23 March 2008

MB Baru: Jom Pakat Sokong Istana!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Amdang, apa sebenarnya isu Mat Said?" Tanya beberapa teman terdekat melalui YM setelah terbaca satu posting aku yang penuh tanda tanya sebelum ini.

Aku tidak sangka catatan kosong aku itu begitu menarik perhatian ramai pihak. Mungkin kerana berita bakal MB Terengganu ini begitu ditunggu-tunggu kerana telah masuk minggu kedua Terengganu tiada MB. Aku sebenarnya sedang menyiapkan suatu kertas kerja bagi dibentangkan esok dalam mesyuarat di pejabat. Jadi bagi 'menghormati' berita terkini pelantikan MB Terengganu, maka aku selitkan coretan ringkas itu.

Lupakan seketika skandal seks Mat Said. Aku akan dedahkannya akan datang. Apa kata jika untuk beberapa jam lagi kita sama-sama menyokong pihak istana khususnya dalam perlantikan MB Terengganu yang baru. Selepas Mat Said disahkan menjadi MB, barulah kita berbicara bagaimana pula menentang MB baru UMNO Terengganu itu. (teruk ke gini? Heheheh)

Ini tidak bermakna kita menyokong Mat Said sebagai MB, namun sokongan yang diberikan di sini adalah kepada keputusan pihak Istana Terengganu memilih MB. Menghalang keputusan pihak Istana boleh diumpamakan bermusuhan dengan istana. Tetapi menurunkan MB yang rosak (walaupun baru dilantik) adalah hak rakyat dalam memilih pemimpin. Di sinilah kita perlu berperanan dalam melaksanakan 'check and balance'.

Dari segi politiknya, pelantikan MB selain Deris akan mengakibatkan UMNO Terengganu bermasalah besar. Ini kerana kebanyakan yang menjadi calon PRU 12 lalu adalah calon pilihan dan penyokong Deris. Mat Said sendiri dikatakan pada mulanya terkeluarkan namanya dari senarai calon, namun dia telah 'menekan' Deris. Akhirnya Mat Said benar-benar telah menekan Deris.

Setelah menjadi MB buat beberapa ketika, Mat Said bolehlah berlagak dengan jawatannya itu. Kemungkinan dia dibuang dari UMNO ada, namun ianya tidak akan menghilangkan jawatannya sebagai MB sehinggalah Sidang DUN membuat undi tidak percaya kepada Mat Said.

UMNO Terengganu tidak bermasalah untuk membuat undi tidak percaya kerana 22 + 1 dari MCA sudah terlebih cukup bagi menghilangkan kuasa MB pada Mat Said. Namun, alang-alang sudah sampai ke tahap ini aku kira Mat Said perlu terus melangkah ke hadapan dan menerima pelantikan sebagai MB tersebut.

Tidak semua orang berpeluang menjadi MB. Lebih-lebih lagi MB negeri kedua terkaya di Malaysia! Bila halangan sudah tiada, maka yang tinggal hanyalah peluang. Jadi manfaatkanlah peluang yang ada walaupun tempoh yang akan dilalui tidak panjang. Mana tahu Terengganu mencatat sejarah baru sebagai MB paling singkat pula!

Aku juga merasakan tidak lagi menjadi satu kesalahan (sekiranya sebelum ini salah) memasang banner-banner menyokong sepenuhnya MB pilihan istana ini. Biar Mat Said tidak terasa kerdil dan keseorangan dalam hal ini. Biar Mat Said tahu pihak istana begitu disokong rakyat. Walaupun dia tidak tahu dia juga tidak akan dibiarkan lama di kerusi MB itu.

amdang: Pecah dan perintah!

8 comments:

Anonymous said...

harap2 akan ada pilihanraya lagi di terengganu selepas insiden ini..moga2 BA mendapat mandat kali ini!

Anonymous said...

Alhamdulillah, Semoga Allah membuka jalan buat umatnya yang berpegang teguh kepada ajaran Islam mencapai kejayaan dunia dan akhirat..amin

apa yang terjadi disebalik perlantikan MB baru ini adalah ketentuan Illahi..PAS buat laporan ke BPR tiada respond,UMNO buat laporan ke BPR may be ada respond. PAS bongkar rahsia kejahilan UMNO,orang ramai tak percaya..UMNO bongkar kejahilan UMNO baru orang nak percaya..BA/BR bantah Sultan orang MELAYU mengamok, UMNO bantah SULTAN, MELAYU menyorok..

Anonymous said...

sebagai rakyat yg prihatin kita tunggu dan lihat Trengganu bakal dimiliki oleh Barisan Rakyat andainya diadakan semula pilihanraya.Tuhan Maha Adil dan sama-samalah kita lihat kesudahannya.Apa yg pasti UMNO sudah tidak relevan lagi dgn situasi masakini.Hanya rakyat yg benar2 sedar dan prihatin sahaja yg mampu merubah kebobrokan kerajaan BN selama ini.Hidup Trengganu,kembalikan Trengganu kepada PAS !

Anonymous said...

apa yg berlaku kepada Trengganu bakal memecahkan pekung UMNO yg selama ini disorok oleh pemimpin2nya khususnya imam hadharinya.Kalau pembangkang buat demontrasi aman polis akan bertindak ganas, sebaliknya bila org UMNO berdemontrasi mereka dilayan dgn begitu mesra sekali tiada pancutan water canon,tiada belantan pokoknya tiada apa2 tindakan pun diambil.Tetapi kalau pihak pembangkang jangankan berdemontrasi baru rancang pun sudah kena cekup silap2 di ISA kan.Wahai seluruh warga Malaysia yg cintakan keadilan lihatlah sandiwara UMNO dan kuda tunggangannya pihak Polis memaparkan sikap DOUBLE STANDARD nya.UMNO haprak...get lost!!!

Anonymous said...

Tu lah dok deki sangat ko Pas dulu
sampai duit royalti di sekat
La ni padang muko dok berebut Jawatan MB sapai dehaka kat Sultan
Patek Harap Tuanku jangan berubah,kerano mereka ni angkuh dan sombong sangat daripada Tuanku hinga ke Tuan Guru pon mereka sanggah. Dualat Tuanku patek setuju sangat Tuanku buat gitu, dulu kawan dok Paka la ni duduk Serembang,aku sentiasa ikut perkembangan Ganu kit maklum la dah duduk Ganu 26 tahun, tapi kawan pelat lagi cakap ganu masih ingat ingat lupo
.

hashim said...

Sultan sebenarnya merindukan saat-saat pemerintahan Barisan Alternatif di Terengganu.

Anonymous said...

Sebenarnya saya tak percaya Trengganu boleh dikuasai oleh BN selepas PRU12 lepas. Sebagai bukti, hingga hari ini negeri ini masih tidak bermenteri besar. Ada-ada saja peristiwa yang menampakkan betapa 'tidak sahnya' kerajaan yang bakal dibina itu. Saya yakin rakyat Trengganu tidak memilih BN, tetapi BN boleh menang juga!Entah minyak apa yang Deris pakai agaknya yea?

Mohd Abdul Rahim said...

Aritu dok kata ko DAP hina Sultan. Loni sapa yang hina Sultan? MB Perlis tak dpt watikah dari Pak Lah tapi elok jah jadi MB. Hebat Deris bermati-matian nak jadi MB. Ambo nak nasihat ko Melayu UMNO hak dok sibuk nak demo di Penang/Perak/Selangor gi wat demo tolong Deris. Nak mampus doh UMNO nih.