Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.
Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).
Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.
Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan - remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih kurang jumlah yang sama - 5,102 atau 80 peratus - menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut - untuk mendapatkan simpati masyarakat.
Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.
Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.
Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".
Sumber: Malaysiakini.
3 comments:
AKU DAH NAIK MUAL DENGAN POLITIK MALAYSIA SEKARANG. LANTAKLAH KORANG. APA BOLEH AKU BUAT SELAIN DARI TERIMA HAKIKATNYA. NAK TAK NAK TERPAKSA HIDUP CARA BEGINI. TERPAKSA JUGA TELAN SEMUA INI. WHAT CHOICE HAVE GOT, WAHAI RAKYAT. CONTINUE KIRA BERAS KAT RUMAH. BIARLAH DIOARANG TU KIRA WANG HARI2. JAGALAH PERIOK NASI SENDIRI SELAGI BOLEH. HENTIKAN MENYALAK BUKIT. SAMPAI MASANYA KITA MAMPUS JUGA.
Salam bro...
gua cilok artikel ni.
Bro.. ni la dikatakan MONEY TALKS.. Duit boleh beli apa sahaja.. kuasa, kehidupan, maruah...
Post a Comment