Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts

09 July 2009

'Menunggu Kata Dari Tuhan' di Terengganu!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pernah dengar tentang teater Dinsman yang bertajuk 'Menunggu Kata Dari Tuhan' (MKDT) yang dilakonkan oleh Sabri Yunus? Mungkin pernah. Mungkin juga ada terbaca tentang teater ini di mana-mana akhbar, mahupun dilihat posternya di mana-mana. Tapi, pernahkah melihat teater tersebut?


Poster 'Menunggu Kata Dari Tuhan'. Pinjam dari blog Cikgu Azizi.

MKDT adalah sebuah teater yang mengisahkan seorang sahabat Nabi, Ka'ab bin Malik yang liat dan bertangguh hendak berjuang ke medan perang (berjihad) dalam peristiwa Perang Tabuk. Perilaku Ka'ab ini telah menyebabkan Rasulullah saw memerintahkan para sahabat memulaukan Ka'ab.

Pemulauan itu berterusan sehingga 50 hari sehinggalah datang firman Allah:

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

Jadi, di mana teater ini akan dipentaskan di Terengganu? Klik poster di bawah.



Wallahua'lam.

26 November 2008

Bunuh Diri: Satu Lagi Sejarah Tercipta?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semacam belajar dari peristiwa, seorang isteri menjadikan sebuah bangunan empat tingkat dalam pembinaan di Kuala Berang, Hulu Terengganu sebagai tempat mengancam membunuh diri. Dua hari sebelumnya seorang gadis juga bertindak nekad dengan mengancam terjun dari atas bumbung sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu. Semuanya kerana lelaki. Kekasih dan suami.

Dua insiden berasingan ini adalah suatu perkara baru di Terengganu. "Tidak Pernah Sebelum Ini" adalah suatu slogan yang biasa digunakan pemerintah di Terengganu dan sesuai dengan insiden ini. "Mencatat Sejarah Mencipta Tamadun" juga boleh digunapakai.

"Tidak Pernah Sebelum Ini"

Perkara yang sama berlaku kepada kedua-dua wanita terbabit adalah mereka berdua berjaya diselamatkan. Alhamdulillah. Semoga mereka berdua bertaubat atas keterlanjuran yang mereka cuba lakukan itu.

Sebelum ini, dua kes bunuh diri yang melibatkan individu Melayu telah berlaku di Terengganu. Semuanya ini berlaku dalam tempoh 2 bulan terakhir ini sahaja.

Pertama berlaku di Chendering yang membabitkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang membunuh diri dengan menggantung diri dalam bilik air diikuti tindakan seorang remaja lelaki di Kampung Bukit Guntung yang menamatkan riwayat hidup dengan menggantung diri dalam bilik tidur.

Mahu aku salahkan UMNO dan BN?

Wallahua'lam.

p/s: Cuba amati Kempen Gaya Hidup Sihat yang biasa dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan. Selain soal pergaulan dan pemakanan, menangani stress dengan betul adalah perlu dan tidak boleh diabaikan.

10 November 2008

Politik Berasuah dan Samseng Budaya UMNO.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dulu, kini dan selamanya. Begitulah UMNO. Mengamalkan politik secara rasuah dan samseng. Bukan tidak pernah diketahui sebelum ini. Sudah berlambak pun dilaporkan, namun semuanya seolah-olah halal dan tiada apa-apa.

Diberitakan sudah 900 kes politik wang dilaporkan. 900 bukan suatu angka yang kecil. Apatah lagi ianya adalah sesuatu yang haram dalam Islam. Merasuah perwakilan adalah suatu dosa. Namun, pada UMNO dosa dan pahala, syurga dan neraka tiada kaitan dengan pemilihan.

SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. - fotoBERNAMA

Bergaduh dalam Mesyuarat Agung semacam kebiasaan. Bertengkar lidah biasa, baling-baling pun tidaklah terlalu pelik. Angkat senjata pun pernah dilaporkan. Ganas? Itu memang budaya UMNO.

Politik sebenarnya suatu yang bersih dan tidak salah. Islam mengharuskannya. Namun, bagaimana politik yang dibawa itu wajar dipersoalkan. Politik Islam penuh dengan adab dan tertib. Penuh muhibbah dan rasa tanggungjawab.

Aku hairan juga melihat bagaimana sejak dari dulu UMNO mendapat tempat di hati pengikut-pengikut UMNO. Walaupun calar dan kudis yang ada cukup busuk, namun selalu dipejam sebelah mata. Rakyat juga walaupun melihat kebusukan tersebut masih boleh memekakkan telinga. Pelik, tapi itulah realiti Melayu.

Politik Melayu hanya untuk perut. Adakalanya untuk yang di bawah perut. Bawalah segala isu, segala bukti dan fakta, semuanya akan diluah begitu sahaja. Fakta dan bukti yang dibawa akan dianggap bohong dan penipu sahaja. Isu UMNO zalim, jahat, samseng dan sebagainya seolah-olah tidak akan didengari rakyat.

