12 September 2007

Katakan Tidak!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ramadhan datang lagi. Aku merasakan Ramadhan tahun ini cukup hangat. Apatah lagi permulaan yang bukan setakat hangat dan berasap, malah berdentum dan memercik mengenai dada dan leher pemuda Islam di sini. Berlaku di Batu Buruk, namun bahangnya terasa nun jauh sampai ke Jordan.

Sempena Ramadhan yang mulia ni aku mohon kemaafan andainya ada silap dan salah dalam sepanjang aku menulis, mencoret, mengutuk, menyindir mahupun melempar tuduhan berasas. Adapun segala tulisan, coretan itu semuanya dengan niat yang baik dan ikhlas mahu melihat segala kemungkaran, kezaliman, pembaziran dan apa jua mungkar dapat dihapuskan.

Aku tanpa segan silu mengakui bahawa memang banyak tulisan aku yang menyerang UMNO dan BN, namun jauh disudut hati aku amat berat mahu memperkatakan segala kepincangan dan kebobrokan UMNO BN ini. Namun, kerana bobrok dan pincangnya UMNO dan BN, maka segala yang berat dan menyakitkan itu aku luahkan jua. Biarlah aku dilihat sebagai menentang kejahatan dan kezaliman, namun aku tetap bersama mereka yang ikhlas berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan bersama Islam.

Akhir kalam, maaf sekali lagi buat semua. Aku juga dengan ini memaafkan semua kesilapan kalian dengan aku kecuali kesilapan UMNO dan BN yang memang sengaja melakukan kesilapan itu demi kelangsungan kuasa mereka. Wallahua'lam.

Nota: Harap sepertimana tiada syaitan, begitu juga tiada lagi syaitan yang mengarah polis dan FRU bertindak ganas.

No comments: