02 March 2008

India Terengganu Pun Boo Samy Vellu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Malam tadi (1 Mac 2008) di Universiti Mengabang Telipot (UMT) diadakan suatu program yang dinamakan Malam Kebudayaan India. Program yang dimulakan sekitar jam 8.00 malam itu diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT. Sepanjang perjalanan program kebudayaan kaum India itu berlangsung, tiada apa-apa yang terlalu menarik untuk dikongsi. Cuma lenggok kepala yang menjadi suatu keunikan bagi kaum India amat sukar untuk ditiru.

Paling menarik perhatian aku dalam program tersebut adalah ketika mana penghujung acara. Sebelum tamat, MC sempat membuat sedikit pengumuman ucapan terima kasih. Ucapan-ucapan itu ditujukan kepada MIC, Samy Vellu dan seluruh komuniti India Terengganu. Walhal Samy Vellu tiada pun dalam majlis terbabit.

Tanpa diduga oleh penganjur, semasa ucapan-ucapan terima kasih itu dilafazkan, para pelajar dan hadirin yang hadir (hadirin terdiri dari komuniti India Terengganu dan Student-Student India yang berada di Terengganu) serentak melaungkan "Boo.. boo pegi dah!!.."

Semasa nama Samy Vellu disebut pula, hampir serentak mereka gelak-gelak mentertawakan nama Samy Vellu serta berteriak melaungkan "Wo hoo.. pegi da mabukk.." dan tidak habis di situ bila ucapan terima kasih kepada semua komuniti India Terengganu, maka mereka semua langsung melaungkan "Makkal Sakti Makkal Sakti". Meremang bulu roma mendengar laungan yang penuh semangat itu.

Apa makna Makkal Sakti tu? Aku pun tidak tahu maksud sebenar. Bila ditanya kepada beberapa kawan yang lain, ada yang menyatakan Makkal Sakti memberi makna semacam "Hidup Rakyat" dan kalimah Makkal Sakti ini merupakan satu kalimah keramat bagi kaum India. Kalu korang tahu maksud sebenar, leh la kongsi-kongsi dengan aku..

Wassalam..

Nota: Catatan di atas adalah olahan aku terhadap cerita seorang kawan dari UMT sebelum kami berpisah untuk makan tengahari.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Kalau tak silap saya, Makkal Sakti bermaksud 'Kuasa Rakyat', satu gelombang baru daripada kaum India yang selama ini ditindas dengan teruk oleh parti pimpinan Samy Vellu.