30 March 2008

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Gambar-gambar ini aku dapat dari beberapa individu. Kemera aku bawa, cuma bateri aku kehabisan kuasa. Pelik pula bagaimana bateri yang baru itu boleh kehabisan kuasanya. Kong agaknya. Apapun, harap gambar-gambar dari pelbagai sudut ini dapat menunjukkan sesuatu pada kalian. Sesuatu? Lihat dan carilah sesuatu itu.

Cuaca mendung. Orang ramai dari pagi sudah mula datang. Cuaca ini juga membuatkan hadirin yang hadir tidak terasa terlalu penat dan mudah mengalah.

8.43 pagi. Orang sudah mula ramai walaupun jadual Tuanku dijangka tiba pukul 10
pagi.

Tandatangan sokongan rakyat pada kain putih dibuka untuk disembahkan kepada Tuanku.

Kereta yang akan dinaiki Tuanku Mizan tiba. Kalu tidak silap kereta ni tiba sekitar jam 8 lebih lagi.

Rakyat tidak putus-putus hadir. Suasana tenang dan terkawal.

Makcik-makcik ini cukup semangat. Agaknya diorang nak tengok Pemangku Raja yang muda tu untuk dijodohkan dengan anak perempuan mereka. Macam-macam la makcik-makcik ni.

Kerjasama yang cukup baik dan sporting dari pihak polis. Mesra betul! Ok je diorang leh jaga ramai-ramai rakyat yang datang. Tak ada kecoh pun kalu jaga rakyat nak berhimpun baik-baik.

Pengerusi Mampat, En Fauzi Abu Samah sibuk melayan 2 kanak-kanak yang tidak cukup stiker untuk ditampal pada baju mereka.

Kereta yang membawa YB Haji Wahid, YB Tengku Hassan Tengku Omar dan Hj Wan Mutalib.

Alumni Sek Men SS dan Sek Men Tengku Bariah yang turut sama memberi sokongan. Dua alumni ini antara penyokong kuat yang menggerakkan rakyat selain Mampat.

Sabar menanti

Penyokong Mampat.

Himpunan rakyat Terengganu. Jarang-jarang suasana sebegini dapat dilihat dan dirasai. Apatah lagi yang tidak biasa ikut Demonstrasi

Antara banner yang dipamerkan. Rukun Negara: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Semua bersatu hari tanpa sempadan politik

Lambat lagi ke kena tunggu ni?

Care Circle Services (CCS) turut sama menyokong Tuanku.

Tandatangan sokongan dipamerkan. Aku tak jumpa kain rentang yang terdapat sign aku. Cuma seingat aku, aku sign atas huruf I istana.

Lagi tandatangan sokongan dipamerkan.

Antara pimpinan PAS yang turut serta menyambut Tuanku.

Doa Selamat dibacakan setibanya Tuanku dan sebelum berangkat pergi.

Lambaian terima kasih. Gambar ini asalnya dari video dari kamera. Tapi aku tidak berjaya untuk masukkan samada ke dalam Youtube, mahupun goggle video. Nanti aku cuba semula kerana ada aksi menarik yang mahu dikongsi.

Kereta Tuanku mula bergerak dengan perlahan

Lambaian Terima Kasih. Aku dimaklumkan oleh seorang sepupu Tuanku yang Tuanku menitis air mata terharu ketika berada dalam kereta. Kalu tengok muka Tuanku sini pun nampak macam terharu gak tu.

Perjalanan pulang para rakyat. Walaupun seketika menatap wajah Tuanku, namun masing-masing pulang dengan puas hati kerana dapat memberi sokongan kepada Tuanku Sultan yang dikasihi.

Pengerusi Mampat membawa Memorandum Rakyat bagi diserahkan kepada Tuanku. Mengikut perkiraan awal, Tuanku memang bersedia menerima mengadap, namun sedikit salah faham, majlis itu terpaksa dipindah tempat.

Pengawal Tuanku memberi penjelasan kenapa Memorandum Rakyat tidak dapat diserahkan di situ. Namun, Tuanku tetap meminta wakil Mampat itu ke Lembah Bidong bagi penyerahan memorandum tersebut.

Walaupun terpaksa ke Lembah Bidong, Setiu, namun Cikgu Fauzi tetap sabar menanti sehingga memo tersebut dapat diserahkan.

Cikgu Fauzi bersalaman selepas dengan Setiausaha Peribadi Tuanku, Mohd Zuki selepas Memorandum Rakyat dapat diserahkan.

4 comments:

Anonymous said...

Suatu peraasaan yg tak dapat di gambarkan bila tgk gambar2 ni... walaupun belum ada keterangan. heh.. Tapi sayu tengok muka Tuanku SUltan Mizan dan anak2...

Anonymous said...

saya juga ada di sana. wajah sayu tuanku, dan semangat rakyat, takkan dilupa.

~HH

Anonymous said...

Bangga melihat anak2 Terenagganu bangkit menentang orang-orang yang bongkak dan angkuh terhadap Tuanku Sultan.

Perjuangan masih jauh, bersama kita memastikan MB yang ada sekarang menjaga rakyat sebagaimana sepatutnya. Amanah, jujur dan rendah diri.

Apa yang kita lakukan sekarang bukan untuk diri ini, ia adalah untuk anak cucu kita.

Garden (anak Kelantan)

Farhan said...

salam
dah dpt upload blm video tu?
ambe teringin nok tgk.