Bercakap pasal Melayu cukup kuat. Berdegar-degar. Namun, sebenarnya puak-puak inilah yang merosakkan imej dan institusi ketuanan Melayu. Sejarah telah membuktikan, namun apabila berdepan dengan realiti keperluan perut dan di bawah perut, mereka diam dan membisu.

Hmmmmm. Aku hanya mahu mengeluh dulu. Pada aku, Islam tetap di hati.

Wallahua'lam.

p/s: Haramkan sahaja parti yang suka buat benda haram nih!

02 June 2008

Aku dah Pulai!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku dah kembali. Alhamdulillah malam kelmarin aku selamat mendarat di airport tak siap Sultan Mahmud. Ramai yang tanya, aku ke oversea tu gi mana. Sebenarnya kali ni aku hanya ke Sarawak je. Sarawak tu kan seberang laut. So, aku tak menipukan? hehehe.

Sedikit urusan peribadi dan rasmi membuat aku terpaksa ke sana. Ikutkan hati, memang tak mahu pergi kerana banyak sangat program dan benda kena settlekan. Tapi, memandangkan atas rasa tanggungjawab, aku pergi juga.

Kali ni aku nak kongsi dulu beberapa patah perkataan yang aku dapat semasa di sana. Ada banyak cerita menarik sebenarnya yang aku mahu kongsi termasuk isu politik di Sarawak. Namun, nak bernafas jap. Maybe posting berikutnya.

Adapun perkataan ini mungkin berbeza mengikut tempat / Bahagian di sana. Mungkin juga ada sedikit kesilapan dalam aku cuba menterjemah ke bahasa yang kita biasa gunakan seharian ini. Maklum sahaja baru beberapa hari mendengar mereka berbicara. Aku sendiri hanya memahami tapi tetap tidak boleh berbicara. Mungkin akan kedengaran pelat dan seperti siam bercakap kelate.

Saya = Kamek. Kalu Iban menggunakan Aku. Kadang-kadang tidak jelas sangat Kamek ni sebab biasanya disingkatkan menjadi Mek sahaja.

Awak = Kitak. Kalu Iban menggunakan Nuan. Orang Tranung kata Mung.

Datang = Datai (Iban). Perkataan ni dapat sewaktu perjalanan pulang. Ada satu papantanda bertulis Selamat Datai. Tanya kepada beberapa orang tempatan, maka dijelaskan Datai itu adalah dari Bahasa Iban. Rupanya Iban ni tak guna sangat G macam orang Tranung.

Pulang jadi Pulai, Makan jadi Makai. Kitorang tanya la jika pakai baju disebut apa. Maka dijelaskan memakai baju itu digunakan Ngenak. Mungkin dari perkataan mengenakan.

Jika ke pasar di Sarawak, agak kelakar jika mahu membeli udang. Rupanya di sana udang ini dinamakan mengikut saiz dan jenis. Sebagai contoh udang kecil disebut Snek, udang besar dan berkulit keras dinamakan Payak. Memang di sana mudah nak jumpa udang pelbagai saiz dan jenis ini. Ada juga dinamakan Tohei dan Sesar. Udang Baring itu ada namanya tersendiri. Lupa plak.

Agak menakutkan jika di Sarawak apabila berbicara sesuatu yang agak kelakar. Orang sana mudah menetak jika merasakan sesuatu itu mencuit hati. Takut? Tunggu dulu. Sebenarnya Tetak itu adalah ketawa dalam bahasa di sana.

Binatang yang agak banyak berkeliaran di sana adalah Asuk. Di sini kita panggil Anjing. Kucing di sana dipanggil Pusak. Jangan bertukar dengan ikan bilis pula. Ikan bilis dipanggil Pusuk.

Jika mahu membeli selalu ditanya mahu berapa? Di sana jawab sahaja dengan Sigei untuk satu, Duak Igei untuk dua, dan Tigo Igei untuk tiga. Empat, lima dan enam? Itu aku tidak sempat belajar. Hehehe.

Kadang-kadang tak ada la teruk sangat bahasa diorang sampai kita tak faham. Cuma kena dengar betul-betul la apa yang diperkatakan tu. Kadang-kadang dapat agak perkataan yang digunakan dari bahasa yang dituturkan. Kecuali la perkataan tu jauh sangat maksudnya dari kita.

Umpama pusing-pusing atau jalan-jalan yang biasa kita gunakan, diorang guna Aung-aung. Round-round la tu kot. Kalu YA atau betul digunakan Auk. Auk la = Ya la. Kalu tidak pula digunakan perkataan Sik. Sik = Tak. Sik Mau = Tak mahu, Sik Boh = Tak tahu.

Pasal nak minum ais, leh je order guna perkataan Ping yang biasa kita gunakan di sini. Memang di sana juga menggunakan Ping bagi minuman berais ni. Teh O Ping, Milo Ping semua ada di sana. Lepas minum banyak, biasanya terasa la nak Kemeh. Kemeh tu kencing.

