28 December 2006

Selamat Tinggal 2006 II

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

2006 yang telah berlalu...

Januari 2006
Mak dan Ayah ke Mekah menunaikan haji. Jadi masa ni la aku ambik alih bisnes mak. Jadi tokey sendiri. Masa ni jugak terasa susah dan penat Mak di rumah. K mak, anakanda akan ingat pesan mak baru-baru ni. Jarang kita berdiskusi begitu. Kena hidup sederhana dan berpada dengan apa yang ada. Mesti jadi anak yang baik!

Februari 2006
Masa ni mak dan ayah dah balik dari Mekah. Masa ni gak plan sesuatu yang agak besar dalam hidup. Masuk bisnes. Mula lepak kat KT dan mula kenal KT walaupun sebelum ini dah lama belajar di KT. Belajar memulakan sesuatu yang baru. Belajar jangan sombong dan bongkak. ikut resmi padi. Betul ke?

Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos 2006
Cepat masa berlalu. Tak banyak yang dapat diingat kembali. Cuma perasan yang masa amatlah pantas. Ogos sambutan Jubli Emas PAS Terengganu. Sempat juga mengikuti perbarisan dan turut menyibuk dalam kerja-kerja pameran. Sejarah tidak boleh dihapuskan. Sejarah juga tidak menipu. Tetapi penipu sejarah memang KEPARAT!

September 2006
Dah dekat dengan Ramadhan. Tapi tiada persiapan yang khusus ke arah itu. Memang mengecewakan. Cuma Usrah bulanan tak pernah tinggal. Cuma Usrah mingguan je yang banyak tertinggal kerana berada di luar kawasan. Dan mula berpuasa. Alhamdulillah permulaan yang baik walaupun tadarrus tak sempat khatam. Ingat lagi Asiah hantar sms tanya dah berapa juzu'. Malu sangat nak jawab. Malu tanda ada iman. Harapnya laa.. :(

Oktober 2006
Puasa dan Raya. Menghabiskan sisa-sisa Ramadhan. Raya yang kurang meriah kerana Abg Dhil tak balik. Amir pun raya kat Sabah. Tahun depan boleh bersama kot. Mungkin dengan jumlah yang lebih besar. Bertambahnya anak-anak buah harapnya. Bertambah ahli keluarga? Tentulah aku akan mulakan. Tetapi, sempat ke sebelum raya tahun depan?

November 2006
Mulakan tugas baru di Kuala Terengganu. Berat mak dan ayah nak melepaskan. Tapi harapnya mereka faham apa yang cuba diperjuangkan ini. Aku turut berat menerima amanah ini. Berat kerana memang sedang kesempitan, dan berat meninggalkan 'kawasan' sekali lagi. Tapi harapnya betul keutamaan yang aku berikan ini. Semoga kekal istiqamah.

Disember 2006
Sibuk dengan kerja. Mula bekerja. Bertambahnya umur ke angka 25 tahun. Lewatnya. Tapi terasa muda. Cepatnya masa berlalu. Teringat janji yang belum ditunaikan. InsyaAllah akan segera dilaksanakan. Pertama juga jumpa adik-adik di kampus. Sudah lama menanam hasrat untuk berjumpa, tetapi ada sahaja halangan dan alasan yang dicipta. Selamat Hari Raya Eidul Adha. Selamat berkorban. Hidup perlu berkorban. Kerana jiwa pejuang itu adalah dengan berkorban dan terkorban.

Januari 2007...
Mesti terus berani. Yakin pada diri. Melangkah ke hadapan jangan undur lagi. Tunaikan janji. Apa azam 2007? Bila dilaksanakan baru aku cakap itulah azam yang terpendam. Tutup Buku lama, buka buku baru. Keluar barisan, masuk bulatan. Selamat jalan 2006, Selamat Jalan umNO!

27 December 2006

Selamat Tinggal 2006 I


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berat untuk memulakan petikan jari. Apatah lagi setelah mouse 'sakit' dan amat menggangu kerja-kerja menaip yang hendak dilakukan. Sekali klik, berpuluh-puluh kali yang ditekan. Kadang-kala merosakkan kerja, kadang-kala mejadi penguji diri. Maklum sajalah kerja yang mudah menjadi lambat dan tertangguh. Ada saja kesilapan yang cukup menggeramkan. Kalu tidak kerana mouse ni dibeli dengan duit, sudah tentu aku campak dan buang!. Nilainya duit.

Berlalu tarikh keramat TSUNAMI, maka semua mula menarik nafas lega. Terengganu yang digembar-gembur dengan BANJIR BESAR kerana pelbagai kejadian pelik dan aneh, maka kini mula melebar senyum. Kejadian kemunculan ikan duri di pantai, gamat putih, ikan lumba-lumba dan pelbagai kejadian yang tidak pernah berlaku memang menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tidak kurang yang amat takut dan gerun dengan pelbagai kejadian yang disifatkan hampir sama dengan petanda TSUNAMI.

Seorang kawan yang tinggal di Seberang Takir (sebuah perkampungan nelayan di Kuala Terengganu) menceritakan bagaimana gelisahnya seorang jirannya apabila pelbagai tanda ini muncul di Terengganu. Jirannya itu berkira-kira mahu pindah ke kawasan yang dikira lebih pedalaman dan jauh dari pantai. Jika di Terengganu, kawasan yang jauh dari pantai tentulah Hulu Terengganu. Tetapi bila difikirkan di Hulu Terengganu terdapat Tasik Kenyir yang luas, maka dia terpaksa berfikir dua kali. Tasik yang menakung air yang beribu-ribu gelen itu mungkin bila-bila masa sahaja pecah dan menelan penduduk sekitarnya. Betapa takutnya manusia kepada kematian.

Seorang kawan pernah bertanya, benarkah ombak begitu besar di Terengganu dan adakah Empangan Kenyir sudah mula retak? Soalan ini ditanyakan ketika berlangsungnya Monsoon Cup. Aku cuma mampu menjawab, sekarang (ketika itu) tiada angin langsung di Terengganu. Masakan ombak boleh kuat dan besar. Pelayar yang bermain kapal pun seolah-olah bermain di dalam tasik yang tenang. Memang ketika itu Terengganu cukup tenang tanpa angin dan hujan. Aku kira penganjur tersilap membuat ramalan cuaca. Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.

Monsoon Cup meninggalkan kenangan manis buat seorang teman yang membuat kerja-kerja pengiklanan. Cuma tahun ini dia mendapat projek bagi penyediaan gerai-gerai pameran bagi negeri Terengganu. Aku kira banyak juga habuan yang diperolehinya. Jika tidak, masakan sudah dua kali dia mengajak aku keluar minum. Rezeki itu kerja Allah, datangnya dari pelbagai sumber yang mahu diberikannya. :)

p/s: Ini baru cerita bulan 12.. masih banyak bulan lagi yang tidak dikongsi.. Nanti aku fikirkan betapa perlu atau tidak pengalaman lain untuk dikongsi..

wallahua'lam

Salam Zulhijjah & Eidul Adha

1. Fadhilat dan Amalan di bulan Zulhijjah

Mengapa bulan Zulhijjah dianggap bulan yang mulia ?

1. Allah bersumpah dengan 10 malam pertama bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr.

2. Sabda Nabi Muhammad SAW:

"Tidak ada hari-hari yang dilakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah berbanding pada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat bertanya, dan bukan juga jihad fi sabilillah ? Jawab Nabi saw : bukan juga jihad fisabilillah, melainkan seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya (berjihad fisabilillah) dan dia tidak kembali lagi selepas daripada itu." (al-Bukhari)

3. Bulan ibadah Haji dan juga Qurban.

Justeru, amalan yang amat digalakkan pada bulan ini antaranya ialah:

a. Berpuasa, khasnya pada hari Arafah (9 Zulhijjah, hari Jumaat 29 Disember 2006 /tapi di Malaysia jatuh pada 30 Disember 2006). Di dalam sepotong hadith Sohih riwayat Al-Nasaie dan Abu Daud, beberapa isteri nabi Muhamammad SAW dilaporkan berkata, Rasulullah SAW berpuasa pada 9 Zulhijjah, hari Asyura dan 3 hari pada setiap bulan, ie Isnin pertama dan dua hari Khamis yang lain.

b. Memperbanyakkan zikir tahlil, tahmid dan takbir.

"Tidak ada hari-hari yang lebih mulia di sisi Allah, dan lebih disukai oleh Allah untuk beramal di dalamnya berbanding pada hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah Tahlil, Takbir dan Tahmid di dalamnya." (Riwayat Ahmad, dan Ahmad Syakir mensahihkan isnadnya)

c. Bagi yang mampu, segerakanlah untuk menunaikan Haji. Berdasarkan pengalaman peribadi dan juga pandangan rakan-rakan, menunaikan haji adalah lebih baik dilakukan ketika umur masih muda, badan masih kuat. Janganlah bertangguh dalam menunaikan ibadah haji, sedangkan kita sudah ada kemampuan yang lebih daripada mencukupi.

d. Begitu juga dengan ibadah qurban, ianya amat digalakkan pada bulan ini.

e. Serta amalan-amalan soleh yang lain.

2. Isu Takbir Raya Eidul Adha oleh al-Qaradawi
(http://www.islamonline.net/Arabic/Hajj/FirstTenDayes/Fatwa_ Ruling/articles/02.shtml)

Takbir pada 'Aid al-Adha ada dua jenis : Takbir Mutlak dan Takbir Muqayyad.

Takbir mutlak boleh dilakukan pada awal bulan Zulhijjah hingga pada hari 'Aid (hari raya). Dilakukan takbir itu di jalan-jalan dan di pasar-pasar, di Mina, Apabila mereka (umat Islam) bertemu sesama mereka, mereka bertakbir kepada Allah.

Adapun Takbir Muqayyad, ialah takbir selepas daripada solat-solat fardhu, terutamanya apabila dilakukan secara berjamaah, sepertimana yang disyaratkan oleh kebanyakan fuqaha. Demikian juga di Musolla (tempat menunaikan solat) 'Aid (kebiasaannya di padang-padang atau seumpamanya) , di jalan-jalan menuju ke Musolla, ketika duduk di Musolla, sepatutnya mereka bertakbir dan jangan mereka duduk sahaja dalam keadaan senyap, samaada pada 'Aid al-Ftri ataupun 'Aid al-Adha. Ini kerana hari tersebut sepatutnya dizahirkan padanya syiar-syiar Islam.

Antara syiar yang utama itu ialah Takbir,

"Hiasilah hari-hari raya kamu semua dengan takbir." (Diriwayatkan oleh al-Tobrani di dalam al-Soghir dan al-Ausath, dan di dalam sanadnya ada beberapa perawi yang mungkar).

Sepatutnya setiap muslim menzahirkan syiar ini (takbir) pada hari raya, apabila mereka hendak pergi ke musolla, atau duduk di musolla sementara menunggu waktu solat. Mereka sepatutnya mengangkat suara-suara mereka bertakbir dengan menyebut :

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Laa'ilaha'illallah.. wallahuakbar.. walillahilhamd..

Bentuk takbir ini warid dari Ibn Mas'ud, dan Imam Ahmad mengambil (memilih) bentuk takbir ini. Terdapat juga bentuk takbir yang warid dari Salman :

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar kabiraa..

Adapun selawat dan apa-apa yang selainnya dari zikir-zikir, tidak terdapat dari (petunjuk) Nabi saw, seperti menyebut :

Allahumma Solli 'ala syaidina Muhammad, Wa'ala 'ali syaidina Muhammad..

Adapun selawat kepada Nabi saw suatu yang disyariatkan pada bila-bila waktu, akan tetapi menentukannya dalam bentuk lafaz sebegini, menentukannya pada waktu ini, ianya tidak warid dari Nabi saw, dan tidak juga salah seorang dari sahabat baginda. Demikian juga apa yang diucapkan di dalam takbir hari raya ini (dengan lafaz) :

Lailaha'illallahu wahdah, Sodako-wa'dah, wanasoro-abdah, wahazamal ahzaba wahdah..

