23 January 2008

Cerita Salib di Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Suatu ketika dahulu kita pernah dikecohkan dengan bentuk Salib atau cross pada bangunan Perpustakaan Kustem, Terengganu. Kustem kini dikenali dengan Universiti Mengabang Telipot (UMT) oleh penduduk tempatan. Bentuk Salib itu kelihatan jelas jika dilihat dari ruang angkasa. Kecoh juga seketika. Macam-macam cadangan yang timbul bagi 'menyelesaikan' permasalahan ini. Apa tindakan pihak pentadbir? Wallahua'lam.

Terbaru jika dilihat pada wikimapia, Kustem Cross (ini nama diberikan pengunjung wikimapia) sudah tidak lagi kelihatan. Kabus tebal meliputi ruang udara betul-betul menutupi bangunan perpustakaan itu.

Hari ini aku mendapat satu lagi gambar yang agak menarik. Aku tidak tahu samada ianya kebetulan, atau disengajakan. Namun keprihatinan kita dalam masa-masa akan datang dalam melakukan kerja-kerja pembinaan / mengecat sewajarnya diambil kira. Terima kasih kepada saudara Joe yang sudi berkongsi gambar. Aku sebenarnya minta dia sendiri yang mendedahkan hal ini, namun dia sedikit pemalu. (apa dia ingat aku ni tak pemalu ke??)

Kepada sesiapa yang tidak kenal Bangunan JPJ Terengganu ini, bangunan ini sebenarnya bersebelahan sahaja dengan Sabassun HyperRuncit. Pemandangan ini diambil dari Jalan Kemajuan sebaik sahaja keluar dari Jambatan Sultan Mahmud sebelum tiba ke Lampu Isyarat Jalan Bukit Kecil. Pusing-pusing bangunan JPJ tu leh la nampak.

Korang nilai je la. Aku ambik syarat untuk kongsi dengan kalian. Lama pulak rasanya tidak menulis berkaitan Murtad dan seumpamanya di blog ini. Thanks Joe kerana ini mungkin semangat untuk terus menulis bab Murtad tu.

Wallahua'lam

No comments: