggunting pakcik tu terus melontarkan soalan cepu emas.

Belum sempat aku menjawab, tetiba pakcik tu kata "Minta maaf la ye. Saya tanya je. Mana la tahu kot-kot awak sokong Saiful ke, sokong Umno ke."

"Tak tahu la saya. Tak faham sangat dunia hari ini" Aku terus mendatarkan suasana. Dalam kepala aku, pakcik ni biar betul. Gantung kalendar Umno dalam kedai, cakap macam tak sokong Umno plak. Terasa lak macam aku nak diuji. Hahaha.

Apapun, bila balik rumah, mandi dan lihat cermin, aku tersenyum kelat. Rambutku tidak seperti yang dikehendaki. :(

Wallahua'lam.

Awang** = Panggilan bagi seorang lelaki di Terengganu. Perempuan biasa digunakan sebagai Mek. Panggilan Awang dan Mek ini sesuai digunakan oleh orang yang lebih berumur kepada orang yang lebih muda darinya.

28 July 2008

Surat Terbuka untuk Pimpinan-pimpinan Pas

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf kerana tulisan ini ditulis secara terbuka. Namanya pun surat terbuka. Namun keterbukaan surat ini diharap tidak membuka terlalu banyak prasangka dan buruk sangka. Harapnya juga penulisan ini dapat menjadikan para pimpinan semua terus menjadi contoh dan rujukan kepada semua masyarakat di bawah.

Surat terbuka ini ditulis bukan untuk mengkritik mana-mana Pimpinan Pas, tetapi lebih kepada mengingatkan sesama insan. Aku ni terlalu kecil sebenarnya untuk menulis, apatah lagi kepada pimpinan-pimpinan Pas sekalian. Apatah lagi dengan tarbiyyah yang diterima aku tidak seberapa, amal juga teramat kurangnya.

Namun, pada aku peringatan itu perlu. Baik kepada yang atas, mahupun kepada yang bawah. Tidak mendengar peringatan, itu bab yang lain. Menyampaikan peringatan, itu satu bab yang lain pula.

Mengikut aku yang cetek pengalaman dan kurang tarbiyyah ini, dalam berjemaah kita ada adab. Adab itu bukan setakat mengikut peraturan yang termaktub dalam perlembagaan parti, namun turut merangkumi peraturan perjalanan sebuah harakah Islamiyah. Aku percaya, adab yang aku maksudkan ini tiada tercatat secara langsung, tetapi boleh dilihat dan diambil dari usrah kecil mahupun usrah besar yang menekankan konsep itu dan ini sesebuah harakah Islamiyah.

Secara terus terang, aku melihat apa yang berlaku dalam isu Muzakarah / Muqobalah memperlihatkan bagaimana 'rakus' dan 'tamak' sesetengah pimpinan dalam mahu menjuarai isu. Isu yang sepatutnya diulas dan didengar terlebih dahulu dari pimpinan atas dibahas di peringkat bawahan sehingga ianya menjadi sesuatu yang mengecohkan.

Tidak semua strategi perlu didedah, apatah lagi bilamana keputusan Syura sudah memutuskan sesuatu mengenainya. Soal tidak tahu ianya keputusan Syura, itu soal lain. Tidak semua Ajk dalam mana-mana peringkat perlu tahu sesuatu perkara sehingga mereka sepatutnya tahu. Jika perlu tahu sekalipun, apa salahnya bertanya secara personal. Cukup dengan pernyataan "saya belum tahu isu ini bla.. bla.. bla dan akan minta ulasan pimpinan A dan B untuk kepastian".

Namun, dalam tidak tahu lebih lanjut terus mengulas dan menghentam pimpinan atasan, itu sudah di luar adab. Lebih malang jika mengulas dan menghentam pimpinan secara terbuka. Baik media massa, mahupun media elektronik mahupun laman sesawang sendiri. Itu tiada adab namanya.

Benar itu pendapat peribadi. Namun, 'menyerang' pimpinan atasan dengan cara sebegitu juga adalah serangan peribadi. Peribadi pimpinan yang menyerang dilihat tidak elok, peribadi pimpinan yang diserang juga tidak elok pada pandangan awam.

Kita bukan DAP yang cakap tanpa batas. Tiada mereka tahu adab, akhlak dan rukun-rukun yang patut dipatuhi dan diikuti. Bai'ah, wala' dan lain-lain istilah langsung mereka tidak faham dan tidak pernah diusrahkan kepada mereka. Sebab mereka adalah DAP.

DAP tidak pernah tahu bila kita bercakap soal menerima keputusan mesyuarat akan mendapat pahala. Jika keputusan itu betul, kita diajar pahalanya dua. Jika tidak tepat, kita diberitahu pahalanya satu. DAP tidak pernah tahu ini semua. Apatah lagi DAP tidak pernah tahu peranan Majlis Syura, peranan Dewan Ulama' mahupun lain-lain badan. Apa yang DAP tahu adalah badan-badan itu selalunya bersikap 'tegas' dan 'menghalang'.

Sedangkan kita merujuk dewan dan badan-badan tadi bagi menghalusi sikap, keputusan dan pendirian kita. Kita kuat dan kukuh kerana badan-badan ini berfungsi untuk memantau jemaah sepanjang masa. Mereka sering menunjuk jalan. Walaupun sempit, namun jalannya tetap ada. Jalan diberi dengan alasan yang kukuh. Ada hukumnya. Jika jalan ditutup juga kukuh. Juga disertakan hukumnya.

Dalam sesuatu keadaan, diam itu lebih baik. Bimbang jika tersalah cakap, benda kecik menjadi besar. Dengan isu yang agak 'panas' kedudukannya, lebih-lebihlah perlu berhati-hati. Peluang dan ruang untuk musuh menerkam sentiasa terbuka.

Percayalah, pimpinan yang telah diamanahkan tidak akan sekali-kali mengkhianati amanah. Ketika mana kemenangan itu hampir, ketika itu ujian semakin berat. Usah terpengaruh dengan pendapat umum yang kadangkala nakal. Usikan mereka adakalanya berat, keterlaluan dan malahan melukakan.