Lafaz ini juga tidak warid untuk dikaitkan dengan hari raya. Adapun takbir yang ma'thur yang warid adalah sepertimana bentuk lafaz yang disebut sebelum ini :

Allahuakbar.. Allahuakbar.. La'ilahaillallah.. wallahuakbar.. Allahuakbar.. walillahilhamd.

Maka bagi seorang muslim sepatutnya mengambil berat perkara takbir ini, supaya ia memenuhkan (dengan seruan takbir) takbir pada setiap penjuru musolla, dan bertakbir kepada Allah pada hari-hari sepuluh dalam bulan Zulhijjah kesemuanya. Adapun takbir muqayyad selesai daripada solat, dia mulakan setelah selesai solat fajar pada hari 'Arafah, dan berterusan hingga 23 solat, yakni sehingga hari keempat hari raya. Dimana tamatnya waktu takbir, setelah solat Asar pada hari tersebut.

nota: Takbir terpaksa 'dimelayukan' kerana tiada kemudahan font arabic.. harap dibaca dengan kefahaman yang sebaik mungkin. Wallahua'lam..

copy, paste n edit dari email Ustaz Irfan :)

18 December 2006

Tol Naik, Gaji Naik... Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah jika gaji naik 10% - 40% seperti yang dituntut Cuepacs... namun, kerajaan masih mengatakan akan menimbangkan kenaikan itu... pada masa sama kerajaan mengumumkan kenaikan tol bermula 1 Jan 2007...kenaikan 15% - 60 %... satu angka yang tinggi!... alhamdulillah kenaikan tol ini masih rendah berbanding dengan negara lain... kenaikan yang 'terpaksa' dibuat oleh kerajaan kerana mahu rakyat sama-sama menanggung beban yang ditanggung kerajaan... kita sebagai rakyat seharusnya faham dan akur keputusan kerajaan ini...

Apa yang kerajaan lakukan hari ini amat bertepatan sekali... rakyat sudah tidak mahukan subsidi oleh kerajaan... rakyat tidak mahu lagi bantuan dari kerajaan... hapuskanlah subsidi minyak, kami rakyat sudah bersedia... hapuskanlah subsidi tol... rakyat sedia menanggung bersama kesusahan kerajaan... kami rakyat akan terus menyokong segala dasar kerajaan secara tulus dan membabi buta... bahkan, jika dihapuskan semua subsidi minyak dan tol dan dibekukan gaji kami rakyat pun kami sanggup demi kerajaan yang tercinta... kami rela kenaikan gaji kami dibekukan jika itu untuk kebaikan kerajaan.. kami rela.. kami rela... kerana tanpa kerajaan, siapalah kami rakyat terbanyak ini...

kami percaya tiada yang akan membantah kenaikan tol ini kerana rakyat kesemuanya amat memahami kerajaan hari ini... rakyat sedia berganding bahu dalam hal ini... jika ada pun hanyalah pemimpin pembangkang yang mencari peluang politik dengan mengadakan demonstrasi jalanan... kami percaya pemimpin pembangkang akan berarak sambil mengutuk kerajaan marahkan kenaikan tol... namun, percayalah... mereka sebenarnya tidak mewakili suara kami rakyat terbanyak... kami akan tetap mempertahankan kerajaan yang adil dan saksama ini... biarlah kerajaan dilihat tidak adil atau berat sebelah, tapi bagi kami kerajaanlah segalanya...


yang benar,

Ibnu Abdullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
hehehheheh.. kalu betul laa ada orang yang tulis surat gitu dalam surat khabar, aku tak tahu laa nak kata apa... nak picit hidung ada, nak jentik telinga pun ada... paling lembut pun aku letak dia atas jalan, aku langgar dengan buldozer... biar keluar biji mata (biar nampak realiti apa yang ada) dan biar berkecai otak (agar otak yang tak digunakan itu diberi kepada makhluk lain)...

seorang kawan yang bekerja di KESAS mengeluh apabila dapat tahu kenaikan tol ini... walaupun bukan dia yang membuat keputusan, tetapi bekerja di situ menyebabkan terasa tidak senang... umpama seorang polis mendapat arahan menahan seorang yang tidak bersalah.. umpama seorang imam disuruh membaca teks khutbah bertajuk monsoon cup... umpama seorang guru disuruh mengajar dalam bahasa asing!... tapi apa boleh buat.. cari makan...

seorang kawan yang baru beberapa hari bekerja dengan kerajaan bertanya... adakah pimpinan PAS akan membuat demonstrasi membantah kenaikan tol ini... aku menjawab sudah tentu... kerana pada aku ini isu yang besar setelah kerajaan menaikkan 30 sen seliter bahan api pada awal tahun lalu.... si kawan berkata bagus laa.. itulah harapan dia.... aku mencelah... kerajaan tidak takut kepada pembangkang melakukan demonstrasi / bantahan... yang kerajaan takut adalah rakyat! tapi, kerajaan sudah tidak takut dengan kebangkitan rakyat kerana kerajaan tahu rakyat PENGECUT! LEMBIK! BODOH! dan boleh BLAH!!

aku juga rakyat... aku tak tahu nasib aku jika bekerja makan gaji dengan kerajaan... (macam laa tak kerja ngan kerajaan)... adakah aku akan menjadi sebagian dari rakyat yang LEMBIK dan BAHLUL? yang boleh dibuat apa sahaja.. yang akan menyokong setiap perkara yang dibuat oleh kerajaan... yang mudah terhutang budi dengan kerajaan...???

kadang-kadang fikiran rakyat kita terlalu LEMBAB... merasakan tindakan atau keputusan kerajaan itu tidak dapat diubah lagi... merasakan demonstrasi tidak mampu berbuat apa2.... merasakan cukup menunggu jika sampai pilihanaraya untuk menerima janji baru yang lebih menarik dr kerajaan.... atau paling kurang tidak lagi mengundi kerajaan hari ini... inilah kesilapan yang pada aku cukup silap... SILAP BESAR!... tsunami tidak datang dengan berlakunya gempa bumi yang kecil... bola tidak akan bergerak laju jika ditendang perlahan... MOMENTUM PERUBAHAN perlu dilakukan segera... bermula semalam lagi seharusnya kita bergerak... lupakan gerakan dalam senyap! lupakan saraf! semua orang perlu bercakap HAL KEZALIMAN KERAJAAN INI bermula semalam... hari ini kita teruskan mengulang... kita tidak akan ditangkap ISA jika hanya bercakap KEZALIMAN KERAJAAN... dan ISA itu BUKTI KEZALIMAN KERAJAAN... (maknanya kalu kena tangkap tu, betul la ZALIM..)

mungkin ada sebagian yang takut ditukar tempat kerja.. takut dihantar jauh-jauh ke ceruk dunia... takut seolah-olah kerajaan BN ni lah segala-galanya... walhal dia tidak melihat realiti yang boleh berlaku... jika semua berani berkata benar, adakah mampu semua pegawai / kakitangan ditukar tempat kerja?? lupakanlah pada BARUA BN yang menyokong setiap tindakan kerajaan... tindakan yang bodoh dan tiada ketamadunan... aku bukan berkata kerana taksub kepada sesuatu parti, tetapi kesian pada mereka yang masih menyokong parti yang ZALIM itu... semoga hadiah TOL ini membuka mata mereka yang masih BEBAL....

Ya Allah, Kau bukalah pintu hati dan penglihatan sahabatku yang masih BUTA dan tidak mahu berfikir... AMIN..

P/s: Kepada sesiapa yang terasa dengan perkataan di atas, silalah bertindak BERUBAH dengan segera... kerana selagi anda terasa, selagi itulah anda bersama golongan yang ZALIM...

13 December 2006

catatan 0: "Maa Laa Yal Zam"

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt...

Maa Laa Yal Zam... bukan sesuatu yang biasa...
wajah baru pada blog aku... aku pun tak tahu kenapa aku 'terpaksa' berbuat sesuatu dengan blog ini... kalu diikut hati, aku lebih sukakan Hitam & Putih yang pada aku bukan sahaja penuh makna yang tersirat, malah penuh dengan misteri yang perlu diterokai (hitam la maksud aku..)

anggap je blog baru ini memulakan langkah baru di tahun baru sempena ulangtahun kelahiran... usia yang makin bertambah, hidup perlu diredah... segala cabaran dan dugaan di hadapan ditempuh sabar dan redha... hidup lebih kemas dan tersusun (blog ni rasa lagi kemas susunan)... dan juga hidup lebih ceria dengan warna yang lebih TERBUKA..

kata seorang kawan, HITAM tu tanda gelap, kelam.. sunyi dan sepi... maknanya aku berada dalam kegelapan.. bercakap seolah2 seorang diri.. seolah-olah aku pengecut.. yang bersembunyi dalam gelap... HITAM juga dikatakan tidak menarik... tiada keceriaan.. ada gak kebenaran walaupun aku tetap sayang pada Hitam & Putih... sebenarnya aku masih berkira-kira untuk menukar kembali kepada rupa lama... tapi bila melihat kekemasan template ini, ada terasa kelainan.. tersusun dan kemas... susuatu yang BARU dalam hidup aku...

susah sebenarnya mahu menamakan blog ni.. sebelum aku menukar template blog ini,seorang adik bertanya, apakah nama yang sesuai untuk diletakkan pada NAMA BLOG.. (ketika tu aku ajar dia register blogger) aku jelaskan pada dia supaya menjadi dirinya sendiri... seeloknya namakan blog dengan nama yang serasi ngan jiwa.. serasi dengan perlakuan.... apa jua yang dilakukan cuba jujur dengan diri... tapi, bila aku DISURUH menukar WARNA BLOG, aku sendiri tercari-cari identiti...x tau mahu menamakan apa.... agaknya sudah sebati HITAM & PUTIH tu dengan aku...

tukar template.. maknanya satu pelajaran yang baru dipelajari... Thanks MUMTAZAH kerana ajar ilmu ini... dia ni gak org pertama yang kenalkan aku dengan dunia blog.. b4 ni aku hanya tahu format HTML, tahu macamana nak buat website yg spastik, tapi x tau macamana untuk di ONLINEKAN... aku harap aku tak terlalu lembab di ajar... kerana aku tahu betapa susahnya mengajar.. susahnya mahu memastikan ilmu itu dihadam.. susahnya mahu murid faham.... pada aku, aku tak mampu menjadi seorang guru yang baik... kadang2 wujud sifat kurang sabar dan cepat marah... satu sifat yang aku sendiri tidak suka.. dan belajar untuk meng'cool'kan diri... sifat yang lahir secara semula jadi.. kata orang, faktor pemakanan turut membantu... kurangkan makan daging..

Thanks gak kepada SODIQAH84 atas nama "maa laa yal zam" ini... buntu berfikir, mencari dan mencari... ingat pada mulanya cukup sekadar KUNING & KELABU, tetapi terasa tidak cukup 'kuat' untuk nama itu berdiri sendiri... perlu mencari sandaran yang kuat dan betul jika sesuatu nama itu simple dan tersirat.. nanti susah untuk explain kat sesape yang tanya...

harap sahabat-sahabat pelawat semua dapat memberi respon kepada perubahan yang insyaAllah ke arah kebaikan ini... semoga hidup lebih ceria dan bermakna...

wallahua'lam...

'Ayat-Ayat CInta'

Assalamualaikum wbt...
dah lama sebenarnya aku x mulakan setiap tulisan aku dengan salam... mungkin kalu basmallah, x perlu untuk aku tulis, tetapi elok juga sebab mengingatkan sesama kita penting mendahulukan sebarang pekerjaan dengan basmallah... insyaAllah lepas ni aku cuba tulis jugak... cuma kadang2 nampak mcm formal jer...

sebenarnya aku dah cukup lama tidak membaca novel... apatah lagi novel jiwang... namun, sebab aku nampak ada kekuatan pada novel itu, maka aku mula membaca 'ayat-ayat cinta'... sebuah novel yang pada aku 'maa laa yal zam' bagi penulis yang lain... menulis kisah cinta dengan sopan.. cinta yang kadang2 pada aku jijik dan kotor, tapi diolah supaya dilihat bersih, suci dan tidak memualkan... sebuah kisah USTAZ ROMANTIK!