Satu budaya yang agak teruk dan selamba bagi orang sana adalah kencing di tepi jalan. Sepanjang jalan jika melalui perjalanan yang panjang, normal la sekiranya melihat kereta berhenti di tepi jalan, dan ada yang kencing berdiri di tepi jalan begitu sahaja. Mungkin ini disebabkan kurangnya R&R disediakan. Tapi, susah la nak jumpa secara meluas di tempat kita ni.

Pasal makanan, aku suka makan Umai. Sejenis makanan dari ikan mentah yang dipotong halus dan digaul dengan air limau kasturi, bawang dan beberapa bahan lain lagi. Macam kerabu la. Kadang-kadang mereka menggunakan Snek (udang kecil) menggantikan ikan tadi. Makan dengan nasi gitu je. Kalu kita ada budu, diorang ada Bubuk. Semacam cencaluk, tapi agak gelap warnanya. Warna semacam budu jer.

Aku pernah juga try Laksa Srawak. Pada aku sedap lagi Laksa Terengganu kuah masak tu. Laksa Penang juga lagi sedap rasanya. Walaupun diorang panggil laksa, tapi sebenarnya mereka hanya menggunakan bihun sebagai laksanya. Tapi tetap dipanggil laksa.

Satu je yang aku terasa sangat nak rasa, tapi masih belum dapat rasa yang ori dari Sarawak adalah Bubur Pedas Sarawak. Semacam Bubur Lambuk, tetapi banyak menggunakan daun kayu dan sayuran sebagai bahan utama berbanding beras. Alamak, dah kecur air liur ni. Heheheh.

Satu perkataan yang agak sensitif dan dianggap mencarut bagi kita di sini, tetapi sebenarnya memberi maksud lain di sana adalah B***T. Di sana, perkataan B***T itu bermaksud punggung. So, kalu doktor di sana mahu melihat punggung bagi memberikan suntikan, jangan pula terkejut.

Wallahua'lam.

12 November 2007

"Demokrasi Cara Malaysia"

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah semua peserta himpunan BERSIH mengatakan himpunan berjaya mencapai matlamat. Mencapai matlamat yang dimaksudkan adalah menghantar memorandum kepada YDP Agung disamping berjaya menghimpunkan 100 000 peserta 'Gelombang Kuning'. Namun kejayaan sebenar adalah bilamana 4 tuntutan yang dikemukakan BERSIH itu mendapat perhatian dan tindakan dari YDP Agung Sultan Mizan Zainal Abidin nanti.

Akhbar-akhbar Perdana kebanyakannya tidak menyiarkan langsung gambar 'perhimpunan' yang berlaku. Apa yang dapat dilihat pada akhbar-akhbar kebanyakannya adalah komen pemimpin negara dan gambar-gambar polis menjalankan tugas. Cuma Sinar Harian sahaja yang dikesan menyiarkan gambar perhimpunan dan meletakkannya di muka hadapan. Namun, tajuk beritanya mengecewakan.

Gagal... Itulah gambaran yang cuba ditunjukkan oleh Sinar Harian ini dalam akhbarnya pada 11 November. Namun agak kelakar bilamana akhbar hingusan berkenaan menunjukkan satu gambar yang memperlihatkan lautan manusia yang berhimpun. Mungkin gambar itu hanya separuh peserta atau mungkin satu kumpulan dari peserta-peserta yang berpecah kepada beberapa kumpulan, namun meletakkan tajuk 'gagal' kepada perhimpunan yang mensasarkan 100 000 peserta itu gagal adalah suatu yang memang kelakar dan menampakkan bagaimana media telah dipergunakan.

Pergilah mana-mana program yang mensasarkan peserta mereka 100 orang misalnya. Kedatangan separuh dari peserta biasanya dilihat penganjur sebagai satu kejayaan. Sementara kejayaan besar sekiranya sasaran 100 peserta itu dapat dicapai. Sudah tentu angka melebihi 100 pula akan disebut sambutan yang luar biasa! Ini realiti bilamana sesuatu program dilakukan oleh semua badan. Lihat sahaja bagaimana kad jemputan biasanya dikeluarkan lebih daripada kerusi yang disediakan kerana umum mengetahui biasanya ada jemputan yang tidak dapat menghadirkan diri dan sebagainya.

Mujur juga Sinar Harian memasukkan gambar himpunan. Maka terserlah kebodohan mereka dalam melaporkan berita. Maka, tidak perlu diulas panjang lagi. Cukup untuk dikatakan berlagak telus, tetapi bendul!. Begitu juga dengan kenyataan Menteri Penerangan yang dilihat berbalah dengan wartawan siaran Al-Jazeera. Tanyalah siapa sahaja yang mengikuti perbualan itu, maka perkataan 'tidak cerdik' pasti ditujukan kepada Zam Mamak itu.

