02 January 2009

YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut Pilihan yang tepat!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mungkin bagi kebanyakan orang yang berada di luar Terengganu, pemilihan YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dilihat sebagai suatu keputusan yang silap. Namun, bagi penduduk dan pengundi di Kuala Terengganu ini khususnya, pemilihan yang dibuat tersebut adalah pilihan yang tepat dan mampu memenuhi kehendak ramai.

Tuan Guru Presiden PAS ketika mengumumkan menyebut Hj Wahid sebagai mewakili golongan muda dan tua. Umur 52 tahun ketika ini benar-benar dilihat sebagai umur pertengahan apabila wujud polemik tersendiri terhadap calon muda dan tua. Bagi golongan muda, calon muda menjadi taruhan kerana mahukan calon yang segar, manakala golongan tua mahukan calon lama yang berpengalaman. Hj Wahid memiliki kedua-duanya.

Hj Wahid berkelulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi kerusi Dun Wakaf Mempelam dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,193 mengalahkan calon BN, Othman Awang. Hj Wahid memperolehi 9,645 manakala Othman mendapat 7,452.

Kerusi Wakaf Mempelam sudah 5 kali ditandingi beliau dan tidak pernah sekalipun tewas. Dalam PRU 12 lalu, majoriti yang diperolehi di Dun ini mengatasi YB Dr. Syed Azman di Dun Batu Burok dan YBM Dato' Tengku Hassan di Dun Ladang. Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dun yang mana satu daripadanya dimenangi BN di Dun Bandar. YB Hj Wahid juga pernah menjadi Exco ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 - 2004.

Walaupun terkenal di Kuala Terengganu atas sifatnya Wakil Rakyat dan YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu, populariti Hj Wahid di peringkat nasional lebih terserlah di Youtube. Rakaman Sidang DUN Terengganu pada penggal lalu menyaksikan bagaimana Hj Wahid mendepani Adun-adun BN termasuk Dato Ahmad Said sendiri yang kini menjadi MB Terengganu.



Mengikut pemerhatian aku pemilihan ini memang tepat walaupun menafikan beberapa nama lain. Namun, inilah strategi dan buah pulas pertama yang PAS berjaya berikan kepada Jentera BN. Ketika mana BN dan SB sudah mula membuat onar dan menabur hasutan sokongan terhadap calon tertentu, pemilihan Hj Wahid telah memberi tamparan yang hebat kepada lawan!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

amdang: Di saat ada yang cuba memperlekeh kepimpinan Ulama', TG Presiden dengan penuh tanggungjawab membuat keputusan yang tepat dan memberikan senyuman kepada semua jentera PAS Terengganu.

2 comments:

Anonymous said...

Salah satu komen awak dalam blog

"Umno membangunkan Agama? Apakah Islam Hadhari itu suatu agama?"

Awak ni kurang membaca. Awak sudah baca ke risalah penerangan dari JAKIM tentang apa itu Islam Hadhari. Itu adalah strategi membangunkan Islam, bukannya Islam baru.

Saya cadangkan awak berhenti dahulu membuat posting blog, pergi dalami ilmu agama dahulu, khatam al-quran 2 hingga 3 kali, baca buku ilmiah, dan beristigfar banyak2 banyak kerana apa yang awak tuliskan akan ditanya oleh Allah adakah kamu mempunyai ilmu yang betul untuk disebarkan atau hanya tin kosong.

Ok saudara, belajar-belajarlah..

amdang81 said...

Jangan cepat melenting saudara.

Agaknya saudara hanya membaca sahaja buku-buku, tapi langsung tidak masuk ke dalam masyarakat. Tidak mendekati masyarakat.

Tahukah saudara Islam Hadhari itu telah menyebabkan ramai beranggapan Islam selama ini tidak betul?

saya suka sebut di sini seorang Artis mahu buat cukur kepala anaknya dengan alasan ianya bertepatan dengan Islam Hadhari yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia. Ini tertulis dalam Surat Khabar.

Islam Hadhari juga telah menghalalkan percampuran Halal dan Haram. Lihat sahaja bagaimana sekumpulan manusia begitu bertudung kepala apabila masuk masjid, ada kematian, ada urusan agama dll. Tapi bila di tempat umum dan sebagainya kepala mereka kembali tiada tudung.

Lihat pula bagaimana Islam Hadhari begitu menyebabkan Umat Islam memisahkan kehidupan Umat Islam dari dosa dan pahala. Bagaimana mungkin seorang Umat Islam itu tidak tahu bahawa mengundi itu akan diberikan dosa dan pahala?

Amdang: Patutlah, saudara berasal dari Melaka. ;)