USTAZ ROMANTIK? agak pelik bunyinya... tapi secara keseluruhan cerita ni mengisahkan seorang anak muda bernama FAHRI yang study di Mesir... diolah cerita ini menggunakan kata ganti nama AKU menyebabkan diri kita terasa dekat dengan watak yang diceritakan.. berlatarbelakangkan suasana mesir, digambarkan secara dekat budaya hidup orang di sana...

aku x suka ceritakan perjalanan kisah... pada aku, x menarik jika terbaca jalan cerita sebelum membaca.. cukuplah gambaran kasar supaya menarik minat untuk membaca dan mencari... apa yang cukup menarik dalam penulisan ini adalah AMALAN yang dilakukan oleh AKU yang hampir merujuk dan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.. menunjukkan ciri-ciri yang patut dan perlu ada pada setiap muslim... pelbagai situasi dan keadaan yang memerlukan tindakan yang waras dan wajar...

seperti kisah lain, CINTA tetap menjadi TEMA di dalam cerita ini... cinta kepada sahabat, cinta kepada saudara, cinta kepada tetangga, cinta kepada keluarga, cinta kepada isteri, cinta kepada Rasulullah.. dan cinta yang UTAMA.. iaitu cinta kepada ALLAH SWT... secara keseluruhan, agak baik olahan dan gambaran yg diberikan... namun, pada aku kekurangan / kecacatan pada watak yang digambarkan adalah kerana terlalu sempurna! suatu yang pada aku amat sukar utk diterima... aku suka sebut hal ini kerana menyempurnakan watak akan menyebabkan banyak kepincangan yang akan dicari... aku lebih suka watak yang melakukan kesilapan, rasa bersalah, memohon maaf dan sebagainya... menggambarkan sifat semula jadi manusia yang serba lemah dan kekurangan... dengan kata lain, melihat kekurangan sebagai kekuatan! melihat pembetulan sebagai kekuatan...

Jalan cerita keseluruhan amat menarik... plot2 yang diwujudkan simple, tapi memberikan perjalanan yang baik dalam penceritaan... suka apabila dapat tahu cerita ini akan diFILEMKAN, namun aku amat mengharapkan watak HERO ini akan diletakkan dengan seseorang yang sifatnya tidak jelik dan jijik... kadang2 sedih bila melihat pelakon yang hanya PANDAI BERLAKON... tetapi tidak menghayati apa yang dilakonkan... sedangkan hasrat Pengarah, dan pelakon itu sendiri supaya kisahnya dijadikan tauladan dan contoh jika yang baik.. dan dijadikan sempadan jika tidak elok dan tidak senonoh.... tapi, itulah realiti LAKONAN... dunia ORANG YANG MUNAFIK! (munafik di sini adalah apabila dia berlakon, maka di situlah letaknya menafik... munafik dr segi bahasa.. bukan hukum..)

lastly... aku enjoy baca cerita ni... jarang sebenarnya aku baca novel dr satu ayat ke satu ayat.. biasanya aku baca 'speed reading' jer... tapi sebab setiap ayat disusun mempunyai makna dan pengisian yang agak berguna, maka terpaksalah aku merangkak untuk menghabiskan novel itu....

try laa.. baru leh bezakan...

07 December 2006

Murtad di Terengganu siri V

Pertamanya maaf sebab tak sempat nak habiskan 'ayat-ayat cinta'... terlalu byk kerja dan aku merasakan sesuatu yg lebih penting untuk dikongsi.. apa lagi kalu bukan isu MURTAD! bukan maklumat baru, cuma aku baru diberitahu... ini pun maklumat ni aku dapat semasa pengerusi Forkad Terengganu ditemubual oleh seorang siswi KUIM yang sedang buat kajian pasal kes Murtad di Malaysia...

aku ikuti temubual tu secara sekejap-sekejap... cuma hari ni aku beranikan diri bersama ustaz Wan kerana siswi tu datang untuk dapat maklumat... bukan macam sebagai 'pesakit' yg perlu diberi privacy... camana permulaan aku tak tahu... masa tu aku saje offer diri pergi beli pisang goreng.. takut dikatakan tidak menghormati tetamu... nak hidang nasi? mmg tak sesuai kerana pukul 3 adalah waktu org sudah makan tengahari... lagipun aku duk opis.. bukan rumah yg ada serba serbi... kacau air, then hidang pisang goreng...

aku mula ikuti temubual tu bila siswi yang 'manis' tu tanya ustaz wan pasal cara bagaimana modus operandi pihak kristian ni masuk berdakwah... seperti 'dakwaan' email aritu, mmg mereka menggunakan hospital sebagai salah satu cara mereka mencari mangsa... sebenarnya ada diantara KAKITANGAN HOSPITAL yang terlibat dengan menjadi 'tali barut' kepada pihak kristian ini... bukan sahaja di HOSPITAL, malah dipercayai wujud di KUSZA (tidak pasti skrg masih ada lagi atau tidak) dan KUSTEM... satu keluarga besar yang menjadi penggerak utama kepada kegiatan kristian ini adalah sebuah keluarga SEORANG LAWYER yang terkenal di Terengganu.. dan gerakan mereka ini dipercayai bermula dari seawal penubuhan sebuah SEKOLAH SWASTA DI TERENGGANU... sekolah ini menyediakan peluang untuk pelajar lepasan SPM mengulang peperiksaan.. dan juga terdapat kemudahan TADIKA disediakan oleh pihak ini...

seperti dakwaan yang menyebut, mereka akan menziarahi pesakit yang tiada pelawat... 'tali barut' ini hanya memerhatikan sekadar 2 hari tiada pelawat melawat pesakit dan melaporkan kepada pihak 'atasan' mereka... mereka akan datang sekitar 10 orang dengan bercampur lelaki dan perempuan... jumlah seramai itu sudah cukup untuk 'menutup' pandangan pengunjung lain terhadap pesakit jika mereka mengerumuni (betul ke eja ek??? lupa laa.. hehehe) katill pesakit..

SATU KES yg dikesan... seorang ibu mempunyai seorang anak yang dilahirkan mempunyai ketumbuhan di kepala.. keluarga ini terpaksa membawa anak mereka saban hari ke hospital Kuala Terengganu (sudah ditukar kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah... thanks jannatul adnin atas pembetulan maklumat) dan kerap kali juga dalam sebulan ke Hospital Kota Baru, Kelantan... suatu hari, pihak kristian ini datang dan bertanyakan khabar... sesuatu yang cukup menyentuh perasaan si ibu apabila salah seorang dari yang mengunjungi mereka mengusap dan menyentuh kepala si anak yg dalam usia setahun... menitis air mata si ibu melihat perbuatan itu.. bila ditanya, si ibu mengatakan inilah kali pertama kepala anaknya disentuh oleh orang lain.. sebelum ini ramai yg hanya melihat dan memandang dengan geli...

bermula dengan lawatan pertama, hinggalah lawatan2 seterusnya.. mereka ini hanya memperkenalkan diri sebagai 'badan kebajikan' sahaja... segala bil hospital, dan urusan berkaitan keluarga ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak kristian ini... siapa yang tak terasa dihargai bilamana ada pihak membantu disaat yang diperlukan... cukuplah bayangkan berapa tambang ke hospital seminggu 3 kali dan sesekali ke kota bharu... mana ada masa untuk uruskan keluarga dan mencari rezeki sampingan... bantuan tentulah dianggap TUAH dan RAHMAT....

bila Forkad Terengganu mendapat maklumat perihal keluarga ini, maka Forkad Terengganu telah mengunjungi keluarga tersebut... terkejut mereka kerana diberitahu bantuan yang mereka terima selama ini adalah dari pihak kristian... sungguh mereka tidak syak apa2 melainkan bantuan kemanusiaan semata.... cepat-cepat keluarga ini mendedahkan ada lagi 2, 3 keluarga sekitar mereka yang turut mendapat bantuan... ending citer ni aku x pasti... melayang jap fikiran.. tapi rasanya alhamdulillah sbb mereka dapat maklumat yg agak awal dr Forkad Terengganu... lagipun tujuan utama temubual tu mahu tahu modus operandi je...

ni bukan sambungan kisah.. tapi sambungan modus operandi mereka.... bantuan demi bantuan akan dihulur kepada keluarga yang dikatakan 'layak' menerima... biasanya mereka akan mengambil masa kira2 2 bulan untuk memulakan MENYUNTIK JARUM yang PERTAMA... pada masa ini, keluarga / individu yang dibantu akan dihadiahkan dengan SALIB KECIL... kecil je.. dalam 1 inci je... tapi menarik sebab disediakan lubang untuk dijadikan rantai.. dan salib ini memang cantik kerana terdapat 'berlian-berlian' kecil ditatah di atasnya... aku sempat melihat dan memegang salib2 tuuu... sehinggakan aku pun terasa 'tertarik' untuk menyimpan kerana kecil dan cantiknya salib itu... bayangkan jika orang yg memberi kepada kita itu adalah seorang yg kita hargai mereka.. kita percaya kepada mereka... dan aku rasa tidak pelik untuk muda-mudi menjadikannya rantai kerana menarik dan terasa seolah-olah TIDAK SALAH.. Na'uzubilllah!..

dalam jangkamasa ini, mereka tidak akan menunjukkan sebarang perkara / perbuatan yang kita tidak senangi seperti bercakap / dakwah kepada sasaran... mereka hanya datang memberi bantuan dan bertanya khabar... dalam lebih kurang bulan ke 6, mereka akan memulakan JARUM KEDUA dengan mengucap SYUKUR KEPADA ALLAH ATAS RAHMAT DAN BANTUAN... bantuan yg diutus Allah menerusi anak Allah iaitu ISA melalui mereka diharap menghapuskan dosa-dosa ISA dan UMAT.... gitu la lebih kurang ayat yg akan digunakan... jika kita mendengar.. apa nak kisah.. mereka kristian.. punya cara utk bersyukur... walhal masa itu mereka sedang membiasakan kita dengan ANAK TUHAN... membiasakan kita dengan ucapan-ucapan yang kita tak selesa, tetapi sebagai orang MELAYU yang berbudi bahasa, kita tidak akan marah.... kerana budi dan bantuan mereka.... melayu mudah lupa...

step yang ke 3, dalam masa setahun, mereka akan offer kepada sasaran untuk DIBAPTISKAN... inilah peringkat yang akhir... namun tidak dinafikan ramai yang akan menolak... namun dakwah mereka cukup halus.. mereka tidak akan marah / melenting seperti pendakwah kita.. mereka tidak akan pergi meninggalkan sasaran mereka ini.. malah meneruskan bantuan seperti biasa.. kalu orang politik, bila diberi bantuan, tapi tak nak undi dia.. kalu dia tahu.. siap laaa.. next time takde DUIT IHSAN... sbb tu orang kita cukup sayang dengan DUIT kerana kita diajar utk CINTAKAN DUNIA... kerana sayang RM200, ada yang sanggup UNDI parti yang SEKULAR.. kerana RM 200 jugak, ada yang sanggup DIBODOHKAN... diangkut ke sana kemari untuk menunjukkan sokongan kepada PARTI yang memberi WANG IHSAN... malangnya Umat Melayu Islam bila harga diri dan Aqidah boleh dirobek dengan hanya beberapa RM.....