Sikap akhbar dan Zam Mamak itulah sebenarnya yang ditegur oleh BERSIH. Akses kepada media yang ada supaya mampu memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku. Tidak berpihak kepada belah yang 'biru tua' sahaja. Laporlah secara telus dan jujur. Buatlah liputan secara professional. Jika sikap akhbar begini merupakan amalan media di Malaysia, janganlah marah jika ini dikatakan "demokrasi cara Malaysia".

Umum mungkin mengetahui bahawa 1 dari tuntutan yang empat itu sudahpun ditunaikan oleh SPR. Itu melibatkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian berlangsung. Namun tiga lagi tuntutan yang penting perlu juga dibuat perubahan khususnya akses kepada media kerana peranan yang ada begitu besar. Bayangkan setiap pelusuk negara mengetahui adanya himpunan BERSIH bilamana akhbar dan TV menyiarkan larangan perhimpunan aman itu. Sedangkan di dunia maya dan ceramah-ceramah yang dianjurkan kehadiran atau pelayar yang mengetahui maklumat ini amatlah kurang.

Penggunaan polis secara total dalam perhimpunan itu juga memperlihatkan bagaimana "demokrasi cara Malaysia" berlaku. Sekatan, tekanan dan provokasi yang berterusan menunjukkan mereka sebenarnya tertekan. Kebimbangan pemerintah amat memuncak supaya perhimpunan aman itu gagal sama sekali.

Perlu diingat, sekiranya jumlah 100 000 peserta itu mahu melakukan rusuhan dan kekacauan, maka peluang yang mereka ada sangat tinggi. Sudah semestinya persiapan 4000 anggota polis bertugas tidak mampu berdepan dengan mereka yang sedang bersemangat dan ramai. Mungkin polis boleh melepaskan tembakan dan sebagainya, namun kemusnahan yang bakal berlaku dengan rusuhan 100 000 orang itu amat besar sekiranya berlaku.

Di sinilah disiplinnya peserta himpunan. Niat mereka memang mahukan keamanan. Mereka bukan mahu bermusuhan dengan polis, tidak juga dengan media, tetapi mereka hanya mahukan keadilan dan kebenaran dalam perjalanan sebuah pilihanraya. Mereka mahu berhimpun dengan aman walaupun dinafikan hak mereka dan ditentang. Mereka bertegas kerana mereka tahu hak mereka cuba dinafikan. Mereka percaya pada undang-undang, kerana itu mereka menuntut undang-undang pilihanraya itu disemak dan dikaji semula. Jika mereka tidak percaya kepada undang-undang, sudah tentu pilihanraya bukan cara mereka.

Ada pihak mempersoalkan kenapa baru sekarang mahu dibangkitkan isu ini. Kenapa setelah selepas 11 kali pilihanraya? Soalan ini nampak semacam logik dan berasas. Namun jika kita melihat kepada asas "check and balance" dalam sistem demokrasi, di sinilah kewajaran tuntutan ini dibuat. Masa berubah, maklumat bertambah, kemudahan meningkat. Sistem pendidikan kita sudah berapa kali berubah. Ada KBSMnya, ada KBSRnya. Sekejap Bahasa Melayu, sekejap Bahasa Malaysia, dan akhirnya Bahasa Inggeris. Begitu juga dengan sistem pemerintahannya. Maknanya tuntutan itu dibuat mengikut keperluan dan semasa.

Ada juga pihak persoalkan kenapa mesti melakukan demonstrasi jalanan. Apakah sudah tiada jalan perbincangan? Jika soalan ini ditanya, mahu sahaja soalan yang sama dipulangkan semula. Di mana perundingan? Di mana perbincangan? Apakah sikap kerajaan dengan perbincangan? Apakah PM tidak tidur semasa perbincangan itu berlangsung nanti?

Jalanraya dipilih bukan kerana langsung tidak percaya dengan kerajaan. Cuma ini suatu tindakan politik bagi menyedarkan kerajaan betapa ramainya rakyat yang mahukan perubahan dilakukan dalam sistem pilihanraya yang berlaku sekarang. Jika 5, 6 orang sahaja yang membuat perbincangan dan menyerahkan memorandum, maka dilihat itu bukan dari suara dan kehendak rakyat. Maka sebab itu sesekali perlu disedarkan PM yang tertidur yang pantang dicabar itu! Buktinya jelas, PM memang pantang dicabar. Senyap dan sepi tidur sebelum ini tiba-tiba terjaga bila 100 000 peserta gelombang kuning memenuhi Kuala Lumpur. Harap jaga PM lama. Bukan sekadar buka sebelah mata dan sambung tidur semula.

Kesesakan jalanraya? KL memang tempat sesak jalanraya!! Menyusahkan orang ramai? Memang ini menyusahkan orang ramai untuk sehari, tetapi kesan yang mungkin berlaku adalah untuk 50 tahun atau lebih lagi. Usahlah melunakkan keadaan dengan mengambil simpati dari sebahagian insan yang terkena sedikit 'tempias' dari himpunan itu, tetapi bukalah mata supaya dunia tidak ketawa dengan "Demokrasi Cara Malaysia"!

03 September 2007

Test Video

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku baru perasan blogspot sediakan attachment video plak. Sebelum ni tak perasan sangat, tapi bila tertekan, baru tahu yang blogspot sudah support nak attach video. Ni nak try ni. Klau tak jadi maaf laa. Buat permulaan gambar bunga api malam Merdeka di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Catatan Malam Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

30 Ogos 2007. Aku terjaga dari tidur jam 11 malam. Aku terus tengok handset. 3 miss call dan beberapa SMS. Alamak, Dato XYZ pun ada call tadi. Ni mesti nak tanya kerja yang dia pass kat aku. Nanti tengah malam la aku siapkan. Aku malas nak call semula. Tengok lagi ada miss call dari Cikgu Ramli. Aku call dia. "Dang, mung tak nak gi kat sambutan Merdeka ke?" Tanya Cikgu Ramli yang aku panggil Cikgu Li jer. "Tak nak! Penat jalan-jalan petang tadi kat Hari Peladang" Jawab aku beralasan. "Meh la temankan aku. Aku naik kereta, susah nak parking. Kalu gi dengan mung mudah skit" Sambung Cikgu Li. "Ok laa" Jawab aku kurang bersungguh.

Sebenarnya petang tadi selepas pulang dari hospital, aku singgah di tapak Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Taman Awam, Pantai Batu Buruk. Sudah beberapa hari acara ini berlangsung, namun aku buat dek ajer. Bukan tak nak singgah, tapi tak sempat dicampur pula hujan kerap turun belah petang. Kawasan yang ramai orang ni, hujan skit, becak laa. Campur lagi dengan banyak kaki yang pijak tempat sama, bertambahlah becaknya. Seronok pusing-pusing sampai tak sedar dah gelap.

Sampai rumah sebaik azan Maghrib selesai. Aku buka bekalan dan makan nasi dagang yang diberikan percuma. Nasi Dagang lauk Ikan Tuna. Sedap. Alhamdulillah. Aku juga sempat beli sepotong Ikan Tuna. Nampak macam ikan Aya jer. Cuma besar la. RM5 sekilo. Aku tak sempat tanya harga pasaran biasa. Mula-mula tak nak beli dengan alasan aku duk sorang, maka dia offer yang dah siap potong kecil skit. RM 3 katanya. Aku ambik je la. Kata abang yang jual tu (dari Jabatan Perikanan) Ikan Tuna ni sedap gulai atau bakar jer. Sesudah mandi dan solat, aku berehat seketika menanti Isyak. Belum masuk Isyak aku dah terlelap sehinggalah jam 11...

Sebaik selepas call Cikgu Ramli, telefon aku berbunyi pula. "Dang, ada mana? Tak mboh gi ke Batu Buruk?" Is call aku. "Meh la. Bawak helmet lebih satu" Jawab aku. Aku segera bersiap. Gosok gigi, basuh muka dan panaskan air. Minum Radix dulu la apapun getus hatiku. Beberapa minit kemudian, Cikgu Ramli sampai dan diikuti dengan Is. Aku segera habiskan Kopi Radix. Panas!.

Cikgu Li membonceng aku. Is di depan dengan aku mengekori dia. Jalan agak sibuk. Agaknya semua orang pun mahu keluar menyambut Merdeka. Kami parking dalam kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah dan terus berjalan menuju ke tapak Sambutan Ambang Merdeka. (baca baik-baik skit, ambang tu bukan amdang deh!! hehehe).

Sebaik tiba di tapak sambutan, aku dengar countdown sedang bermula, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1! Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Tak ada la kuat sangat laungan Merdeka tu. Cuma ada la beberapa kerat yang melaungkannya. Serentak dengan itu lagu Negaraku dinyanyikan. Selepas itu diikuti dentuman-dentuman percikan bunga api. Sebuah lagu mengiringi percikan bunga api tersebut, tetapi aku gagal menangkap rangkap lagu itu. Agaknya lagu Deris Jusoh (DJ), Memahat Sejarah kot..

Sebenarnya kehadiran aku ke tapak sambutan ni semata-mata untuk menilai sendiri sejauh mana corak sambutan Merdeka yang diadakan. Sambutan malam itu berakhir begitu sahaja. Aku tidak tahu apa isi ucapan Idris (jika ada) dan apa persembahan kebudayaan yang diadakan pada malam itu. Aku bukan suka melemparkan tuduhan jika aku tidak menyaksikan apa yang berlaku dengan mata kepala aku sendiri dan bersumber dari sumber yang aku percaya. Paling kurang, ini menjadikan aku bertanggungjawab dengan apa yang aku coretkan di sini.

Sebaik selesai majlis sambutan, aku berlegar sekeliling pentas. Bangga seketika melihat sekumpulan anak muda berkopiah menyebarkan risalah kepada pengunjung yang berkeliaran. Sambil mengibar Jalur Gemilang, risalah di tangan bertukar kepada pengunjung yang masih melepak. Kebetulan ada antara mereka yang aku kenal, maka mudah je untuk aku minta mereka bergambar. Kalu tidak, sure takut-takut sebab sangkakan SB ke apa. Tahniah buat pemuda seperti ini. Mengambil inisiatif sendiri bagi menyedarkan masyarakat apa erti kemerdekaan. Rasanya mereka lebih Merdeka dari DJ sendiri!

Aku berlalu meninggalkan pemuda Islam ini dengan aktiviti mereka. Aku menyusur ke gigi pantai. Kebetulan terserempak dengan dua orang budak. Bila ditanya darjah 6 dan 5. Khairul dan seorang lagi aku lupa namanya. Aku tanya pasal UPSR. "Isnin ni" Jjawab dia. "Kenapa tak duk di rumah saja sambil membaca atau buat latihan?". "Tak tahu" Balas dia. Khairul ni antara sebahagian budak-budak yang meronda dengan basikal. Mereka beramai-ramai sambil ada antaranya whelley dan mengganggu lalu lintas.

Antara pemandangan yang ada pada malam tersebut adalah couple, kumpulan vespa dan motor, lepak, basikal, family, anak-anak muda, anak-anak kecil sekecil baby dan setua-tua ke seorang nenek. Semuanya dengan semangat Merdeka mungkin. Aku berlalu meninggalkan Pantai Batu Buruk. Aku menuju ke Taman Shah Bandar. Jalan jam teruk. Mujur aku bawa motorsikal. Kalu tidak, mahu sahaja aku berpatah pulang ke rumah. Lama tak cilok membuat skill aku tercabar.

Setiba di hadapan Pasaraya Astaka, jam makin teruk. Semua kereta berhenti! Sehinggakan ada yang mematikan enjin dan meninggalkan kereta berada di tengah jalan. Jalan dipenuhi kereta, tetapi langsung tiada pergerakan. Masing-masing tidak mahu beralah. Maklum saja jam teruk. Ketika ini aku turun dari motor. Tinggalkan motor ditepi jalan, dan berjalan kaki ke hadapan. Tertanya-tanya aku di mana pihak polis?? Jalan sebegini sibuk dan sesak, tetapi tiada pihak berkuasa yang mengawal. Bayangkan jika berlaku sesuatu insiden pada malam tu, tentu huru-hara jadinya. Aku cuba bersangka baik, agaknya polis tido awal malam tu sebab nak siap untuk perbarisan Merdeka keesokannya. Kononnya!

Bosan dengan suasana jalan yang jam tak berkesudahan, akhirnya aku bergerak ke kedai makan untuk minum. Malam yang bosan fikir aku. Setiba di hadapan Wisma Darul Iman, aku sempat melihat beberapa poster / banner yang digantung di pagar kawasan parking. Banyak betul hebahan, mungkin tak sempat nak membaca semuanya sekiranya sekali lalu sahaja. Menariknya bila aku melihat banner sambutan Merdeka rupa-rupanya ada dua sambutan. pertamanya malam Merdeka yang jatuh Khamis malam Jumaat diadakan solat Hajat dan bacaan Yaasin, manakala malam berikutnya dijemput Yasin dan Ramli Sarip untuk berhibur. Agaknya pada DJ malam Jumaat itu masih perlu dihormati. Mujur juga DJ bukan Wahhabi. :)

Seorang makcik berpangkat nenek masih minum di kedai yang sama dengan aku. Jam ketika itu sekitar 1.30 pagi. "Tengok bunga api" Jawab makcik tersebut bila ditanya ke mana. Tak tahu aku samada makcik ni patriotik sambut Merdeka, atau keluar bersantai dengan anak cucu. Bila jam dah menunjukkan semakin lewat, aku minta diri berundur. Esoknya ada HIMPIT. Aku ditugaskan menjaga pendaftaran. Tubuh mesti direhatkan seketika, barulah besok segar dan bermaya. Wallahua'lam.

Antara Group Vespa yang bersantai. Menariknya mereka sentiasa menyusun vespa dalam keadaan tersusun setiap kali parking. Contoh yang baik perlu diikuti.
.
Pentas Utama Sambutan. Gambar diambil selesai program.

Selesai Sambutan. Semua bergerak mengikut hala sendiri. Mungkin juga bergerak mencari makna Merdeka??

Anak Muda yang Merdeka jiwa mereka. Walau isi risalah yang disampaikan mereka agak biasa, namun kesungguhan mereka membuktikan cinta mereka kepada agama, negara dan bangsa melebihi mereka yang saban tahun menyambut Merdeka.

Mana polis?? Jam yang teruk sehinggakan 'lumpuh' seketika jalanraya di Tanjung ini membuktikan pihak polis tidak mampu berbuat apa-apa? atau lebih suka mengadakan sekatan jalanraya yang sudah tentu 'masyukkkkk' punya?

