a m d a n g 8 1

31 December 2007

Deris Jusoh Gong?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Seorang 'teman veteran' pernah bertanya kepadaku. "Awak tahu dok bakpe Deris Jusoh tu gong (angkuh) sangat?". Aku malas nak meneka. "Tak tahu" Jawab aku. "Kalu awak nak tahu, dia tu lahir di Kampung Gong Kemuntong. Sebab itulah dia 'gong'!" Jawab teman tadi. Aku ketawa. Dia serius sahaja.
Kempen Jangan Gong! yang terdapat di Terengganu. Siapa Gong, akan mengundang padah! Itu mesej yang jelas. Menariknya ada muka Deris Jusoh dengan lagak sedikit gong.

Kampung Gong Kemuntong letaknya di Besut. Gong dalam loghat Terengganu memang bermaksud angkuh walaupun makna lain bagi gong adalah sejenis alat yang berbunyi bila diketuk. Mungkin nama alat itu gong kerana bunyinya yang kuat mengatasi bunyi yang lain. Ia dikira gong bila lebih dari yang lain.

Kata teman itu tadi, Deris Jusoh dikatakan gong sebab dia buat benda sesuka hati dia saja. Langsung tidak fikir kesan jangka masa panjang dan masa depan Melayu di Terengganu. Dia merujuk kepada Bandaraya Kuala Terengganu yang sudah tentu akan meminggirkan Melayu bilamana hartanah dan kos sara hidup di bandar itu meningkat.

Deris juga gong katanya bilamana langsung tidak berbincang dengan Sultan dan pihak istana dalam soal menaiktaraf Kuala Terengganu. Kesannya, logo pun boleh silap! Memang gong! Aku diam sambil senyum. Anti betul dia dengan Deris nih. Sian Deris..
Posted by amdang81 at 8:59 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: santai, terengganu

30 December 2007

Sah! Logo MBKT Diarah Tukar

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Di bawah ini disertakan logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu MBKT) yang dilaporkan diarah tukar oleh Tuanku Sultan Mizan. Aku juga mengambil sedikit masa untuk 'merayap' sekitar bandar Kuala Terengganu bagi melihat kerja-kerja pengubahsuaian logo dan 'pembaikian' yang dilakukan.

Pengubahsuaian itu mungkin tidak banyak pada logo, iaitu dari bunga padi kepada bunga tulip (ya ke? Aku nampak macam bunga kertas je), tetapi bayangkan kos yang diperlukan bila mahu menukar semua logo yang sudah dipasang.

Ntah apa-apa la Deris nih. Buat apa-apa sukati dia je!!

Logo Baru MBKT. Bunga 'kertas' menggantikan Bunga Padi.

Logo lama masih kekal di Bangunan Pentadbiran MBKT. Tinggal sehari sahaja lagi.

Kerja pengubahsuaian dilakukan di Pintu Gerbang di hadapan Stadium yang menghala Wisma Darul Iman. Gambar diambil selepas waktu pejabat.

Logo baru mula digunakan.

Posted by amdang81 at 9:36 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, Hadhari, terengganu

Selamat Datang ke Bandaraya KT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Selamat Datang ke Bandaraya Kuala Terengganu". Mungkin ini akan menjadi perkataan yang agak sinis dari penduduk Kuala Terengganu selepas ini. Petang tadi sempat minum bersama seorang pakcik. Bila ditanya dari mana, sinis dia menjawab "Mari jalan nak tengok bandaraya". Dia tersenyum penuh makna. Aku angguk. Senyum sinis juga.

Itu persepsi masyarakat Kuala Terengganu khususnya bila bercakap soal bandaraya. Seorang sepupu yang tinggal di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu mencebik bibir bila ditegur yang dia sekarang bakal tinggal di bandaraya. "Dok saboh lassung!" (Tidak munasabah langsung!) Katanya.

Seorang pakcik tua yang setia menjadi pengguna bot penambang turut mengeluh bila ditanya soal bandaraya. Kata pakcik itu "lepas ni susahlah pakcik nak mari jalan bandar ni, tambang naik jadi serial doh lepas ni." Mengikut pakcik itu, tambang sebelum ini hanya RM 0.80 sahaja berbanding RM 1 dikenakan selepas 1 Jan 2008. Kerana kesusahan hidup, RM 0.20 begitu terasa dan bermakna bagi pakcik itu.

Seorang kawan satu persekolahan yang ditemui beberapa hari lalu turut tidak boleh menerima hakikat Kuala Terengganu menjadi bandaraya. Dia yang turut bekerja dengan Kerajaan Negeri turut mengeluh seolah-olah apa yang Deris lakukan ini sebagai 'gila'! "Nampak sangat kerana politik" Katanya. Aku hanya tersenyum. Sememangnya aku jarang berbicara soal politik, tetapi suka melihat persepsi orang lain tentang dunia politik ini. Persepsi itu akan aku nilai dah oleh kembali.

Akhirnya aku kongsi sahaja komen zaujati (isteriku) tentang bandaraya. Dia yang ketika itu sedang dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud menunjukkan aku lapangan terbang yang belum siap. "Patutnya biarlah airport ni siap dulu. Kan Bang?" Aku senyum sahaja kepadanya.Pada aku, jika ini rupa hadapan sebuah rumah, maka sudah tentu di dalamnya hanya BERSIH di atas karpet. Cuba selak karpet, mesti terlihat lagi sampah dan habuk-habuk yang sengaja disembunyikan kerana tergesa-gesa menerima tetamu. Itu belum dilihat belakang pintu, atau lihat sahaja di dalam stor yang menjadi tempat longgokan segala benda yang tidak sempat dikemaskan.

Aku tidak menuding jari kepada sesiapa. Ini bercakap apa yang aku lakukan jika menerima tamu dalam keadaan tergesa-gesa. Kain baju yang tidak berlipat akan dilonggok ke dalam bilik, ruang tamu akan disapu bersih, tetapi ruang lain belum tentu seperti ruang tamu.

Ini sekadar mengambil beberapa pandangan dari beberapa orang yang ditemui dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kebetulan semuanya negatif kot. Namun, aku tidak nampak muka-muka mereka yang mengeluarkan kata-kata itu menyebelahi pembangkang kecuali pendapat zaujati. Nampaknya Deris perlu membayar dengan harga yang mahal untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepadanya.

Tidak dinafikan ada yang amat menanti berubahnya bandar Kuala Terengganu ini. Namun perubahan yang tidak seberapa dengan status "bandaraya" yang agak gah ini pasti dilihat tidak berapa kena pada masanya. Umpama seorang anak kecil memakai baju orang dewasa. Sudah tentu baju itu terlalu besar bagi anak kecil itu. Baju itu akan meleret ke tanah dan akan mengotori baju tersebut. Harapnya gelaran bandaraya itu tidak "mencemarkan" Kuala Terengganu sepertimana nama Deris Jusoh yang sudah sedia tercemar!
Posted by amdang81 at 8:03 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Hadhari, Politik Aku, santai, terengganu

Lagi Gambar Dari Mahkamah

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini merupakan hari yang agak memenatkan. Bangun awal pagi, pergi airport. Hantar zaujah tersayang dan pulang masuk opis. Dalam kepala sentiasa berfikir untuk keluar ke Mahkamah Kuala Terengganu bagi mengikuti kes Suwandi dan Azman. Namun, apa boleh buat bila kerja berlambak mahu disiapkan dan mesti disegerakan. Maka, terpaksa SMS seorang adik supaya pergi ke mahkamah untuk mendapatkan maklumat dan gambar-gambar.

Habis sahaja waktu bekerja, cepat-cepat call dia. Minta gambar utk diuploadkan di sini. Hasilnya...


Posted by amdang81 at 5:57 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, Hadhari, polis, terengganu

26 December 2007

Gambar-gambar sekitar Mahkamah Kuala Terengganu: Saman Suwandi dan Azman terhadap Polis dan Kerajaan Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku sengaja hadir lewat ke Mahkamah Kuala Terengganu pagi tadi. Aku kira, tidak ramai yang akan hadir memandangkan hari bekerja. Sebaik sahaja selesai 'punch card', aku keluar dengan motorsikal sahaja ke Mahkamah. Senang parking.

Rupanya sangkaan aku meleset. Ramai juga yang berkumpul di perkarangan mahkamah. Sempatlah aku 'lepak' di sana sehingga lawyer-lwyer yang mewakili suwandi dan azman keluar.

Suasana Pintu Pagar Mahkamah. Ditutup dan dibatasi oleh FRU-FRU di dalam pagar berkenaan.


Sebahagian Anggota keselamatan yang bertugas.


Para penyokong Suwandi dan Azman yang hadir memberi sokongan moral


Muslimat tidak terkecuali hadir memberikan sokongan.


Isteri Suwandi, Kak Zah (dikelilingi muslimat tudung putih) turut hadir sama.


Dato' Wan Mutalib dan Encik Harith Abdul Malek yang mewakili Suwandi dan Azman diiringi pimpinan PAS keluar dari pintu pagar Mahkamah Kuala Terengganu.


Orang ramai yang hadir memberi sokongan bersurai dengan aman..
Posted by amdang81 at 4:05 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, Hadhari, polis, terengganu

Jom Berparty dan Berdisco di Bandaraya KT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini baru berpeluang mencoret di blog ini. Kawan-kawan mengusik bilamana aku lama tidak 'update' sesuatu isu dan catatan pada blog. Sudah tentu mereka menjadikan perkahwinan aku sebagai suatu usikan. Maklum sahaja 'orang baru' dengan 'dunia baru', maka pelbagai usikan nakal dikenakan kepadaku.

