04 January 2009

Kuala Terengganu: Bandaraya Polis Pesisir Air

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku memandu ke pejabat dengan seribu satu rasa. Aku pandang kiri kanan, pandang atas bawah. Terasa semacam di sebuah kota yang cukup asing. Jalan raya yang biasanya tidak terlalu sibuk, kini sudah mula memperlihatkan gerakan yang perlahan dan lambat. Aku membayangkan keadaan akan bertambah teruk bilamana menjelang hari penamaan calon nanti.

Mengikut laporan akhbar, seramai 6000 anggota polis telah ditempatkan di Bandaraya Kuala Terengganu. Angka itu mungkin dimaksudkan kepada anggota polis yang beruniform lengkap. Maklumat dari sumber-sumber lain mengatakan 20 000 anggota polis telah berada di Kuala Terengganu termasuk dengan Special Branchnya sekali.

Di beberapa sudut di tepi jalan ditempatkan kanopi-kanopi yang diberi nama "pondok polis". Aku tidak tahu berapa banyak kanopi-kanopi sebegini diletakkan di bandaraya ini. Sepanjang jalan ke pejabat sahaja aku terpaksa menempuh 4 pondok polis sebegitu rupa.

Dalam sesi ronda-ronda di bandaraya ini, aku mengenalpasti 4 buah kanopi yang layak digelar "Istana Polis" jika kanopi-kanopi tadi dinamakan pondok. Di hadapan Balai Polis Chendering, Padang Bola MBKT, Pantai Batu Burok dan di Pengadang Baru. Dimaklumkan "Istana Polis" ini disewa dengan harga RM 1 juta sebuah dan siap dengan aircond.

Bagi mencukupkan jentera dan anggota, unit Udara Polis juga berkeliaran di langit sana dengan "Pepatung Besi". Mundar-mandirnya seolah-olah bandaraya ini perlu perhatian yang melampau layaknya. Seolah-olah pondok-pondok polis yang bertaburan itu tidak cukup dalam menyampaikan maklumat.

Terfikir pula, apakah Pilihan Raya merupakan suatu perintah darurat sehingga begini ketat kawalan ke atas penduduk bandaraya ini. Sekali pandang, semacam mahu diadakan pemilihan Ketua Polis layaknya.

Aku percaya lambakan pasukan polis ini sengaja diletakkan bagi mewujudkan tekanan kepada pengundi dan juga lawan kepada BN. Apatah lagi Wan Farid masih Timbalan Menteri yang bertanggungjawab kepada Polis. Wan Farid juga ada kes merencana Tragedi Berdarah Batu Burok dan sehingga hari ini belum menyahut cabaran bersumpah menafikannya.

Wallahua'lam.

amdang: Siapa nak jalan depan rumah dia diturap dengan TAR baru, pakat-pakatlah gantung bendera BN.

2 comments:

changgeh said...

Memang ya pun. Aku baru balik bercuti diKL. Sampai saja kat balai polis cendering isteri aku terkejut tanya ada rusuhan ke? kerana ramai betul anggota polis dan patrol car berselesih antara satu sama lain. Adoi macam keadaan negeri polis. Sampai batu buruk ada pondok polis tepi jalan, masuk gong tok nasik ada pondok polis, simpang trafik light gong kapas tempat jual kuih ada pondok polis. Apa dah jadi.

supik serek said...

Salam...., mlm tadi aku pegi Klinik Rohana,setentang ngan padang MBKT tu.,Pusing2 xjumpa tempat parking kosong tuu.....
sume kena sapu ngan black maria+peronda+van polis.....
erk... Betol ke polis dtg sini nak jaga keamanan negeri... yg aku nampak makin menyusahkan rakyat Terengganu ada la, Pagi tadi bini aku call... dia sampai opis kul 9;30. bese2 kul 7:40 dah sampai dah. ish2... menyusahkan betol la polis nih. skali2 mcm duk kat KL je, mana tak nya, kat kedai kopi tu ramai polis dari org ganu... kelakar laaa... sampai mcm tu skali takutnya BN ni yee... sian kat org BN,