27 July 2008

Memahami Politik TG Nik Aziz

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t

Aku semalam menghadiri satu program yang dinamakan Medan Pemuda Islam Batu Rakit atau singkatannya Membara '08. Program ini adalah kali ketiga dianjurkan oleh Pemuda Dun Batu Rakit dan menjadi program tahunan pemuda dun berkenaan. Apa yang menarik perhatian aku semalam selain acara bola sepak 5 sebelah dan tarik tali, aku turut tertarik dengan sehelai T-shirt yang tertera gambar TG Nik Aziz.

"Satu dalam sejuta". Itulah tulisan yang dimaksudkan pada gambar TG Nik Aziz pada T-Shirt berkenaan.

Semalam TG Nik Aziz dipetik sebagai berkata "Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru". Adapun, parti baru itu perlu berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Sekali pandang, macam bubar Pas dan Umno, Umno dan Pas berpakat atas satu parti baru je. Tetapi jika dua kali pandang, bubar Umno, Umno masuk Pas je.

Aku cukup suka politik TG Nik Aziz! :)

1 comments:

P.E.M.A.N.T.A.U said...

cara politik Nik Aziz dikagumi bukan saja olleh orang PAS tapi juga BN. saja dia orang x nak beritahu. Lupakan muzakarah dia timbulkan isu satukan parti politik.. mesti Paklah terkedu dengar cadangan TGNA. mana ada pemimpin UMNO sanggup bubar parti join parti baru. Takut hilang pangkat..bayar beribu2 ringgit nak lobi musim pemilihan lepas tu bubarkan parti,kan masa ni musim pemilihan...satu serangan serampang dua mata oleh TGNA.

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks