26 March 2008

Ungkapan 'natang' ke Balai Polis

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan Malaysiakini

Sekumpulan penduduk Terengganu membuat aduan polis berhubung kain rentang, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh, yang didakwa menghina institusi raja.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 01Kumpulan 10 orang itu, yang dikenali Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), membuat laporan itu di balai polis Kuala Terengganu jam 11:20 pagi tadi.

Dalam kenyataannya, pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah, "menggesa polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bersikap kurang ajar dan mengeluarkan kain rentang berunsur menghina kedaulatan sistem kesultanan dan menjejaskan kehormatan institusi beraja yang didukung oleh demokrasi di Malaysia."

Mereka merujuk sekeping kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong Idris yang menyebut "Kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

pas youth pc 250308 salahuddin ayubSemalam Pemuda PAS menggesa pergerakan itu dan parti pembangkang di Terengganu membuat aduan polis berhubung perkataan tersebut yang dianggap menghina raja.

Ketuanya Salahuddin Ayub berkata, selain dipamerkan oleh penyokong Idris, kain rentang seumpama itu juga diletakkan di beberapa tempat strategik di negeri yang sedang mengalami krisis pelantikan menteri besar.

Bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh, yang disokong Perdana Menteri, bertungkus-lumus mempertahankan jawatannya itu sejak berakhir pilihanraya umum 8 Mac.

Watikah pelantikan jawatan itu bagaimanapun diserahkan kepada seorang lagi wakil rakyat BN, Datuk Ahmad Said, Ahad lalu. Walaupun belum mengangkat sumpah, Ahmad telah memulakan tugasnya semalam.

Berikut teks lengkap laporan polis seperti diadukan oleh Mohamad Fauzi:

Pada 23 Mac 2008, ketika menonton Buletin Utama di TV3, saya melihat satu perhimpunan menyokong Idris Jusoh yang diadakan di hadapan kediaman rasmi MB, Seri Iman, Kuala Terengganu.

Di antara kain rentang dalam perhimpunan tersebut ada menyatakan "kami nak Idris, natang".

Perkataan pada kain rentang tersebut juga jelas merujuk kepada Tuanku Sultan Terengganu.

Ini adalah suatu tindakan menghina Istana dan bertentangan dengan undang-undang dan adab-adab sebagai orang Melayu.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 02Perhimpunan itu juga boleh menyebabkan kekecohan dan menyemai rasa kebencian kepada Tuanku Sultan Terengganu yang kita semua kasihi.

Saya percaya terdapatnya unsur-unsur jenayah dalam perhimpunan dan penggunaan kain rentang tersebut.

Perkataan yang digunakan adalah berbentuk hasutan dan boleh menimbulkan kebencian kepada Tuanku Sultan.

Sekiranya perkara di atas tidak diambil tindakan, saya bimbang negeri Terengganu akan menjadi kacau-bilau apabila kehormatan kepada institusi Beraja dicabul dan tidak dihormati lagi.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah rukun kedua dalam Rukun Negara Malaysia, tindakan golongan ini adalah sungguh biadap dan patut disiasat serta diambil tindakan yang keras.

Saya berharap pihak polis dapat menyiasat perkara tersebut dengan seberapa segera dan mengambil tindakan terhadap dalang dalam perhimpunan tersebut dan penggunaan kain rentang tersebut, seterusnya menyeret mereka ke muka pengadilan.

0 comments:

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks