Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Pertamanya maaf! Sedikit permasalahan peribadi menyebabkan aku tiada kesempatan berbuat sesuatu yang terbaik untuk blog ini. Kesal, sedih dan sedikit kecewa sebenarnya bilamana tidak berjaya untuk update blog ini dari semasa ke semasa. Aku cuba juga cari ruang dan masa untuk mencelah, namun masa yang agak terbatas menyebabkan aku sedikit sebanyak terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Semalam Pak Lah datang ke Taman Awam Batu Burok. Kedatangan Pak Lah diarahkan kepada hampir semua penjawat awam negeri ini dengan perintah wajib hadhari. Seorang kawan yang bertugas di bangunan sebelah WDI awal-awal lagi mengutuk kehadiran Pak Lah.
"Aku dah tahu dia datang nak berkempen! Buat apa lagi dia nak mari masa sekarang ni kalu tak kerana berkempen??" Marah sahabat itu.
Aku seperti biasa suka berdiam diri sambil senyum jika mendengar komen sahabat-sahabat yang sedikit bersemangat.
"Salahguna kuasa betul! Sepatutnya sekarang ni dia tak boleh berkempen guna jentera Kerajaan lagi dah. Bukankah Parlimen dah bubar?" Sambung sahabat tadi.
"Parlimen bubar maknanya tiada kerajaan dan tiada pembangkang la sepatutnyakan? Ini diorang masih mengaku kerajaan dan perguna jentera kerajaan. Teruk tul!" Aku mengusik.
"Mung betul dang! Aku setuju dengan mung. Aku tak nak pergi. Biar la diorang kata wajib pun. Hari minggu, malas aku nak keluar." Protes sahabat tadi.
Seorang kawan di kampus UDM yang bertugas sebagai pensyarah menghantar SMS. "Pelajar UDM dan UMT menjadi mangsa lagi. Mereka dikerah ke perjumpaan dengan PM di Batu Burok esok. Pentadbiran siap ambik nama pelajar dan dapat markah kokurikulum lagi". Teruknya sampai ke tahap itu, desis hati aku.
Aku sendiri melihat banyak bas yang digunakan untuk mengangkut pelajar. Kesian budak-budak ni. Sepanjang aku belajar dulu, pernah gak kami digunakan untuk 'meramaikan' majlis orang kenamaan. Aku biasanya bijak menyelinap dari ditangkap. Aku jarang pergi bukan kerana tidak mahu berjumpa dengan orang-orang besar, tapi aku tidak suka dipaksa dan menjadi 'tidak cerdik'. Kalu tidak suruh sekalipun, aku akan pergi. Namun jika dipaksa, aku akan melarikan diri.
Pernah dalam suatu majlis rasmi yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu (aku dah lupa nama apa), aku dengan sengaja memulakan menepuk tangan bukan pada masa yang sesuai sewaktu ucapan beliau. Maka semua hadirin yang hadir turut bertepuk tangan. Aku buat selamba walaupun ada beberapa mata SB melihat kepada aku ketika itu. Dalam hati aku, diorang ni bukan dengar ucapan sangat pun. Hahahaha. Kawan-kawan yang satu kepala dengan aku senyum menahan gelak.
Aku juga menerima maklumat dari JKKK yang mereka turut diwajibkan hadir. Lebih menarik adalah semua perbelanjaan perjalanan boleh dituntut. Sudah tradisi 'pencacai UMNO no 1' ni. Diorang ni jika tiada wang, sudah tentu tiada perjuangan. Mereka tidak tahu dan tidak ambik tahu betapa menghormati pimpinan yang turun dan perlu 'diraikan'. Sepatutnya tidak timbul soal tuntutan perjalanan langsung. Apa boleh buat, 'itu sudah budaya mereka'.
Aku tidak mahu bercakap soal ketakutan BN Terengganu sehinggakan mereka terpaksa berbuat himpunan dengan Pak Lah ini. Itu sudah tentu dapat dibaca oleh semua melalui telahan politik masing-masing. Mungkin akhbar hari ini akan bercerita sesuatu janji yang manis dari Pak Lah, dan betapa Pak Lah disambut oleh 'semua rakyat' dengan baik.
Wallahua'lam.
Nota: Boleh ikuti artikel dari Buletinonline pasal ketiadaan pimpinan UMNO yang digugurkan sebagai calon dalam majlis berkenaan.

No comments:
Post a Comment