Mereka begitu kerana ada di antaranya sayangkan perjuangan, tetapi tidak tahu saluran. Mulalah mereka cerita yang bukan-bukan. Apatah lagi jika pimpinan yang ada tiada sehaluan. Mereka hanya penyokong, tidak pernah pun berjuang. Ada juga yang bermuka-muka. Berpura-pura baik, sedangkan cuba memecahkan.

Berlapanglah dada. Tidak semua yang kita lihat tidak baik itu natijahnya juga tidak baik. Kita diperlihatkan dengan Sirah Rasulullah s.a.w ketika mana baginda menandatangani Perjanjian Hudaibiyah. Kelihatannya seolah-olah merugikan Islam, tetapi Allah kemudiannya menurunkan firmannya dalam Surah Al-Fath, ayat yang pertama bagi menjawab keraguan para sahabat:

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata"

Ketika itu barulah sahabat-sahabat tersenyum dan yakin dengan keputusan Rasulullah s.a.w.

Wallahua'lam.


Hamba yang kurang diajar,

Amdang81
28 Julai, Kuala Terengganu.

Nota: Penggunaan katanama AKU bukan bermaksud ego, atau sikap kurang ajar aku dengan mana-mana pimpinan PAS, tetapi disesuaikan dengan penulisan aku secara bersahaja ini dan mengikut lunas blog aku. Jika inipun nak dijadikan suatu perbahasan yang besar, apa nak dikata. :(

27 July 2008

Memahami Politik TG Nik Aziz

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t

Aku semalam menghadiri satu program yang dinamakan Medan Pemuda Islam Batu Rakit atau singkatannya Membara '08. Program ini adalah kali ketiga dianjurkan oleh Pemuda Dun Batu Rakit dan menjadi program tahunan pemuda dun berkenaan. Apa yang menarik perhatian aku semalam selain acara bola sepak 5 sebelah dan tarik tali, aku turut tertarik dengan sehelai T-shirt yang tertera gambar TG Nik Aziz.

"Satu dalam sejuta". Itulah tulisan yang dimaksudkan pada gambar TG Nik Aziz pada T-Shirt berkenaan.

Semalam TG Nik Aziz dipetik sebagai berkata "Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru". Adapun, parti baru itu perlu berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Sekali pandang, macam bubar Pas dan Umno, Umno dan Pas berpakat atas satu parti baru je. Tetapi jika dua kali pandang, bubar Umno, Umno masuk Pas je.

Aku cukup suka politik TG Nik Aziz! :)

22 July 2008

Apa salahnya Presiden Pas dan Presiden Umno bertemu mata?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hairannya aku. Entah dari mana angin yang bertiup, semacam taufan bunyinya. Kekuatannya tidaklah sehingga menerbangkan atap rumah, tetapi bunyinya cukup kuat seolah-olah ianya menakutkan.

Kehadiran beberapa wartawan dalam Muktamar Pemuda Pas Negeri Terengganu baru-baru ini juga menimbulkan sedikit kehairanan kepadaku. Apa perlu mereka hadir? Apakah mahu mencari sesuatu yang panas dalam usul yang akan dibentang? Aku cuba berteka-teki.

Rupa-rupanya kehadiran mereka hanyalah mahu mendapat sedikit respon dari Ustaz Nasarudin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas berkenaan isu Muzakarah. Dalam Ucapan perasmian, Ustaz Nasa menyebut beberapa perkara yang dilihat agak penting berkenaan Muzakarah @ Hiwar (istilah yang digunakan beliau), namun lebih cuba menumpukan kepada sikap Pas dalam Pakatan Rakyat.

Beberapa minggu sudah, aku sempat mengikuti kupasan Ustaz Harun Taib berkenaan isu Pas dalam Pakatan Rakyat. Bagi aku kupasannya jelas dan terang. Pas tidak pernah bersama dalam kerajaan dengan PKR dan DAP sebelum ini, maka apa salahnya 'mencuba'. Pas pernah dijemput UMNO dalam Kerajaan Campuran, namun akhirnya dikhianati.

Di sini aku lihat terserlah relevan Pas kekal dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang dilihat negatif kepada Pas. Soal adakah Pas akan bersama Umno, itu adalah satu kemungkinan yang amat jauh lagi.

Aku suka untuk mengambil pandangan Ustaz Nasa berkenaan isu ini bilamana beliau membawakan Muzakarah adalah Hiwar. Mengikut aku yang amat lemah Bahasa Arab ini, Hiwar ni lebih kepada perbualan, perbincangan. Langsung tidak ada kena mengena dengan perjanjian, mahupun sebarang ikatan yang dilihat terjalin secara kontrak.

Jika apa yang disebutkan Muzakarah antara Pas dan UMNO berlangsung, aku langsung tidak merasa bimbang. Pas sebagai sebuah parti Islam akan kekal dan tegas dengan prinsipnya. Pimpinan Pas sudah tentu lebih maklum dan tahu apa yang perlu dilakukan. Asas Muzakarah adalah Islam dan Melayu. Melayu yang disebut sudah tentu perlu kerana Melayu di Malaysia adalah tunjang Umat Islam.

Kenapa bimbang dengan Muzakarah dengan asas Islam dan Melayu? Kerana Melayu itu lebih sinonim dengan UMNO barangkali. Takut-takut Pas akan masuk perangkap UMNO. Hanya kerana perkataan Melayu? Kelakar!

Aku sebenarnya langsung tidak nampak di mana salahnya diadakan perjumpaan, perbincangan dengan UMNO dalam segala hal. Baik dari segi isu Melayu, Islam, hiburan, keselamatan, mahupun dalam hal yang bersifat pentadbiran. Selagi sifat pertemuan itu untuk kebaikan, teruskanlah. Soal syarat juga bergantung kepada parti masing-masing. Masing-masing memang mempunyai hak dalam menentukan halatuju masing-masing.

Bukan menyokong, bukan juga menghalang, tetapi soal Muzakarah kali ini cukup berbeza. Pas sebelum ini (Sebelum PRU 12) sudah beberapa kali mengajak diadakan Muzakarah, namun hampir semuanya tidak diterima UMNO dengan pelbagai alasan. Tup-tup, kali ini UMNO menerima untuk diadakan Muzakarah.

Pas masih realistik dalam mengadakan Muzakarah kali ini pada aku. Apatah lagi kenyataan Presiden Pas yang dilihat tegas kepada kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat baru-baru ini perlu diambil perhatian. Sedikit nada kecewa tidak cukup jika didiam begitu sahaja. Mungkin dengan 'ugutan' Muzakarah ini Pas dilihat lebih mahal harganya.

