Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Hari ini aku tidak sempat menggosok Baju Melayu ke masjid. Aku harap kedut yang ada hanya sedikit dan tidak menampakkan aku selekeh di Masjid. Semuanya gara-gara perut lapar minta diisi. Jam 12 aku masak nasi dan goreng ikan. Kuah kicap sahaja hari ini. Mujur ada sambal belacan yang paling sedap di dunia. Maka selera aku bertambah. Nasi pun bertambah. Alhamdulillah dengan rezeki dan tubuh yang sihat ini.
Asyik benar berbincang dengan seorang kawan perihal blog. Sehingga lupa makan dan minum. Kerana lapar, aku terkejar memasak nasi. Mujur ikan sudah disiang awal-awal lagi. Rendam air skit dan goreng. Ikan cencaru @ keras ekor @ kerongan pada aku sedap goreng kunyit dengan cili boh je. Kalu mak, suka goreng dengan garam je. Biarkan diluar / peti ais bawah supaya ikan tu rasa mcm buruk skit.
Hari ni khutbah pasal azam baru kot. Aku lupa tajuk. Tetapi banyak berkaitan sempena Tahun Baru 1429 Hijrah ni. Dalam banyak-banyak yang disebut tu, ada dua perkara yang aku betul-betul perasan.
Pertamanya, khatib pesan supaya jangan berpecah-belah. Diterangkan lagi maksud berpecah belah itu dengan bersama-sama kerajaan untuk membangunkan negara. Khatib pesan supaya usah sibuk untuk menukar pimpinan yang amanah kerana itu membuang masa untuk mencapai matlamat dan wawasan. Gitu la lebih kurang ayat khatib tu baca. Ceh, sempat gak dia masuk jarum!. Mujur sahaja suara khatib tu tak berapa jelas. Aku pun biasanya mengantuk. Tak tahu kenapa hari ini tidak mengantuk pula. Agaknya baru sudah mandi. Masih segar.
Terfikir aku di mana amanah pemimpin yang ada sekarang ini. Dengan pelbagai permasalahan sosial, ekonomi, budaya dan pelbagai salah laku, mimbar masjid boleh mengatakan itu amanah? Agaknya pada khatib itu amanah sebab setiap bulan dia dapat elaun. Setiap bulan peruntukan untuk masjid dapat. Agaknya itu sahaja amanah pada teks yang dibaca itu.
Apapun, aku tidak salahkan khatib. Dia manusia bawahan. Orang biasa yang umpama mentimun. Jika nak elaun tanpa sangkut, baca je la. Jika mahu mudah urusan, angguk je la. Imam pun manusia. Ada anak isteri untuk ditanggung. Agaknya itu dalam kepala imam itu.
Keduanya, khutbah juga menyebut perihal Kuala Terengganu yang sudah menjadi bandaraya. Khatib sebut penuh nama bandaraya. Bandaraya Warisan Pesisir Air kata khatib. Namun agak menjelikkan aku bilamana khutbah memaklumkan seolah-olah peluang pekerjaan bertambah serta merta selepas diiktiraf bandaraya. Ayat yang digunakan seolah-olah (hari ini), peluang kerja yang ada cukup banyak. Kerja apa yang tiba-tiba datang jika tidak projek itu dan ini untuk kontraktor. Atau tiba-tiba sahaja pelabur datang dalam masa 10 hari? Hebatnya bandarayaku.
moral: Aku tak tidur semasa khutbah hari ni.

1 comment:
betul juga..nth camana baru 10 hari da melambak keje yg ada haha. faktanya,kebanyakan graduan universiti(rakyat terengganu) terutamanya dalam bidang kejuruteraan bekerja di negeri lain kerana boleh dikatakan hampir tiada kerja untuk mereka di terengganu.yang ada cuma di kerteh,itu pun hanya untuk mekanikal dan kimia.aku pernah menyuarakan perkara ini di laman web rasmi kerajaan terengganu sekarang tetapi sampai sekarang artikel itu tidak disiarkan.yang disiarkan hanyalah puji-pujian dari rakyat yang duduk di bawah tempurung tentang kemajuan yang dicapai.
Post a Comment