Usaha demi usaha akan diteruskan dari semasa ke semasa... ini bagi memastikan sasaran yang sedia ada akan menerima ajaran kristian dan bersedia dibaptiskan... bantuan tidak akan dikurangkan... malah mereka akan berlagak seperti biasa... para pendakwah kita patut ambik SEMANGAT ini dalam berdakwah... "Ya Allah, Jauhilah aku sifat Putus Asa dan lemah semangat... Amin" dari tahun ke tahun mereka akan cuba dan mencuba...

suka juga untuk dikongsi di sini, bantuan yang mangsa ini dapat sebenarnya cukup banyak... dan pendakwah kristian ini akan dikira mendapat bonus sekiranya mereka berpeluang merapati wanita.... ini kerana wanita biasanya bersama anak-anak... bantuan yang diberikan bagi keluarga yang susah bukan setakat bantuan duit poket.. malah bagi yang anak belajar di IPT / universiti akan diberikan Laptop! mereka akan menanggung hampir keseluruhan keperluan keluarga ini... dan dikatakan bantuan tersebut membolehkan ada keluarga yang tidak perlu bekerja.. hanya goyang kaki sahaja... menarik bagi bangsa yang dikatakan PEMALAS! (sape kata ek? lupa dah..)

sasaran mereka... tentulah seperti yang disebut di atas.. wanita... wanita berkeluarga satu bonus terutamanya ibu tunggal... isteri kedua / yang ditinggalkan suami / yang kebajikannya tidak dijaga... / yang nafkah tidak diberikan suami... dan anak muda samada gadis / remaja yang sangat suka dan mahukan kemewahan... dan terbaru yang dikesan adalah mangsa ALONG!..

terdapat KES seorang Isteri yg dimadukan / bermadu dimana tinggal di rumah yang amat besar.. dianggarkan terdapat 10 bilik tetapi menerima bantuan dr pihak kristian ini kerana kesempitan hidup apabila si suami hanya 'mengurung' isteri di Istana yang besar, tetapi tanpa nafkah kewangan... kalu kita tengok, tentu kita tak terfikir yang dia pun nak mintak bantuan dr org lain.. ye laa.. umah besar.. dan kalu kita jiran pun tentu kita 'kutuk' dia sbb minta dr kita sedangkan rumah dia lagi laa besar dr rumah kita....

ada juga KES dimana ibu tunggal yang amat susah terpaksa menerima bantuan dr pihak kristian lantaran masyarakat tidak sudi membantu... oleh kerana dia ni bukan rakyat terengganu, maka wang zakatnya dinafikan... walhal suami makcik ni orang terengganu.. dan dah kawin dan menetap di Terengganu lebih 10 tahun... kali pertama minta bantuan dr jiran, bg jer.. tak kisah.. kali kedua mintak, bagi lagi.. tapi dah mcm lain jer... kali ketiga mintak, bagi jugak.. tapi dah mula bising la mulut tuuu.. kali ke empat pun bagi jugak... tapi dengan DILEMPAR KE TANAH!.. walaupun terasa seperti ANJING diperlaku begitu, tapi demi anak sanggup dikutip...

bagi KES ALONG (tidak berlesen) ada dua di trg yg beroperasi yg dipercayai MEMBANTU KES MURTAD NI.. satu di sekitar plaza perdana.. satu lagi aku lupa laa.. (sorry!) dengan bunga yang tinggi, ada kes sampai tidak mampu untuk membayar balik pinjaman... sehinggalah ditawarkan UNTUK MURTAD, DIHAPUSKAN HUTANG dan MENERIMA BANTUAN SECARA BULANAN dan PENDAHULUAN SEBANYAK RM20,000.... mcm pucuk dicita, ulam mendatang... tapi, renunglah tekanan yang diterima kesan dari tekanan hidup... ada kes sehinggakan jentera Forkad terpaksa menjelaskan hutang yang agak banyak demi menyelamatkan AKIDAH saudara seagama ini... sedih untuk diterima.. tapi itulah yg berlaku dalam masyarakat kita....

p/s: seperti biasa aku ingatkan.. artikel ini ditulis hanyalah membangkitkan rasa BENARNYA berlaku kes MURTAD di sekitar kita... dan di samping membuka peluang untuk saudara seagama yang berpeluang untuk menyumbang kepada Forkad Terengganu.... kalu tidak mampu, bolehlah sebarkan supaya perjuangan Forkad ini tidak terhenti hanya kerana tiadanya 'tenaga' untuk meneruskan... ingatlah kita tetap bertanggungjawab terhadap AQIDAH UMAT yang sedang PARAH ini... wallahua'lam...

Akaun FORKAD Terengganu- BIMB atas nama PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INSAN BISTARI TERENGGANU-13017010 075286..Sebarang pertanyaan : Ustaz Wan Sukairi -019-989 4125 (forkad Terengganu)

Ayat-Ayat Cinta

tunggu.......

p/s: aku sedang meneliti "ayat-ayat cinta".. dan insyaAllah aku akan kongsi di sini dalam masa terdekat.. :)

05 December 2006

Adab Musafir: Lembah dan Bukit

Dari Jabir r.a katanya “Adalah kami apabila naik, kami bertakbir dan apabila menurun, kami bertasbih”-riwayat Bukhari.

Dan dari Ibnu Umar r.a katanya “Adalah Nabi SAW dan bala tenteranya apabila mendaki tanah tinggi, mereka bertakbir dan apabila menuruni lembah mereka bertasbih”. - Hadis riwayat Abu Dawud dengan sanad yg sahih.

Dari Ibnu Umar r.a juga, katanya “Adalah Nabi SAW apabila balik dari haji ataupun umrah setiap kali mendaki tanah tinggi atau bonggol, bertakbir 3 kali dan berkata tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa dan tiada sekutu bagiNya, bagiNya pemerintahan dan bagiNya segala pujian, Dia berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, kami kembali kepadanya, kami bertaubat kepadaNya, kami mengabdikan diri kepadaNya, kami sujud kepadaNya, kepada tuhan kami, kami memuji. Benarlah Allah janjiNya menolong hambanya, membinasakan bala tentera ahzab, tentera bersekutu dalam keEsaanNya”.
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis-hadis ini menyebut perihal dalam musafir yang mana diajar supaya sentiasa bertakbir dan bertasbih. Perbuatan ini seharusnya kita jadikan amalan kerana ianya dilakukan oleh baginda Nabi SAW dalam musafir. Ini bolehlah dilakukan samada kita berada di darat, laut, mahupun udara. Sentiasa bertakbir dan bertasbih dalam musafir tidak kira apa juga cuaca dan keadaan. Selain memuji Allah, amalan ini juga menunjukkan pergantungan kita kepada Allah dalam sepanjang musafir.

Dan dari Abu Hurairah r.a, Seorang lelaki telah berkata “Ya Rasulullah, saya ingin bermusafir, nasihatilah saya” sabda nabi SAW “Engkau hendaklah bertaqwa kepada Allah dan bertakbir pada setiap tanah tinggi” dan apabila orang itu telah berlalu, maka sabda nabi SAW “Ya Allah ya Tuhanku pendekkanlah baginya yang jauh, dan ringankan baginya musafir”.

Disunatkan berjumpa dengan orang alim sebelum memulakan perjalanan yang jauh bagi mendapatkan sebarang nasihat sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat baginda SAW. Dan perlu dinasihatkan kepada orang yang ingin musafir itu supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah dan turut memberikan nasihat yang lain sesuai dengan tempat yang ingin ditujunya. Jika ada pengalaman yang mungkin boleh dikongsi atau sebagainya.

Dari Abi Musa Asy’ari r.a katanya “Adalah kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW, apabila kami melalui lembah, kami bertahlil dan bertakbir dan apabila kami naik tanah yang tinggi, kami bertakbir dengan kuat. Maka sabda Nabi SAW “Wahai manusia, berlembutlah ke atas diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada tuhan yang pekak, tuhan yang ghaib. Sesungguhnya Dia Amat Mendengar lagi sangat hampir kepadamu”. - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Di sini ditunjukkan mesti senantiasa merendahkan suara dalam bertakbir dan berzikir, kecuali dalam hal yang perlu seperti azan dan dalam peperangan untuk membangkitkan semangat. Hadis ini juga menunjukkan menjadi bid’ah dalam beribadah apabila meninggikan suara dalam berzikir.. Wallahua'lam.

catatan kuliah Pagi Jumaat di Rusila. 1 Dis 2006

04 December 2006

Jupe Mung Dinung!

cerita seorang kawan dari Kelantan... mak dia tak izinkan dia berkahwin dengan gadis dari Terengganu... aku mencelah.. kenapa? ingat semua awek Terengganu ni Puteri Umno Ke? walaupun Umno yang memerintah Terengganu, tetapi rakyat Terengganu tidak menyokong langsung Umno dan BN... Umno menang kerana wujud pengundi PELIK... ni bukan soal politik laa... tapi...

katanya mak dia bukan tak berkenan dengan si gadis, tapi orang Terengganu... orang Terengganu tu maksud dia KESELURUHAN ORANG TERENGGANU... aku jadi minat la nak tau bila dia sebut gitu sbb aku pun org Terengganu... apatah lagi bila aku dengar, apa yang disebut tu macam ada gak betulnya...

tak de la banyak sangat kawan aku tu list kekurangan org Terengganu... cuma mak dia bgtau dia, org Terengganu ni macam tak berapa reti layan tetamu... reason dia, kalu gi jalan rumah orang Terengganu, mesti layan lebih2 kurang je... paling ketara bab makanan... kata dia, ada ke orang mari jauh-jauh, tuan rumah hidang biskut dengan roti dan kuih muih jer... (merujuk kepada tetamu yang datang meminang) paling kurang, biarlah ada nasi putih lauk ayam daging skit... bukan lah tetamu nak demand, tapi biar nampak suka terima tetamu...

lagi satu kes, sorang kawan menjemput seorang tuk guru pondok untuk hadiri majlis perkahwinannya di Terengganu... tak tahu sape makan banyak, lauk tetiba abis awal.. kiranya tuk guru tu sampai dari kelantan... dengan merendah diri, tuan rumah meminta maaf dan memberitahu lauk dah abis... tuk guru terpaksa pulang dan makan di kedai makan sahaja pada hari itu...

bila aku dengar citer gitu, aku teringat suatu peristiwa aku g ke Perak atas urusan bertunang seorang anak saudara pak sedara aku... tuan rumah hanya hidangkan mee celup kepada tetamu yang datang dari Terengganu... pada aku, apa2 yang ada aku bedal je... tapi bila nak beransur, pak sedaraku sebut kepada anak-anak buah yang ada.. "do'oh lalu (agak keterlaluan) hidang mee celup je orang mari dari jauh-jauh"...

teringat satu kisah seorang teman bertunang di johor... kami dan rombongan terpaksa menunggu di tepi jalan dalam jangkamasa yg agak lama kerana tuan rumah belum bersedia menerima tetamu... alasan mereka kerana kami sampai awal.. maka terpaksalah kami mencari tempat untuk berehat seketika...

aku suka hadiri majlis kahwin di kelantan.. aku masih ingat kalu makan berhidang, akan ada ayam percik 1/4 yang diletak atas hidangan... kalu tak percik pun, ayam masak merah... tapi kalu buffet susah skit la nak jumpa... mmg meriah makan, mewah sambutan...

berbalik kepada orang Terengganu kita yang dikatakan tidak mesra kadangkala terpaksa kita akui... dengar sahaja percakapan, tentu ramai yang menyangka kita kasar... MAKANG IKANG, DOK DANG STARANG, HUK ALOH, WEH, NATANG NING, (sekadar contoh je ni) dll perkataan yang sememangnya agak kasar pada pandangan sesetengah orang... bila perkataan yang digunakan kasar, maka kesilapan yg kecil pun akan dipandang berat...

lihat semula bab melayan tetamu... aku susah nak terima hakikat ni kerana aku mmg di ajar untuk melayan tetamu oleh mak dan ayah.. kawan2 yang datang biasanya x pernah miss makan masakan mak aku... terfikir dan tercari-cari jugak kebenaran dakwaan tu, tapi bila dilihat kepada mak yang membesar banyak di Kelantan mungkin menyaingi apa kekurangan yang ada pada ayah.. lelaki seperti biasa kasar dan kurang caring.. mungkin org luar / org Terengganu patut cari yang sesuai.. hehehhe..

si kawan yang tetap mahukan gadis Terengganu menjadi permaisuri hati terpaksa bertegas dengan ibubapanya... meminta si ibu yang selalu mengikuti majlis ilmu di surau supaya menimbang semula... alhamdulillah si ibu dapat menerima kehendak si anak... kepada si gadis di pesan segala kebimbangan yang ada... sembelihlah ayam seekor dua buat jamuan... aku yang dengar terasa agak kelakar... tapi, kalu begitu persepsi dan sikap orang luar terhadap orang Terengganu, maka ramai laa yang akan takut untuk dekat dengan orang Terengganu... moga mereka dipecepatkan jodoh...