Wallahua'lam.

16 July 2008

Anwar Ibrahim ditahan polis bertopeng!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya. -foto REUTERS

Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Sumber: Malaysiakini

Debat Anwar Vs Shabery

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5



15 July 2008

Tahniah PDRM. Amerika Gagal Serang Malaysia!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku rasanya mahu ketawa, menangis dan pada masa yang sama mahu menjerit kerana kecewa. Semuanya bercampur-baur. Semuanya gara-gara melihat gelagat polis-polis di Malaysia ini. Sungguh. Ketawa melihat lakonan demi lakonan yang dijayakan, mahu menangis kerana meletakkan diri mereka sebagai badan yang tiada maruah, dan mahu menjerit geram kerana tidak melaksanakan tugas yang sepatutnya.

Beberapa insiden semasa yang berlaku secara jelas dan terang memperlihatkan bagaimana lakonan demi lakonan dipersembahkan. Polis yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan dan keselamatan, tetapi hari ini menjadi agen yang mencetus kepada ketegangan dan kerisauan awam.

Lihat sahaja bagaimana semalam, sekatan jalan raya diadakan bagi menutup jalan kepada 'peserta himpunan haram' yang kononnya dijadualkan akan berhimpun di bangunan Parlimen. Arahan dari mahkamah juga digunakan bagi membolehkan sekatan dan kawalan diadakan bagi menguatkan lagi dakwaan bahawa satu perhimpunan haram akan diadakan.

Lucunya, langsung tiada pihak dari PAS, PKR mahupun DAP yang tampil mengiyakan bahawa Pakatan Rakyat menganjurkan demonstrasi terbabit. Anwar selaku ketua Umum PKR sendiri menafikan menganjurkan himpunan tersebut. Namun, polis tetap meneruskan himpunan haram menyekat kenderaan yang lalu lalang sekitar parlimen sehingga ke jarak 5 kilometer dari Parlimen.

Lebih melucukan, hari ini terpampang di akhbar Utusan "Himpunan haram gagal". Tidakkah kejayaan menghalang himpunan itu dilihat kejayaan bagi pihak polis? Mari sama-sama kita memuji polis-polis di Malaysia.

Aku suka sarankan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya besok menyiarkan pula suatu maklumat baru kepada polis berupa "Amerika mahu serang Malaysia". Selepas itu, polis-polis Malaysia berpura-pura bersiap untuk bertempur, dan esoknya siar dalam akhbar tempatan dengan tajuk "Amerika pengecut, cubaan serang gagal".

Bilamana Pakatan Rakyat dari pelbagai parti menafikan menganjurkan himpunan tersebut, menteri yang bijak pandai itu pula mendakwa mendapat maklumat melalui risikan. Mengikut risikan, (sudah tentu SB-SB dan Cybertroopers) maklumat itu diperoleh daripada ceramah pakatan pembangkang, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pemimpin peringkat bahagian. Terasa pula mahu memuji kehebatan SB-SB menjalankan tugas masing-masing.

Setahu aku, pemimpin Pakatan Rakyat jantan sifatnya. Jika mahu berhimpun, mereka akan memaklumkan kepada umum terlebih dahulu. Media akan dipanggil bagi diberikan kenyataan untuk memaklumkan satu-satu himpunan samada disukai pemerintah, mahupun tidak. Mengumumkan melalui ceramah, SMS mahupun blog adalah susulan daripada pengumuman awal yang dibuat. Itu adalah kebiasaan.

Teringat pula aku insiden yang hampir sama berlaku di Terengganu pada tahun lalu. Polis beria-ria mengadakan sekatan kerana mendakwa PAS mahu mengadakan ceramah, sedangkan pihak PAS awal-awal lagi telah membatalkan dan memaklumkannya kepada polis. Apa boleh buat bilamana polis lebih suka berlakon dari bertugas dengan betul.

Teringat juga bagaimana beberapa hari lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin menafikan pihak polis berlakon dalam isu kehilangan P.Balasubramaniam dan keluarganya. Mungkin pada pihak polis, mereka tidak berlakon. Tapi pada rakyat itulah yang berlaku.

Bayangkan bilamana kehilangan Bala dilaporkan, polis terus mengatakan kemungkinan Bala keluar negara dan polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menjejaki Bala. Aku tidak tahu sejauh mana peranan pegawai Imigresen di setiap pintu keluar masuk negara menjalankan tugas. Apakah polis tidak dapat bekerjasama dengan pihak Imigresen paling kurang untuk tahu apakah Bala keluar negara atau tidak. Pelik bukan? Tapi ingat, itu bukan lakonan polis.

14 July 2008

Ini lakonan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KESELAMATAN DIPERKETAT?... Polis menjalankan pemeriksaan ketat di Lembah Klang dengan mengadakan sekatan jalan di kebanyakan jalan dan lebuh raya sejak petang semalam. Langkah itu diambil ekoran desas-desus bahawa kemungkinan diadakan perarakan atau perhimpunan di ibu negara esok.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat supaya tidak membawa tetamu mereka ke kawasan Parlimen seperti yang dibenarkan sebelum ini ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat menganjurkan perhimpunan yang dimaksudkan polis, esok. Katanya, Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan untuk mengaturkan program seumpama dan tindakan mengaitkan nama beliau dan pakatan itu adalah satu fitnah dan mengalahgunakan proses perundangan.

Khamis lalu, Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memfailkan usul tergempar tidak percaya Perdana Menteri. Jika diterima, usul itu, yang difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) and 18(2), akan didengar dan diputuskan esok.

petikan: Mstar.

11 July 2008

Temubual Harakah dengan TG Haji Hadi

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah sedutan Temubual Harakah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Artikel ini disiarkan dalam Harakah terbaru 10 Julai yang sudah ada di pasaran. Ikuti kupasan dan pandangan TG yang tegas dalam menyatakan sikap dan pendirian PAS.

HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini?

USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad.

Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?

Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?

Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Hasil pertemuan dan rumusan PAS?

Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri. Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam. Dalam pilihan raya ke-12 pun Umno tidak kalah, yang kalah MCA, MIC.