Bila namanya Hadhari, maka bercampur aduklah jadinya. Malam pertama sambutan bukan main lagi penuh syahdu dan rendah diri memohon hajat dikekalkan keamanan dll, tapi...

Malam berikutnya.. Taman Syahbandar kini sudah menjadi satu port bagi anak muda melepak, berhibur dan sebagainya. Namun maklumat yang diterima program 'kebudayaan' ini tidak mendapat tempat di hati muda-mudi. Apakah rakyat Terengganu mahukan Gwen Stefani pula??

21 August 2007

Kampung Boy

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Baru-baru ni aku ke Sabasun macam biasa. Beli keperluan dapur dan beberapa keperluan lain yang aku kira perlu. Sabasun ni memang menjadi pilihan aku sebab merupakan antara pemboikot Yahudi yang komited pada aku. Selain memboikot, Sabasun juga merupakan peruncit bumiputera Melayu Islam yang agak berjaya. Suatu masa dahulu, Sabasun boleh dikatakan pernah menduduki ranking no 1 sebagai peruncit utama di Terengganu. (Aku rasa la. Tu pun b4 Mydin Mall dibuka)

Sewaktu aku memilih bawang Holand dan bawang putih, 2 orang remaja lelaki dalam lingkungan 17-20an sedang memilih sayuran di depan aku. Berbisik-bisik antara mereka bertanyakan bunga Kantan. Setelah tidak dijumpai, mereka bertanya kepada pembantu jualan. "Dah abis" Kata pembantu jualan itu. Remaja terbabit bertanya lagi, "Ni daun kesom ke?" Sambil mengangkat setangkai daun kari. Aku senyum dari jauh. "Tu daun kari" Jawab pembantu jualan di situ. Selepas itu aku ke kaunter pembayaran, dan pemuda tadi aku lihat turut sama ke kaunter pembayaran. Di tangan salah seorang dari mereka memegang sebungkus laksa kering. Nak buat laksa penang rupanya. lapar Sedap tuuu..

Keesokannya aku ke kebun Durian seorang kawan yang sudah veteren. Pesara Kerajaan. Kebun hanya 1 ekar 1/2, tetpi penuh dengan buah-buahan. Ada Dokong, Duku, durian, rambutan, Pulasan dan cempedak. Aku sebetulnya tidak dapat membezakan antara Duku dan Dokong. Ada yang mengatakan Duku ni kulit nipis, dan Dokong berkulit tebal. Yang ini bergetah dan macam-macam lagi perbezaan. Dari pemerhatian aku, Dokong ni buahnya melekat pada tangkai. Manakala duku pula sebiji-sebiji. Jika dilihat pada pokok, aku tak nampak perbezaan, tetapi lihat pada buah di atas pokok, InsyaAllah aku dah boleh kenal. Satu lagi bezanya pada kulit. Duku agak licin dan bersih berbanding Dokong yang agak gelap dan kasar warnanya.

Dalam aku duk mengenal perbezaan yang ada pada Duku dan Dokong, aku teringat kepada satu kisah semasa sekolah menengah. Ketika itu aku dan kawan-kawan melalui belakang rumah seorang Tukang Kebun Sekolah. Pok Jat namanya. Pok Jat ada menanam sawi di belakang rumahnya. Kebetulan belakang rumah Pok Jat adalah belakang bilik study kami.

Suatu hari, pulang dari sekolah aku ke kebun Pok Jat. Kebetulan nak gi ambik buah pauh yang berada dalam kawasan sekolah. Sesambil menanti teman yang sedang ambik buah, aku lepak dengan Pok Jat, tetiba dia tanya kami semua pasal sepohon pokok. "Ni pokok gape?" Aku senyum je sebab kenal sangat dengan pokok tu. Macam-macam jawapan yang keluar. Kelakar pun ada. Akhirnya aku menjawab, "pokok bunga kantan". "Pandai mung! Mung cam rane?" Tanya Pok Jat.

"Pokok kantan ni macam pokok kuah jugak. Cuma pokok kuah ni daun dia lurus je tanpa lok (lekuk-lekuk). Tapi daun kantan liuk-liuk. Pokok dia pun biasanya lebih besar" Panjang lebar lak aku explain. Senyum Pok Jat. Ada gok orang kampung sining katanya. Aku senyum. Sedikit bangga. (weh, tak baik bangga diri! Ujub tuuu!!)

Aku sebenarnya malu dikatakan budak kampung. Bukan kerana istilah tu lekeh, atau 'darat', tetapi kerana pada aku, aku tidak layak nak mengaku budak kampung sebab beberapa perkara. Pertamanya, aku tidak pernah menoreh getah. Tak pernah sekalipun! Keduanya, aku tak pernah turun ke sawah padi dan ketiganya, aku tidak pernah ke laut menangkap ikan. Kekampungan aku hanyalah kerana tinggal di kampung dan membesar sebagai orang kampung yang tidak terdedah terlalu banyak kepada anasir luar.