Aku tidak nafikan agak kesibukan menziarahi kawan-kawan dan saudara mara sepanjang minggu lalu. Masa yang ada juga aku gunakan sebaiknya untuk meraikan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan kepada aku selama ini. Mengadakan sedikit rumah terbuka sempena raya baru-baru ini cukup menyeronokkan bilamana penat lelah memasak seharian dapat dinikmati oleh kawan-kawan dan jiran.

Sebaik sahaja PC aku siap diperbaiki dan semangat untuk menconteng di sini kian memuncak, aku tiba-tiba sahaja menerima satu kad undangan sambutan Tahun Baru 2008. Menariknya, kad ini sungguh 'meriah'!

Kawan yang menghulurkan kad itu cepat sahaja menyuruh aku 'scan' kad tersebut untuk dimuatkan di alam maya. Katanya, biar DUNIA tahu di mana nilai Ajaran Hadhari yang sebenarnya.

Sambil bergurau melihat isteri pertamaku, aku mengajaknya untuk pergi sama ke sambutan Tahun Baru 2008 itu. Sudah tentu isteriku pertamaku itu tergelak besar! Sempat pula dia mencubit aku manja. (Saje kasi jeles kepada yang belum kahwin!)

Jika anda belum punya tempat maksiat yang mahu dikunjungi sempena sambutan Tahun Baru 2008 nanti, bolehlah membuat tempahan sekarang. Mana tahu, umur masih panjang dan sempat bertaubat sebelum Tsunami datang.

Opss, lupa. Ajaran Hadhari tidak mengharamkan hiburan seumpama ini. Maka ianya halal di sisi Ajaran Hadhari dan sudah tentu mendapat permit dari pihak berkuasa. Jika hiburan lagho dan maksiat seumpama ini tidak dibenarkan, apa guna KT jadi Bandaraya. Mesti Upin dan Ipin akan berkata "Betul! Betul! Betul!".

Posted by amdang81 at 12:41 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, Hadhari, Iklan, terengganu

Antara Dua Darjat : Polis Guna Pistol Untuk Selamatkan Diri

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah PC dah OK skit. So, sebagai nak memanaskan blog, maka aku copy n paste email yang diterima dari Saudara Khairul Faizi.
----------------------------------------------------------
Antara Dua Darjat : Polis Guna Pistol Untuk Selamatkan Diri

Ketika saya tiba di Markas PAS Kawasan Sri Gading setelah baru tiba daripada misi kemanusiaan di Temerloh Pahang, saya mendapat SMS daripada seorang sahabat bertanyakan perkembangan terkini kes polis menembak pemain bolasepak UMNO di Batu Pahat.

Sudah tentu saya terkejut kerana saya tidak mengetahui perkara tersebut dan cuba mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut.

Sdr Hamid Jamah (Ketua Penerangan DPPNJ) yang kebetulan berada bersama saya sepanjang hari terus menghubungi pelbagai sumber untuk memastikan kesahihan berita tersbut.

Memang mengejutkan tetapi itulah yang berlaku. Dalam pelbagai versi maklumat yang diterima, anggota polis yang mengadili perlawanan bolasepak tersebut membawa pistol ketika sedang bertugas sebagai pengadil.

Namun semalam, Ketua Polis Johor menyebut bahawa pistol tersebut diambil daripada keretanya setelah penyokong pasukan berkenaan mengejarnya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad mereka kepada salah seorang pemain.

Ketua Pemuda UMNO Batu Pahat pula melahirkan terhadap kejadian yang berlaku dalam pertandingan akhir kejohanan Liga Bolasepak Pemuda UMNO Batu Pahat.

Ada dua pihak yang terlibat dalam perbincangan ini. Pertamanya pemuda UMNO dan yang keduanya adalah polis yang melepaskan tembakan tersebut.

Saya cukup tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Johor tentang isu ini yang disiarkan dalam Berita Harian semalam. Beliau berkata bahawa tindakan pengadil tersebut melepaskan tembakan kerana untuk menyelamatkan diri daripada diserang dalam suasana yang tidak terkawal.

Jawapan yang diberikan lebih kurang sama dengan kejadian di Batu Burok sebelum ini yang mana PDRM mempertahankan tindakan pegawainya yang menembak dua orang rakyat Malaysia ditembak dengan alasan polis yang terbabit cuba mempertahankan diri daripada ancaman.

Dalam kes yang berlaku di Batu Pahat ini, anggota polis berusia 38 tahun yang memiliki tauliah pengadilan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat tidak dibenarkan manakala lima pemain berusia antara 23 dan 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Saya bersetuju dengan penahanan anggota polis tersebut yang saya kira telah melakukan tindakan diluar batasan namun apa bezanya dengan anggota polis yang melepaskan tembakan malah mencederakan mangsa di Batu Burok. Apakah anggota polis di Batu Burok tersebut tidak menghadapi suasana yang sama dengan apa yang berlaku di Batu Pahat?

Bezanya, di Batu Burok melibatkan PAS/BERSIH tetapi di Johor ianya melibatkan UMNO. Saya yakin bahawa sekiranya perlawanan bolasepak tersebut diadakan oleh Pemuda PAS Kawasan Batu Pahat dan bukannya Pemuda UMNO Batu Pahat sudah tentu media akan memfokuskan bahawa pemuda PAS yang betidak liar menyerang pengadil dan keputusan pengadil yang juga merupakan anggota polis menggunakan pistol adalah keputusan yang wajar kerana ia dibuat untuk mempertahankan diri daripada serangan.

Sekiranya yang berlaku di Batu Pahat ini melibatkan pemuda PAS maka bukan sahaja pemain-pemain yang ditahan tetapi penyokong-penyokong juga akan menerima nasib yang sama. Media akan mengekspoitasi berita ini bagi menunjukkan bahawa PAS suka kepada kekecohan dan keganasan.

Itulah yang dinamakan ANTARA DUA DARJAT.


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor
http://minda-kembara.blogspot.com/
26 Disember 2007

Posted by amdang81 at 9:01 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, copy n paste artikel, Hadhari, polis

13 December 2007

Bila Pintu Demokrasi Ditutup...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Demokrasi bukan setakat 5 tahun sekali memangkah undi. Demokrasi juga tidak boleh dinilai dengan Parlimen yang megah berdiri (hanya syiling yang roboh). Apatah lagi mahu merumuskan demokrasi sebagai pemerintahan suatu parti sahaja.

Mengikut Wikipedia, Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Antara sifat demokrasi juga adalah perjalanan pilihanraya yang adil dan BERSIH; Hak mengundi kepada semua rakyat; Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya); Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain dan beberapa lagi sifat mengikut perlembagaan negara tersebut.

Demokrasi juga akan memastikan semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law. Rakyat juga wajar mengetahui dan diberi pendidikan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik. Ini adalah demokrasi yang secara umumnya telah dipelajari sewaktu di bangku sekolah.

Hari ini, kita melihat pimpinan-pimpinan negara kita masih berkokok melaungkan negara kita masih mengamalkan demokrasi. Namun begitu, rakyat khususnya merasakan demokrasi yang ada sudah jauh menyimpang, dan dunia sendiri telah melihat bagaimana Demokrasi ala Malaysia ini bilamana berlakunya peristiwa Himpunan Aman BERSIH pada 10 November lalu.

Sejurus selepas Himpunan BERSIH, Hindraf pula mendedahkan betapa tiada demokrasi dalam negara ini bilamana hak untuk mereka berhimpun dinafikan. Seperti Himpunan BERSIH, mereka turut dikenakan semburan air dan gas pemedih mata. Penangkapan sudah menjadi perkara biasa.

Bilamana bercakap soal demokrasi, hak sebagai rakyat perlu diberikan seperti berhimpun dan bersuara. Semua suara perlu didengari, namun tidak semua suara itu perlu diterima tuntutannya. Di sinilah letaknya demokrasi dalam menilai tuntutan dan hak yang perlu diberikan. Apatah lagi jika tuntutan itu melampau dan menimbulkan rasa tidak senang yang melibatkan perkauman dan keagamaan yang sedia maklum dilindungi perlembagaan.

Berhimpun dan berdemonstrasi juga adalah hak sebagai rakyat dalam negara Demokrasi untuk bersuara. Ini boleh dilihat sebagai suatu 'kemuncak' selain kertas undi bagi menyatakan sebarang sokongan, bantahan, atau juga menyatakan pendirian setelah ruang perbincangan ditutup atau dinafikan.

Penggunaan polis oleh Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Perdana Menteri dalam menghalang sebarang bentuk perhimpunan dan demonstrasi dilihat bakal menutup ruang demokrasi. Ini berikutan cara polis mengawal himpunan, menyurai dan menahan peserta himpunan dilakukan dengan cara yang tidak mengikut lunas undang-undang. Bukan sahaja tidak mengikut undang-undang perlembagaan, malah turut bercanggah dengan akta polis itu sendiri!

Kebimbangan wajar dizahirkan semua pihak bilamana undang-undang sesuka hati ini digunakan dengan bermaharajela. Ini berikutan tindakan yang tidak mengikut lunas undang-undang ini akan dilihat melampau, zalim, penuh hasad dengki dan gila kuasa. Sudah tentu ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan cara kerajaan menangani insiden yang berlaku, dan ini dibimbangi wujud puak yang tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi yang ada.

Bilamana demokrasi tidak lagi boleh diharap dan dipercayai, maka sudah tentu jalan penyelesaian lain yang akan digunakan. Jalan itu sudah tentu bukan lagi bersifat aman dan BERSIH, tetapi bakal mengundang huru-hara dan mungkin ke peringkat darah dan nyawa menjadi korban. Ketika itu, segala rundingan dan perbincangan tidak lagi boleh menjadi penyelesaian.

Sudah tentu situasi ketika itu tiada lagi warna yang segar dan indah. Tiada warna hijau menenangkan mahupun biru yang mendamaikan. Debu kering dan batu-batu bangunan yang runtuh akan menjadi pemandangan yang biasa. Kelabu dan merah akan menguasai suasana. Berita-berita yang selama ini dilihat di kaca TV bakal dilihat di depan mata. Mahukah kita semua itu berlaku?

Ini bukan suatu amaran, tetapi fitrah menunjukkan manusia itu ada batas dan had dalam bertindak. Mungkin Perdana Menteri juga sudah hilang sabar kerana dicabar, tetapi kenapa tidak mengikut lunas undang-undang dan peraturan? Mengapa hukum rimba yang dipergunakan?

Sebelum terlambat dan sesuatu yang lebih buruk berlaku, ada baiknya apa yang telah berlaku dikaji semula. Rekod pembangkang khususnya PAS menyertai pilihanraya telah membuktikan parti itu bersungguh dalam menerima konsep demokrasi berparlimen di negara ini. PAS membuktikan pilihanraya masih relevan jika dilaksanakan dengan telus dan BERSIH. Namun, bilamana semua jalan ditutup, bimbang juga tembok yang ada tidak mampu menahan air yang mulanya mengalir perlahan, namun lama-kelamaan bertukar menjadi Tsunami yang mampu meruntuhkan apa sahaja.

Sekali lagi ditegaskan, ini bukan amaran atau ugutan bagi mengeruhkan keadaan atau menimbulkan ketakutan. Namun ini peringatan bagi pemimpin yang zalim dalam memimpin bagi memastikan keselamatan dan keamanan kekal berpanjangan. Mungkin pada perkiraan mereka, polis dan tentera mampu mengawal suasana jika berlaku apa-apa. Namun mungkin tidak dijangka mereka inilah yang paling awal menolak si penguasa!!.

Wallahua'lam.

Nota:

Ini catatan dalam sedar. Sedar betapa zalim dan tertindasnya rakyat dengan pemerintah KUKU BESI ini. Nampak lembut dan slow, tetapi 'MAKAN DALAM'. Rakyat dinafikan hak, ditindas dan ditekan tanpa kasihan. Rakyat dipaksa angguk dan tunduk. Ikut sahaja telunjuk..

Menyedari kesan kepada pencabulan kepada undang-undang ini, maka perlu kepada pembaikian secara segera bagi memastikan keselamatan dan keamanan dapat dikawal dan terjaga.

Jumaat, 14 Dis 2007
Kuala Terengganu.
Posted by amdang81 at 7:49 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: pak lah, polis, Politik Aku, zalim

Malaysia Negarakuku

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Melihat kepada video klip penangkapan Dato Mustafa Ali di perkarangan Parlimen mampu membuatkan kita tertanya-tanya, apakah negara kita tidak punya undang-undang, atau siapakah yang mengamalkan undnag-undang sebenarnya?

Dalam kawasan Parlimen, polis tanpa sebarang 'sebab' telah melakukan tangkapan sewenang-wenangnya. Sedangkan polis sepatutnya menjadi pengamal undang-undang sebenar kerana mereka antara yang terlibat secara langsung dengan proses menguatkuasakan undang-undang. Jika begini caranya polis Malaysia, maka tidak pelik pelbagai rasuah dan kejahatan yang dilaporkan media.

Sah! BN semakin terasa mereka parah!!
Posted by amdang81 at 1:58 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, penindasan, polis, zalim

Suhakam siasat rusuhan 8 September

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan UTUSAN MELOYA

Suhakam siasat rusuhan 8 September

KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memulakan siasatan awam berhubung kejadian rusuhan di Jalan Sultan Mahmud di sini pada 8 September lalu, bermula esok.

Suhakam dalam satu kenyataan berkata, siasatan selama empat hari yang akan dipengerusikan oleh Datuk Muhammad Shafee Abdullah bersama Tan Sri Asiah Abu Samah dan Profesor Datuk Khoo Kay Kim akan diadakan di Hotel Primula Beach Resort di sini dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan awam itu dilakukan bagi menyiasat keadaan semasa kejadian rusuhan itu dan kewajaran pelepasan peluru hidup ke arah kumpulan orang ramai oleh anggota polis sehingga menyebabkan kecederaan.

``Suruhanjaya kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung kejadian tersebut dan memerlukan bantuan orang ramai untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian itu,'' kata suruhanjaya itu dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Justeru, Suhakam meminta mereka yang mempunyai maklumat termasuk dokumen-dokumen atau sebarang bukti mengenai kejadian itu supaya tampil ke hadapan untuk memastikan sama ada kejadian itu melanggar hak asasi manusia atau tidak.

``Siasatan akan dilakukan secara terbuka namun sebarang rakaman ketika proses itu berlangsung tidak akan dibenarkan,'' kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sejak pengumuman mengenai siasatan itu dibuat pada 14 November lepas, maklum balas yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan.

``Sebanyak 17 saksi termasuk anggota polis dan mangsa kejadian telah disoal dua minggu selepas pengumuman itu dilakukan,'' ujar kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu, sepina telah dikeluarkan kepada saksi-saksi termasuk anggota polis dan orang awam untuk memberi keterangan pada sesi siasatan awam sepanjang empat hari ini.- Utusan

Posted by amdang81 at 10:54 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, Iklan, polis, terengganu, zalim

12 December 2007

Negarakuku oh Negarakuku

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya jangan samakan tajuk di atas dengan lagu Negaraku versi Namewee (Wee Meng Chee) yang pernah mencetuskan kontroversi baru-baru ini. Namun, anda mungkin bersetuju dengan beberapa rangkap dari lagu NegaraKuku tersebut terutamanya yang melibatkan soal cara pemerintahan dan perilaku polis-polis di Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, Malaysia dilihat berada dalam keadaan yang agak 'tegang' bilamana pimpinan utama negara dilihat melatah setelah melaungkan "saya pantang dicabar!". Kenyataan yang dilihat sinis oleh ramai pihak terutamanya pembangkang telah cuba dikuat dan ditegaskan oleh Dollah Badawi dengan menggunakan kuasa polis yang berada di bawah kementeriannya.

Tidak cukup dengan menggunakan polis, Perintah Mahkamah juga digunakan bagi menghalang beberapa siri himpunan walaupun himpunan itu tidak bersabit dengan mana-mana parti politik. Perarakan sempena Sambutan Hari Hak Asasi Manusia misalnya yang diadakan saban tahun oleh Majlis Peguam telah dihalang pada tahun ini. Himpunan awam mengikut perlembagaan adalah dibenarkan, namun hanya Akta Polis sahaja tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan tanpa permit dari pihak polis.

Siri penangkapan yang dilakukan biasanya dilakukan secara membabi-buta tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya. Ini bukan sahaja menyebabkan mahkamah tidak berjaya menjatuhkan hukuman, malah memperlihatkan betapa pihak polis telah gagal dalam menjalankan tugas mereka dengan baik. Ini mungkin juga berlaku disebabkan tekanan pihak pimpinan atasan yang terlalu mendesak dan ianya berbeza dengan arahan ketua mereka. Hasilnya, polis-polis bawahan yang menjadi mangsa keadaan.

Penggunaan Polis bagi menghalang kebangkitan rakyat dilihat sebagai suatu tanda ketakutan pada pihak pemerintah. Ini ditambah lagi dengan beberapa kes mahkamah yang turut melibatkan 'perhimpunan rakyat' dipercepatkan perbicaraan. Kehadiran Peguam Negara, Abd Ghani Patail sendiri yang turun padang 'mencemar duli' ke Mahkamah Sesyen bagi melawan hujah pihak pembela dilihat sebagai berlaku sesuatu yang cukup terdesak sekarang ini.

Azman dan Suwandi juga kini telah dipenjarakan di Penjara Marang buat sementara gara-gara dikatakan 'berbahaya'. Mereka dipenjarakan bilamana Ghani Pattail menafikan hak ikat jamin diberikan kepada mereka berdua.

Jika semuanya dihalang, disekat dan dinafikan hak, bukankah itu sifat dan ciri-ciri negara KUKU BESI?
Posted by amdang81 at 10:43 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, polis, Politik Aku

11 December 2007

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan rangkap-rangkap lagu dalam cerpen 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan yang dikarang oleh Dr Fatimah Busu yang telah diterbit siar dalam Berita Minggu pada 2 Disember lalu. Rangkap-rangkap dibawah seumpama lagu rakyat yang terkenal iaitu 10 Budak Hitam;

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

----------------------------------------------------

Bahasanya mudah. Pernyataanya terang. Pada aku, jika tidak dilindungi BULAN, inilah jadinya. Agaknya Puteri Tak Dilindungi Bulan ini disebut sahaja Puteri Keris. Entah apa agaknya komen Ketua Puteri Keris jika dinyanyikan lagu-lagu ini kepada mereka. :)

Posted by amdang81 at 9:35 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Hadhari, santai, sosial

10 December 2007

Suwandi, Azman ditahan di penjara

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan Buletin Online

KUALA TERENGGANU, 9 Dis – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memutuskan mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21, tidak dibenarkan ikat jamin.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Tuan Hassan Abdul Ghani pada jam 12.30 tengah hari setelah mendengar hujah daripada pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela yang terdiri daripada Mazlan Mohd Zain, Abdul Haris Malik dan Kamaruzaman Abdul Wahab.

“Jaminan tidak ditawarkan dan ditahan di penjara,” ujarnya.

Suwandi dan Azman yang menghadapi empat pertuduhan iaitu pertuduhan pertama, pertuduhan pilihan kepada pertuduhan pertama, pertuduhan kedua dan pertuduhan pilihan kepada pertuduhan kedua mengaku tidak bersalah.

Di dalam pertuduhan pertama, mereka didakwa menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, seorang atau lebih daripada anggota perhimpunan telah dengan sengaja cuba menyebabkan cedera parah kepada Wan Aziz Wan Omar (RF143706), seorang penjawat awam.

Kesalahan itu di bawah seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 333 dan seksyen 511 kanun yng sama di mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara untuk tempoh lima tahun atau denda.

Pertuduhan pilihan kepada pertuduhan pertama iaitu menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, seorang atau lebih daripada anggota perhimpunan telah dengan sengaja cuba menyebabkan cedera kepada Wan Aziz Wan Omar (RF143706), seorang penjawat awam.

Kesalahan itu di bawah seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 332 kanun yang sama dan sekiranya bersalah boleh dihukum dengan penjara untuk tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang dan telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah boleh dihukum tidak melebihi enam bulan atau denda atau ekdua-dua sekali.

Pertuduhan pilihan kepada pertuduhan kedua iaitu mereka didapati berada dalam satu perhimpunan haram dan telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 (Akta 344) yang boleh dihukum di bawah seksyen 27(8) akta yang sama.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000 dan penjara selama tidak melebihi setahun.

Semua tuduhan itu membabitkan mereka bersama-sama 18 orang yang lain pada 8 September, lebih kurang jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud adalah anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Tuan Hassan menetapkan hari perbicaraan pada 30 dan 31 Disember ini.

Hadir sama mendengar mendengar keputusan itu ialah Setiausaha dan Bendahari PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
Posted by amdang81 at 7:50 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, terengganu, zalim

In Rememberance of Shahrul Nazwan Yusof

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Satu email yang diterima dari seorang sahabat berkenaan pemergian seorang sahabat yang sama-sama menimba ilmu suatu ketika dahulu. Pemergian arwah Shahrul Nazwan Yusof pada Rabu, 5 Disember 2007, Jam 10 Malam lalu merupakan satu kehilangan besar buat kami sahabat-sahabatnya.

Al-Faatihah...
------------------------------------------------------------

In Rememberance of Shahrul Nazwan Yusof. The person,the man,the frend, and the loyal slave to his Creator.

I was always dreaming to have a same school bag like him.i forgot the brand but the yellow and grey strip with 3 zips on top of the bag made me really envy with it's owner. "how lucky he is!", my mind murmured.that boy just gave me a cool smile everytime i looked at his bag and he seems like really hard to talk. or maybe im the one who refused to have a chat with him. jealous. and the next year he was gone but the dreamt to have same bag as him still remains in my head.

it was back in 1990, standard 3, 17 years ago. the 1st time i saw the guy widely known as MAT YO.

in 1994 i met him again, on the 1st day i stepped my foot on the SMKATJ's ground. he was placed in Room H and i had my parking lot at Room G and our room was saparated by a line of old small locker. as we were from the same district, speaking same slang, so things went easy for us to have a chat and mix up together. the other guy who also in the group was bean pole Azran. that was the very 1st time i knew what kind person he was. he was really cool,which made me more jealous than the bag case,very soft spoken,and the man who always carried the word "yes" along with him.

i never heard, as i remembered, he said no whenever his frends asked for his favor. and he absolutely never said "NO" on COCONUT BUSINESS. be it at the front gate of our school, at back of the late ustaz Wan's house or even coconut trees stand tall next to Mudir's house. he never failed brought that fruit down. im sure all the guys batch 94-98 who stayed at hostel had a taste of coconut he brought in.

i still remember there is one time when Cik Alias and PokJak strapped the trees with the zink and barbed wire in order to prevent those brat (coconut poachers especially batch94-98) took the greenish fruit. maybe they really missed to see the mature coconut hanging still at the top of the trees.but this guy,was really coconut maniac. he took the parang and after several hours latter he walked handsomely wif a bunch of coconut in his hand. there are a lot of stories to tell about him and coconut.even at his old quarters house at kampung surrounding with coconut trees.

he cut our hair.not only at the back of the toilet at the hostel when the skool period still running, but also welcome us at his house when skool break come. be it whatever style u want and he will surely made it for u.but i really love when he cut my hair in classic style.i still remember when shidin, fatihil(abe) and a few frends of mine(which i promote to them about matyo's skill) waited in line for thier turn to make hairdo while i was busy wif myself plucked manggo and had it with homemade "colek" at his yard.

he was a sportsman.he could flip when he played sepaktakraw, he could spike when he played volleyball and a setter,speed 100m even 200m, a brilliant centre half at the middle of the field, and always racing with other boys after asar&subuh prayer to be the 1st person in front of the tabletennis table.he played pingpong very well too.

damn i cant write anylonger.i just cant.still can feel his presence lingering around my head. shidin, abe, rozi, zedang and all maybe got so much thing to share about him. as for me, ill forgive whateva wrong things he did to me (i guess none!) halal whateva debt he owes me if he had (guess none!), and ill send him my doa.

Sue..Allah always love him more than us.and ure really the luckiest girl to have him.

Rest In Peace, My Frend... (al-Fatihah)
Posted by amdang81 at 7:04 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kenangan silam, takziah

05 December 2007

Anda ada maklumat?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Anda punya maklumat untuk dikongsi tentang Peristiwa Berdarah Batu Burok 8 September lalu? Jom bersama-sama kita mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di sana.

Kita bongkar, kita dedahkan segalanya biar terburai keburukan yang cuba disembunyikan oleh media pencacai UMNO / BN itu. Kita lihat adakah ada pihak-pihak dari UMNO / BN yang tampil untuk turut sama memmberikan penjelasan dan penerangan.

Sama-sama juga kita tunggu pihak polis yang telah diperalatkan tampil memberi keterangan jika mereka di pihak yang benar dan tidak bersalah.

Apapun, harapan tidak boleh disandarkan kepada SUHAKAM dalam mendedahkan segala-galanya. Ini kerana kuasa yang ada pada SUHAKAM sangat terhad berbanding SURUHANJAYA DIRAJA yang dituntut oleh PAS dalam mengenalpasti dan mencari kebenaran yang cuba diselindungkan. Namun, sekadar ADA dari TIADA masih boleh dikira OK.

Ternanti-nanti juga sekiranya ada susulan berkaitan tembakan ke atas Suwandi dan Azman. Apakah sudah ada saman, atau sebarang dakwaan kepada pegawai terbabit atau belum. Apa yang sudah jelas dan dimaklumi umum adalah hanya mereka yang tersiar gambarnya dalam akhbar sahaja yang sedang menghadapi tuduhan bersalah sekarang ini. Selebihnya masih tiada tindakan yang diambil.

Wallahua'lam.

p/s: Take note tarikh 14 Dis tu. Jumpa di sana nanti!!
Posted by amdang81 at 4:04 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, Hadhari, Iklan, terengganu

27 November 2007

Catatan Sidang Rakyat...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mahu rasanya untuk aku kongsi bersama kalian bilamana mengikuti satu program yang dinamakan "Sidang Rakyat: Menangani Musibah Kenaikan Harga Barang" yang sempat aku ikuti Sabtu lalu di Kuala Terengganu.

Pertamanya, bila dijemput menghadiri program seumpama itu, aku melihat kepada suatu program wacana, diskusi dan juga seminar yang biasa. Cuma tajuknya berkaitan barang naik (BN) yang mungkin mampu menarik minat ramai. Apatah lagi, suasana sekarang ini berdepan dengan pelbagai kenaikan harga barang yang cukup mendadak. Kenaikan pula bukan sedikit.

Kenapa Sidang Rakyat? Program itu dinamakan Sidang Rakyat adalah kerana bagi membolehkan rakyat bersuara. Ini kerana segala permasalahan rakyat, suara rakyat tidak sampai ke Dewan Undangan Negeri, mahupun Parlimen.

Bayangkan rakyat bawahan mengadu harga minyak naik, harga bawang melambung, harga gandum tidak semurah yang menteri umumkan. Namun, suara mereka itu tidak ke mana. Sekadar di kedai kopi, di wakaf-wakaf dan juga dalam rumah sendiri. Jika yang agak berani, sungutan itu akan dilontarkan dengan 'keras' di khalayak ramai. Namun yang agak malu-malu dan masih mengharapkan Wang Ehsan, mengeluh bilamana anak-anak minta wang saku, ketika isteri menyuruh ke kedai lagi. Paling jauh pun dengan kawan-kawan yang akrab.

Lebih malang lagi bilamana Wakil Rakyat pembangkang (di Terengganu, Khususnya) gagal membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri bilamana, semua soalan-soalan kepada dewan ditolak mentah-mentah. Ini menunjukkan betapa kerajaan yang ada pada hari ini langsung tidak mahu mendengar permasalahan dan juga rintihan yang telah diajukan kepada wakil-wakil rakyat.

Jika tidak, masakan berlaku perjanjian tol yang begitu merugikan negara dan rakyat. Bodohkah menteri itu? Bagaimana pula dengan kenaikan harga petrol yang begitu menekan rakyat dikatakan menteri sebagai masih rendah di dunia. Mentang-mentang mereka semua merasai subsidi rakyat!