Mereka membuat pembahagian kawasan pilihan raya berdasarkan kepada kepentingan mereka. Penambahan kawasan baru itu dilakukan di Sabah, Sarawak dan Johor. Mengapa tidak ditambah kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Ini kerana mereka hendak menjaga kerusi mereka dan bukan kepentingan Islam. Dalam masa yang sama mereka membahagikan kerusi ataupun kawasan pilihan raya yang majoriti Islam kepada wakil rakyat yang bukan Islam. Ini tidak wajar.

Cuba lihat dalam Pakatan Rakyat, DAP menang di kawasan majoriti kaum Cina, tetapi MCA dan MIC menang di kawasan majoriti Melayu yang diberi oleh Umno. Ini dengan sendiri boleh menghakiskan kedudukan orang Islam dari segi politik.

Tetapi bukankah PAS mahu perpaduan yang lebih meluas?

Sekarang ini kita menunggu apa respons daripada Umno dan rakyat. Dan saya pernah berucap dalam perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam (di awal penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor). Saya tidak tahu mereka sedar atau tidak, tetapi saya sebut soal perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan.

Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya. Sebagai contoh bukan sahaja pembangkang boleh bangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh bangkang. Dalam negara kita, kalau wakil rakyat kerajaan yang bangkang ini akan diambil tindakan disiplin. Bahkan di Barat parti kerajaan boleh sokong undi tidak percaya, yang dibuat oleh pembangkang. Adakah di Malaysia hal ini berlaku? Tidak berlaku.

Tuan Guru fikir Umno boleh terima pandangan PAS?

Kepada PAS, orang Melayu mesti menjadi teras kepada politik negara. Ini diterima oleh semua kaum. Bukan pula bermakna hanya orang Melayu yang berhak dalam politik dan kekuasaan tetapi teras politik kita berpihak kepada orang Melayu sebab melihat kepada jumlah penduduk Islam yang majoriti dalam negara ini. Ini perlu diambil kira. Tapi malangnya Melayu sendiri hanyut dalam merealisasikan Islam itu sendiri sebagai kekuatan orang Melayu.

Sebagai contoh kita tidak sedar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Agama lain berhak dianut dan diamalkan tetapi di sana ada peruntukan Jadual 9 yang menyekat pelaksanaan Islam setelah diserah Islam itu di bawah kuasa negeri. Tetapi ada peruntukan yang menghalang pelaksana syariat Islam dalam makna yang menyeluruh.

Walaupun dalam mazhab Islam ada ulama yang sebut syariat Islam itu boleh dilaksanakan kepada orang Islam dan bukan Islam berhak diberi pilihan. Dalam beberapa perkara tertentu boleh kita bahagikan perundangan sebagai contoh kepada tiga bahagian. Yang pertama perkara yang diberi kepada penganut agama masing-masing dalam masalah ibadat undang-undang keluarga dan perkahwinan itu agama masing-masing.

Dan di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam. Adapun orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada nak undang-undang ini atau tidak. Dan di sana ada hukum yang bersama seperti undang-undang jalan raya serta hak milik tanah pertanian dan kediaman tidak ada beza.

Sepatutnya kita perkenalkan keadilan Islam ini kepada masyarakat di saat kita lihat kegagalan sistem yang lain daripada Islam.

Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?

Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.

Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.

Apa pandangan Tuan Guru mengenai rundingan yang berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat?

Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya.

Adakah ini salah faham (mengenai hubungan PAS-Umno)?

Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat. Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno.

Itu politik kampung sahaja yang tidak boleh (melarang) jumpa dengan Umno dan orang PAS. Kita dah uar-uarkan 'engagement' yang disebut dalam muktamar kita, ini keterbukaan kita.

Penerimaan ahli PAS mengenai 'engagement' seperti ini macam mana?

Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya.

Mungkin PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat?

Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri.

Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah.

Maknanya ia perlu selesai di mahkamah?

Ya! Ya! Selesaikan di mahkamah ....

Isu Anwar, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Altantuya dan macam-macam berlaku, telah mencetuskan kecelaruan politik sekarang. Apakah pandangan Tuan Guru?

Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu. Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting. Bagaimana hendak menangani masalah rasuah, masalah jenayah. Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.

Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting.

Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?

PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Berbalik kepada isu Anwar, mahu atau tidak isu membabitkan beliau perlu dihadapi dan diterima dan implikasinya kepada PAS juga yang sertai Pakatan Rakyat. Apa pandangan Tuan Guru?

PAS ada pengaruh dan kedudukannya sendiri. PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah dari fitnah ini dan kita sama-sama ambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin. Tetapi PAS tetap utuh dengan sebagai parti yang ada akar umbi yang sudah lama dan bertapak begitu kuat. Dan saya rasakan bahawa apa yang ditumpukan oleh orang PAS ialah untuk menegakkan Islam itu dengan makna yang menyeluruh.

Apabila banyak fitnah, adakah ini petanda sudah tiba masanya Malaysia menggunakan lebih banyak undang-undang Syariah supaya wujud keadilan dalam negara?

Saya bersetuju! Islam pun perlu diberi peluang untuk dilaksanakan dan bermula dengan orang Islam sendiri sebagaimana yang kita luluskan di Kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah. Di mana undang-undang Syariah itu dimulakan dengan orang Islam. Sementara orang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu undang-undang Islam atau tidak tetapi dalam kes peribadi dan agama kita tidak campur. Itu sudah jelas.


Harapan Tuan Guru mengenai muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung Ogos ini?

Muktamar kali ini ialah muktamar pascapilihan raya. Satu anjakan paradigma berlaku dalam politik negara secara umum termasuk orang PAS sendiri. Kita berjaya pecahkan tembok perkauman antara kaum dan pelbagai agama. PAS berjaya tubuhkan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka. Mereka kerja secara sukarela kepada PAS. Mereka memenangkan calon PAS di peti-peti undi sebagai tambahan kepada kekuatan PAS yang sudah ada.

Yang kedua, perubahan di kawasan bandar yang dapat maklumat moden melalui perkembangan ICT. Di sini menunjukkan betapa rakyat perlu dapat maklumat bebas dan terkini yang menyaksikan PAS dapat sokongan di bandar dan pinggir bandar.

Ketiga, walaupun PAS tidak mendapat kerusi Parlimen sebanyak kerusi pada tahun 1999, namun kali ini berlaku satu perubahan. PAS dikatakan menjadi 'king maker' kepada politik negara. Dalam penyertaannya melalui kerajaan campuran di negeri yang tidak dikuasai sepenuhnya seperti di Kedah.

Dalam keadaan PAS adakan campuran dengan parti lain di Perak, rakan Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada PAS memimpin dua buah negeri Kedah dan Perak selain yang telah ada Kelantan. Satu negeri kepada Keadilan di Selangor dan satu negeri kepada DAP di Pulau Pinang.

Jadi ini menunjukkan kepercayaan yang diberi Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri. Dan kita hargai kepercayaan ini. Apa yang penting PAS mesti laksanakan slogan semasa pilihan raya iaitu 'Islam For All'. Itu mesti direalisasikan. Sebab itu kita harapkan NGO dan parti bukan Islam jangan risau dengan pelaksanaan ini. Kita harap apa yang disebut sebagai 'Islamophobia' tidak berlaku kepada rakyat Malaysia.

Kita dah ada model di Kelantan. Kini masuk penggal kelima, dan di Terengganu satu penggal. Tidak ada sebab mereka risau jika kita realisasikan slogan tadi. Kepada ahli PAS, teruskan bekerja bukan sahaja untuk pilihan raya ke-12, dalam masa yang sama kerja selepas PRU-12 untuk isi kemenangan.

Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat kita harapkan supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi.

10 July 2008

Santai...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Malam tadi, selepas sahaja mesyuarat syarikat, aku bersama-sama teman ke Pekan Batu 6 untuk membasahkan tekak. Asalnya mahu juga menjamah sedikit makan malam, namun disebabkan kedai yang dikunjungi telah mahu ditutup, maka kami hanya memesan segelas minuman untuk masing-masing.

Dalam kepenatan sambil menunggu minuman, masing-masing membuka cerita.

Cerita 1

Seorang pemuda yang tidak pandai Bahasa Inggeris bertanya kepada seorang sahabatnya setiba di sebuah pasaraya.

"Apa makna 'discount' 20%, 30%, 40% yang ditampal tu?"

"Discount tu maknanya, dia potong la. Kalu harga RM100, dia potong la jadi murah lagi." Terang si sahabat.

"Oooo, discount tu potong". Pemuda tadi mulai faham. Si sahabat hanya mengangguk.

Ketika dalam perjalanan pulang, kereta yang di pandu si sahabat tadi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Si Pemuda yang berada di tempat duduk sebelah mengintai-ngintai kalau-kalau ada peluang untuk memotong kenderaan di hadapan.

Tiba-tiba, si pemuda tadi berkata, "Cepat-cepat, discount, discount kereta depan tu dah slow".

Kalu anda jadi sahabat kepada pemuda tadi, apa agaknya yang anda akan katakan? ;)


Cerita 2

Ini kisah sepupu aku. Umurnya sekitar 7 tahun.

Suatu hari, sepupuku ini ke sekolah. Hari itu hari sukan. Semua pelajar memakai baju sukan. Entah apa yang silap, sepupuku ini terlupa dan memakai baju seragam sekolah.

Ketika sampai di sekolah, dia terkejut melihat semua rakan-rakannya memakai pakaian sukan. Dia terasa malu dan rendah diri kerana kesilapan yang dilakukan itu. Dengan rasa bersalah, dia berlari ke tandas dan mula menangis. Pada dirinya, dia telah melakukan kesilapan besar. Tangisnya sungguh-sungguh. Berlalu satu hari yang 'malang' baginya pada hari itu.

Keesokannya persekolahan berjalan seperti biasa dan seperti biasa pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah. Namun, sepupuku ini nekad.

Dia memakai pakaian sukan untuk ke sekolah. Bukan dia tidak tahu bahawa hari ini sudah tiada sukan. Apabila ditanya, selamba dan penuh yakin dia menjawab.

"Biar padan muka semua orang. Hari ni biar semua nangis di sekolah. Dengan cikgu-cikgu sekali."

Itu nekad seorang anak kecil. Walaupun apa yang dilakukannya tidak tepat, namun dia nekad dan yakin dengan apa yang mahu dilakukannya.

Aku tergelak mendengar cerita ini.


Cerita 3

Seorang Ketua Negara yang sudah tidak dikehendaki oleh rakyat-rakyat di negeranya berkata.

"Saya sedang menyusun pelan peralihan kuasa. Saya akan melepaskan jawatan ini apabila sampai masanya dan bla.. bla.. bla.."

Sedangkan ketika itu rakyat-rakyat di negara tersebut merasakan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk dia berundur. Bagi rakyat, bukan sahaja dia perlu berundur, malah dengan parti-partinya sekali.

Jangan tergelak kerana pemimpin negara itu sedang terlena, nanti dia terjaga.

Antara Anwar, Najib dan Bala.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.

Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).

Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.

Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan - remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih kurang jumlah yang sama - 5,102 atau 80 peratus - menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut - untuk mendapatkan simpati masyarakat.

Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.

Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.

Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".

tinjau dakwaan terhadap najib, anwar



































































Sumber: Malaysiakini.

08 July 2008

Aku dan Protes

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

6 Julai 2008. Seawal jam 8 pagi lagi telefon bimbit aku berdering dihubungi beberapa kawan jauh dah dekat. Aku biarkan berdering tanpa diangkat. Aku tahu mereka mahu tanya di mana aku berada ketika itu. Aku dapat mengagaknya.

Begitu juga dengan SMS yang diterima. Aku baca dan biarkan si penyoal tertanya-tanya. Isteri aku beberapa kali menjeling kepada telefon yang berdering. Biarkan kataku. Dia semacam faham.

Jauh di sudut hatiku rasa bersalah yang amat sangat. Bersalah kerana tidak bersama-sama untuk berada dalam himpunan Protes. Sungguh aku rasa bersalah. Namun, rasa bersalah aku itu aku humban dengan keyakinan aku bahawa protes tidak menepati kehendak protes yang sewajarnya.

Beberapa hari sebelum itu, aku berbual panjang dengan seorang ustaz muda. Dalam perbualan, disebutkan perihal Protes. Kami berkongsi pendapat Ustaz Nasrudin Tantawi berkenaan artikel di blog beliau berkenaan Protes: Demo atau konsert?.

