03 January 2008

Chua Soi Lek dipecat kerana 'kantoi'.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kesian Dr Chua Soi Lek. Tak sampai seminggu DVD 'lakonannya' di pasaran, akhirnya dia terpaksa melepaskan semua jawatan yang ada. Semuanya gara-gara DVD terbabit yang begitu bermaharajalela 'dicetak rompak'. Royalti tak dapat, jawatan dan gelaran terpaksa dibuang.

Pada aku, Chua Soi Lek sedikit silap bilamana 'kejahatan' yang dilakukannya itu dirakam dan tersebar. Itu juga merupakan sebab mengapa dia disuruh melepaskan jawatan. Bayangkan jika DVD terbabit tidak tersebar. Sudah tentu 'kejahatan' itu kekal dan tiada siapa yang akan mendesak Soi Lek melepaskan jawatan. Buktinya, ramai lagi pimpinan BN yang masih berasa 'selesa'.

DVD itu menunjukkan 'lakonan' Chua Soi Lek hanya sekali. Namun kita tidak tahu berapa banyak lagi lakonan yang pernah dia lakonkan, dan berapa ramai pula heroin yang menjadi pasangannya. Namun semua itu tidak kita ketahui kerana setakat ini hanya DVD itu sahaja yang 'dicetak rompak'. Masih adakah lagi DVD yang lain dan melibatkan pemimpin yang lain?

Aku percaya yang Pak Lah dan kabinetnyalah yang mendesak Chua Soi Lek melepaskan semua jawatan yang ada. Bukan kerana salah melakukan seks bebas, tetapi kerana 'kantoi' dirakam. Membuang anggota yang kantoi boleh menjaga nama baik parti dan kabinetnya. Jika tidak, masakan Soi Lek menasihati pimpinan yang lain supaya berhati-hati! Bahasa mudahnya, buat la seperti biasa, tetapi jangan sampai kantoi macam aku sudah la.

DVD terbabit juga menunjukkan politik kotor yang berlaku dalam BN. Budaya jatuh menjatuh secara terancang dan kotor sebenarnya langsung tidak pelik. Terdahulu, Anwar Ibrahim pernah difitnah dengan suatu perancangan yang cukup memalukan. Bezanya, Anwar berjaya membersihkan namanya di mahkamah dan terbukti dia difitnah. Manakala Chua Soi Lek awal-awal lagi mengaku salah.

Tidak dinafikan aktiviti bersosial masyarakat Cina khususnya jauh lebih terbuka berbanding dengan Melayu Islam di sini. Namun, meniduri wanita lain, melanggan pelacur dan mempunyai 'kekasih gelap' merupakan sesuatu yang kurang sihat dalam semua anutan. Bertentangan dengan nilai kekeluargaan, malah menyalahi bagi seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat.

Umpama seorang guru, walaupun tugas guru hanya di sekolah, namun peribadi guru terbabit perlu baik untuk dijadikan contoh di luar mahupun di kawasan sekolah. Itu baru guru yang muridnya hanya beberapa ratus orang.

'Memecat' Soi Lek memang merupakan keputusan terbaik Pak Lah bilamana berdepan situasi sebegini. Namun Pak Lah bukan sahaja mesti membuang pemimpin yang sudah 'kantoi', malah perlu juga membersihkan mana-mana kabinet dan ahli-ahlinya yang memang dikenali turut terlibat dengan skandal sebegini. Inilah yang akan memulihkan imej Pak Lah. Masalahnya, adakah imej Pak Lah sendiri begitu baik?

1 comment:

Unknown said...

Brothers / Sister ini. Adakah anda sedang mencari pinjaman untuk membiayai perniagaan besar atau kecil anda, kami akan membantu anda mendapatkan jumlah yang besar pinjaman yang anda inginkan untuk perniagaan anda, kami menawarkan perniagaan kelas pertama dan pinjaman komersial bagi membolehkan perniagaan kecil mencapai kejayaan dalam mendapatkan memulakan atau membiayai semula penarafan kredit Bad perniagaan mereka diterima dan prestasi perniagaan miskin accepted.apply hari ini melalui e-mel osmanmoneyfinance@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PINJAMAN
Nama:
Seks:
alamat:
pekerjaan:
Negeri:
negara:
Nombor telefon:
Tempoh Pinjaman:
Pinjaman Diperlukan:
Pernahkah anda memohon sebelum ?:
Email kami osmanmoneyfinance@gmail.com