26 December 2007

Jom Berparty dan Berdisco di Bandaraya KT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini baru berpeluang mencoret di blog ini. Kawan-kawan mengusik bilamana aku lama tidak 'update' sesuatu isu dan catatan pada blog. Sudah tentu mereka menjadikan perkahwinan aku sebagai suatu usikan. Maklum sahaja 'orang baru' dengan 'dunia baru', maka pelbagai usikan nakal dikenakan kepadaku.

Aku tidak nafikan agak kesibukan menziarahi kawan-kawan dan saudara mara sepanjang minggu lalu. Masa yang ada juga aku gunakan sebaiknya untuk meraikan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan kepada aku selama ini. Mengadakan sedikit rumah terbuka sempena raya baru-baru ini cukup menyeronokkan bilamana penat lelah memasak seharian dapat dinikmati oleh kawan-kawan dan jiran.

Sebaik sahaja PC aku siap diperbaiki dan semangat untuk menconteng di sini kian memuncak, aku tiba-tiba sahaja menerima satu kad undangan sambutan Tahun Baru 2008. Menariknya, kad ini sungguh 'meriah'!

Kawan yang menghulurkan kad itu cepat sahaja menyuruh aku 'scan' kad tersebut untuk dimuatkan di alam maya. Katanya, biar DUNIA tahu di mana nilai Ajaran Hadhari yang sebenarnya.

Sambil bergurau melihat isteri pertamaku, aku mengajaknya untuk pergi sama ke sambutan Tahun Baru 2008 itu. Sudah tentu isteriku pertamaku itu tergelak besar! Sempat pula dia mencubit aku manja. (Saje kasi jeles kepada yang belum kahwin!)

Jika anda belum punya tempat maksiat yang mahu dikunjungi sempena sambutan Tahun Baru 2008 nanti, bolehlah membuat tempahan sekarang. Mana tahu, umur masih panjang dan sempat bertaubat sebelum Tsunami datang.

Opss, lupa. Ajaran Hadhari tidak mengharamkan hiburan seumpama ini. Maka ianya halal di sisi Ajaran Hadhari dan sudah tentu mendapat permit dari pihak berkuasa. Jika hiburan lagho dan maksiat seumpama ini tidak dibenarkan, apa guna KT jadi Bandaraya. Mesti Upin dan Ipin akan berkata "Betul! Betul! Betul!".

2 comments:

nasikerabupetro said...

Ehem...
Isteri pertama ke? bukan isteri kedua ek?

Anonymous said...

teruk benor Trg skrg??? kejutan budaya kot!!