Maka, lahirlah Sidang Rakyat yang aku kira mampu mengulas dan membincangkan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Penyelesaian? Itu sudah tentu sesuatu yang agak masih jauh. Namun apa yang dilakukan memang menuju ke arah itu. Di situ rakyat bersuara sebagai rakyat yang mengadu. Panel pula bukan sebarangan orang. Sebenarnya aku malas berkongsi cerita. Cuma mahu berkongsi bahan.

Ini adalah sebahagian poster yang aku terima dari urusetia. Alang-alang kenal dengan urusetia terbabit, maka aku cucuk thumbdrive bagi mendapatkan softcopy risalah ini. Mulanya mereka kelihatan agak berat juga menyerahkan. Namun dengan kata-kata lunak dan manis, maka aku berjaya. Ala, perempuan.. puji skit, pujuk rayu skit boleh laa. ;)






So, dengan aku tak payah nak pujuk nak ngada-ngada. Ambik je kalu perlu. Kalu nak gambar ni dalam fail asal, email jer. Apapun, permohonan tu mungkin lewat ditunaikan skit.

Wallahua'lam
Posted by amdang81 at 6:44 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Barang Naik, Celaka UMNO, Politik Aku, terengganu

25 November 2007

Khutbah Hadhari Halalkan Maksiat!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Selama dua minggu berturut-turut, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melakukan kejutan dengan mengeluarkan teks Khutbah Hadhari yang cukup membingungkan ramai jemaah. Khutbah itu secara sengaja menjadikan Monsoon Cup sebagai suatu kempen kepada para jemaah. Ianya bukan sahaja mencemarkan isi khutbah yang menyokong acara yang diiringi dengan banyak kemaksiatan itu, bahkan turut menunjukkan bahawa Ajaran Hadhari itu tidak kisah soal percampuran antara dosa dan pahala.

Minggu pertama, Khutbah telah membawa tajuk: "Manfaat Daripada Pelancongan" kepada jemaah. Manakala Jumaat lalu pula membawa tajuk: "Tiada Halangan, Hanyalah Peluang".

Dalam sibuk khatib-khatib hadhari seluruh negeri membaca khutbah 'Monsoon Cup' itu, akhbar Sinar Harian telah mengeluarkan suatu iklan konert yang cukup untuk menjelaskan apa sebenarnya program Monsoon Cup itu. Pokok-pokok mula ditampal poster Monsoon Cup, tiang letrik digantung bunting, dan simpang-simpang jalan mula dipenuhi banner acara-acara sambutan kepada Monsoon Cup ini. Dari sekecil-kecil anak dijemput ke pertandingan mewarna, hinggalah kepada sebesar-besar Dato' dan Tan Sri ke Malam Gala yang hidangannya istimewa.

Tiada pula kedengaran Forum Perdana sempena Monsoon Cup. Apatah lagi pertandingan Nasyid sempena Monsoon Cup. Maka, amat jauh sekali untuk membayangkan suatu program yang dicampur aduk ini selari dengan tuntutan Islam dan nilai ketimuran itu sendiri.

Dalam ghairah musim hujan, dan tengkujuh yang sudah bermula ini, sepatutnya agenda kemaksiatan ini dijauhi sama sekali. Apatah lagi penghujung tahun sebegini, peringatan kepada peristiwa 'Gelombang Tsunami' haruslah menjadi ikhtibar. Bukan bermaksud boleh melakukan maksiat, tetapi ini menunjukkan mereka langsung tidak segan silu dan melupakan peringatan-peringatan yang telah diberikan kepada golongan terdahulu.

Itu belum menyentuh soal pembaziran yang melampau, soal penindasan kepada penduduk Pulau Duyong, dan pencemaran pulau yang pernah menjadi tempat kepada seorang ulama yang dikenali dengan Tok Syeikh Pulau Duyong.

Bayangkan dalam suasana masyarakat Terengganu yang cukup rosak dengan penyakit sosial dan keruntuhan akhlak ini, Khutbah Hadhari masih mampu melunakkan maksiat menjadi sesuatu yang halal. Masjid yang sepatutnya berperanan menjadi tempat bermulanya pencegahan maksiat, telah dijadikan tempat menyebarkan dakyah maksiat. Mimbar yang suci dicemari dengan begitu sahaja. Punah!

Jika ada yang mahu menafikan program Monsoon Cup itu sebahagian dari maksiat, kenapa tidak dijemput semua imam bilal seluruh negeri untuk datang dan menyaksikan sendiri keseluruhan acara yang diadakan. Biarkan imam bilal menonton konsert yang terbuka itu. Jemput juga imam bilal ke majlis jamuan tertutup Gala Nite. Jangan lupa untuk jemput imam bilal ke atas kapal persiaran di tengah laut sana. Biar mereka ini menjadi saksi bahawa memang Monsoon Cup itu halal dan selari dengan Islam.

amdang: Imam Hadhari tak pelik kalu menari pun. Apatah lagi raba-raba gadis sunti.
Posted by amdang81 at 9:51 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, Hadhari, pak lah, terengganu

23 November 2007

JOm lihat siapa yang kena!!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sengaja mengambil komen beberapa pimpinan politik yang dimasukkan ke dada akhbar. Aku tidak mahu biasa terhadap kedua-dua laporan itu. Cuma mahu melihat dan menunggu apakah yang diperkatakan itu adalah satu angan-angan, atau memang itu realiti yang sedang berlaku.

------------------------------------------------------
PAS: Johor bukan lagi kubu Umno

JOHOR BAHARU: Didorong dengan kehadiran wakil tunggalnya di Dewan Undangan Negeri Johor sejak pilihan raya umum ke-11 yang lepas, PAS menganggap 'peta politik' negeri itu sudah berubah dan Johor bukan lagi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad berkata, perubahan senario politik itu berpunca daripada kemenangan PAS bagi kerusi Senggarang walaupun ia atas faktor teknikal.

"Kita telah mencatat sejarah politik di negeri Johor, dengan adanya wakil kita dalam Dewan Undangan Negeri, dan kita telah membawa banyak perubahan. Dengan satu kerusi pun telah banyak perubahan, apa lagi dengan banyak kerusi," katanya kepada Bernama.

Zulkifli berkata walaupun tewas di semua kerusi lain yang ditandinginya pada pilihan raya yang lepas, undi yang diterima oleh PAS dan parti-parti pembangkang lain dalam Barisan Alternatif di Johor amat tinggi.

Untuk pilihan raya ke-12 nanti, PAS dan rakan-rakan pembangkangnya akan bertanding bagi kesemua 56 kerusi negeri di Johor walaupun di kawasan-kawasan yang dianggapnya sebagai "lemah" bagi memastikan BN tidak mendapat kemenangan percuma, katanya.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, pula berkata isu seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), kenaikan harga minyak, banjir dan yuran sekolah telah banyak membantu PAS Johor menikmati sokongan.

"Kita berkeyakinan sokongan yang semakin meningkat dari rakyat Johor akan terserlah pada pilihan raya akan datang itu, lebih-lebih lagi dengan persiapan kita kali ini yang jauh lebih baik," katanya.

Mazlan berkata BN perlu menerima hakikat bahawa PAS semakin diterima di Johor berbanding 20 tahun lepas, semasa parti itu sering kehilangan deposit pilihan raya.

"Keadaan politik di Johor kini sudah jauh berbeza," kata Mazlan. BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, di Terengganu berlainan pula komen oleh pimpinan UMNO;

Idris: Terengganu jadi kubu BN lima tahun lagi

JERTIH: Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh berjanji akan menjadikan Terengganu sebagai kubu kuat Barisan Nasional dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya berdasarkan kajian yang dilakukan sejak BN memerintah semula Terengganu pada Mac 2004, sokongan rakyat terhadap parti itu telah meningkat melebihi lima peratus.

"PAS perlu sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu semakin menurun dan kita akan pastikan Terengganu terus kekal di bawah pemerintahan BN selepas pilihan raya umum akan datang," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Gong Kemuntong dekat sini hari ini.

Idris, yang juga pengerusi BN Terengganu, berkata rakyat menghargai usaha BN membangunkan negeri itu kerana mereka mendapat banyak faedah terutamanya dalam meningkatkan sumber ekonomi masing-masing.

Malah, katanya, keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN juga semakin meningkat selepas pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Idris juga berkata seramai 3.5 juta pelancong dijangka datang ke Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu tahun depan.

Katanya sasaran itu merupakan pertambahan 120 peratus berbanding hanya 1.6 juta pelancong yang melawat negeri itu pada 2004. BERNAMA

--------------------------------------------------------------------

Pandanglah dan lihatlah.. Tunggu dan sama-sama menanti siapa yang berkubu, dan siapa yang berkubur.



Posted by amdang81 at 7:31 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: idea, pas, terengganu

21 November 2007

Risalah Monsoon Cup!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam jalan-jalan kat bandar. Ada orang beri risalah ni. Menarik gak!! Mula-mula nak buang sebab duk ingat promosi Monsoon Cup. Tapi bila tengok isi dia yang menarik, terus minta lebih dan bubuh dekat surau kat rumah.

amdang: Harap risalah sebegini terus tersebar dan menyampaikan maklumat kepada yang 'tidur dan belum tercabar'
Posted by amdang81 at 3:43 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Hadhari, Iklan, Politik Aku, terengganu

20 November 2007

Tempurung Untuk Idris, Bantal Untuk Pak Lah

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ahad lalu (18 Nov), seharian Pak Lah berkunjung ke Terengganu atas program yang dinamakan Lawatan Kerja Sehari ke Terengganu. Seminggu sebelum kedatangan Pak Lah, tiada sebarang 'tanda-tanda' persiapan dilakukan kecuali bunting Majlis Jamuan Bersama Rakyat yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman. Kerja-kerja lain dilihat dilakukan sehari sebelum kedatangan Pak Lah.

Seorang sahabat menyebut, kedatangan Pak Lah ke Terengganu kali ini bukanlah untuk merasmikan itu dan ini, tetapi untuk menghadiri mesyuarat khas UMNO Terengganu. Pak Lah dikatakan mahu memastikan sejauh mana persiapan UMNO Terengganu dalam menghadapi PRU-12 nanti sebelum berani mengumumkan tarikh Parlimen dibubarkan. Ini kerana Terengganu dilihat sebagai satu kayu ukur bagi sokongan kepada UMNO kerana pengundi di sini majoritinya adalah Melayu.

Dalam lawatan sehari itu, sesuatu yang menarik perhatian ramai dan media adalah bilamana Pak Lah dengan secara terbuka mencabar Deris Jusoh mengeluarkan golongan nelayan di Terengganu dari kemiskinan.

"Saya beri cabaran kepada Idris sebab nelayan di Terengganu dianggap kumpulan miskin," Kata Pak Lah dalam ucapan Perasmian Program Skim untuk Kesejahteraan Petani (Sutratani) di Kampung Telaga Papan, Setiu.

Pak Lah boleh dianggap lebih lunak dari Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu bilamana secara halus memberitahu Deris Jusoh telah gagal memerintah Terengganu. Ini kerana Deris Jusoh gagal menjaga kebajikan rakyat sehingga kemiskinan di Terengganu jatuh ke tangga ke-2 selepas Sabah. Ini agak berbeza semasa PAS memerintah, kemiskinan Terengganu telah turun sehingga ke tangga keempat dalam masa 2 tahun pemerintahan sahaja.

Cabaran Pak Lah ini juga menunjukkan acara Monsoon Cup yang ideanya dari Pak Lah juga gagal membasmi kemiskinan terutamanya golongan nelayan. Ini kerana tidak banyak manfaat yang dapat diambil dari acara-acara yang diadakan dan lebih jelas menunjukkan suatu pembaziran dan salahguna kuasa dalam pengendalian acara yang menelan wang rakyat yang berjuta-juta itu.

Itu tidak termasuk beberapa projek mega yang dirancang secara begitu tergesa-gesa yang kononnya mahu mengeluarkan rakyat dari kemiskinan. Namun, sasaran peserta dan mereka yang mendapat keuntungan tidak lebih kepada kroni sahaja. Ini dapat dilihat dengan projek Zon Indusri Akuakultur (ZIA) di Sungai Como. Dirasmikan oleh Pak Lah awal tahun ini, tetapi sudah dikhabarkan mati dan sepi begitu sahaja.

Lawak pula bila melihat kenyataan balas Deris Jusoh bilamana menyahut cabaran itu dengan menjadikan 2010 sebagai tahun inflasi kemiskinan tegar. Ini tiada beza dari Pengerusi SPR yang sudah hampir expired mengeluarkan beberapa kenyataan yang agak ke depan walaupun tahu tempoh yang ada pada dirinya amat terhad. Itu secara tidak langsung dilihat mengeluarkan kenyataan bersifat 'lepas tangan' sahaja.

Sepatutnya Pak Lah hadiahkan sahaja tempurung kelapa kepada Deris Jusoh sebagai tanda kegagalan memerintah negeri kedua terkaya di Malaysia, tetapi gagal mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan. Namun, sudah tentu Pak Lah tidak berbuat demikian, kerana beliau akan dihadiahkan bantal oleh Deris Jusoh kerana beliau adalah mentor kepada MB Terengganu itu!

Klik untuk berita Projek ZIA.
lagi artikel projek ZIA.

Tak serik lagi ke kalu lagu ni gaya pemerintah kita?

nota: Gambar dari artikel Reformis Muda diambil dari TKO.

Posted by amdang81 at 11:53 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Celaka UMNO, Hadhari, penindasan, terengganu

Sidang Rakyat: Menangani Musibah Kenaikan Harga Barang

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Seperti yang dimaklumkan kepada aku, CAP akan menghantar Cikgu Azmi Abd Hamid sebagai wakil bagi membentangkan kertas kerja bertajuk "Pendidikan Kepenggunaan: Hak, Tanggungjawab dan peranan Rakyat". Biasanya Cikgu Azmi membuat perbentangan kertas dengan penuh hujah dan fakta. Sesiapa yang belum biasa, bolehlah datang ke sana. Mana tahu kot-kot ada usul nak boikot barang atau sebagainya pada resolusi itu.

Kalu tidak silap, program ini percuma sahaja. Jika ada bayaran pun, sangat minima. Ini seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Lestary Resources & Consultancy, Encik Mohd Faizul selepas aku menghubunginya sejurus melihat iklan ini di BuletinOnline. Iklankan kat sini sebab terasa mahu mengikuti program yang julung-julung kali diadakan ini. Maklum sahaja sekarang ini semua orang bercakap pasal Barang Naik (BN).

wallahua'lam.

amdang: Dok leh lok doh... punoh!!!
Posted by amdang81 at 7:25 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Iklan, terengganu

18 November 2007

Catatan 0...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Blog amdang81 lambat update? Aku tidak tahu jika ramai yang tertanya-tanya. Apa yang aku nampak hanyalah mereka yang bertanya di shoutbox. Selain itu ada lagi yang dikenali di alam realiti yang turut mengikuti perkembangan dunia siber ini. Dua hari tak update lama ke? Kawan-kawan ada yang mengusik kelewatan update dan kurangnya menulis dikaitkan dengan aku berfikir pasal perkahwinan. Paling nakal bilamana tulisan aku dilihat sebagai kurang 'bernas' pun disebabkan berfikir soal perkahwinan.

Tipu la jika aku katakan langsung tidak berfikir ke arah itu. Maklum sahaja tarikh yang ditetapkan itu tidak sampai sebulan sahaja lagi. Namun itu bukan sebab utama untuk aku melupakan blog ini. Kesibukan urusan lain turut menghalang penulisan. Ada artikel ditulis separuh, terus ditinggalkan tanpa kesudahan. Paling malang bilamana terlalu banyak info yang diterima, tetapi mood untuk menulis tiada. Betul ke ada kaitan nak kawin ni??

Sabtu lalu berkesempatan berjumpa kawan-kawan maya TKO. Walaupun jumlah yang sempat bertemu tidak sampai sebelah jari tangan, namun sedikit sebanyak isu-isu tempatan dapat dikongsi. Pertemuan tidak dirancang. Cuma kebetulan seorang kawan datang dari KL kerana sedikit urusan, maka kami sepakat untuk bertemu. Kami berkumpul mengadap Sungai Terengganu. Kapal layar yang melintas di hadapan, kurang menarik minat kami. Namun sebagai koleksi peribadi, sahabat yang datang dari KL tadi turut mengambil beberapa foto membelakangi kapal layar itu.

Perjumpaan petang Sabtu itu sudah tentu dihiasi dengan baju kuning. Walaupun hanya dua orang yang memakai T-shirt BERSIH, namun mesej itu cuba disampaikan ke dalam masyarakat. Seorang sahabat turut menyentuh soal blog aku. Dia turut menyatakan kebimbangan sekiranya aku tidak lagi menulis. Katanya, "amdang perlu terus menulis. Terlalu banyak isu di Terengganu ini yang perlu diolah dan dikupas".

Aku seperti biasa, tidak suka memberi respon segera. Suka senyap, sambil senyum seadanya. Memang tidak perlu respon pun sebenarnya. Cuma aku terfikir tentang masalah lain yang turut dihadapi dalam menulis ini. Masalah masa, dan tuntutan beban tugas yang lainnya.

Teringat suatu masa dahulu, (macam lama sangat je nih..) sewaktu aku mula membuka blog ini, posting dan tulisan aku memang cukup rapat dengan diri. Apa yang aku makan, apa yang aku pakai, apa yang aku buat, apa yang aku lihat, mana yang aku pergi... Semuanya aku coretkan sebagai suatu pengalaman dan catatan hidup. Dulu barangkali hanya 10 orang seminggu menjenguk blog ini. Ketika itu posting juga tidak kerap. Cukup seminggu sekali, atau mengikut masa dan suasana. Ketika itu, tanggungjawab menulis tiada. Cukup sekadar jujur dengan apa yang ditulis kerana cerita berkisar kepada diri. Jujur pada diri.

Suasana sekarang agak berubah. Walaupun masih berbentuk catatan peribadi, namun isu yang dibawa lebih berat, lebih semasa dan menepati siasi (kononnya!!). Berat, penat, dan kadangkala turut terasa tekanan bilamana terpaksa mendedah sesuatu yang agak 'serius' dengan kadar keberanian yang agak tinggi.

Sengaja aku sebut perkara di atas, sebagai ingatan kepada aku bahawa TIADA REHAT DALAM PERJUANGAN. Semoga aku tidak menjadikan alasan-alasan lain yang remeh-temeh untuk tidak terus menulis dan mencoret sesuatu yang mungkin berguna untuk dikongsi dan diteladani atau dijauhi.

InsyaAllah, rehat hanya ketika perlu. REHAT yang panjang adalah bilamana MATI kata seorang ustaz. Itupun jika REHAT kita tidak diganggu oleh lipan, kala dan ular-ular berbisa. Wallahua'lam.
------------------------------------------------------------
Nota: Beberapa IKLAN baru diletakkan di tepi kolum utama sebagai satu cara bagaimana anda 'menyumbang' kepada bil letrik dan internet yang digunakan untuk meneruskan penulisan ini. Klik sahaja sebagai sokongan setiap kali mahu keluar dari sini. Itu sudah memadai dari anda menyediakan Kopi Radix untuk aku ketika mana aku mengantuk untuk terus menulis. Hehehe. Apapun, semua itu hanyalah percubaan yang diajar oleh bro bakaq @ PENARIK BECA.
Posted by amdang81 at 8:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bloggers United, Politik Aku, terengganu

17 November 2007

Benarkah Sultan Mizan (DYMM) Murka ??

