10 September 2007

Gambar-gambar Sekitar Batu Buruk


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ni adalah sebahagian gambar apa yang ada di Batu Buruk pada malam 8/9/2007. Ramai cameraman ditangkap termasuk dari Siasah, Harakah, TV pas.com dan juga cameraman dari lain-lain akhbar. Mengikut kenyataan akhbar Dr Syed Azman, gambar-gambar yang tersiar dalam akhbar kebanyakannya dari pihak polis. So, kalu nampak polis tu baik pun padan laa. Gambar ni aku dapat dari seorang kawan. Kalu nak lagi leh ambik dari sini. KLIK.

Cuba teka apa yang ada dibelakang saya? Kalu tekaan awak betul, sy bagi satu . sengihnampakgigisengihnampakgigi

"Aku ni baru lepas accident, kalu tak, aku rempuih ja nih"
Agaknya tu la yang Abg Mat duk fikir. Hehehe

Haji Wahid Endut call sape tu? Maybe tanya khabar awok-awok kat luar guane la jadinya.

Mana boleh masuk!! Ini tempat aku yang punya! Berambuss!!! Kata Polis tu dengan megahnya.

Masa ni Cikgu Pa call boss polis Terengganu. Beliau minta nak masuk dalam gak. Nak jumpa tuan rumah kata beliau. Akhirnya dapat gak.

Tengah bisik apa tu? Ooo. Ni mesti rancang camana nak lepaskan diri dari kepungan FRU yang perkasa tu. Jangan marah aku cakap diorang ni PERKASA. FRU Terengganu mmg bagus. Sebarang rintangan dan halangan akan mereka rentasi. Tak mcm kat Melaka. Ngan BABI pun takut!! Sian FRU, Selamat Babi.

Tangkap!!! Tangkap!!! Jerit seorang pegawai polis yang bertugas. Akhirnya, bekas YB Kuala Nerus ditangkap seorang polis berpakaian preman. Selamba tul tangkap ek.
Bayangkan kalu kita duk luar, tiba2 ada org tu tangkap ngaku polis. Then rupa-rupanya kita ditipu dan dirompak. Fuhhh. Bahaya, bahaya..

Perkasanya polis-polis kita. Selamba je diri tengah jalan. Klau polis trafik tak pe la kuat. Tahan sebelah tangan pun lori leh berhenti.

Tu dia polis buat roadblock. Tu sumer tu motor polis la tu. Kalu nampak motor-motor ni cepat-cepat la lari. Hehehe. Catat no plate tu!!

NOTA: Walaupun ulasan gambar agak sinis, namun aku tidak bermaksud perkara dan apa yang berlaku sesuatu yang sinis. Tujuanku hanyalah supaya semua pihak tidak terlalu tegang dengan peristiwa ini dan sama-sama bertolak ansur dalam menjaga keharmonian dan keamanan. Apapun, aku masih tidak bersetuju dengan tindakan polis yang pada perkiraan aku amat BERAT SEBELAH dalam melayani pembangkang. Khususnya dalam penggunaan peluru hidup!!



0 comments:

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks