03 January 2008

Gua tambah lagi koleksi gambar

Salam beb! Arini kasi salam la plak. Hehehe.

Ni gua tambah skit lagi koleksi yang gua dapat dari kawan-kawan gua. Diorang ni bilamana tahu gua masukkan gambar-gambar sebegini dalam alam maya, terus semangat untuk beri pada gua.

Kadang-kadang gua tak nak siarkan gambar-gambar ini, tetapi jika ini tidak didedahkan, bagaimana masyarakat mahu tahu apa isi sebenar yang ada dalam bandaraya KT ini. Biar selepas ini mak ayah perhatikan cara pakaian anak-anak. Boleh diorang sekat awal-awal supaya tidak terlibat dengan geng-geng yang tidak sihat begini.

Ada yang bertanya kepada gua, pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab. Sebab nampak diorang ni main campur-campur je. Ada ala punk skit, gothik skit, skinhead pun ada skit. Maka, gua bagi jawapan PUNK HADHARI!.









4 comments:

Anonymous said...

Bila anak saya masuk KUSZA (kini UDM - Kampus KUSZA) pada tahun 2005, kami sungguh terperanjat dengan mat rempit yg berkeliaran diKT dan menakutkan kami sekeluarga. Agaknya plet kereta WNJ8790 menjadikan mereka sungguh teruja (excited) !!!

Disamping mat rempit ni, agaknya plet kereta WNJ8790 menjadikan pengusaha gerai makan di batu buruk excited juga, kami kena ketuk dengan harga makanan/minuman yg jauh lebih mahal dari KL.

Nak salahkan yg muda saja tak patut juga, yg lebih tua patut menjadi contoh dulu. Tak tahulah sampai bila mereka semua ni nak ada perasaan persaudaraan sesama Islam.

Senang nak salahkan DJ tapi jika tiada penghayatan dari yg lebih tua yg patut mendidik tak jadi juga.

ALLAH KNOWS BEST

Anonymous said...

Budak2 zaman sekarang nii.. geramnyee aku.. MACAM SETANN..
Makbapak tak ajoo

Anonymous said...

salam,
mak ayah anak-anak remaja ni tak tahu ke aktiviti anak-anak mereka, takkan lah tak tegur cara anak-anak berpakaian sebelum anak-anak keluar rumah. Atau anak-anak main 'hide-n-seek'.. keluar dari rumah pakai bukan main sopan, bila sampai town, ber'tukar' di tandas awam. Sedih tengok anak-anak remaja jadi begini, ini kah yang kita harapkan untuk menjadi pemimpin masa depan.

Anonymous said...

poser....