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Artikel adalah copy n paste dari Buletin Online.

-------------------------------------------------------------------------
‘Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram’ itulah tajuk berita yang di keluarkan oleh Bernama, yang dianggap oleh Raja Petra sebagai satu ‘permainan silapmata’ di Laman Malaysia Today. Artikel ini adalah terjemahan bebas dari tulisan Raja Petra di dalam kolumnya ‘The Corridor of Power’.

Kepada rakyat bawahan pastinya pengumuman begitu sesuatu yang ‘serius’. Pegawai tinggi Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan mengeluarkan kenyataan bagi pihak Agong ! Siapa sebenarnya Datuk Wan Mohd Safiain ?

Raja Petra menganggap bahawa Pegawai Pengelola Istana Negara itu hanyalah memegang jawatan seperti Jeanne Danker Abdullah sebelum dinobatkan oleh media Malaysia sebagai ‘Wanita Pertama’. Padahal wanita pertama sepatutnya adalah DYMM Permaisuri dan status Jeanne Danker hanyalah wanita yang ke 22 selepas para permaisuri dan sultanah diseluruh Negara. Namun peranan media yang dikawal oleh kerajaan membuatkan kita semua percaya bahawa Jeanne Danker adalah wanita pertama.

Wan Safiain berasal dari Terengganu yang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, yang mana sebenarnya seluruh pejabat Istana adalah dibawah Jabatan Perdana Menteri. Pegawai-pegawai yang bekerja di istana Negara adalah sebenarnya pegawai kerajaan yang di’tanam’ di istana untuk menjadi mata, telinga dan kadang-kadang menjadi ‘mulut’ kerajaan. Oleh kerana itu, sekarang kita ketahui bagaimana kerja Jabatan Perdana Menteri di Istana Negara.

Kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini bukan keluar dari DYMM Agong, kerana ia tidak dikeluarkan oleh Penyimpan Besar Mohor Raja-raja. tetapi adalah dari pegawai kerajaan Malaysia.

Apabila 100,000 rakyat minta perkenan Agong untuk mengadap pada 10 November lalu, Agong tidak mengatakan ‘tidak mahu’ menerima 100,000 orang rakyat untuk mengadap beliau. Agong bahkan mahu mengetahui berapa ramai yang akan mewakili 100,000 rakyat dan nama-nama mereka yang akan mengadap.

Agong juga menyedari bahawa kerajaan akan cuba mengecewakan usaha 100,000 rakyat untuk mengadap beliau. Dan itulah yang telah terjadi. Kerajaan meletakkan syarat supaya rakyat memohon permit untuk berhimpun mengadap Agong. Dengan itu BERSIH memohon permit namun telah ditolak oleh kerajaan, bahkan kerajaan memberi amaran akan bertindak sekiranya 100,000 rakyat berhasrat untuk meneruskan Himpunan Aman BERSIH. Dan polis pun bertindak bagi pihak kerajaan.

Apabila peluru gas pemedih mata di ledakkan kepada peserta Himpunan Aman BERSIH di sekitar Masjid Jamek-Masjid India, ‘khabar telah disampaikan’ bahawa Briged ke 19 Regimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) telah bersiap siaga, untuk merempuh masuk sekiranya berlaku kemalangan maut. Empat Belas Kerta Perisai telah sampai sebelumnya dari Sungai Petani dan berkhemah di Kem Tentera Sungai Buloh, bersedia untuk campurtangan dalam notis segera. Mereka hanya perlukan 10 atau 20 minit untuk sampai ke lokasi sekiranya terdapat tindakan keras keatas rakyat.

Butang kecemasan akan ditekan dan loceng akan berbunyi. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyaksikan kejadian sepertinya di Kampong Bharu. Regimen Askar Melayu bukan satu permainan, dimana Agong adalah Ketua Komander dan askar akan mematuhi arahan komander tanpa mengambil kira keselamatan nyawa mereka.

Sebab itulah tindakan polis mengendur. Tugas mereka dikurangkan dengan hanya di letakkan di persimpangan untuk menghentikan kereta bagi memberi laluan peserta Himpunan Aman BERSIH untuk melintas jalan dengan selamat. Regimen Askar Melayu di Raja terus bersiap siaga sehingga kesesokkannya. Kemudian 14 kereta perisai, senyap-senyap keluar dari Sungai Buloh dan kembali ke Sungai Petani.

Itulah yang membimbangkan kerajaan. Agong tidak bertitah dia tidak mahu menerima mengadap wakil-wakil dari Himpunan Aman BERSIH 100,000 Rakyat. Bahkan Agong meminta nama-nama perwakilan yang mengadap. Dan apabila kerajaan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap rakyat, Briged ke 19 RAMD telah dihantar ke Kuala Lumpur dengan 14 buah kereta perisai. Inilah caranya Agong mengatakan bahawa sekiranya kerajaan bertindak menembak para peserta Himpunan BERSIH, sebagaimana kerajaan menembak Suwandi dan Azman di Batu Burok, dia akan bertindak atas nama rakyat.

Oleh yang demikian, kerajaan tidak berkeras. Mereka tidak ada pilihan kerana 100,000 rakyat mahu mengadap Agong, dan Agong mengisyaratkan ‘Ya’ kepada rakyat. Briged ke 19 RAMD dihantar untuk memastikan bahawa isyarat penerimaan ‘Ya’ Agong terhadap permohonan mengadap rakyat, dipenuhi.

Pak Lah telah mengeluarkan ‘dekree’ didalam ucapan penggulungannya diakhir Perhimpunan Agung UMNO sehari sebelum Himpunan Aman BERSIH. Dia kata dia ‘pantang di cabar’. Menantunya, si Khairy meminta polis menangkap semua orang yang menyertai Himpunan Aman BERSIH. Jadi, tangkaplah si Khairy ! kalau boleh tangkap!. Tangkap 1,000, tangkap semuanya 2,000 orang. Kalaupun jumlah 5,000 orang, tangkap semuanya! Tangkaplah semuanya kalau jumlah 50,000 orang sekalipun. Tetapi, sekiranya jumlah 50,000 ditangkap, masih ada dalam perjalanan 50,000 orang lagi! Bagaimana nak tangkap 100,000 orang rakyat sekiranya ada 50,000 orang lagi sedang berarak tiba di Kuala Lumpur?

Mana boleh tangkap jumlah 50,000 orang! Mana polis ada kemudahan lori untuk menangkap 50,000 orang dan mana ada penjara yang boleh memuatkan 50,000 orang.tahanan !

Kesudahannya, Himpunan 100,000 rakyat yang sebenarnya berlaku di Istana Negara. Walaupun pada mulanya, BERSIH mengisytiharkan akan berhimpun di Dataran Merdeka. Nampaknya kerajaan telah tertipu! Mereka (BERSIH) mahu polis berhimpun (tertumpu) di Dataran Merdeka, supaya peserta Himpunan BERSIH boleh berarak ke Istana Negara tanpa sebarang halangan. BERSIH telah menang, kerajaan tertipu!

Baiklah, kerajaan tak akan kalah semuanya. Kerajaan masih boleh membuat pengumuman yang DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tidak setuju tidak berkenan. Kerajaan akan meminta ketua pengelola Istana Negara, seorang pegawai kerajaan, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, membuat pengumuman penting iaitu ‘(Agong) Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram’.

Mungkin rakyat jelata akan percaya?

-------------------------------------------------------------------
Nota:

Nama : WAN MOHD SAFIAIN BIN WAN HASAN
Kad Pengenalan : 461214035359 / 1711187
Jantina : LELAKI
No Keahlian UMNO: 03728983

amdang: Ermm.. patut pun!!

Posted by amdang81 at 7:43 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: copy n paste artikel, penindasan

15 November 2007

Awas! FRU Sedia Gempur ceramah 16 September

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf sekiranya apa yang aku lontarkan ini bersifat 'sangka buruk' dengan pihak keselamatan khususnya di Terengganu. Namun sangkaan yang aku letakkan ini masih punya asas dan sandaran yang sewajarnya untuk diambil perhatian.

Suka sebelum 'sangkaan' aku tadi disebut, aku teruskan dahulu suatu info tentang ceramah. InsyaAllah pada malam esok (16 September 2007) akan diadakan suatu ceramah di Kuala Terengganu. Berikut adalah maklumat yang sempat diambil dari BuletinOnline:

Program : Ceramah "Gelombang Kuning"
Tempat : Simpang 4, Pulau Musang, KT
Tarikh : 16 Nov 2007 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Penceramah: 1.YB Salahuddin Ayub- Ketua DPPP
2.U Azman Shapawi Ab Rani-Ketua DPPNT
3. Sdr Shamsul Iskadar Mohd Akin - Ketua AM PKR

Itu info ceramah yang akan diadakan. Ini pula apa yang aku lihat di sekitar Kuala Terengganu pada petang semalam (15 Nov).



Gambar-gambar ini diambil di sekitar Jalan Pusara. Belakang Menara Yayasan Terengganu / Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Memang kebanyakan rumah di kawasan ini dijadikan rumah tumpangan. Bukan soal rumah tumpangan, tetapi kenapa mereka ini berkampung di sini?. Anggota-anggota ini berkampung di sini sejak 13 November lagi.