Itu kampung yang dulu. Zaman pantun-pantun. Sekarang mana ada lagi zaman itu semua. Tiada sepakat, tiada tolong menolong, tiada ziarah dan tiada lagi anakmu, anakku jua. Hidup sudah sendiri-sendiri. Sakit demam pun kadang-kala tak berziarah. Anak-anak lagi lah teruk. Anak aku, aku tahu nak jaga. Kamu jaga anakmu sudah la. Ini penyakit masyarakat sekarang. Bukan kerana masyarakat tidak ada yang prihatin, tetapi tekanan hidup dan sebagainya membuat rakyat rimas dan tertekan dengan kehidupan.

Ahh.. Aku rasa nak balik kampung. Nak terjun sungai.kenyit

28 July 2007

Bantal Busuk


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku baru je berkira-kira mahu menulis sesuatu tentang 'bantal busuk'. Semuanya gara-gara seorang kawan memesan aku mengambil bantal anak sedaranya yang tertinggal di bilik hotel minggu lalu. Kebetulan bilik kami bersebelahan. Bila disuruh mengambil bantal yang tertinggal, terbayang kepadaku, tentulah 'bantal busuk'. Jika tidak masakan bantal itu dibawa ke mana-mana.Hairan aku kerana sebelum ini aku tidak tahu wujud sindrom 'bantal busuk' ini. Sehinggalah aku punya seorang anak sedara yang memang mempunyai 'bantal busuk' ni. Lelaki, dan sudah berumur 7 tahun. Tunggal setakat hari ini. Jika dia pulang ke kampung, pasti dibawa bersama bantal peluk busuknya. Mungkin sebab kami punya adik beradik yang ramai yang menyebabkan tidak perlu bergantung kepada sesuatu 'teman'. Kebetulan pula, mak tidak bekerja sepanjang membesarkan kami.

Aku kira idea 'buku kain' ni sebagai sesuatu yang menarik sebenarnya. Bukan apa, aku selalu berkira-kira mahu membeli apa jika mahu menghadiahkan sesuatu kepada kanak-kanak. Last-last, mesti beli mainan atau makanan. Kanak-kanak memang sinonim dengan bermain, tetapi membudayakan terlalu asyik dengan bermain mungkin menyebabkan mereka leka. Apa salahnya jika dibudayakan belajar sambil bermain-main. Sehari dua ni aku ada menjejakkan kaki ke Perpustakaan Awam Terengganu. Sebab itu ada sikit semangat menulis bab membaca.
sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi
-----------------------------------------------------------------------------

‘Buku kain’ ganti ‘bantal busuk’ bagi kanak-kanak kecil

PULAU PINANG 27 Julai – Jika selama ini ‘bantal busuk’ begitu mendapat tempat di kalangan kanak-kanak kecil, namun kini ibu bapa boleh mengubah tabiat itu dan menggantikannya dengan ‘buku kain’ yang diperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), sekali gus memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan bermula dari kecil lagi

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, buku kain itu mampu mendekatkan kanak-kanak berusia setahun hingga tujuh tahun dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadi asas untuk mereka mempelajari sesuatu menerusi program Setiap Bayi Satu Buku.

“Daripada anak-anak kita pegang bantal busuk, lebih baik pegang buku kain ini yang mempunyai pelbagai cetakan ilmu pengetahuan asas sesuai dengan minat kanak-kanak.

“Buku kain itu juga diperbuat daripada fabrik yang boleh dicuci dan tanpa toksik, jadi anak-anak boleh bawa tidur, digigit dan pada masa sama boleh belajar daripada buku itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Setiap Bayi Satu Buku di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Jahara Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan Kanak- Kanak Pulau Pinang, Datin Seri Zainab Abdul Kader.

Menurut Shahrizat, buku kain itu adalah projek perintis pertama seumpama itu di negara ini dalam usaha menerapkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat sejak kecil dan ia akan diperluaskan ke peringkat nasional tidak lama lagi.

“Saya percaya jika program ini berjaya masyarakat negara kita akan maju sekali gus mampu bersaing di era globalisasi yang mencabar ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zainab memberitahu, buku kain yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu dihasilkan dengan jahitan tangan dan dijual pada harga RM50 setiap satu.

Katanya, sebanyak 30,000 buku kain telah dicetak untuk keluaran pertama dan boleh dibeli di perpustakaan awam dan desa di negeri ini.

Pihaknya juga menyediakan naskhah percuma kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Setakat ini, ada perbadanan perpustakaan di beberapa negeri berminat untuk memperkenalkan buku kain ini di tempat mereka dan pihak kami akan bekerjasama untuk menjayakan usaha itu,” ujarnya.

Selain pengenalan kepada abjad dan angka, buku kain setebal 16 muka surat berwarna warni itu turut mempunyai gambar-gambar seperti pokok, bunga raya, buah-buahan, anggota tubuh dan haiwan. - Utusan.

Gambar: Metro
-------------------------------------------------------------------------
Nota: Benda baik, kita sokong. Bangkang hanya pada yang patut