03 March 2008

Selamat Tinggal UMNO

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pernah lawat laman web Ganulening? Laman web fitnah UMNO Terengganu. Artikel-artikel dari sana memang 'menyekit' dan menyakitkan hati. Kadang-kadang membuat aku terfikir betapa mereka itu bukan golongan yang tahu dosa pahala, tahu batasan dalam berbicara. Fitnah semata-mata aku kira isi yang berada di dalam web terbabit. Jika tidak masakan webmaster berkenaan tidak membenarkan sebarang komen / perbincangan dalam web mereka.

Itu mentaliti UMNO dalam melahirkan masyarakat angguk dan mengiyakan apa jua perlakuan dan kata-kata pemimpin mereka. Dengar dan faham. Jika tidak faham, kena fahamkan jugak. Tidak boleh bertanya dan tidak boleh diragui sedikitpun.

Akhirnya, Ganulening 'terkubur' jua. Sehingga ke hari ini (4 Mac 2008) pun akaun web terbabit masih tidak diaktifkan. Samada mereka yang menghidupkan web tersebut dikuburkan seperti kumpulan Man Bakar dan Ku Tera, itu tidak pula aku tahu. Aku masih sudi melayari web Ganulening itu jika web terbabit bersikap terbuka, sedia ditegur dan sopan bahasanya. Jika selepas 'dilahirkan' semula nanti sikapnya sama, aku tetap tidak akan melayan web seperti itu. Pada aku, biarlah dia mati dengan aman.

Nota: Aku tidak tahu menahu pun pasal 'kematian' web celaka ini. Cuma dimaklumkan oleh seorang kawan yang 'cukup minat' dengan web ini. Dia pula yang beria-ria untuk minta aku laporkan hal ini. Sesekali layan je dengan kawan-kawan ni.

5 comments:

Farhan said...

ada semula la amdang..aku pun hepi jugak marin dulu tgk web tu takdok..tp check pagi td ade pulok..arghhh

Anonymous said...

hahaha... server maintenance je. mung kena tipu sokmo!!

bakpe yang takut sangat. aku citer yang benar. sek PAS je yang bodo cakap pelawok terutama tuan guru mung tu.. cakap pelawok sokmo!!

tuhan bersama orang yang benar... meh laa baca www.ganulening.net

Anonymous said...

http://utusanmeloya.blogspot.com/

Anonymous said...

Ade lagi tapi hampeh.....tak de up date langsung pasal derhaka dengan tuanku le ni....hahhahah

Anonymous said...

Biasa la Bloger Prepaid, kalau dah habis kredit kena Maintenance....tunggu ade sesapa yang boleh SMS topup ler tu......Aiiiii Bloger pung ade yang PREPAID...UMNO OH UMNO...dah jadi Perwira Mat Gila..ada Duat Semua Jadi..tak de duit tak jadi.....