Dalam perbualan, timbul soal apakah dibolehkan Solat Jamak dan Qasar untuk ke himpunan Protes. Kami senyum berpandangan bila soalan ini dilepaskan. Senyum tanda faham. Aku sendiri diminta memberi ulasan berkaitan artikel ustaz yang turut dikomen oleh beberapa individu yang mahu diraikan pihak sosialis itu.

Dalam menyusun kata dan menyulam ayat, aku menerima SMS yang mengatakan himpunan Protes akan berlangsung tanpa konsert. Aku senyum. Aku terima satu call dari seorang sahabat yang mengesahkan keputusan mesyuarat tersebut, namun amat yakin akan ada juga kumpulan-kumpulan yang dimaksudkan itu muncul.

Aku mengambil keputusan peribadi memboikot sahaja himpunan Protes. Namun, bagi meraikan pendapat umum dan keputusan yang telah dibuat, keputusan peribadi itu aku simpan dan tidak nyatakan di blog ini. Sebab itu artikel aku berkaitan Protes amat sejuk dan biasa-biasa sahaja. Aku tidak melarang mereka yang mahu pergi, aku juga tidak menyatakan yang aku akan turut pergi.

Bila semuanya selesai, aku tetap rasa bersalah kerana tidak pergi walau apa jua yang berlaku di sana. Pada aku himpunan berjaya. Cuma mungkin bukan pada tahap A atau A+.

Apapun, aku rasa muhasabah panjang perlu untuk sama-sama dalam memahami toleransi dan bersangka baik dengan rakan seperjuangan.

Wallahua'lam.

p/s: Sorry Yan, aku tidak turun KL. Mung pun tahu kalu aku turun, mesti call mung dulu. ;)

03 July 2008

Eksesais Bersatu Aman: Himpunan Protes akan diuji?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

TV3 malam tadi menyiarkan satu berita berkaitan satu latihan bersama anggota PDRM dan ATM. Latihan itu dinamakan sebagai Eksesais Bersatu Aman. Latihan bersama yang bertujuan menjaga keamanan dan keselamatan itu aku kira satu tindakan yang terpuji dan persiapan yang baik.

Namun, apa yang menjadi kebimbangan dan kerisauan adalah kerjasama yang dilakukan itu adalah bagi menggagalkan sebarang himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Himpunan Protes 6 Julai ini misalnya yang dibentuk dan disusun dengan aman dibimbangi diganggu dan menjadikan ianya huru-hara.

Bagi menghuru-harakan himpunan yang besar bukan susah. Hantar sahaja SB-SB supaya membuat provokasi dan mengganggu tugas rakan-rakan mereka dalam polis. Provokasi itu akan disambut oleh SB-SB yang lain dan membentuk suatu gelombang yang akhirnya akan diikut oleh pihak yang tidak tahu apa-apa.

Ini adalah kebimbangan dan prasangka yang ada asasnya. Tragedi berdarah 8 September di Batu Burok tidak mudah dilupakan. Bagaimana polis berpakaian biasa membuat provokasi dan seterusnya menyuntik kemarahan ramai terhadap pihak polis itu sendiri.

Ketika suasana dilihat tidak terkawal, maka unit-unit yang dilatih bersama ini akan menjalankan tugas mengawal keselamatan dengan menyembur air berasid, memukul dan menerajang orang ramai. Ketika itu tidak ada lelaki dan wanita, semuanya akan dilanyak dan diperlaku begitu sahaja.
Apapun, aku berharap himpunan Protes kali ini akan berjalan lancar dan tiada keganasan dari mana-mana pihak. Kita mahu negara kita aman, kita mahu minyak juga diturunkan. Jadi, apa salahnya kita bersatu menyatakan bantahan terhadap kenaikan yang telah dikenakan kepada semua rakyat. Jika tekanan yang diberikan itu kuat, mungkin kerajaan akan menimbang untuk menurunkan harga minyak. Namun, jika tekanan itu tidak kuat, kekallah harga minyak ini dan tunggu sahaja diumumkan lagi kenaikannya.

Mungkin ada yang mengatakan apa perlu demonstrasi? Kenapa tidak berbincang dan toleransi? Jawapan aku untuk soalan kali ini mudah sahaja. Tidakkah rakyat Malaysia tahu bahawa usul kenaikan harga minyak diluluskan dalam Parlimen setelah 2 minggu harga dinaikkan? Usul itu juga disokong sepenuhnya oleh wakil rakyat dari komponen BN!

Berbincang? Tidakkah rakyat melihat bagaimana MP BN begitu bacul dan menjadi lembu dicucuk hidung bagi menyokong sepenuhnya usul yang menyeksakan rakyat itu? Tidakkah rakyat melihat bagaimana bersoraknya MP BN apabila usul itu diluluskan setelah undian dilakukan? MP yang dipilih seolah-olah mahu rakyat susah. Mahu rakyat tertindas!

Rakyat tiada pilihan. Terima kenaikan dengan hati terbuka, atau menderita sengsara. Melontarkan bantahan terbuka juga satu cara. Mencemuh pihak yang mahu berdemo bukan satu tindakan bijak. Apakah pihak yang mencemuh tidak suka jika harga minyak diturunkan?


02 July 2008

Idris-Ahmad bertembung di Hulu Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sumber: Malaysiakini

Pertandingan ketua Umno bahagian Hulu Terengganu akan menyaksikan pertembungan antara penyokong bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh dengan penyokong menteri besar sekarang Datuk Ahmad Said.

Bekas exco kerajaan Datuk Rosol Wahid hampir pasti mencabar bekas timbalan menteri kewangan Datuk Tengku Putera Tengku Awang dalam pemilihan parti, September ini.

"Mereka akan berentap dalam pemilihan jawatan ketua bahagian kali ini kerana kedua-duanya amat memerlukan jawatan tersebut.

"Rosol memerlukan jawatan itu untuk masa depan politiknya setelah terpinggir berikutan ketuanya Idris tidak lagi menjadi menteri besar,” kata satu sumber Umno Hulu Terengganu kepada Malaysiakini hari ini.

"Manakala Tengku Putera digugurkan dari bertanding dalam pilihanraya umum lalu kini bergantung harap kepada jawatan ketua bahagian untuk menuruskan kerjaya politiknya."

