06 January 2009

PRK P036: Pakatan berpakat, Barisan terabur.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Penamaan calon yang diadakan semalam benar-benar telah menunjukkan Pakatan Rakyat berada pada satu pakatan yang cukup baik dari segi hubungan dan keakraban. Disebalik isu Hudud dan isu pemilihan calon yang dimainkan UMNO/BN, terbukti ianya langsung tidak dapat mengaburi masyarakat khususnya penyokong dan pengundi Kuala Terengganu. Dianggarkan perarakan calon PAS ke pusat penamaan calon diiringi 30 000 penyokong.

Dalam isu hudud misalnya, Dato' Seri Najib sendiri telah memanggil wakil media dalam suatu perjumpaan tertutup di Putrajaya agar tidak memainkan isu tersebut. Ini kerana bimbang kepada kehilangan pengundi Melayu yang sensitif dengan isu agama. Penerimaan baik oleh Kelab Penyokong PAS terhadap isu tersebut juga adalah positif kepada PAS. Apatah lagi isu hudud dilihat hanya melibatkat penganut Islam.

Bagi isu calon pula, UMNO dilihat cuba mengalihkan isu dalaman pemilihan calon UMNO kepada calon PAS. YB Hj Wahid dikatakan tidak dipersetujui pemilihannya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz ekoran tidak menghadiri majlis pengumuman calon baru-baru ini. Kehadiran Tuan Guru Mursyidul Am PAS ke majlis penamaan calon semalam menafikan segalanya. Pada malam tadi juga Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah berdiri di atas satu pentas ceramah di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.

Berbeza dengan apa yang sedang berlaku kepada BN. Mereka menggembar-gemburkan kehadiran penyokong ke penamaan calon seramai 15000 orang walhal jumlah sebenar adalah jauh lebih sedikit. Nisbah penyokong BN kepada penyokong PR adalah 1:3. Sesetengah pihak pula mendakwa 1:4.

Sebenarnya apa yang sedang dialami BN adalah cukup kronik. Isu utama yang menjadi masalah adalah Wan Farid adalah bukan pilihan. Sesuai jika Dr M mengatakan Wan Farid adalah "Bad Choice". Ini disebut dan diperkatakan semua pihak UMNO. Sehinggakan terpaksa menaikkan kain rentang yang menyokong calon mereka dari bahagian-bahagian tertentu. Inilah sebab utama kenapa perarakan mereka tiada sambutan dari penyokong tempatan.

Isu Wan Farid sebagai Bad Choice adalah suatu yang amat ditakuti oleh kebanyakan penyokong BN. Sehinggakan ada suara-suara yang mengatakan PAS ketiadaan isu, namun BN tetap kalah kerana calon mereka tidak sesuai. Apatah lagi calon PAS seorang yang mudah tersenyum, mesra rakyat dan cukup berpengalaman.

Aku bersetuju jika dikatakan PAS kekurangan isu dalam PRK kali ini. Terutamanya isu tempatan. Dengan peralihan kuasa MB dari Idris kepada Ahmad Said, tidak banyak yang dapat diserang. Apatah lagi Ahmad Said dilihat amat berhati-hati dalam melakukan sesuatu keputusan atau tindakan. Ahmad Said juga dilihat jauh lebih lunak dari Idris apabila banyak menggunakan pendekatan mesra. Bagaimanapun dalam PRK ini, isu nasional semestinya lebih tepat dan amat relevan kerana kerusi yang dipertandingkan adalah kerusi Parlimen.

Berbalik kepada BN, ianya lebih kepada masalah dalaman. Najib dan Ahmad Said sendiri berselisih pendapat. Wang 400 juta yang ditabur Najib baru-baru ini sebagai royalti rupa-rupanya memang bertujuan untuk digunakan dalam PRK ini. Bagaimanapun Ahmad Said dipercayai tidak menurunkan wang berkenaan kepada JKK. Perkara ini telah menyebabkan Najib marah kepada Ahmad Said.

Tidak cukup dengan itu, Najib dikatakan telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Jentera pilihan raya kepada Ahmad Said. Ini berikutan komen-komen Ahmad Said yang dilihat sinis kepada beliau. Mungkin juga kerana kurang keyakinan mengekalkan kemenangan membuatkan Najib tidak berada pada keadaan selesa.

Walau apapun, isu pemilihan Wan Farid adalah suatu isu yang cukup besar dan akan dimanipulasikan PAS. Bukan sahaja soal Wan Farid tidak mesra rakyat, ego dan sebagainya. Namun Wan Farid dilihat langsung tidak pernah berjasa kepada rakyat Kuala Terengganu khususnya sepanjang dilantik senator mahupun ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri. Mungkin hanya Baru Burok sahaja jasanya yang akan dikenang di Kuala Terengganu.

Wallahua'lam.

amdang: Dengar-dengar adik ipar Arwah Dato Razali sendiri menandatangani sebagai penyokong kepada Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon dalam proses penamaan calon semalam. Jika itu bukan sebagai protes kepada pengganti arwah, apa lagi?

2 comments:

narumi hayashida said...

Bukan adik arwah la, adik ipar beliau. Kakaknya merupakan balu kepada arwah Dato' Razali. Ana sendiri yang berurusana dengan
beliau, jadi cerita sebenarnya
adalah begitu, wallahu'alam.

amdang81 said...

A'ah dah betulkan..

Azmi Lop tu sebenarnya semua org pun dah tahu PAS.. hehehhe. Cuma bila letak status adik ipar tu mcm lagi best je kan? Hehehhe.