Pagi tadi turut berselisih dengan trak yang lebih kecil ketika mana ada antara mereka membeli belah di Pasar Kedai Payang. Agaknya mengambil peluang bertugas di Terengganu. Kiraan rambang ketika melalui jalan yang agak sunyi ini, aku anggarkan 10 buah trak pembawa anggota FRU. Lain-lain jentera tidak dapat dipastikan.

Terfikir juga mengapa tidak terus pulang setelah 'berjaya' mengadakan Himpunan Haram Polis di Batu Burok. Namun tiba-tiba seorang kawan mengingatkan akan ceramah pada malam ini. Aku tidak pasti siapa yang menguruskan permit ceramah pada malam ini. Apakah ceramah dibenarkan, atau akan dihalang oleh jentera yang sudah beberapa hari 'geram' ini. Apa tidaknya, tiada yang datang mendengar 'ceramah' pada 13 November lalu.

Oh, maaf aku berburuk sangka. Mungkin mereka datang mahu bersama Pak Lah pada 18 November ini dalam Jamuan Rakyat. Mereka juga rakyat yang mahu bersama pemimpin. Apapun, aku berharap pada malam ini, "ceramah kuning" berjalan dengan baik.
Posted by amdang81 at 10:03 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Hadhari, polis, terengganu, zalim
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Iklan

Recent Comment

Recent Post

Kongsi Link di Amdang81

Anda mahu blog anda dilinkkan di sini?? Tinggalkan alamat blog anda pada ruangan komen di sini.

Jumlah Pelawat

counters

Followers

Bicara Ukhwah


Online Users

Blog Archive

  • ►  2019 (2)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  June 2019 (1)
  • ►  2014 (3)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (1)
  • ►  2011 (14)
    • ►  September 2011 (1)
    • ►  June 2011 (2)
    • ►  March 2011 (1)
    • ►  February 2011 (3)
    • ►  January 2011 (7)
  • ►  2010 (84)
    • ►  December 2010 (2)
    • ►  November 2010 (2)
    • ►  October 2010 (2)
    • ►  September 2010 (2)
    • ►  August 2010 (4)
    • ►  July 2010 (5)
    • ►  June 2010 (7)
    • ►  May 2010 (9)
    • ►  April 2010 (10)
    • ►  March 2010 (15)
    • ►  February 2010 (12)
    • ►  January 2010 (14)
  • ►  2009 (127)
    • ►  December 2009 (7)
    • ►  November 2009 (9)
    • ►  October 2009 (5)
    • ►  September 2009 (2)
    • ►  August 2009 (5)
    • ►  July 2009 (17)
    • ►  June 2009 (6)
    • ►  May 2009 (13)
    • ►  April 2009 (23)
    • ►  March 2009 (9)
    • ►  February 2009 (13)
    • ►  January 2009 (18)
  • ►  2008 (221)
    • ►  December 2008 (11)
    • ►  November 2008 (17)
    • ►  October 2008 (14)
    • ►  September 2008 (12)
    • ►  August 2008 (7)
    • ►  July 2008 (16)
    • ►  June 2008 (20)
    • ►  May 2008 (13)
    • ►  April 2008 (25)
    • ►  March 2008 (32)
    • ►  February 2008 (23)
    • ►  January 2008 (31)
  • ▼  2007 (225)
    • ▼  December 2007 (15)
      • Deris Jusoh Gong?
      • Sah! Logo MBKT Diarah Tukar
      • Selamat Datang ke Bandaraya KT
      • Lagi Gambar Dari Mahkamah
      • Gambar-gambar sekitar Mahkamah Kuala Terengganu: S...
      • Jom Berparty dan Berdisco di Bandaraya KT
      • Antara Dua Darjat : Polis Guna Pistol Untuk Selama...
      • Bila Pintu Demokrasi Ditutup...
      • Malaysia Negarakuku
      • Suhakam siasat rusuhan 8 September
      • Negarakuku oh Negarakuku
      • 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
      • Suwandi, Azman ditahan di penjara
      • In Rememberance of Shahrul Nazwan Yusof
      • Anda ada maklumat?
    • ►  November 2007 (17)
      • Catatan Sidang Rakyat...
      • Khutbah Hadhari Halalkan Maksiat!!
      • JOm lihat siapa yang kena!!!
      • Risalah Monsoon Cup!
      • Tempurung Untuk Idris, Bantal Untuk Pak Lah
      • Sidang Rakyat: Menangani Musibah Kenaikan Harga Ba...
      • Catatan 0...
      • Benarkah Sultan Mizan (DYMM) Murka ??
      • Awas! FRU Sedia Gempur ceramah 16 September
    • ►  October 2007 (23)
    • ►  September 2007 (53)
    • ►  August 2007 (13)
    • ►  July 2007 (13)
    • ►  June 2007 (9)
    • ►  May 2007 (12)
    • ►  April 2007 (13)
    • ►  March 2007 (20)
    • ►  February 2007 (19)
    • ►  January 2007 (18)
  • ►  2006 (45)
    • ►  December 2006 (11)
    • ►  November 2006 (12)
    • ►  October 2006 (1)
    • ►  September 2006 (7)
    • ►  July 2006 (4)
    • ►  June 2006 (1)
    • ►  May 2006 (1)
    • ►  April 2006 (1)
    • ►  March 2006 (1)
    • ►  February 2006 (2)
    • ►  January 2006 (4)
  • ►  2005 (19)
    • ►  December 2005 (2)
    • ►  November 2005 (5)
    • ►  October 2005 (12)
  • ►  2000 (2)
    • ►  January 2000 (2)

Yang Teristimewa

  • Yong Noina - Nabilah
    Kisah Yasier Yaseera..
    5 years ago
  • Kak Ieda - Nabila
    COME BACK
    5 years ago
  • Jiey Mien - Rayyan
    Nak jadi ahli Young Living?
    5 years ago
  • Fiza - Sofie
    Saya Kembali!!!!
    9 years ago
  • Kak Syahida - Abil
    Jerebu??
    9 years ago
  • Kak Azma - Hasif
    Graduasi Kiwanis 2014
    10 years ago
  • Kak Aida - Alia
    Shila Amzah Winner of Asian Wave 2012
    12 years ago

Geng Blogawan

  • kalam Perantau
    PRK Kimanis: BN kekal, Dr M kata PH kerajaan sepenggal
    5 years ago
  • Basikal Tua
    Domain untuk dijual
    5 years ago
  • Klinik Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • hardyweb™
    Raspberry USB Theatering Internet
    8 years ago
  • Gemersik Bayu Pantai
    PERJALANAN TERAKHIR MEK...
    9 years ago
  • Ibnul Munzir
    KENAPA PR HAMPIR BERJAYA DIKUBURKAN
    9 years ago
  • CINTA zaman sekarang sudah lupa pantang larang
    Muara Sungai Terengganu
    11 years ago
  • REVOLUSI PERJUANGAN!!!
    11 years ago
  • Mampat
    12 years ago
  • nafastari
    Dari digital ke percetakan, semoga bermanfaat buat pembaca!
    12 years ago
  • Penerus Perjuangan
    PR mampu pimpin negara
    12 years ago
  • Ibnu Abbas
    HAIDH DAN PUASA
    12 years ago
  • ctkay's
    Konsert Iwan Shahman
    13 years ago
  • Apa Orang Kata
    Usah terperangkap polemik Umno-BN
    13 years ago
  • Cikgu Fauzi
    Lagu barang Naik....
    13 years ago
  • My-LocalAgenda
    9 Julai : Contoh baju yang di luluskan untuk perhimpunan – abp
    13 years ago
  • MalaysianDotCom
  • Nasikerabupetro
Show 10 Show All

Referrer

Free counter and web stats

My Blog List

  • Sayuti Omar
    Usah ambil ringan mimpi angan-angan Azmi
    2 days ago
  • Saifulislam.Com
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Lanh14
    Ramadan 9, 1444: Awak mati atau tak, dunia tetap berpusing...
    2 years ago
  • Roslan SMS Corner
    PERJUANGAN PRU 15 BERMULA DI SG KANDIS
    6 years ago
  • FreezoneTerengganu For Rakyat
    pakatan makin jahanam sejak mahazalim menjadi pembangkang
    7 years ago
  • PemudaGombak.com
    TUAN GURU HJ HASHIM JASIN : MURSYIDUL AM PAS YANG KE 4
    8 years ago
  • Tulang Besi
    Rahman Talib@Tulang Besi tidak pernah berhenti kutuk ulamak
    9 years ago
  • Tok Sago
    Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah
    11 years ago
  • BatuApi @ FireStone
    PRK Kajang dan Konsensus Nasional
    11 years ago
  • Ustaz Nor Amin
    Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran
    11 years ago
  • Pemuda Wilayah
    Penukaran Blog Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
    12 years ago
  • Pemuda Besut
    Video & Gambar : Aktiviti Bermotor Sempena Santai Pemuda Bersama ARC Besut
    13 years ago
  • Ali Zaidan
    Ali Zaidan Cakap Tak Serupa Bikin
    14 years ago
  • al-brangi Online
    UMNO.....taktik rempuh bawa padah
    16 years ago
  • Zaharuddin.Net
Show 10 Show All

Sumber Akhbar

  • KeadilanDaily.com
    Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
    5 years ago
  • Kosmo Online
    Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
    7 years ago
  • Harakahdaily
    EAIC siasat kematian tahanan lokap BP Bukit Sentosa
    8 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    10 years ago
  • Buletin Online
  • Harian Metro
  • Bernama
  • KLpos.com
  • Malaysiakini/bm
Watermark theme. Powered by Blogger.