Sumber itu berkata, persaingan antara mereka berdua sudah lama tetapi semakin menyerlah apabila Tengku Putera digugurkan daripada jawatan timbalan menteri kewangan pada 2006.

Ada pihak mendakwa itu semua, antaranya, permainan Rosol yang meminta Idris mencadangkan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Tengku Putera digugurkan daripada jawatan tersebut.

"Kemarahan Tengku Putera terhadap Rosol semakin bertambah apabila namanya tidak disenaraikan dalam pilihanraya umum lalu," kata sumber itu lagi.

Menurut sumber itu, pengguguran Tengku Putera adalah disebabkan oleh Rosol, waktu itu setiausaha badan perhubungan Umno, yang mahu mengangkat kawan baiknya Mohd Nor Awang bertanding di kerusi parlimen Hulu Terengganu.

Sementara itu, menurut sumber itu lagi, Tengku Putera telah merancang strategi menyingkirkan Rosol sebagai ahli dewan undangan negeri Ajil dalam pilihanraya umum akan datang dengan seorang muka baru.

Manakala Tengku Putera sendiri akan mengambil semula tapak lamanya di kerusi dewan undangan negeri Telemong, sekaligus akan menyaksikan exco pertanian negeri Rozi Mamat terpaksa berpindah ke kerusi parlimen.

01 July 2008

Sodo Mee Part Two by Hishamuddin Rais

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini adalah tulisan Hishamudin Rais yang aku peroleh dari email. Anggap sahaja ini sekadar bacaan ringan dan santai.
--------------------------------------------------------------

Alamak gua dengar filem Sodo Me karya Brad Pittail akan di buat lagi. Sodo Mee Part 2 ini akan dibuat dengan lebih gempaq. Gua dengar dengan sahih si pengarah Brad Pittail sudah mulakan penggambaran. Iklan-iklan telah bocor di akhbar-akhbar. Pelakon utama telah ditemui.

Dengar-dengar nya filem Part Two ini amat gah TETAPI lokasinya masih belum di tentukan. Inilah standard filem Melayu. Leceh. Kata nak buat filem gempaq. Lokasi pun belum jumpa. Bila di tanya Brad Pittail di mana lokasi tempat Sodo Mee terjadi, dia berkata: lokasinya berlaku di dalam kondo di Jalan Pantai, di kondo di Jalan Bangsar dan di kondo Damansara dan terus ke kondo Segambut. In best punya Sodo Mee beb. Makan tak habis.

Woit! Ada berapa ribu kondo di sana? Yang mana satu kondo yang betul. Ini nampaknya bukan filem Sodo Mee Part Two. Kalau kondo panjang-panjang dan nama kondo pun tidak jelas ini samalah seperti kempen undilah Shahrizat Gadis Pilihanku. Biar betul. Kalau macam itu baik cakap Sodo Mee ini berlaku di semua kondo-kondo di Kuala Lumpur, di Shah Alam, PJ , Kelang dan Senawang. Baru boleh cover line. Lebih safe. Pukul borong. Pasti lokasi tak salah.

Ingat tak... skrip filem pertama dulu pun macam ini juga. Mula-mula Sodo Mee Part One berlaku di kondo Bukit Bangsar. Tapi bila crew pergi check kondo ini pun belum siap dibuat. Macam mana nak menegang Sodo Mee kalau kondo belum siap. BerSodo Mee atas simen sakit.... beb. Tak percaya cuba try. Kah kah kah. Inilah filem kita berwajah kita.

Woit! Brad Pittail. Takkan drama ke dua ini macam skrip pertama juga. Kan filem pertama dulu dah tak laku. Kalau nak tipu, tipulah. Menipu bukan satu kesalahan. Yang salah apabila orang tak percaya.

Lakonan pegawai polis ini pun satu hal lagi. Dalam drama mesti ada aksi. Baru orang tengok syok. Lakonan polis ini sudah tidak masuk akal. Semua dilok polis sudah bikin kacau. Semua bikin susah. Mana dilok yang betul? Mula-mula cakap laporan penggambaran Sodo Mee ini dibuat di Balai Polis Jalan Travers kemudian laporan ini dibuat dekat pondok polis Hospital KL. Mana satu lokasi yang betul. Nak shoot pakai crane pun biarlah hati-hati. Dari Jalan Travers ke HKL berapa jauh daaa... Holywood pun tidak boleh buat satu long shot 10 kilometer jauhnya. Pasti kabur . Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Dilok Bakreee Senin dalam 'act one' cukup tidak meyakinkan. Dialog ini tak masuk akal. Dalam filem Sivaji The Boss balai polis hanya dijaga oleh Tok Sarjan Saab. Dalam Sodo Mee Part Two yang menjaga Balai Travers ialah Tuan Bakree Senin sendiri. Apa hal gedebe ini menjaga balai. Tuan Bakree Senin ialah seorang OCPD. Tuan OCPD tidak jaga kaunter balai untuk ambil laporan. Dia tinggal dalam bilik khas. Ada kipas angin. Kerja OCPD Saab bukan ambil laporan atau buat teh. Ni yang buat kepala pening nonton filem Melayu.

Semakin lama filem ini berjalan semakin kelam kabut jalan ceritanya. Laporan Sodo Mee ini diambil di mana ? Ulang shoot sekali lagi ke? Di Balai Travers atau di Pondok Polis HKL? Alaaa bradeer.... kalau Marlon Brando berlakon pun gua rasa payah dia nak deliver line macam ini. Aku rasa aktor Bombay Jalalaludeen Hasani boleh jadi OCPD macam dalam Sivaji. Tapi kalau abang dia berlakon gua rasa kentut pun tidak ada bau.

Gua kurang faham kenapa si Mamat yang bernama Brad Pittail ini menjadi pengarah Sodo Mee Part Two? Si Mamat yang mengarah ini pun bukan hebat sangat otaknya. Semasa belajar dahulu dia slow sikit ( ini class mate dia seorang big lawyer yang joging hari-hari di Lake Garden bagi tahu). Dia slow kerana semasa kanak-kanak dia dihinggapi oleh wabak kurang cerdik. Mungkin badi wabak ini telah merosakkan daya fikir si Mamat ini. Itu fasal apabila dia bikin skrip drama, orang tidak percaya jalan ceritanya. Bila dia menjadi pengarah, cerita menjadi tidak lengkap dan berserabut.

