Showing posts with label Daulat Tuanku. Show all posts
Showing posts with label Daulat Tuanku. Show all posts

03 March 2009

Surat Terbuka buat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah artikel yang dicopy paste dari ArifAbdul. Surat ini adalah karangan Raja Petra dalam Malaysia-Today.

------------------------------------------------------------------------------------

Datuk Seri,

Saya akan menulis secara ringkas dan manis. Tak ada lagi artikel cheong hei daripada saya.

Sudah tentu mereka dapat mengunci bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu yang mereka mahu. Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan — umpamanya, jika bagunan itu musnah akibat banjir atau gempa — adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak dapat diadakan [di tempat lain - penterjemah]?

Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.

Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan persembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.

Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang adalah sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini.

Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum a la 13 May. Ia akan menjadi satu Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu.

Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat. Percayalah, terdapat ramai anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakut-nakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat, menghadapi Kesultanan. Tidak sama sekali, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain.

Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduknya sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah. Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya peluang itu akan hilang. Dan jika anda gagal bersunggu-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

[Terjemahan bebas arifabdull terhadap Open letter to Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tulisan RPK]

30 March 2008

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Gambar-gambar ini aku dapat dari beberapa individu. Kemera aku bawa, cuma bateri aku kehabisan kuasa. Pelik pula bagaimana bateri yang baru itu boleh kehabisan kuasanya. Kong agaknya. Apapun, harap gambar-gambar dari pelbagai sudut ini dapat menunjukkan sesuatu pada kalian. Sesuatu? Lihat dan carilah sesuatu itu.

Cuaca mendung. Orang ramai dari pagi sudah mula datang. Cuaca ini juga membuatkan hadirin yang hadir tidak terasa terlalu penat dan mudah mengalah.

8.43 pagi. Orang sudah mula ramai walaupun jadual Tuanku dijangka tiba pukul 10
pagi.

Tandatangan sokongan rakyat pada kain putih dibuka untuk disembahkan kepada Tuanku.

Kereta yang akan dinaiki Tuanku Mizan tiba. Kalu tidak silap kereta ni tiba sekitar jam 8 lebih lagi.

Rakyat tidak putus-putus hadir. Suasana tenang dan terkawal.

Makcik-makcik ini cukup semangat. Agaknya diorang nak tengok Pemangku Raja yang muda tu untuk dijodohkan dengan anak perempuan mereka. Macam-macam la makcik-makcik ni.

Kerjasama yang cukup baik dan sporting dari pihak polis. Mesra betul! Ok je diorang leh jaga ramai-ramai rakyat yang datang. Tak ada kecoh pun kalu jaga rakyat nak berhimpun baik-baik.

Pengerusi Mampat, En Fauzi Abu Samah sibuk melayan 2 kanak-kanak yang tidak cukup stiker untuk ditampal pada baju mereka.

Kereta yang membawa YB Haji Wahid, YB Tengku Hassan Tengku Omar dan Hj Wan Mutalib.

Alumni Sek Men SS dan Sek Men Tengku Bariah yang turut sama memberi sokongan. Dua alumni ini antara penyokong kuat yang menggerakkan rakyat selain Mampat.

Sabar menanti

Penyokong Mampat.

Himpunan rakyat Terengganu. Jarang-jarang suasana sebegini dapat dilihat dan dirasai. Apatah lagi yang tidak biasa ikut Demonstrasi

Antara banner yang dipamerkan. Rukun Negara: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Semua bersatu hari tanpa sempadan politik

Lambat lagi ke kena tunggu ni?

Care Circle Services (CCS) turut sama menyokong Tuanku.

Tandatangan sokongan dipamerkan. Aku tak jumpa kain rentang yang terdapat sign aku. Cuma seingat aku, aku sign atas huruf I istana.

Lagi tandatangan sokongan dipamerkan.

Antara pimpinan PAS yang turut serta menyambut Tuanku.

Doa Selamat dibacakan setibanya Tuanku dan sebelum berangkat pergi.

Lambaian terima kasih. Gambar ini asalnya dari video dari kamera. Tapi aku tidak berjaya untuk masukkan samada ke dalam Youtube, mahupun goggle video. Nanti aku cuba semula kerana ada aksi menarik yang mahu dikongsi.

Kereta Tuanku mula bergerak dengan perlahan

Lambaian Terima Kasih. Aku dimaklumkan oleh seorang sepupu Tuanku yang Tuanku menitis air mata terharu ketika berada dalam kereta. Kalu tengok muka Tuanku sini pun nampak macam terharu gak tu.

Perjalanan pulang para rakyat. Walaupun seketika menatap wajah Tuanku, namun masing-masing pulang dengan puas hati kerana dapat memberi sokongan kepada Tuanku Sultan yang dikasihi.

Pengerusi Mampat membawa Memorandum Rakyat bagi diserahkan kepada Tuanku. Mengikut perkiraan awal, Tuanku memang bersedia menerima mengadap, namun sedikit salah faham, majlis itu terpaksa dipindah tempat.

Pengawal Tuanku memberi penjelasan kenapa Memorandum Rakyat tidak dapat diserahkan di situ. Namun, Tuanku tetap meminta wakil Mampat itu ke Lembah Bidong bagi penyerahan memorandum tersebut.

Walaupun terpaksa ke Lembah Bidong, Setiu, namun Cikgu Fauzi tetap sabar menanti sehingga memo tersebut dapat diserahkan.

Cikgu Fauzi bersalaman selepas dengan Setiausaha Peribadi Tuanku, Mohd Zuki selepas Memorandum Rakyat dapat diserahkan.

28 March 2008

Gambar-gambar sekitar Gelombang Kuning 1

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa dan pada hari program berlangsungnya pelancaran Tandatangan Sokongan dan Riben Kuning serta Munajat Rakyat yang diadakan di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) semalam. Alhamdulillah nampaknya sokongan dan penglibatan yang hadir sungguh memberangsangkan. Aku sendiri sempat serempak dengan Che Mat Jusoh Senapang yang turut turun memberikan sokongan.

Program adalah di bawah kelolaan Mampat, yang turut disertai beberapa NGO dan Alumni sekolah. Kutipan tandatangan dan pembahagian riben bermula sekitar jam 5.00 petang sehingga jam 10.00 malam. Juga terdapat stiker "Daulat Tuanku" serta lencana. Aku cuma sempat ambil stiker je. Itupun setelah menebalkan muka dengan meminta dari seorang Ajk program.

Sidang Media Pelancaran. Pengerusi Mampat, Cikgu Fauzi (memakai kopiah) diapit wakil-wakil NGO dan Alumni sekolah-sekolah.

Ustaz Azhar Idrus turut hadir memberi sokongan. Di sisi ustaz adalah kamera miliknya. Ustaz nampaknya agak berminat dengan kamera. Laman KULIAH ustaz

Berpusu-pusu menurunkan tandatangan dan mengambil riben

Adik kecil ini memakai riben di kopiah. Asyik melihat ibunya menurunkan tandatangan

Ustaz Khalil Abdul Hadi turut hadir pada sebelah malamnya.

Satu keluarga menurunkan tandatangan. Meriahnya!

Kain pertama yang sudah dipenuhi tandatangan. Pada hari tersebut sahaja aku dimaklumkan 5 keping yang berjaya dipenuhkan dengan tandatangan.

Contoh pemasangan riben dan stiker yang betul. Hehehe

Banner sokongan dari wakil NGO

Lagi banner yang ada di perkarangan Masjid

Masjid penuh hingga ke kaki lima. Ramai yang tidak sempat berjemaah.

"Ya Allah, peliharakanlah Sultan Kami"

Selesai dan bergerak keluar.

Datuk Syeikh Ismail Mohamad, Imam Masjid Negara yang mengimani Solat Hajat berhadapan dengan YB Dr Syed Azman, Adun Batu Burok.

27 March 2008

Daulat Tuanku: Gelombang Kuning

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Bila melihat berita tentang Mampat membuat laporan polis, aku membuat sedikit carian. Akhirnya jumpa ini http://mampat.blogspot.com. Hairannya kenapa blog Mampat itu tidak diberi liputan dan sebaran tentang kewujudannya secara meluas. Maybe kerana ianya masih baru, atau kekurangan jentera.

Apa yang aku nak kongsi adalah kempen Riben Kuning yang dikatakan mahu dilancarkan pada petang ini. Bagus juga walaupun sudah ada arahan tidak rasmi tentang pemasangannya di SMS dan juga beberapa laman blog secara individu. Di bawah ini aku copy header blog Mampat yang aku kira menarik untuk kongsi di sini.

Ok, nak g office lak. Ops lupa nak bagitau yang aku dah pasang riben kuning. Hehehehe. Wassalam.


26 March 2008

Deris Jusoh hilang Dato Seri??

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini cerita SMS lagi. Cerita pasal SMS yang aku terima perihal Deris, Rosol dan Din Adam kehilangan Dato' yang ada pada mereka. Khabarnya Dato' itu ditarik kerana sifat biadap mereka dengan Tuanku. Ini masih berita SMS. Apapun, untuk pengesahan kita sama-sama tunggu.

Apapun, pada aku membuang Dato' itu satu hukuman yang teramat ringan berbanding kesalahan dan kebiadaban yang mereka lakukan. Sudahlah tidak menerima calon MB pilihan Tuanku, cuba berlagak biadap pula dengan kain rentang "Kami Nak Deris, Natang". Cukup biadap.

