Berita rujukan di sini - Malaysiakini.
Aku antara yang terawal berada di sini. Kebetulan aku dalam perjalanan mahu ke Pejabat Pos, tetiba terpandang petugas MBKT sedang mengait billboard berkenaan. Geram, terus parking motor dan menguit bahu petugas berkenaan dan minta dihentikan perbuatan terbabit. Dengan memberi alasan sudah mendapat kebenaran SPR, aku segera minta berjumpa ketua operasi.
Dalam perjumpaan dengan ketua operasi tersebut, dia mengatakan mendapat arahan SPR dan sudah dimaklumkan kepada Pemantau Pilihan Raya bagi pihak PAS. Apabila mendapat tahu hal itu, maka aku segera minta petugas terbabit terus berhenti dari membuang billboard berkenaan.
Dengan beberapa individu yang datang kemudian, kami sepakat untuk tidak membenarkan operasi terbabit diteruskan. Aku kemudian melilau mencari poster dan banner UMNO untuk minta diturunkan. Dah nasib aku agaknya, di tepi kira-kira 5 meter sahaja dari billboard berkenaan terdapat poster yang biadab dari UMNO (gambar poster yang sedang dibuang oleh MBKT).
Aku segera memanggil ketua operasi tadi dan bertanyakan kenapa poster yang jahat sebegitu tidak dibuang? Dia segera memberi alasan akan turut membuangnya, tetapi selepas selesai billboard PAS. Suatu alasan yang bodoh aku kira. Bayangkan dengan petugas kira-kira 20 orang (2 buah van), yang mengait billboard PAS berkenaan hanyalah 2 orang sahaja. Apa salahnya sekiranya yang lain mencabut poster jahat BN berkenaan. Terus sahaja aku meluahkan rasa kesal aku depan-depan pegawai yang berkenaan. Terdiam dia.
Nada aku, aku cuba kawal seadanya. Kemudian ada penyokong PAS yang berada di situ mula marah-marah kepada pegawai berkenaan. Dia berang dan minta supaya bercakap dengan nada yang elok.
Apabila aku lihat semakin ramai yang mengerumuni kawasan berkenaan, aku kira tak perlu lagi aku berada di situ. Kebetulan juga aku masih ada urusan yang mesti diselesaikan segera. Tidak mahulah gambar-gambar aku diambil wartawan. Nanti apa kata staf-staf pejabat.
Wallahua'lam.
Nota: Pagi ini, aku dimaklumkan gurindam-gurindam rasuah oh rasuah yang berbentuk kain rentang banyak yang sudah dibuang awal pagi tadi. Aku tidak pasti samada polis atau petugas BN yang menjalankan operasi ini. Apapun, nampaknya mereka takut dengan isu rasuah yang dimainkan tersebut.
1 comment:
itu je laa yg mampu umno BN buat...diorang tak pikir ke perbuatan mereka tu jahat dan dapat mengalih pandangan mata rakyat terhadap mereka....takutnye umno pd kekalahan
Post a Comment