Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Aku tersenyum membaca satu berita dari Bernama.com bilamana Ketua Penerangan Puteri Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Sharifah Aminah Syed Mohssain membuat laporan polis terhadap pemasangan kain rentang yang dikatakan menolak kepimpinan Pak Lah sebagai PM.
Lebih membuat aku tersenyum bilamana kain rentang terbabit dikatakan dipasang oleh pihak pembangkang yang sengaja menggunakan nama Puteri UMNO. Ketua Puteri UMNO Malaysia dipetik berkata;
"Perkara ini timbul setelah ahli puteri Umno menyedari ada kain rentang yang dipasang di jejantas Taman Melati yang menolak Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan menggunakan nama Puteri Umno.
"Tidak ada kerja lain, banyak duit mereka untuk cetak dan gantung di semua kawasan. Kami dapati semua kain rentang tersebut mempunyai warna, saiz dan bentuk yang serupa tetapi nama bahagian sahaja diubah dan kami syak itu kerja parti pembangkang," katanya kepada pemberita.
Betul ke kerja pembangkang? Banyak betul duit pembangkang sehinggakan sanggup membuat kain rentang seumpama itu. Seingat aku, masing-masing dari pihak pembangkang khususnya sudah kering poket setelah selesai PRU ke 12. Apakah pembangkang yang dapat kerajaan melakukan ini? Baru angkat sumpah, takkan dah ada banyak duit. Kena potong elaun ada laa.
Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan politik murahan UMNO, tentu termakan dengan hasutan Puteri tersebut. Maklum saja apa yang diperkatakan itu ada logiknya jika pembangkang menaikkan banner berkenaan kerana pembangkang mereka sifatkan sebagai sentiasa membangkang.
Namun, sebenarnya ada dua kemungkinan yang besar di sini. Pertamanya banner-banner itu dipasang oleh penyokong Pak Lah, dan kemungkinan kedua adalah dipasang oleh penyokong Najib.
Kenapa penyokong Pak Lah 'lawan' Pak Lah? Inilah saraf politik. Bila ada pihak yang dilihat mendesak secara terbuka dengan kain rentang, nanti akan adalah kenyataan secara terbuka dari pimpinan UMNO yang menyatakan sokongan secara terbuka. Di sinilah tujuan kain rentang terbabit digunakan. Maka bukan sahaja Puteri, Wanita, malah Putera dan Pemuda pun akan menyatakan pula sokongan kepada Pak Lah secara terbuka. Jika mereka berdiam diri dengan tidak menyatakan sokongan, maka mereka dilihat 'melawan' dalam diam.
Jika kemungkinan penyokong Najib yang nakal mengusik Pak Lah pun turut boleh diterima akal. Menggunakan nama Puteri bagi mencalit sedikit arang kepada orang muda yang selama ini dilihat teguh di belakang Pak Lah. Dengan sedikit cuitan, maka akan ada pihak yang melenting. Pendek kata, tujuan dilakukan bagi 'test market' sahaja. Apakah respon yang bakal diterima oleh UMNO pelbagai peringkat dalam parti.
Apapun, Ketua Puteri UMNO dilihat maju ke depan dalam membela Pak Lah. Apakah Ketua Puteri ini mahukan jawatan Menteri seperti bekas Ketua Puteri dahulu yang tidak semacam puteri itu?

2 comments:
macam mana nak pilih peminpin yang baik? bukan kah kita kena jadi baik dulu then we know and understand what is the meaning behind it.
do you have mirror at home? go figure...
Hmmm.. susah ke nak jawab camana nak pilih pemimpin yang baik? baik ni susah kalu kita tiada kayu ukur. Jika ada kayu ukur mudah laa.
Umpama nak pilih baju yang sesuai dan padan dengan kita. Kalu kita pakai baju saiz M, pilih la saiz M. Jika beli saiz XL atau S sudah tentu tidak muat atau terlalu besar.
Kayu ukur memilih pemimpin yang baik sudah tentu jika seorang muslim menjadikan Islam sebagai kayu ukur. Jika bukan muslim, tentu moral yang perlu dinilai.
Cermin hanya tunjuk luaran semata, kadangkala kelihatan buruk di luar, namun dalamannya baik dan cantik. (bermadah pujangga lak. hehhe)
Post a Comment