Jika benar berita itu, Deris dan konco-konconya itu perlu bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat pengampunan Tuanku Sultan. Aku kira kejadian dan peristiwa yang berlaku ini terlalu banyak hikmah yang ada. Terlalu banyak.

Antara hikmah yang aku nampak, hari ini kita seolah-olah baru sedar Tuanku Sultan dan istana itu berkuasa. Sebelum ini Institusi Raja dilayan sebagai boneka semata. Sultan setakat merasmi Masjid, pergi jamuan amal itu ini, rasmi majlis agama dan sebegitu sahaja. Diam Tuanku Sultan selama ini dianggap seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Nah! Hari ini semuanya hampir terjawab.

Mungkin ini juga yang perlu kita sedari setiap kali Khutbah Jumaat, doa dibaca bagi kedaulatan Sultan dan pemerintahan baginda. Mungkin sebelum ini doa yang kita panjatkan itu tanpa rasa kasih dan sayang yang benar-benar mendalam. Mungkin doa itu setakat amin di mulut sahaja. Hari ini bilamana Tuanku Sultan 'beraksi' dan bertegas dengan pendirian yang diyakini baginda tuanku, terserlah kewibawaan dan kedaulatan yang ada itu.

Alhamdulillah jika apa yang berlaku dan dirasai di Terengganu ini turut mendapat tempias bagi rakyat keseluruhannya. Ini aku kira berdasarkan Tuanku YDP Agung merupakan Sultan bagi rakyat seMalaysia, dan Terengganu khususnya.

Wallahua'lam

24 March 2008

UMNO Biadap!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku letakkan gambar dari TV3 malam td menerusi Buletin Utama dan dari ntv7. Aku juga sertakan link ke poster UMNO BIADAB yang disediakan menerusi kroni-kroni TKO. Klik UMNO BIADAB untuk muat turun poster.


Anda nilailah bagaimana puak-puak ini bukan sahaja biadap, malah aku suka katakan mereka ini memang celaka dan menderhaka kepada Tuanku Sultan! Sudahlah Deris, usahlah cuba berlagak tidak kisah dan sebagainya. Jika benar Deris tidak menyuruh puak-puak yang biadab dan celaka itu berhimpun, arahkan dan keluarkan statement yang dia LARANG puak-puak itu dari bertindak begitu pula.

Apapun, bukan pelik jika ini sikap Deris. Siapa tak kenal Deris tu...

23 March 2008

Biarlah Mat Said Menjadi MB Terengganu...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pagi semalam Mat Said telah menerima watikah pelantikan sebagai MB Terengganu. Watikah itu mengesahkan Mat Said sebagai MB Terengganu. Tinggal lagi majlis angkat sumpah sahaja yang belum dilakukan. Sumber-sumber memberitahu majlis angkat sumpah MB akan dilakukan bersama-sama exco yang akan dilantik Mat Said.

Istana sudah memperkenan Mat Said sebagai MB Terengganu. Buruk ke, hodoh ke, jahat ke kita ketepikan dahulu siapa Mat Said buat seketika. Ketika ini kestabilan politik negeri Terengganu sewajarnya diutamakan. Apatah lagi bila pihak istana sendiri memilih Mat Said. Sewajarnya keputusan itu dihormati bagi meredakan keadaan, seterusnya memastikan Terengganu tidak tunggang-langgang tanpa MB.

UMNO juga dikatakan telah bertindak memecat keahlian Mat Said dari ahli UMNO. Namun pemecatan itu sebenarnya langsung tidak menghalang pelantikan Mat Said dari jawatan MB. Pemecatan itu juga pada aku sebenarnya masih bersifat atas kertas kerana surat itu belum diserahkan kepada Mat Said, dan belum diumum sendiri oleh Najib selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO. Apapun, khabar-khabar menyatakan seolah-olah ianya sudah sah terpecat.

Malam tadi Pak Lah dipetik berkata pelantikan Mat Said melanggar perlembagaan. Terkejut juga aku kerana pada perkiraan aku pihak istana memang mempunyai kuasa untuk melantik MB yang dirasakan layak. Terfikir aku perlembagaan apa yang dimaksudkan Pak Lah. Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan UMNO?. Menafikan perlantikan Mat Said sebagai MB yang dilantik istana adalah derhaka!

Kes yang sama dilihat berlaku di Perlis bilamana Mat Isa Sabu yang dilantik MB juga dikatakan tidak mendapat watikah dari Pak Lah. Tetapi setelah Istana Perlis melantik Mat Isa Sabu sebagai MB, maka watikah dari Pak Lah itu didiamkan sahaja. Shahidan sahaja yang pada mulanya dilihat beria-ria, namun akhirnya akur dengan keputusan itu. Pak Lah juga selepas itu dilihat berdiam diri sahaja. Mat Isa Sabu juga tidak dilihat diugut dengan pemecatan keahlian dan sebagainya.

berita TV3 malam td.