04 December 2006

Jupe Mung Dinung!

cerita seorang kawan dari Kelantan... mak dia tak izinkan dia berkahwin dengan gadis dari Terengganu... aku mencelah.. kenapa? ingat semua awek Terengganu ni Puteri Umno Ke? walaupun Umno yang memerintah Terengganu, tetapi rakyat Terengganu tidak menyokong langsung Umno dan BN... Umno menang kerana wujud pengundi PELIK... ni bukan soal politik laa... tapi...

katanya mak dia bukan tak berkenan dengan si gadis, tapi orang Terengganu... orang Terengganu tu maksud dia KESELURUHAN ORANG TERENGGANU... aku jadi minat la nak tau bila dia sebut gitu sbb aku pun org Terengganu... apatah lagi bila aku dengar, apa yang disebut tu macam ada gak betulnya...

tak de la banyak sangat kawan aku tu list kekurangan org Terengganu... cuma mak dia bgtau dia, org Terengganu ni macam tak berapa reti layan tetamu... reason dia, kalu gi jalan rumah orang Terengganu, mesti layan lebih2 kurang je... paling ketara bab makanan... kata dia, ada ke orang mari jauh-jauh, tuan rumah hidang biskut dengan roti dan kuih muih jer... (merujuk kepada tetamu yang datang meminang) paling kurang, biarlah ada nasi putih lauk ayam daging skit... bukan lah tetamu nak demand, tapi biar nampak suka terima tetamu...

lagi satu kes, sorang kawan menjemput seorang tuk guru pondok untuk hadiri majlis perkahwinannya di Terengganu... tak tahu sape makan banyak, lauk tetiba abis awal.. kiranya tuk guru tu sampai dari kelantan... dengan merendah diri, tuan rumah meminta maaf dan memberitahu lauk dah abis... tuk guru terpaksa pulang dan makan di kedai makan sahaja pada hari itu...

bila aku dengar citer gitu, aku teringat suatu peristiwa aku g ke Perak atas urusan bertunang seorang anak saudara pak sedara aku... tuan rumah hanya hidangkan mee celup kepada tetamu yang datang dari Terengganu... pada aku, apa2 yang ada aku bedal je... tapi bila nak beransur, pak sedaraku sebut kepada anak-anak buah yang ada.. "do'oh lalu (agak keterlaluan) hidang mee celup je orang mari dari jauh-jauh"...

teringat satu kisah seorang teman bertunang di johor... kami dan rombongan terpaksa menunggu di tepi jalan dalam jangkamasa yg agak lama kerana tuan rumah belum bersedia menerima tetamu... alasan mereka kerana kami sampai awal.. maka terpaksalah kami mencari tempat untuk berehat seketika...

aku suka hadiri majlis kahwin di kelantan.. aku masih ingat kalu makan berhidang, akan ada ayam percik 1/4 yang diletak atas hidangan... kalu tak percik pun, ayam masak merah... tapi kalu buffet susah skit la nak jumpa... mmg meriah makan, mewah sambutan...

berbalik kepada orang Terengganu kita yang dikatakan tidak mesra kadangkala terpaksa kita akui... dengar sahaja percakapan, tentu ramai yang menyangka kita kasar... MAKANG IKANG, DOK DANG STARANG, HUK ALOH, WEH, NATANG NING, (sekadar contoh je ni) dll perkataan yang sememangnya agak kasar pada pandangan sesetengah orang... bila perkataan yang digunakan kasar, maka kesilapan yg kecil pun akan dipandang berat...

lihat semula bab melayan tetamu... aku susah nak terima hakikat ni kerana aku mmg di ajar untuk melayan tetamu oleh mak dan ayah.. kawan2 yang datang biasanya x pernah miss makan masakan mak aku... terfikir dan tercari-cari jugak kebenaran dakwaan tu, tapi bila dilihat kepada mak yang membesar banyak di Kelantan mungkin menyaingi apa kekurangan yang ada pada ayah.. lelaki seperti biasa kasar dan kurang caring.. mungkin org luar / org Terengganu patut cari yang sesuai.. hehehhe..

si kawan yang tetap mahukan gadis Terengganu menjadi permaisuri hati terpaksa bertegas dengan ibubapanya... meminta si ibu yang selalu mengikuti majlis ilmu di surau supaya menimbang semula... alhamdulillah si ibu dapat menerima kehendak si anak... kepada si gadis di pesan segala kebimbangan yang ada... sembelihlah ayam seekor dua buat jamuan... aku yang dengar terasa agak kelakar... tapi, kalu begitu persepsi dan sikap orang luar terhadap orang Terengganu, maka ramai laa yang akan takut untuk dekat dengan orang Terengganu... moga mereka dipecepatkan jodoh...

p/s: kadang-kadang benda simple pun patut diambil kira.. sebab tu Allah jadikan wanita yang serba CEREWET! :)

2 comments:

Anonymous said...

Weh, ha ah laa, ambo orang Kelate.

Uncle ambo baru jah kawin nga orang Perak. Bila ambo baca cerita demo, terus teringat kes uncle ambo. Sebijik mcm demo.
Gi berkenalan, family dia hidang bihun. Gi merisik, dia hidang bihun gak. Gi meminang pun dia hidang bihun. Cuma resepi jer yg beraneka, ada bihun goreng, bihun sup, bihun celup ...

Dan nak tahu aper family kitaorang kata ? Ha ha ha ..
" Orghe marghi jauh jauh, hidang bihung jah ? Tiap kali marghi pulok tuh ... Orghe jenih gapo laaa sek sek nih ... "

Bila baca cerita demo, tersengih ambo .. Boleh jadi org Perak memang lagu tuh kot ? He he ...

Nasib baik la masa kenduri kawin, demo tuh tak hidang bihun, sebab kitaorang dah pakat nak angkat kaki, boikot time tuh gak .. he he

By the way,
ambo rasa ambo tahu bakpo sesetengah org Kelantan pandang sengkek nga Tganung. Sebab ader persepsi yg Tganung nih lagi mundur dr Kelate pahtuh kurang bersopan atau dalam erti kata yg tak molek, org Kelate sebut " orghe darghak " ... Boleh jadi gak yang loghat Tganung bunyi kasar sikit di telinga orghe Kelate.

Maaf, hok tuh hok ambo dengar banyok orghe ghoyak laa ..
Boleh jadi Mok saing demo pikir lagu tuh bekalih ..

Ambo takdok laa pikir gitummo sekalih.. jange sergho hati weh ..

amdang81 said...

lepas ni kena buat pandangan orang trg terhadap org kelate plok.. hehehhe... :)