04 May 2010
Pembunuhan Aminulrasyid: Salahkan Yang Bersalah!
27 April 2010
"Jangan Bergerak! Jika Tidak Saya Tembak!"
02 February 2010
Gaji Naik:Kerana Ada Anggota Mabuk dan Tidak Solat?
Berita sebelumnya: Tidak Pernah Solat, Minum Arak
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan akan mengumumkan kadar baru gaji dan elaun anggota polis berpangkat sarjan ke atas, yang mampu meningkatkan taraf hidup anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein esok.Melalui skim gaji dan elaun baru tersebut, pegawai polis berpangkat inspektor dijangka menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula bakal menikmati imbuhan lebih RM2,000 sebulan.
Kenaikan terbesar melibatkan inspektor baru yang akan menerima gaji permulaan RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini, di samping kenaikan beberapa imbuhan lain seperti elaun rumah dan elaun sara hidup.
Pemegang diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500. Gaji pangkat sarjan sebelum ini ialah RM890.
Peningkatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. Dengan pengumuman kenaikan itu, kesemua anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat ‘durian runtuh’ melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut.
Hishammuddin ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara itu esok.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, anggota polis berpangkat sarjan, inspektor dan pegawai kanan akan menerima kadar gaji dan elaun yang tinggi melalui skim gaji baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Laporan itu menyebut, skim gaji baru itu telah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan disokong oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi tidak menafikan atau menidakkan laporan tersebut sebaliknya enggan memberikan ulasan lanjut.
“Jika apa yang dilaporkan akhbar itu benar, benar lah. Jika tidak benar, maka tidaklah.
“Saya tidak boleh ulas lanjut. Tunggulah sidang akhbar yang akan diadakan.
“Perkara itu (kenaikan gaji dan elaun) masih dalam perbincangan dengan pegawai-pegawai,” katanya.
19 January 2010
Tidak Pernah Solat, Minum Arak! - Saksi Tragedi Batu Buruk
"Saya tidak pernah solat!" Itulah antara jawapan yang diberikan oleh Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar (Gambar) antara saksi utama Tragedi Berdarah Batu Buruk, semalam.
Wan Aziz Wan Omar adalah anggota polis berpangkat Konstabel ketika itu yang melepaskan tembakan dan mengenai Suwandi dan Azman yang sedang dibicarakan. Sebelum itu Wan Aziz menjawab pertanyaan peguambela yang bertanyakan apakah dia tidak bersolat Maghrib memandangkan dia berada di tempat kejadian sejak petang.Wan Aziz juga membuat pengakuan bahawa dia seorang peminum arak. Bagaimanapun dia mengaku melakukan perbuatan tersebut diluar waktu bertugas.
Dalam tragedi 2 tahun lalu itu, Suwandi mendakwa beliau telah ditembak secara berdepan oleh Wan Aziz, yang berlari dan kemudian berpusing untuk melepaskan tembakan kearahnya. Bagaimanapun, Wan Aziz mendakwa, beliau terjatuh dan ketika itu melepaskan tembakan.
Menurut salah seorang pasukan peguambela Mohd Kamaruzaman Wahab, beliau yakin kes ini dapat dimenangi nanti, insyaAllah.
21 July 2009
Maaf, hanya artikel berkenaan ISA sahaja!
Sehingga 1 Ogos, blog ini akan memuatkan artikel berkenaan Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini sahaja. Artikel-artikel lain akan termuat sekiranya benar-benar penting macam cerita Balqis atau lain-lain yang difikirkan sesuai.
Jom turun!!!
Wallahua'lam.
Nota: Balqis tidak akan mengikuti Himpunan Mansuhkan ISA memandangkan dia mengalami sedikit kegatalan. Bimbang jika terkena air asid akan menambahkan kegatalan tersebut. Bagaimanapun sokongan untuk ABI akan terus diberikan. ;)
09 May 2009
Cadangan Himpunan 1Black Malaysia
Pertamanya aku berharap penulisan aku ini tidak menyebabkan aku ditangkap seperti Mat Sabu. Bukan apa, aku kesian kepada polis. Penat- penat tangkap, lepas tu terpaksa lepas kerana tidak berjaya mendapat perintah tahanan. Abang Mat juga untung sebab berjaya meningkatkan populariti di saat pemilihan nak berlangsung dan makan free!. (Gurau je nih)
Idea ini sebenarnya sudah lama dibincangkan. Namun, aku tidak tahu sejauh mana idea ini selamat, aman dan makmur dari gangguan polis. Bukan apa, jika memakai baju hitam sudah dianggap suatu kesalahan, aku tidak nampak lagi di mana untuk ada demokrasi di Malaysia ini. Kata seorang sahabat yang juga seorang lawyer, polis peduli apa. Dia akan tangkap dan belasah dulu. Sah atau tidak itu kemudian kira!
Aku suka jika himpunan 1Black Malaysia ini menggabungkan 3 isu utama yang diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Pertamanya isu PPSMI yang didolak-dalih oleh Muhyidin Yassin, keduanya isu Mansuhkan ISA dan ketiganya BERSIH dalam menuntut pilihan raya semula di Perak.
Cadangannya, himpunan itu diadakan dalam bentuk perkelahan keluarga dan sahabat-sahabat. Setiap negeri memilih 2 lokasi perkelahan / rekreasi yang mampu menampung bilangan pengunjung yang ramai dan berada di lokasi strategik. Satu tarikh dipilih (cadangan Sabtu) bagi memastikan himpunan itu berjalan serentak seluruh negara. Masa pula sudah tentu awal pagi bagi acara perkelahan.
Tiada sebarang aturcara, tiada sebarang ucapan, tiada sebarang sepanduk. Apa yang diperlukan hanyalah pakaian HITAM sebagai menyatakan bantahan. Masing-masing keluarga dengan bekal masing-masing, dengan aktiviti keluarga masing-masing. Jika yang mahu mandi-manda, jangan lupa pakai seluar mandi / pakaian mandi HITAM!
Selain menyatakan sokongan kepada 3 perkara di atas, himpunan yang dirancang ini juga sebagai menyahut salah satu usaha kerajaan bagi Zoom Malaysia. Melawat tempat-tempat menarik dalam negara dan menanam cintakan negara.
Himpunan yang santai ini bukan setakat boleh dibawa anak kecil, malah boleh dijadikan 'himpunan dalam himpunan' bagi pihak yang mahu adakan reunion sekolah, IPT dan sebagainya. Ukhwah dapat ditingkatkan, perpaduan akan terlaksana. Bukankah itu antara matlamat 1Malaysia?
Akhirnya, jangan lupa bawa 1Plastik Sampah bagi mengisi sampah setelah berkelah. Pelihara alam sekitar dan jagalah kebersihan. Jika tidak himpunan BERSIH menjadi 'hitam' dengan sampah.
Itulah sahaja satu cadangan yang terlintas dan pernah disyorkan sebelum ini. Dilontarkan kembali kerana sudah lama tidak keluar berkelah. Kesibukan hujung minggu memaksa perkhelahan dilakukan di dapur rumah sahaja. Juga tetiba terasa mahu mengikuti himpunan. Wallahua'lam.
Nota: Aku percaya dengan sangkaan yang amat buruk terhadap polis, bahawa polis akan tetap adakan sekatan jalan raya, menahan pemakai baju hitam dan sebagainya. Namun, kita masih boleh mencuba melihat sejauh mana patriotiknya polis kita terhadap UMNO dan BN.
Polis Terengganu Kluk Klek!
Aku tinggalkan seketika isu di Perak. Memang di sana sudah jelas lagi bersuluh bagaimana polis telah diperkudakan UMNO / BN bagi merampas sidang Dun Perak. Tapi ini cerita di Terengganu. Cerita bagaimana kenyataan polis boleh 'bertukar' kerana 'politik' UMNO / BN.
Kira-kira dua minggu lalu, polis telah menafikan laporan beberapa akhbar yang mendedahkan bahawa Dr Ramzi dikehendaki pihak polis. Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, polis negeri kesal dengan tindakan beberapa akhbar yang menyiarkan laporan itu.

Keratan Utusan Meloya Online (25 April) ketika polis dikatakan mencari Ramzi. Bagaimanapun polis kemudian menafikannya.
Keratan Berita Hairan Online yang menafikan Ramzi dicari polis. (jika tidak silap 26 April 2009)Hari ini polis sekali lagi mengeluarkan suatu kenyataan mencari Dr Ramzi yang merupakan orang kanan Idris Jusoh. Ini sekaligus membenarkan apa yang pernah diperkatakan akhbar sebelum ini. Pelik, kenapa perlu ada penafian tentang Dr Ramzi yang dikehendaki membantu siasatan sebelum ini.
Mungkin semua ini ada kaitan dengan siapa yang berkuasa. Jika ketika isu 'SMS ugut' berlaku, Ahmad Said dilihat berada di sebelah pihak yang defensif. Idris dilihat 'berkuasa' ketika itu. Bagaimanapun, kemudiannya setelah UMNO Terengganu diletakkan di bawah Hishamuddin, maka 'kuasa' tersebut dilihat kurang pada Idris Jusoh.
Ini mungkin dapat dikuatkan lagi dengan Khutbah Jumaat di Terengganu pada hari ini bercerita tentang SMS fitnah. Melalui khutbah tersebut imej Ahmad Said aku percaya akan dapat diperbaiki. Tapi, akan tertangkapkah penyebar SMS tersebut?
11 February 2009
Larangan Ceramah di Perak: Bukti BN Pengecut.
Takutnya BN dengan situasi apa yang sedang berlaku di Perak. Terbaru dikatakan ceramah politik pula yang dihalang di sana. Setahu aku parti-parti seperti PAS, PKR dan DAP sahaja yang biasanya mengadakan ceramah. UMNO dan BN pula biasanya melalak di kaca TV, radio dan surat khabar. Apakah relevannya arahan larangan ini?
Akhbar Harakah, Suara Keadilan sudah menjadi mangsa dirampas di pasaran. seolah-olah tidak cukup dengan rampasan sebuah kerajaan, maka dilakukan lagi rampasan demi rampasan. Mungkin juga tanah-tanah yang telah diserahkan kepada rakyat miskin oleh Kerajaan Perak Pakatan Rakyat Yang Sah juga akan dirampas sebagaimana berlaku di Terengganu?
Demokrasi makin hilang. Kuasa si penguasa terus ditunjukkan. Polis seolah-olah (bukan seolah-olah!!! memang pun!!) menjadi alat bagi mereka melindungi kuasa. Sultan dipergunakan sebegitu rupa. Sungguhlah hayat BN dan UMNO sudah hampir kepada hujungnya.
Mahu sahaja aku cadangkan dibuat laporan polis kepada Ketua Polis Negara. Kenapalah suatu larangan yang bersifat tidak demokratik itu boleh difikirkan. Sepatutnya arahan yang dikeluarkan adalah "semua pihak hendaklah tidak bercakap apa-apa berkaitan negeri Perak". Barulah adil dan saksama. Media dilarang menemubual, mengulas dan membuat sebarang laporan berkaitan negeri Perak. Jika yang dilarang sebelah pihak, memang nampak sangat pun Polis ini berat sebelah.
"Maaf Dato', kami hanya menjalankan tugas." Inilah jawapan yang akan diberikan mereka selalunya.
p/s: Mengikut Hanifa Maidin, ceramah ni tak perlu permit pun. Buat jer. Hak kita untuk berhimpun. Setakat hari ini belum pernah rasanya yang ditahan dalam kes ceramah tanpa permit kalah di mahkamah.
11 January 2009
Jangan politikkan...
