11 December 2007

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan rangkap-rangkap lagu dalam cerpen 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan yang dikarang oleh Dr Fatimah Busu yang telah diterbit siar dalam Berita Minggu pada 2 Disember lalu. Rangkap-rangkap dibawah seumpama lagu rakyat yang terkenal iaitu 10 Budak Hitam;

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

----------------------------------------------------

Bahasanya mudah. Pernyataanya terang. Pada aku, jika tidak dilindungi BULAN, inilah jadinya. Agaknya Puteri Tak Dilindungi Bulan ini disebut sahaja Puteri Keris. Entah apa agaknya komen Ketua Puteri Keris jika dinyanyikan lagu-lagu ini kepada mereka. :)

No comments: