Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Ini cerita dari Jabi. Himpunan Aman penduduk tanpa sebarang provokasi dan halangan dari pihak polis. Apakah himpunan mereka mempunyai permit?? Aku tak kisah sebenarnya perhimpunan mereka mempunyai permit atau tidak, yang aku nak kisahkan adalah betapa sayangnya mereka kepada UMNO / BN dan DJ. Apakah mereka tidak tahu sikap YB mereka itu sebenarnya adalah kesan DJ yang didik? DJ yang mendidik YB yang ada mementingkan diri, jaga anak bini, jaga kroni. Pengundi? Percayalah semua ini sekejap sahaja. Nanti akan datang DANA Khas hari raya, maka ketika itu semua senyum berseri. Tiada lagi dengki dan iri hati.
Kadang kala aku puji gak sikap orang UMNO ni. YB tak salah nak pentingkan diri, tapi kuah tu kena la cedok juga sini. Beri sahaja sedikit, nescaya mereka akan senyap. Aku kira laporan akhbar ini hanyalah segelintir penyokong UMNO yang terlepas pandang dari mendapat tender membina longkang, tender bersih jalan dan juga tender membuat signboard. Kalu tak, takkan bising punya. Yang hadir ramai-ramai itu pula dah tentu rakyat UMNO yang tiada kerja. Haraplah kontraktor mereka dapat tender, maka ada la sedikit belanja. Apapun, tahniah polis kerana tidak menghalang perhimpunan HARAM ini!!.
1,000 penduduk protes sikap wakil rakyat
SETIU – Kira-kira 1,000 penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di sini, berkumpul bagi melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap wakil rakyat mereka yang dikatakan lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mendengar keluhan rakyat.
Sambil menunjukkan tanda protes, penduduk juga bersepakat menyembelih dua ekor lembu untuk dijadikan hidangan jamuan kepada orang ramai yang hadir pada perhimpunan itu, semalam.
Jamuan tersebut diadakan di pekarangan rumah salah seorang anggota masyarakat di kampung berkenaan, iaitu Salleh Hussin, 48.
Menurut Salleh, dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mengadakan jamuan sempena perhimpunan itu sebagai tanda kekesalan penduduk kampung terhadap sikap wakil rakyat mereka yang tidak mahu mendengar keluhan dan pandangan.
“Seorang pemimpin yang baik dan disenangi oleh rakyat adalah pemimpin yang boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain dan berbincang untuk kemajuan dan kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, memandangkan seseorang pemimpin itu dipilih oleh rakyat, maka wakil rakyat yang dipilih itu perlu cakna kepada rakyat demi kepentingan orang ramai dan pentadbiran, bukannya mementingkan kehendak sendiri.
“Oleh itu, seorang pemimpin mestilah bersikap telus dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat,” ujarnya.
Salleh berkata, masyarakat di sini terlalu kesal kerana kepimpinan yang ada pada hari ini tidak boleh menerima pandangan dan kritikan orang lain untuk kebaikan bersama dan parti.
Pada perhimpunan tersebut, penduduk kampung itu turut menaikkan kain rentang berbunyi ‘Kami Sayangkan UMNO, Kami Sayangkan MB, Tetapi Kami Tidak Mahu…” bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati.
Nota: Berita petikan Sinar Harian

No comments:
Post a Comment