Antara kelakar dan tidak. Mari sama-sama kita lihat politik yang ada di negara kita ini. Dalam sedar dan tidak perkara ini berlaku kepada semua samada kerajaan mahupun tidak. Apakah ini suatu demokrasi? Itu tidak boleh dipolitikkan, ini tidak boleh dipolitikkan. Apakah garis panduan khusus yang ada bagi menentukan sesuatu perkara itu tidak boleh dipolitikkan atau tidak. Dan apakah pihak lawan akan akur apabila dikatakan jangan dipolitikkan sesuatu isu terbabit?
1. Jangan politikkan harga barang mahal - Datuk Shahrir Samad.
2. Jangan politikkan isu kehadiran Polis di Kuala Terengganu - KP Terengganu, Datuk Mohd Syukri Dahlan.
3. Jangan main lagi isu Royalti - MB Terengganu, Dato Ahmad Said
Sekadar menyebut beberapa contoh dari pihak kerajaan dan polis. Namun, biasanya apa yang dilarang itu adalah yang akan terus dibuat dan dilakukan. Bukan kerana degil atau keras kepala, namun kerana yakin dan percaya ada sesuatu yang mahu disembunyikan disebalik larangan tersebut.
Wallahua'lam.
amdang: Jangan serang peribadi Wan Farid, nanti habis terlondeh semua!!
04 January 2009
Kuala Terengganu: Bandaraya Polis Pesisir Air
Hari ini aku memandu ke pejabat dengan seribu satu rasa. Aku pandang kiri kanan, pandang atas bawah. Terasa semacam di sebuah kota yang cukup asing. Jalan raya yang biasanya tidak terlalu sibuk, kini sudah mula memperlihatkan gerakan yang perlahan dan lambat. Aku membayangkan keadaan akan bertambah teruk bilamana menjelang hari penamaan calon nanti.
Mengikut laporan akhbar, seramai 6000 anggota polis telah ditempatkan di Bandaraya Kuala Terengganu. Angka itu mungkin dimaksudkan kepada anggota polis yang beruniform lengkap. Maklumat dari sumber-sumber lain mengatakan 20 000 anggota polis telah berada di Kuala Terengganu termasuk dengan Special Branchnya sekali.
Di beberapa sudut di tepi jalan ditempatkan kanopi-kanopi yang diberi nama "pondok polis". Aku tidak tahu berapa banyak kanopi-kanopi sebegini diletakkan di bandaraya ini. Sepanjang jalan ke pejabat sahaja aku terpaksa menempuh 4 pondok polis sebegitu rupa.
Dalam sesi ronda-ronda di bandaraya ini, aku mengenalpasti 4 buah kanopi yang layak digelar "Istana Polis" jika kanopi-kanopi tadi dinamakan pondok. Di hadapan Balai Polis Chendering, Padang Bola MBKT, Pantai Batu Burok dan di Pengadang Baru. Dimaklumkan "Istana Polis" ini disewa dengan harga RM 1 juta sebuah dan siap dengan aircond.
Bagi mencukupkan jentera dan anggota, unit Udara Polis juga berkeliaran di langit sana dengan "Pepatung Besi". Mundar-mandirnya seolah-olah bandaraya ini perlu perhatian yang melampau layaknya. Seolah-olah pondok-pondok polis yang bertaburan itu tidak cukup dalam menyampaikan maklumat.
Terfikir pula, apakah Pilihan Raya merupakan suatu perintah darurat sehingga begini ketat kawalan ke atas penduduk bandaraya ini. Sekali pandang, semacam mahu diadakan pemilihan Ketua Polis layaknya.
Aku percaya lambakan pasukan polis ini sengaja diletakkan bagi mewujudkan tekanan kepada pengundi dan juga lawan kepada BN. Apatah lagi Wan Farid masih Timbalan Menteri yang bertanggungjawab kepada Polis. Wan Farid juga ada kes merencana Tragedi Berdarah Batu Burok dan sehingga hari ini belum menyahut cabaran bersumpah menafikannya.
Wallahua'lam.
amdang: Siapa nak jalan depan rumah dia diturap dengan TAR baru, pakat-pakatlah gantung bendera BN.