p/s: kadang-kadang benda simple pun patut diambil kira.. sebab tu Allah jadikan wanita yang serba CEREWET! :)

03 December 2006

catatan 0 : blog aku..

pertamanya maaf sebab dah beberapa hari blog ni sepi.. tak sangka plak ada gak peminat yang mengintai ke blog aku ni.. walaubagaimanapun, aku ucapkan terima kasih atas sokongan.. skrg ni aku cuba cari satu cara supaya leh REMIND sesape je pasal apa yang berlaku di sini.. pendek kata kalu blog ni di update dan sebagainya..

kalu ada yang perasan, aku dah mula tambah dan 'cantikkan' blog ni ikut citarasa dan keupayaan aku sendiri.. ralit kata org tranung buat keje2 ni.. kadang2 terlajak sampai larut malam... belajar dan belajar.. copy n paste dan terus copy n paste... MENIRU ADALAH SATU CARA BELAJAR.. :)

teringat lagi masa blog ni mula2 dibuka / didaftar.. punya la semangat untuk meng'edit' apa jua yang aku tahu.. semua yang blog orang lain ada, aku akan cuba masukkan ke sini.. kesannya blog jadi 'berat' utk dibuka... kena plak masa tu rumah aku hanya pakai 1515 / 1315 je untuk internet... lambat gile! skrg dah guna streamyx pun terfikir gak betapa tak perlu letak macam2 untk cantikkan blog jika isi utamanya tidak seberapa...

terfikir nak masukkan lagu / radio.. tapi rasanya tak semua sukakan muzik.. baik senyap dan sunyi macam malam hari... kadang2 ni jugak jadi faktor melambabkan web dibuka... nak masukkan waktu solat, rasa elok gak... insyaAllah aku akan cuba masukkan walaupun dulu dah ada... jam... dan apa lagi ek??

aku juga dah start bubuh papan kenyataan untuk iklan... saje tak nak bagi nampak kosong sangat... tapi kalau ada yang betul2 nak iklankan apa2 je tak jadi masalah... cuma perlu tau yang blog aku ni x ramai yang masuk.. sekadar nak maklumkan / iklankan sesuatu yang tak perlu ramai tahu ok la kot.. hehehhe... malas lagi nak fikir bisnes dengan iklan ni.. sebab dalam kepala sekarang ialah nak belajar guna adobe photoshop... bila tgk kawan2 pandai guna jeles gak... aku dah kenal photoshop ni dekat 6 tahun dah.. tapi tak pernah try guna... yang aku pernah try pun Flash 5.. tu pun dah lama sangat tinggal.. suka tengok kawan2 buat poster, website, presentation, movie, dan macam2 lagi la ngan benda2 alah tu semua...

25 November 2006

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama
YangMengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran
Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
MeneruskanPerjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

copy n paste artikel from email

22 November 2006

Murtad di Terengganu - siri IV

suka untuk aku kongsi satu cerita...
seorang isteri yang mendapat bantuan pihak kristian mendakwa dia dilacurkan suaminya. mereka memang menghadapi masalah kewangan (kalu tak silap suaminya memang penagih dadah). Kerana tidak tahan diperlakukan begitu, maka apabila dia tahu ada sumbangan dari pihak kristian, maka dia 'memohon' supaya turut mendapat bantuan.. dia rasa lebih selesa menerima bantuan dari pihak kristian dari menerima 'upah' atas kerja yang dilakukannya.. bilamana suami yang patut mejaga keluarga dan isteri merosakkan institusi rumahtangga, bilamana lelaki yang diharap membela 'ahlinya' tidak melaksanakan amanah...

beberapa keluarga yang susah turut mendapat bantuan dari pihak kristian ni.. mereka terpaksa menerima sumbangan kerana kemiskinan yang mereka hadapi. beberapa orang anak yang ditanggung dengan kerja yang pendapatan tidak seberapa memang menyulitkan hidup di zaman serba NAIK ini.. walaupun ada diantara mereka belum menerima ajaran kristian, tetapi perkembangan keluarga ini cukup dijaga dan dipantau oleh pihak kristian... berbeza dengan institusi kebajikan yang ada sekarang.. memberi bantuan kepada yang 'mencari' mereka.. kadang-kadang orang yang memohon bukanlah org yang layak.. berbanding terlalu ramai yang masih amat memerlukan bantuan / sumbangan...

kalu kita perasan laa.. akhir2 ni negara kita cukup tidak menjaga kebajikan rakyat.. tengok aje apa tindakan dan pelaksanaan dasar oleh kerajaan cukup menyeksa dan menekan hidup. mungkin jika kita dari golongan pertengahan tidak terlalu merasakannya, tapi bayangkan jika kita dari golongan yang mmg sedia susah dan miskin. penekanan dan tumpuan yang diberikan kepada perindustrian, pelancongan dan apa jua pembangunan tidak menjurus ke arah menjaga kebajikan rakyat. mmg ada beberapa program yg ditunjukkan kerajaan prihatin, tapi setakat tu je laa.. bagi sumbangan sesekali.. walhal rakyat ni laa yang 'angkat' diorang.. masa dekat pilihanraya nanti byk la program-program yg dibuat.. x kisah la sape pun yang memerintah, tapi kebajikan rakyat patut menjadi keutamaan.. peluang gini la puak-puak kristian ni ambik... :(

kadang-kadang rasa macam tak betul je libatkan KERAJAAN dalam isu murtad ni... x semuanya leh salahkan kerajaan.. tapi kebanyakkannya TERPAKSA jugak salahkan kerajaan selaku pemerintah.. kenapa tidak, jika pelbagai budaya dan kerosakan hari ni byk bermula dari dasar dan corak pemerintahan kerajaan hari ini.. jika ini yang dikatakan, ramai yang akan sebut aku PEMBANGKANG... namun, bila segala masalah dah jadi besar barulah kerajaan minta rakyat bersatu membanteras segala masalah yang timbul.. tgk je isu gejala sosial, rempit, bohsia dan bohjan, pelacuran, dadah dll... dimana kerajaan masa rakyat mintak tutup pusat hiburan, kawal hiburan, laksanakan hukum Tuhan, pinda perlembagaan, baiki sistem pendididkan dan lain-lain lagi??
Jangan sampai rakyat tuntut TUKAR KERAJAAN!
aku sebolehnya tidak mahu campurkan isu politik dengan murtad ni.. tapi bila melibatkan pentadbiran, birokrasi, perlembagaan.. maka, mahu atau tidak aku terpaksa sebut perkara ni.. pelbagai usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan aku sokong.. kelas tahfiz, sekolah agama, bina masjid, universiti Islam, dan macam2 lagi laa yang ke arah positif.. semua aku sokong... tapi, bila melihat tiada kesungguhan bila membenarkan maksiat dan dosa berleluasa, maka wujud kebencian.. lastly, macam biasa.. hulurkan tangan, tingkatkan iman...
Akaun FORKAD Terengganu- BIMB atas nama PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INSAN BISTARI TERENGGANU-13017010 075286..Sebarang pertanyaan : Ustaz Wan Sukairi -019-989 4125 (forkad Terengganu)
p/s: minggu ni sekali pun geng2 forkad tak datang lepak.. agaknya diorang bz kot... hehehhe.. ingat nak tunjuk gak apa yg aku buat ni kat diorang... nak mintak pandangan kot2 diorang tak selesa / ada kesan sampingan.. maaf atas kekasaran.. salam sayang penuh ukhwah!

20 November 2006

Murtad di Terengganu - siri III

Dakwaan 3? Setakat arini susah nak kepastian lagi bab ni. 20 > / 2000 tu pun aku belum dapat pastikan belah mana. yang nyata, Kak N (seorang petugas Forkad) asyik ke selatan Terengganu. Kadang-kadang sampai ke Kuantan dia menjejak kes murtad ni. Memang seorang yang berani walaupun selalu citer takut sebab dah mula diganggu dalam menjalankan tugas. ada je pihak kristian yang sms / call buat2 berminat untuk menolong.. walhal mereka cuba mencari maklumat yang diperolahi oleh Kak N ni.. kadang-kadang dia kata takut polis sebab merasakan kerja yang dia buat ni 'salah' di sisi undang-undang..

tapi, jika Marang menjadi sasaran aku pun tak pelik.. sbb sini kawasan agak kampung.. ramai yang agak susah.. plak tu kawasan PAS, jd pihak kristian ni tau betapa kuat 'peranan' politik dalam dunia hari ini.. Orang BN tentu akan diam jika ini berlaku (atau membiarkan supaya menjadi satu isu baru - dan berasingan. baca dengan pemahaman politik.. kalu tak, sure tak paham. bukan nak salahkan BN.. tp ni kenyataan!) lagi satu, bila bergerak di kalangan orang kampung yg miskin, tentulah mereka dihargai (pihak kristian).. orang kampung yg menjadi nelayan / kerja kampung tentu amat berharap dapat duit mudah (macam duit EHSAN!) dari pihak kristian itu.. walaupun agak was-was setelah merasakan mereka memerlukan duit..
( jgn tgk kes ni mcm isu politik sangat.. utamakan isu murtad.. orang UMNO pun ada yg sensitif isu ni walaupun tak semua..)

Dakwaan 5? Dari maklumat yang diperolehi, pekerja 'cyber cafe' yang disebut dalam dakwaan itu kebanyakkannya datang dr belah area dekat KUSZA / KUSTEM dan sekitarnya.. tapi, cyber cafe tu bukanlah cyber kafe yang mengadap dengan Pasaraya Astaka.. tapi sebuah Cafe makan yang menyediakan perkhidmatan internet WIFI.. cafe ni menguruskan pelancongan la lebih kurang keutamaannya.. area dia lebih dekat dengan Flat Sri kolam.. lebih tepat kalu keliling pagar flat tu leh jumpa laa.. tapi operasi mereka berkaitan kristianisasi di sini telah dipindah ke Kemaman kerana telah diketahui umum (jadi elok diorang lebih berjaga-jaga.. fikir diorang laa..)

namun, cafe tu masih menjadi penyumbang kepada gerakan kristianisasi di Terengganu TERMASUK beberapa penyumbang seperti KEDAI BUKU terbesar di Terengganu yg mempunyai beberapa cawangan di terengganu. Dan satu dakwaan yg sedang diselidiki ialah keterlibatan PASARAYA BARU di jalan KT-Kuala berang... setakat yg dimaklumkan, ada pekerja KEDAI BUKU terbabit yang dibayar GAJI KHAS jika menganut kristian. berbanding gaji biasa bagi pekerja biasa.. susah nak caya kan?? tapi orang yang memberi maklumat ini ialah orang yang pernah terlibat dalam usaha menyesatkan mereka dahulu...

Dakwaan 4 tu aku rasa x perlu ulas sangat.. sbb ni biasa nampak dan biasa kita dengar.. tau2 pakai salib dalam tudung.. dll lagi laa.. lagipun orang yang terlibat mmg mengakui hakikat ini..

cukup dulu...sbb lama x dapat maklumat dr SB nih.. hehehhe.. selamat dan teruskan menyumbang utk GERAKAN ISLAM!

Akaun FORKAD Terengganu- BIMB atas nama PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INSAN BISTARI TERENGGANU-13017010 075286..Sebarang pertanyaan : Ustaz Wan Sukairi -019-989 4125 (forkad Terengganu)

p/s: jangan tanya aku samada duit yang di bank in dah masuk atau belum.. ini kerana aku tidak terlibat langsung dalam jawatankuasa Forkad. Aku cuma kongsi apa yang aku patut kongsi bagi memberiTAHU apa yang berlaku kerana ramai yg masih sangsi... semoga ni pun dikira amal aku dalam membantu akidah saudara kita...

Jom bergurindam..