Betul-betul filem Melayu. Turun lokasi dulu kemudian baru buat skrip dan cari pelakon extra. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita. Hidup PDRM... oops Hidup FINAS.

Gua dengar skrip ini telah di ambil dari skrip lama filem Fitna Al- Sodom Al Drebarli. Skrip ini telah memenangi hadiah ke 3 peraduan skrip anjuran Matt Madey. Brad Pittail dipilih menjadi pengarah, bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia bernasib baik. Ketika Matt Madey jadi PM ( production manager) dahulu, Madey cukup prihatin dan telah banyak membantu pelakon-pelakon Orang Kurang Berfikir (OKB) seperti pelakon Nazri, Fidah, Sami, AG dan GIP. Matt Madey cukup suka bergelojak dengan OKB. Matt Madey sebagai PM cukup cerdik mengemut bujet dan amat bijak dalam hal mengumpulkan pelakon-pelakon OKB ini. Kerana kurang berfikirlah maka Brad Pittail dapat menjadi pengarah. Kah kah kah.

Tentang lakonan? Satu habuk pun penonton tidak akan percaya. Yang paling tidak meyakinkan ialah adegan lakonan hero filem ini dalam Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa pelakon utama filem ini digambari dengan seorang Mamat Hitam Lagi Pendek Lagi Muka Tak Laku. Mukanya Mamat Hitam ini macam muka Aman Belon.

(Siapa Aman Belon? Gua penonton filem Melayu yang setia. Gua tahu siapa Aman Belon. Muka Mat Hitam itu macam muka Aman Belon. Kalau tidak caya sila tanya Bapak Saudara gua Lebai Google.)

Apakah perlunya bergambar di dalam opis TPM? Siapa Mamat Hitam Pendek ini? Apa peranan dia dalam filem ini? Aku rasa Mamat Hitam ini adalah Mamat Bottom. Kalau muka gebu macam dia ini, kalau gua pengarah gua minta dia berlakon jadi hantu. Macam Aman Belon dalam cerita Pontianak. Mesti Rosmah.... oops Maria Menado menjadi takut.

Pelakon utama filem Sodo Mee Part Two ini gua dengar ialah pendatang baru yang bernama Sinful Buka Harihari (tidak ada tali persaudaraan dengan si penyeludup beras di Perlis). Apa yang dia buka hari hari itu gua pun tidak tahu. Buka seluar ke atau buka punggung. Tingginya hampir enam kaki. Bila bergambar dengan Mamat Bottom itu gayanya betul-betul macam Wahid Satay berdiri disebelah Aman Belon. Kah kah kah. Filem kita berwajah Bottom ....oops berwajah kita.

Apa yang tidak masuk akal ialah apabila adegan Sinful hendak di liwat oleh seorang tua berumur 60 tahun , kenapa si Sinful TIDAK menendang atau menerajang si peliwat yang semakin tua ini. Kenapa tidak menggunakan ‘method acting’ atau ‘kung fu Bruce Lee. Adegan ini skripnya tidak di tulis dengan betullaaa. Kalau ada pergaduhan lagi best. Lagi suspens. Lagi erotik. Inilah skrip filem Melayu kantoi all the time.

Penonton berfikir.... mustahil hero kita yang baru berumur 23 tahun, tinggi 6 kaki tidak dapat menendang bakal peliwat yang sudah berumur 60 tahun. Kenapa tidak ada struggle dalam adegan ini. Patutnya ada dialog – ‘ ciss orang tua 60 tahun....jangan liwat bontot aku jika kamu tidak ada Ky Jelly...’ Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Ingat tidak Maria Schneider yang nak di liwat oleh Brando dalam Last Tango In Paris pun ada tendang menendang. Ingat atau tidak adanya butter yang di gunakan oleh Brando. Semasa Bernardo Bertolucci membuat adegan ini berapa kilo butter terbarai. Ini baru skrip yang meyakinkan.

Dalam Sodo Mee Part Two ini tidak ada adegan melawan. Ini amat-amat kurang meyakinkan. Hampir mustahil seorang anak hero yang lubang bontotnya hendak di jolok tidak dapat melawan. Kalau dia tidak jaga bontonya siapa yang akan menjaga. Apakah perlu JJ datang membantu? Lagi bahaya nanti, kena raba-raba sebelum dijolok.

Orang ramai telah mula bercakap tentang skrip filem Sodo Mee Part 2 ini. Kegagalan skrip ini sudah nampak jelas. Kalau skrip ini gagal satu lagi krisis pasti akan timbul. Matt Madey tuan punya skrip original akan bertindak menyaman pengarah filem ini. Saman akan diajukan kerana filem Part Two ini telah memalukan Matt Madey penulis asal skrip ini.

Dari majalah Cine Revue du Fou, saya difahamkan mungkin skrip filem ini dapat di selamatkan dengan prop yang cukup menarik. Kali ini TILAM dan Bantal buruk yang ada dalam skrip asal tidak akan dipanggil untuk berlakon. Saya difahamkan tilam dan bantal akan diganti dengan minyak lintah dan kain gebar. Dan besar kemungkinan ada beberapa prop baru yang sedang direka oleh Brad Pittail. Prop-prop inilah nanti diharapkan akan meyakinkan penonton Malaysia.

Saya juga mendengar beberapa ekor lintah hidup juga akan dibawa sebagai pembantu ‘special effect’ untuk mengeluarkan darah dalam babak pemeriksaan doktor. Darah perlu menitik keluar dari bontot Sinful Buka Harihari untuk menyeramkan penonton. Satu kamera angle yang unik sedang disusun di mana lintah tidak kelihatan tetapi darah menitis keluar dari bontot. Ini gua rasa akan menjadi satu adegan yang lebih hebat dari Last Tango.

Kalau adegan darah meleleh keluar dari bontot Sinful Buka Harihari ini dapat dikamerkan maka gua yakin filem Sodo Mee Part Two ada peluang untuk di murtabakkan sebagai filem lawak Melayu Internasional untuk kurun ini. Gua rasa kalau scene ini berjaya gua yakin Sodo Mee Part Two boleh bertanding untuk mendapat piala Le Fou du Monde di Cuntt Filem Festival. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.