17 January 2008

Abang, abang ni orang PAS ke UMNO?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Abang, abang ni orang PAS ke UMNO?" Tegur seorang anak jiran. Ketika itu aku baru sahaja pulang dari Pekan Batu 6. Habis waktu kerja, aku terus ke Batu 6. Aku tak sempat ke Sabasun kerana terkejar untuk pulang. Sempat juga beli sebungkus Air Soya di sana. Cuma malas sedikit untuk masuk ke dalam pasar mencari Kuih Bom.

"Abang ni orang Melayu. Tak ada PAS atau UMNO." Aku mula mendekati mereka yang sedang bermain di hadapan rumahku. "Kenapa?"

"Abang jawab la dulu, abang ni orang PAS ke UMNO" Si kecil yang montel itu terus bertanya. Aku kira umurnya sekitar 7-8 tahun. Cuma badannya yang montel membuatkan dia kelihatan agak besar berbanding kawan-kawannya.

Tiba-tiba seorang rakannya mencelah, "Kalu abang orang UMNO, nak bagi surat. Kalu orang PAS tak apa la".

"Kalu begitu, abang orang UMNO la." Aku cuba mengumpan mereka bagi mendapatkan surat yang dimaksudkan.

"Kami dah letak surat di rumah abang." Seorang lagi kawan si montel mencelah. Aku tersenyum kepada mereka sambil bersegera menuju pintu rumah. Aku mencari-cari di dalam rumah kalau ada apa-apa yang boleh diberikan kepada budak-budak itu. Coklat dah abis, gula-gula dah lama tak beli. Air soya hanya sebungkus. Panas pulak tu. Nampaknya tiada apa-apa untuk mereka. Tak ada rezeki.

Aku sememangnya suka dengan budak-budak. Suka layan mereka berbual, suka melayan karenah mereka. Aku boleh sahaja menjadi kuda untuk mereka tunggangi, boleh menjadi hantu untuk mengusik, malah boleh berbuat apa sahaja untuk mereka termasuk cuci kencing dan berak. Sebab itu kadang-kala rindu pada anak-anak sedara yang selalu diusik.

Aku melihat surat yang dimaksudkan. Rupa-rupanya handbill ceramah isu-su semasa. Mesti ceramah UMNO. Aku keluar mendekati anak-anak kecil yang masih bermain. Tiba-tiba seorang dari mereka memberitahu, "Rumah hujung tu kami tak bagi surat ni. Sebab dia orang PAS". Aku senyum. Malas pula aku bertanya siapa lagi yang dapat surat tu.

Aku meninggalkan mereka bermain-main. Meninggalkan mereka dengan teka-teki apakah aku sebenarnya orang PAS atau UMNO. Meninggalkan mereka untuk masuk mandi. Rimas badan seharian kerja!

2 comments:

Anonymous said...

Agak-agaknya berapa ringgit budak-budak tu dapat ya? :)

amdang81 said...

:)