19 November 2006

Murtad di Terengganu - siri II

email / artikel pertama aku kepada kawan-kawan menerima respond yang berbeza.. ramai yang masih sangsi dengan dakwaan yang mengatakan ramai Melayu telah murtad.. aku sendiri pun sebenarnya tidak mempunyai 'bukti' untuk menunjukkan senarai sejumlah 2000 orang telah pun murtad. Sebegitu juga aku tak dapat buktikan sejumlah 1068 bayi luar nikah telah dilahirkan di negeri Terengganu ini sepanjang tahun 2000-2005 (sumber JHEAT). Jika ada yang mahu dapatkan senarai bayi-bayi luar nikah berdaftar ini, kenalah rujuk JHEAT. Sama jugalah kes murtad ni. Cuma kita tidak tahu siapakah yang telah berani mengeluarkan dakwaan jumlah murtad di Terengganu seramai itu.

Sepanjang mengikuti perkembangan bersama jentera Forkad (aku tak bersama-sama dalam lapangan.. belum berkesempatan), aku dimaklumkan setakat ini baru ada kira-kira 20 orang lebih yang mengikuti sesi kaunseling dengan Forkad. Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Tapi kebanyakannya muda-mudi dan golongan yang agak miskin. 20/2000 baru 1%! satu jumlah yang amat kecil dan jauh dari yang didakwa. Namun, dari sesi kaunseling dan pengamatan, memang masih ada ramai lagi yang berada di luar sana. ada antara mereka memang tidak mahu kembali kepada Islam dan ada yang belum bersedia menerima Islam kembali.. tidak kurang juga ada yang belum 'berjumpa' dengan orang yang sepatutnya membawa mereka kembali kepada Islam..

Dengan tenaga kerja jentera Forkad seramai 4 orang (Forkad Terengganu je yang aku cuba cerita ni.. negeri lain aku tiada maklumat), jumlah 20 orang dan lebih itu agak besar sebenarnya bila melihat kepada dana dan kawasan yang mereka pantau (seluruh negeri Terengganu!). ini kerana kerja-kerja yang mereka lakukan meliputi memberi kaunseling dan memberi sumbangan / kebajikan keluarga yang terbabit secara dakwah Fardiyyah.. Ini tidak termasuk berdepan dengan pihak kristian yang turut sama bergerak dan memantau perkembangan jentera Forkad. Ini juga tidak mengambil kira wujud 'tekanan' oleh pihak berkuasa yang menjaga keselamatan negara.

Kenapa mesti wujud Forkad? sedangkan dalam negara / negeri sudah ada jabatan Agama. Di Terengganu dah ada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang ditugaskan menjaga Agama Islam di negeri ini selain menyediakan teks khutbah Monsoon Cup! Kenapa perlu Forkad wujud lagi? tidak terjagakah Agama Islam dengan JHEAT? saje nak kongsi cerita.. tapi bukan nak burukkan mana-mana pihak...

Seorang ibu bilamana mendapati anaknya murtad telah membawa si anak ke pejabat Agama.. bila sampai di kaunter pertanyaan, maka ditanya oleh petugas di kaunter. Berceritalah si ibu pasal anaknya murtad dan mahu tahu di mana harus dirujuk / diadukan.. maka dengan yakin menjawab petugas itu "nung.. naik tingkat 5. tanya orang situ laa". Dipimpin lah si anak naik ke tingkat 5. malangnya petugas di tingkat 5 menyuruh turun ke tingkat 3 kerana di situ tempat yang sepatutnya dituju.

Setiba di tingkat 3, setelah menceritakan masalah yang dihadapi, maka berkatalah seorang petugas dengan lunak "makcik patutnya bawak anak makcik naik tingkat 4. Situ tempat untuk kaunseling bla. bla bla.." OOo.. tingkat 4 rupanya. naiklah lagi makcik bersama si anak. jumpalah oleh makcik itu seorang kaunselor agama..

"apa masalah makcik?" lunak suara ustaz bertanya. "anak saya ni murtad ustaz" kata si ibu. Ustaz melihat muka si anak. Umur dalam belasan tahun. Muda. Dengan yakin si ustaz berkata "makcik, ni budak-budak punya perangai laa.. tak ada apa-apa nak dibimbangkanlah.. insyaAllah saya yakin dia tak apa-apa. Dia main-main je tu".

Diam si ibu. dibawa anaknya pulang ke rumah. terfikir dia siapalah lagi yang akan membantu dia dalam menangani kes anaknya ini..

(cerita ni mungkin ada sedikit tambahan bg 'disedapkan' cerita. namun isi dan maklumat adalah dari sumber yang boleh dipercayai)

itu adalah satu kisah seorang ibu yang mengadu kepada Forkad tentang cara JHEAT menangani masalah beliau. Harapan yang disandarkan kepada jabatan agama itu musnah sama sekali. sudahlah pandangan dan penerimaan 'ustaz-ustaz' di situ agak negatif terhadap beliau dan anaknya. ditendang ke sana ke mari seperti bola tentu menyedihkan jika kita berada pada situasi itu...

menyambung dakwaan yang diterima iaitu dana sebanyak 12.6 juta sebulan kepada mubaligh2 kristian ini. satu angka yang cukup besar, namun juga tidak mustahil.. seorang lelaki dalam 20-an antara yang menjadi 'mangsa' dakyah memakai sebuah kereta KIA. Dia ni masuk kristian sejak tingkatan 2 lagi. Bayaran muka dan bulanan dijelaskan oleh pihak kristian! ni baru seorang yang biasa tiada jawatan apa2 pun dalam gerakan itu.. seorang lagi ditawarkan RM20,000 tunai di depan matanya supaya mendapatkan sebuah kereta baru. pada ketika itu isu murtad sudah agak hangat dan dia disuruh ke 'bandar Z' untuk tujuan 'dinaikkan' pangkat kepada seorang kaunselor bg pihak kristian.. alhamdulillah dia sempat diselamatkan...ini baru contoh 2 orang.. lagi 2000 tu.. fikir-fikirkanlah..

betapa pihak musuh bersatu hati dalam memastikan dakyah mereka diterima, baik secara baik, mahupun secara terpaksa. bantuan dan sokongan kewangan sanggup diperturunkan bagi menjayakan misi mereka. namun, ramai antara kita masih sangsi dengan semua kerja-kerja jahat yang mereka lakukan.. malah ternanti-nanti apa tindakan yang patut dilakukan...

Jumlah 2000 tu adalah kes yang 'normal' @ dalam ertikata lain, 'masuk Kristian secara sedar / keluar Islam secara sedar'. Ini belum melihat kepada beberapa kes murtad luar sedar! percakapan kita seharian, perlakuan kita dan tindakan kita yang memungkinkan kita tergelincir aqidah! Nau'zubillah.

Akaun FORKAD Terengganu- BIMB atas nama PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INSAN BISTARI TERENGGANU-13017010 075286..Sebarang pertanyaan : Ustaz Wan Sukairi -019-989 4125 (forkad Terengganu)

16 November 2006

Info Terkini Isu Murtad Di Negeri Terengganu (*rujukan)

Catatan: Di bawah adalah satu artikel berkenaan isu murtad di Terengganu. Artikel ini telah agak lama tersebar di Internet. Banyak persoalan yang timbul, adakah benar dakwaan ini?


Dakwaan 1: Hampir 2000 Org Di Negeri Terengganu Kini Telah Berjaya Di Murtadkan

Dakwaan 2: Dana Sebanyak Rm 12.6 Juta Sebulan Telah Di Peruntukan Kepada Mubaligh-Mubaligh Kristian Utk Memurtadkan Umat Islam Di Negeri Terengganu Kite. (Dana Datang Dari Negeri Sarawak)

Dakwaan 3: Kawasan Teramai Yang Berjaya Di Murtadkan Ialah Di Kawasan Marang

Dakwaan 4: Yang Telah Berjaya Di Murtadkan Tidak Perlu Mengubah Personaliti Mereka. Maksudnya, Yang Bertudung Kekalkan Tudung Anda, Yang Pakai Ketayap Kekalkan Pakai Ketayap.

Dakwaan 5: Pusat Memurtadkan Umat Islam Di Terengganu Ialah Di Depan Pusat Pusat Membeli Belah Astaka Iaitu Di Sebuah Cyber Cafe (Kuala Terengganu).

Dakwaan 6: Sasaran Utama
-Orang-Orang Islam Yang Miskin Dan Terdesak.
-Perempuan-Perempuan Yang Mana Suaminya Penagih Dadah.

Dakwaan 7: Pendakwah Kristian (Sister) Telah Memasuki Hospital Besar Kuala Terengganu Utk Memantau Pesakit-Pesakit Yang Beragama Islam Yang Keseorangan Tanpa Waris Yang Datang Melawat Dan Tidak Mempunyai Wang Utk Menampung Kos Perubatan.Sister Ini Akan Datang Membantu Dari Segi Kos Perubatan Dan Melawat Pesakit-Pesakit Tersebut Dan Tunjukan Kebaikan Mereka.

Dakwaan 8: Kitab Bible Dalam Versi Bahasa Melayu Telah Di Sebarkan Secara Terang-Terangan Dan Meluas Di Kemaman.


Ramai penerima artikel ini masih ragu-ragu berkenaan isu murtad di Terengganu. Ini kerana mereka belum melihat sendiri sejumlah 2000 orang Melayu memasuki Gereja.

Mungkin juga mereka belum melihat pemuda / pemudi Melayu yang memakai 'salib' di leher.


Mungkin juga kerana Bible versi Bahasa Melayu belum dibaca mereka..

p/s:
1. artikel ini akan menjadi rujukan tulisan saya selepas ini.. ini bagi melihat samada artikel yang tersebar sebelum ini betul atau tidak... harap segala maklumat yang diperolehi tidak disebarkan sembarangan kerana mungkin boleh memberi kesan kepada proses pemulihan mereka yang terbabit..
2. penulisan artikel di sini sekadar ingin 'meyakinkan' masyarakat tentang BENARnya wujud gerakan kristianisasi ini dan membuka mata supaya bersedia dengan dakyah-dakyah yang mereka gunakan..

Jom Bantu Forkad!

Assalamualaikum WBT..

Beberapa hari bersama Forkad Y!group banyak mendapat ilmu dan pengajaran, dapat mengenali sahabat-sahabat di ruang maya ini dan melihat betapa prihatin sebenarnya masyarakat kita terhadap isu murtad ini.

sebelum saya mengenali Forkad Y!group, sebenarnya saya baru sahajamengenali beberapa insan mulia yang sanggup berusaha ke arah pemulihan akidah umat Islam ini di Terengganu. sebenarnya sayamengenali mereka ini lebih awal lagi, tapi usaha mereka ke arah memulihkan akidah umat yang telah rosak telah menjadikan sayatertarik untuk mengenal lebih rapat dengan mereka..

Mudah cerita, Forkad Terengganu. sesiapa yang membaca MASTIKA keluaran lepas tentu faham siapa orang yang saya maksudkan ini. daripengamatan, perbualan dan 'tumpang dengar' saya terhadap perlakuanmereka memberikan saya beberapa maklumat yang saya kira AMAT PENTING untuk dikongsi..

saya kira di sini saya tidak mahu berkongsi kisah atau pun apa yangberlaku dengan lebih detail, tetapi cukuplah jika saya katakan saya PENAT melihat cara mereka bekerja. Penat berfikir tindakan yangsepatutnya diambil, penat berhadapan dengan pihak berkuasa, penat diganggu oleh golongan-golongan yang tidak mahu usaha murni ini diteruskan.. dan yang paling PENAT yang saya mahu kongsi di siniialah KEWANGAN yang mereka hadapi...

Email ini ditaip tanpa pengetahuan mereka. saya cuma merasakan ini langkah pertama saya untuk terus bersama-sama membantu Forkad. Dalam nada tidak bersungguh saya tanyakan masalah kewangan mereka dan mereka menjawab TENAT! Anggaran perbelanjaan sebulan adalahRM5000.00. Mereka ini telah meluangkan SEPENUH MASA mereka dalam usaha membaiki akidah saudara kita yang telah rosak. Dengan tenaga kerja yang terhad dan kewangan yang terbatas, mereka terus melaksanakan usaha murni ini. Ada diantara mereka telah mula membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk memastikan usaha yang telah mereka lakukan tidak terhenti setakat hari ini sahaja.

Setelah mendapatkan no. akaun bank dari mereka, saya segeramenghubungi beberapa kawan yang saya kira dapat menyumbangkan/ turut membantu mencari sedikit sumbangan. Alhamdulillah ada yang menyatakan kesudian untuk membantu walaupun dengan jumlah yang kecil. Semoga jumlah yang kecil itulah menjadi saksi bahawa mereka telah membantu menyelamatkan akidah saudara seagama...

saya kira, di sinilah kita perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk memberi sumbangan yang secara langsung membantu ke arah menyelamatkan akidah umat yang telah dinodai. Di samping kita menyalahkan siapa yang bertanggungjawab, kita juga perlu turut sama-sama bertanggungjawab atas perjuangan ini. Hari ini bukan masa berforum sahaja, tetapi perlu sama bekerja. Bekerja menyelamatkan AKIDAH mereka yang telah sesat.

Di sini saya sertakan no akaun dan no tel yang boleh dihubungi bagi memberikan sumbangan kepada Forkad Terengganu.

Akaun FORKAD Terengganu- BIMB atas nama PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INSAN BISTARI TERENGGANU-13017010 075286..
Sebarang pertanyaan : Ustaz Wan Sukairi -019-989 4125 (forkad Terengganu)

nota: email di atas telah diterima masuk ke inbox forkadY!group pada 16/11/06..
semoga usaha murni Forkad mendapat ganjaran di sisi Allah dan mendapat sokongan dari umat Islam di luar sana..

Suara wanita... apa komen lelaki?

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang ana k dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih
perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama ana k isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertim ana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

09 November 2006

Murtad di Terengganu - siri 1 (Mukaddimah)

Assalamualaikum wbt...

2, 3 hari ni byk tertinggal berita baik di TV maupun akhbar.. nak belek kat internet pun terasa malas.... Tapi peristiwa berhadapan dengan seorang remaja awal 20-an yang murtad semalam mmg membuat diri rasa patut lebih cakna dan sensitif terhadap isu-isu semasa lebih-lebih lagi isu murtad ini...

hari ni baca utusan.. baca kenyataan Dr Abdullah Mat Zin pasal angka sebenar murtad masih tidak membimbangkan. .. masih terkawal...
aku tak reti istilah terkawal, tidak membimbangkan. . nak tunggu jumlah tu betul dan tepat barulah tidak terkawal lagi? kita mungkin boleh kata terkawal dan tidak membimbangkan jika yang terjadi tu pada anak orang lain.. terjadi bukan pada saudara mara kita... :(

sebenarnya aku sendiri tak bertanya sepatah pun dengan 'Ahmad' yang telah murtad dan kini dalam proses pemulihan petang semalam... cuma dengar sedikit sebanyak sembang kosong antara dia dengan Ustaz Sood dan Ustaz Wan Shukairi (rujuk mastika lepas kot.. aku pun x sempat baca gak!)

cuma yang aku dapat 'tangkap' skit pasal keterlibatan seorang kakitangan Universiti Darul Iman (UDM) dalam kes-kes ni. "bila dirujuk kepada seorang pensyarah di UDM, mmg dia akui kakitangan terbabit kelihatan mewah sekarang (compare ngan pendapatan biasa)" ayat ustaz wan.. sempat makan-makan pisang goreng dengan diorang ni.. tapi bila sesi kaunseling dan soal jawab sebenar, diorang ni masuk bilik khas... aku pun x leh nak join sbb tgh siapkan kerja disamping x nak jd penyampuk..

dari mulut 'Ahmad', dia akui ramai lagi di luar sana yang murtad terdiri dari remaja dan belia yg masih muda... kata seorang ustaz yg berada di sini, mungkin 'berat' lagi utk kawan-kawan Ahmad tu untuk kembali kepada Islam... ye laa.. bila dah murtad, x terikat ngan agama.. bila nak kembali kepada Islam semula banyak perkara yang kena fikir... remaja sekarang bukannya suka yang 'berat' dalam hidup.. yang diorang tau, enjoy, enjoy, enjoy...

mungkin ada yg tertanya2.. kenapa ada kes lina joy dan beberapa orang lagi 'terang je'.. tapi kes2 lain yang sampai ratus ribu tu macam kelam je... mcm tak wujud je.. mcm betul tak betul je berlaku...

tak perlu pun sebenarnya seorang yg dah 'tukar' agama mengumumkan dia dah murtad kepada agama kristian, budha dan sebagainya.. . ini negara ISLAM (hadhari), nanti bila riuh tentu laa mereka akan susah itu dan ini. ada halangan itu dan ini.. kerajaan akan tunjukkan CAKNA(?) bila dah ramai murtad... lgpun undang2 yang ada x menghalalkan murtad(??) kes lina joy di mahkamah hanyalah sebagai 'kertas kerja' untuk kawan-kawan dia yang lain mudah untuk murtad dengan terhormat... . bila satu kes murtad berlaku dengan satu 'jalan / cara'.. maka orang lain pun akan dapat ikut dengan 'jalan / cara' itu secara sah!!

ni mcm rujukan laa.. law ni dia ada rujukan kes (sape ambik law tau laa.. aku takat bisnes law je) mcm garis panduan.. jika si A dapat murtad dengan gini dan gini, maka si B boleh murtad dengan gini dan gini jugak.. gitulah yang aku maksudkan jalan/ cara td... lupa lak istilah law...

ni aku citer kat Kuala Terengganu yang ISLAMnya HADHARI, TEReNGGANU BesTari...
yang skrg duk sibuk dengan monsoooon cup.. sampai poster monsoon cup tampal kat pokok... mcm ceramah la plak!

Jom Jihad di Terengganu!

08 November 2006

Jihad di Terengganu I

Sejarah Dunia Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Kedatangan Islam pada abad ke-13 ke Tanah Melayu turut disusuli dengan perkembangan yang melahirkan ribuan tokoh agama yang gigih berjuang menegakkan agama suci ini. Melalui tulisan-tulisan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar seperti Al-Imam [1906], Saudara [1928], Majlis [1935], Warta Malaya dan sebagainya, semangat menentang penjajah ditiupkan dengan menyelar dasar-dasar penjajah Inggeris.

Negeri Terengganu mempunyai sejarah jihad yang membuktikan rakyatnya tidak ketinggalan dalam usaha mendaulat Islam. Terengganu telah melahirkan mujahid yang terkenal seperti Sheikhul Islam Terengganu atau Tok Ku Paloh, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Pulau Manis, Haji Mat Shafie Losong dan lain-lain. Dalam kesempatan ini, izinkan saya menyebut seorang tokoh daripada tokoh-tokoh di atas sebagai motivasi kepada kita untuk meneruskan perjuangan menentang anak-anak didik penjajah yang berkuasa di negeri kita pada hari ini.

Tokoh yang saya maksudkan ialah Tok Ku Paloh. Beliau bukan sahaja berpengaruh di Terengganu bahkan di negeri-negeri Tanah Melayu lain hingga ke Patani. Beliau berjuang mempertahankankan kemaslahatan Islam dan bangsa Melayu dalam menghadapi pelbagai masalah yang diada-adakan oleh penjajah British di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin ke III. Beliau seorang ulama yang tidak takut menanggung risiko dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar yang menghidupkan daya juang dan roh jihad. Contohnya, ketika peperangan menentang British di Pahang pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau; mereka hampir menyerah kalah. Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Mereka bukan sahaja mendapat nafas baru dalam perjuangan bahkan mereka juga mendapat perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang.

Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan mereka menjadi lebih besar dan tersusun.

Di Terengganu, Tok Ku Paloh menjadi tempat rujukan Sultan Zainal Abidin III untuk mendapat nasihat. British tidak berjaya campurtangan di Terengganu melainkan selepas kematian Tok Ku Paloh dan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III. pada 26 November1918. Kemasukan British pada 24 Mei 1919 telah ditentang oleh anak murid Tok Ku Paloh iaitu Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong. Beliau telah memimpin gerakan jihad menetang British pada tahun 1922, 1925 dan 1928.

Terengganu juga tidak ketinggalan dalam gerakan kesedaran dan perjuangan kemerdekaan. Kempen Presiden Kesatuan Melayu Muda (KMM) Ibrahim Hj. Yaacob di sekitar tahun 1940-1941 keseluruh Tanah Melayu telah berjaya menubuhkan cawangan KMM di Terengganu. Di antara tokoh yang mengasaskan KMM di Terengganu adalah juga pengasas PAS pada tahun 1956 iaitu Muda bin Jalil atau Da Abdul Jalil

Pada tahun 1946 beberapa cawangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan antaranya cawangan Jertih oleh A. Rahman bin Muhammad, Mohd Daud Samad dan Mohd Nor Awang.

PAS ditubuhkan pada 21 Zukaedah 1370H/23 Ogos 1951 dan secara rasminya pada 26 Safar 1371H/24 November 1951. PAS Terengganu pula ditubuhkan pada 6 Julai 1956 di Madrasah Azzainiyah, Sura Gate, Dungun

01 November 2006

Sucikah Diri Kita?

apabila terpandang orang lain berbuat silap..
cepat je kita nampak.. cepat je kita nak betulkan..
mcm laa kesalahan yg dilakukan itu besar dan berat..
mcm laa kita x pernah berbuat salah seperti itu...

itulah realiti diri kita...
mudah melihat salah dan silap orang..
tapi jarang mahu melihat kepada diri sendiri...
(artikel ni untuk diri aku.. korang jgn baca!)
silap orang yg kecil pun kita pandang besar...
salah sebesar 'tapak tangan't mcm sebesar 'nyiru'..
tuu pada orang.. pada diri sendiri sebaliknya...

kadang2 sukar mau mengakui kesalahan diri..
ambik je contoh KENTUT...
bila sendiri terkentut, mana pernah bising BUSUK..
mana ada kita cuba lari dari tempat duduk sendiri...
kita biarkan je BAU itu berlegar-legar sekitar kita...
kita x merasa pun yg kentut kita BUSUK SANGAT!
malah mungkin yg merasakan ermm.. WANGINYA...

jika terkentut dikhalayak ramai, mungkin kita buat selamba...
apatah lagi jika kentut tu di OFF kan bunyinya...
mungkin boleh buat x sedar pun apa berlaku...
atau lebih teruk jika kita BISING bertanya SIAPA KENTUT NI??
Kalau kentut KUAT, sendiri tau laa...
kalu tak merah muka pun, mau nipis telinga..

tapi jika yang terkentut tu orang lain..
cepat je kita kata BUSUK, TAKDE ADAB dll..
kdg2 baru berbunyi kita dah lari...
BAU sikit pun kita dah kata macam longkang...

k lah, nak permisi g kentut.. ;)
(sopan kah gini?)

Opppsss.. Sikap kita

ntah dah berapa hari ops sikap dijalankan..
x pasti lak bila abis ops sikap ni..
hari-hari berita kemalangan jalanraya...
dalam sehari mencecah angka RIBU kemalangan..
walaupun kes kematian hanya angka BELAS dan PULUH,
namun, angka ini terlalu banyak bila dibanding dengan TENTERA US di Iraq yg terbunuh...

macam2 kempen dah dibuat...
macam2 pamplet dah diberi kepada pengguna jalanraya..
macam2 cara iklan kat TV...
baik cara 'accident' mau pun budak tarik upih...
semuanya mcm takde perubahan jgk...
macam curah air ke daun keladi jer...
macam x berkesan je iklan dan nasihat semua tu..
kenapa ek??

ada yang kata mati kemalangan ni 'syahid kecil'...
bila pikir gitu rasa 'elok' je laa mati accident ni...
bukan senang nak digolong dalam golongan yg syahid ni...
sahabat nabi yg berjuang di setiap medan perang pun ada yg mati atas tilam...
punya la mau syahid, tapi alih2 mati atas katil je...
agaknya MAT REMPIT tu menuju SYAHID!
:)

06 October 2006

kasihnya Ayah...

Assalammualaikum, wmbth.

Kpd anak-anak yang ayahanda kasihi sekelian…..

10 mei, 2006 Mahkamah Tinggi bicara ayah…untk ishtihar bankrapsi….kerana htang di Bank Islam bertus ribu yang tidak dibayar atas nama ayah….Wang berkenaan oramg lain yang ambil untk perniagaan hartanah.

2. Rumah yg kami diami ini pun akan di lelong olh mahkamah tinggi dengan harga lebih kurang RM73,000 dan yang inilah lebih merisaukan ayah….

Cadangan penyelesaian – 1) 3 orang anak pinjam RM20,000 dari Bank( Jumlah jadi RM 60,000 ) untk ayah sambut lelongan rumah ini. Setakat ni A. Dhil telah pinjam. Inilah jalan paling selamat.

Cadangan ke 2 ) Oang yang gunakan duit ayah harap dapat mengadakan paling kurang RM50 ribu dan selebihnya ayah & Mak yang cari….(Cadangan ini dibimbangi orang berkenaan tiada tindakan…) ini yg dikatakan tidak selamat.

Sekiranya cadangan ke 2 terjadi wang yg dipimjam dari Bank akan dibayar balik segera.

Akhirnya ayah minta maaf atas perkara yang berlaku, wassalam.

p/s: surat ini bukti betapa kasihnya seorang Ayah....

27 September 2006

jiwang...



thanks dayah

20 atau 8 rakaat??

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong sembahyang sunat tarawih dibuat sebanyak 20 rakaat, diselangi tazkirah atau kuliah pendek selepas 10 rakaat pertama.

Yang Dipertua PUM, Ustaz Salleh Ahmad berkata, memandangkan bulan Ramadan disambut hanya sekali setahun, umat Islam hendaklah mengambil kesempatan mengerjakan ibadat sebanyak mungkin termasuklah menunaikan tarawih 20 rakaat.

"Saya tidak menyokong amalan sembahyang tarawih lapan rakaat, kenapa kita nak kurangkan sepatutnya kita perbanyakkan rakaat sebab tawarih dibuat sekali setahun," katanya semasa dihubungi.

Beliau juga menjelaskan, mengikut kitab fikh keempat-empat mazhab mensyaratkan kepada pengikutnya mengerjakan tarawih sebanyak 20 rakaat malahan di Masjidilharam sekali pun tidak melaksanakan solat lapan rakaat.

Jelasnya, tazkirah juga perlu dibuat selepas 10 rakaat pertama bagi memberi amanat kepada para jemaah.

"Apa salahnya buat tazkirah, benda baik dan setakat memberi nasihat kepada jemaah takkan tak boleh," katanya.

Baru-baru ini dilaporkan kerajaan Selangor meminta semua masjid dan surau di negeri ini tidak membenarkan tazkirah atau kuliah pendek diadakan sewaktu sembahyang sunat tarawih.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Dato' Abdul Rahman Palil berkata, ia bertujuan mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyusun aktiviti tazkirah sekiranya solat tarawih dilakukan hanya lapan rakaat.

Abdul Rahman juga berkata, larangan menganjurkan tazkirah bertujuan mengelakkan pihak-pihak bertanggungjawab daripada menggunakannya untuk kepentingan peribadi atau politik masing-masing. - lanh

26 September 2006

Dialog Diri & Iman

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya liha mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)
Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


******
Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir

poser jgn x poser!



Salam Ramadhan...

sempena Ramadhan ni, nak ucap selamat berpuasa n jgn nakal2... :)
bersamalah kita meningkatkan amal dibulan mulia ini..

'Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamar ajwa setiap pagi, racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari itu.' (HR Bukhari & Muslim)

'Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.' (HR Muslim)

'Mungkin hasil yang diraih seorang shoim (yang berpuasa) hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang shalat malam (qiyamul lail) hanyalah berjaga.' (HR Ahmad dan Hakim)

'Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun.' (HR Tirmidzi)

09 September 2006

Hampirkah Kemenangan?

Oleh Subky Abdul Latif
artikel asal bertajuk: "Yahudi tak alah selagi Subuh tak seperti Jumaat"

MELIHAT kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu.

Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hinggaberatus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan danBaitul Maqdis dapat dibebaskan.

Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak pedulu langsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa.

Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap keranaia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.

Iman dan jihad

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah sepertibuih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah.

Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.

Ibadat sunat

Dari keberkatan solat Subuh seperti solat Jumaat itu, solat-solat fardu yang lain boleh ditingkatkan dan segala ibadat sunat akan diberikan perhatian dan diambil berat. Yang menuntut ilmu teruskan; merekacipta serba aneka teknologi, ayuh jalankan; dan mempelbagaikan senjata selain senjata iman, teruskan. Yang hendak berpolitik, teruskan berpolitik, yang suka demonstrasi boleh lipat gandakan. Maknanya, segala cabang jihad diteruskan. Tetapi pastikan jangan memadai sekadar menunaikan solat Subuh. Solat Subuh itu mesti berjamaah seperti solat Jumaat.

Semua amal ibadat yang lain, dengan sendirinya akan meningkat, berkat dari tekad turun beramai-ramai solat Subuh berjamaah, sama seperti turun menunaikan solat Jumaat.

Sekarang ini OIC dan bangsa-bangsa yang sudah penat dan bosan dengan ketakburan Amerika, Nato dan Israel, begitu marah kepada Israel dan Amerika tentang kekejaman mereka di Palestin dan Lubnan. Sama marahnya kepada Israel dalam perang enam hari dengan Mesir tahun 1967 dulu.

Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasser mengumpulkan segala kekuatan dan bersatu eluruh bangsa Arab atas nama sosialis Arab, tetapi tidak memberatkan solat Subuh berjamaah, tidak datang pertolongan Allah.

Mesir hanya bertahan enam hari, satu tempoh yang amat singkat dibandingkan dengan ketahanan Hizbullah di Lubnan yang mampu menghadapi serangan Israel lebih dari sebulan. Senjata yang dikumpulkan umat Islam Arab untuk menghadapi Israel tidak terkira banyak. Jika besi-besi itu digugurkan saja ke bumi Israel tanpa perlu meletupkannya, nescaya bumi Israel itu tertimbus menjadi bukit dihempap senjata-senjata itu.

Tetapi semua senjata itu meletup di bumi dan perairan sendiri. Hanya Scud yang dilepaskan Saddam Husein dan roket yang dilepaskan oleh Hizbullah yang dapat diletupkan di wilayah Israel. Yang dapat diletupkan di Israel itu hanya amat sedikit dibandingkan dengan jumlah senjata yang dimiliki negara Arab sepanjang 50 tahun lalu.

Senjata canggih

Bantuan Allah tidak datang kepada umat Islam kerana masing-masing tidak membina senjata iman. Yang dibina hanya senjata canggih.

Pengalaman saya dalam perjalanan pulang dari Madinah di pinggir Jeddah selepas mengerjakan haji. Rombongan kami singgah solat Subuh di sebuah masjid di pinggir Jeddah. Yang azan itu yang menjadi imam. Dia bilal, dia imam dan dia saja makmum. Untung bas kami singgah di situ. Kami sekalian menjadi makmum.

Bagaimana bantuan Allah hendak turun dalam keadaan demikian. Maka tidak hairanlah ulama Arab membuat fatwa tidak wajar Lubnan dibantu dalam serangan Israel itu. Sudah 50 tahun lebih umat Islam menunggu untuk menundukkan Yahudi Israel. Tidak nampak Israel dapat ditundukkan. Yang tunduk satu demi satu regim umat Islam. Dalam bentuk yang ada, tunggu 100 tahun lagi pun, tidak mungkin negara Yahudi itu boleh ditundukkan.

Saranan Ahmedineejad dengan puluhan ribu demonstrator untuk memadamkan peta Israel dari buku atlas, akan tinggal sebutan tak bermakna. Langsung ia tidak digeruni Yahudi di mana-mana saja.

Tetapi jika Presiden Ahmedineejad boleh memulakan tindakan menggesa setiap laki-laki mukallaf Iran turun setiap solat Subuh seperti solat Jumaat, dan ia diikuti oleh umat Islam yang lain, maka akan datang bantuan Allah dan bungkuslah Israel dan penyokong-penyokongnya dalam sedekad dua akan datang.

Tiada nas yang jelas tentang alahnya Israel apabila solat Subuh sudah seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh seperti solat Jumaat.

Inilah yang guru-guru kuliah Maghrib beritahu dalam setiap kuliahnya dan inilah khatib patut utarakan dalam setiap khutbahnya. Dan inilah yang Pengerusi OIC kena beritahu negara-negara anggotanya supaya menyeru setiap laki-laki Muslim yang mukallaf jangan mis menjadikan Subuh seperti solat Jumaat.

Apabila semuanya sudah turun ke masjid dan surau di waktu Subuh, maka Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Tanpa menunggu kedatangan Imam Mahadi, Yahudi Israel akan dapat dikecut-perutkan. Kalau Subuh tidak dapat dijadikan seperti Jumaat, satu demi satu bumi Islam menjadi bumi Yahudi atau menjadi orang yang diredai oleh Yahudi. /tajdid

Mudahkah Islam?

Sewaktu darjah 3 dulu, aku terkial2 membaca lafaz niat solat maghrib.. dari kecik, aku hanya tau lafaz "sahaja aku sembahyang fardhu maghrib 3 rakaat (mengikut imam) kerana Allah Taala"... dalam surau aritu ustaz suruh aku buat amali solat maghrib... ok je aku berdiri n angkat tangan sambil 'niat dlm hati'...

ustaz tegur.. kenapa x baca niat?
oooo rupa2nya ustaz nak aku lafazkan niat.. aku pun lafazkan dalam bahasa melayu mcm yang aku tau... kata ustaz, lafazkan dalam bahasa arab.. aku pun mula laa... usolli fardol maghribi... senyap.. aku x tau 3 tu apa dalam bahasa arab... kawan2 sekelas mula mengajar sambil berbisik..."salasa" 2 3 kali kawan2 mengajar.. aku cuba sebut tapi tak tahu macamana nak sambung dengan kalimah "rakaat" selepas itu... akhirnya berpeluh laa aku nak mulakan solat maghrib pd tengahri tuu... aku rasa ada dekat 20 kali aku cuba... ustaz menunggu dengan sabar.. akhirnya ustaz sebut satu persatu sampai habis... ustaz yang tolong lafaz niat, tapi aku yang solat... aku sempurnakan solat maghrib tengahari itu dengan sesempurna yang boleh...

kenapa mesti diajar lafaz niat dengan sempurna dan penuh? siap dengan dalam bahasa arab? mungkin masa kecik laa perlu diajar dengan lengkap... supaya bila besar nanti tak perlu diajar lagi... agaknya itulah yang aku terima dulu...

bila meningkat skit usia.. bila ikuti kuliah dan kelas agama baru tau lafaz niat tu tak perlu pun.. yang perlu hanya niat semasa angkat takbir... dan niat tu pun x perlu lengkap mcm lafaz niat... cukup sekadar lintasan di hati... itu niat! kalu dah panjang berjela-jela, tentulah takbiratul ihramnya susah nak dapat! terkial-kial nak samakan takbir dengan 'niat yg panjang' tuu.. hasilnya dapat laa dilihat pada insan-insan yang takbiratulihramnya selalu tak menjadi...

Mudahnya Islam.. apatah lagi dalam mengamalkan ibadah... cuma kdg2 kita terlalu memberatkan dengan pelbagai persoalan dan alasan... kadang2 memberatkan perkara sunat turut memberi kesan dalam mudahnya beramal... yang paling sedih memberatkan adat hingga menyusahkan untuk beramal...

wallahua'lam

Cerita: Babi dan Ayam

Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. mereka berkata: "umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan modern dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi".

Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam M. Abduh, beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, " Untuk apa ?, beliau menjawab, " Penuhi permintaan saya! Dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!!!".

Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling serang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. Kemudian Imam M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.

Kali ini mereka menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk elaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.

Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah' (cemburu) orang yang memakannya. Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanyamembiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda... .

Moral:Jangan Makan BABI & Unsur-unsur BABI!!