17 December 2008
Baiknya Bapak Polisi Kita.
Ramai barangkali mudah salah sangka dengan Bapak-bapak Polisi kita. Apatah kerana seorang dua yang makan rasuah, seorang dua yang memukul tahanan, seorang dua yang mengedar dadah, seorang dua yang menembak rambang, seorang dua yang berkata 'bodoh', seorang dua yang macam-macam itu, maka kita mahu menghukum keseluruhan Bapak Polisi itu jahat, kejam dan zalim? Jangan sekali-kali.
Terbaru dikhabarkan sebilangan anak-anak remaja yang tidak tahu apa-apa 'diselamatkan' oleh Bapak Polisi bilamana anak-anak ini mengikut sekumpulan penunggang basikal JERIT. JERIT ini bukanlah kumpulan yang berbasikal sambil merempit. JERIT ini juga tidak berbasikal sambil berteriak sana dan sini.
JERIT adalah Jaringan Rakyat Tertindas. JERIT berbasikal bagi meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat terutamanya mereka yang belum ditindas, atau yang tertindas tetapi masih belum disedari. Itu tujuan JERIT berbasikal.
Berbalik kepada budak-budak yang 'diselamatkan' Bapak Polisi tadi. Kata Kepala Bapak Polisi di Selangor, JERIT mempergunakan kanak-kanak. JERIT salah kerana berhimpun tanpa permit. Budak-budak itu 'diselamatkan' kerana mereka bawah umur. Bukankah baiknya Bapak Polisi kita?
Cuma mungkin baik Bapak Polisi kita belum menyeluruh. Nun jauh di tepi jalan ramai anak-anak muda yang berkumpul bersorak tanpa arah dibiarkan bebas. Jika malam minggu lihatlah betapa ramainya anak-anak muda yang tidak meminta izin keluarga untuk berpeleseran di mana-mana di bawah sinar lampu. Namun mereka tidak pula diselamatkan.
Mudah disimpulkan baik Bapak Polisi kita ini bertempat. Jika perbuatan baik sekalipun yang dilakukan, namun tidak serasi dengan pemikiran Kepala Kerajaan, maka sudah tentu mereka itu akan ditangkap dan diajar. Mungkin takut mereka yang muda-muda sudah ikut dengan perjuangan, maka besar nanti bakal menjadi Bapa Penentang.
Wallahua'lam.
06 October 2008
Bongkar: Fakta Sebenar Disebalik Insiden Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan !!
Satu syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita "Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan". Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu?. Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya ketika diluar tugas rasmi. Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah "mirip" kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu. Beliau juga dikatakan telah membuat tembakan rambang dan membahayakan orang awam. Tiada apa yang berlaku, namun disebalik kisah tersebut tersembunyi sebab musabab kenapa Prebet Adam melakukannya. Ini kerana tekanan perasaan dan jiwa akibat "adiknya" yang dikatakan meninggal dunia gara-gara penangan "orang ternama". Apakah kes terbaru ini juga sama seperti yang pernah berlaku itu. Segala persoalan masih bermain difikiran ramai orang terutamanya para penduduk dan orang awam yang berada di tempat kejadian tempohari.Pihak kami telah menjalankan risikan "kisah sebenar" kejadian ini dari kacamata orang awam. Ini kerana kami tidak yakin dengan laporan media arus perdana. Tambahan pula kebanyakan wartawan yang terbabit hanya mendapatkan maklumat dan gambaran kejadian ini daripada pihak polis semata-mata. Ini maknanya ada fakta-fakta kes yang tidak diketahui umum. Justeru itu pihak kami mengambil peluang ini untuk membuat "pembongkaran" tentang isu ini. Bukanlah tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak. Namun kejadian ini sebenarnya harus dipandang dari sudut keselamatan orang awam. Apa yang dapat dilihat sekarang ialah pihak berkenaan lebih menyalahkan anggota polis terbabit dan mengaitkan beliau dengan "masalah mental" dan "ajaran sesat". Lantaran itu, anggota polis terbabit telah dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Lipis dan khabarnya kini dibawa pula ke Hospital Bahagia Tangjung Rambutan untuk menjalani ujian mental. Sebaliknya "mental orang awam" yang tertanggu dengan kes ini tidak didedahkan kepada khalayak ramai. Malahan pihak media juga seolah-olah dihalang untuk melaporkan berita sebenar tentang kejadian ini. Justeru itu kami lampirkan gambarfoto yang sempat diambil pada pagi kejadian oleh krew Pahang Daily yang sempat berada dilokasi kejadian. Kebanyakan media melaporkan fakta yang salah dalam insiden ini. Lihat laporan ini:
Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan Akibat Tekanann
KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis melepaskan 58 das tembakan ke udara dipercayai akibat mengalami tekanan dalam satu kejadian di Kampung Selendang, Padang Tengku, Kuala Lipis. Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Abdul Razak Hassan berkata, anggota polis berusia 22 tahun itu bertindak demikian pada pukul 6.30 pagi di kawasan berhampiran satu tanah perkuburan Islam. "Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penempatan agak jauh dari kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Ketika kejadian, hanya anggota berkenaan yang berada di tempat itu. Katanya, anggota polis itu yang baru berkhidmat selama tiga tahun, turut melepaskan tiga das tembakan ke arah keretanya sendiri. Beliau berkata anggota polis itu membawa pulang pistol yang sepatutnya ditinggalkan di tempatnya bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan. Anggota polis itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan polis masih menyiasat punca dia bertindak demikian, kata Abdul Razak. -BERNAMA
Ada beberapa perkara dan fakta yang telah disalah lapor oleh pihak media berhubung dengan kejadian sebenar insiden ini, iaitu ;-
Bukan Pistol, 2 Buah Raifel M15 Juga Digunakan
Untuk makluman kes tersebut melibatkan seorang anggota polis
yang berumur 22 tahun dan bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan. Menurut maklumat beliau dikatakan dalam perjalanan ke satu tempat untuk melakukan "jihad", lantaran itulah beliau membawa begitu banyak senjata. Beliau menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran BDC7918. Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel M15 (Sila lihat foto) serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2 set peluru M15 yang masih belum digunakan. Disamping itu juga beliau turut membawa kayu belantan, beberapa buah kitab dan lain-lain barangan yang dipercayai untuk tujuan "jihad" berkenaan. Beliau dikatakan dalam perjalan ke sebuah lokasi berhampiran Padang Tengku-Merapoh yang dikenali sebagai "Bukit Tujuh". Laporan polis mengatakan suspek hanya membawa pistol adalah tidak benar sama sekali. Mana mungkin pistol boleh mengeluarkan sehingga 58 das peluru ditembak ke udara?.Kami difahamkan tempat berkenaan adalah satu "kawasan keramat" yang biasanya dikunjungi oleh mereka-mereka yang ingin menjalankan aktiviti "pembomohan". Kawasan ini dikatakan menjadi tempat pemujaan dan amalan syirik. Banyak kejadian misteri yang dialami oleh mereka-mereka yang pernah melalui kawasan ini, termasuk diganggu makhluk halus ataupun jin. Malahan, jika berlaku kerosakan kereta dikawasan terbabit, maka tiada sesiapa pun penduduk kampung yang berdekatan berani membuka pintu kiranya anda memerlukan bantuan. Itu cerita orang-orang kampung sekitar Bukit Tujuh. Ini bermakna tempat itu penuh dengan misteri.
Kesalahan Lokasi dan Masa Insiden Diselesaikan
Difahamkan kejadian sebenar berlaku bukanlah di Kampung Selendang seperti yang dilaporkan oleh semua media arus perdana. Insiden berkenaan berlaku di Kampung Teha, Mukim Gua, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang. Kampung Selendang adalah lokasi surau yang berdekatan dan menjadi tempat perhimpunan orang awam. Mungkin wartawan terbabit hanya singgah disitu dan tidak pergi ke lokasi kejadian sebenar seperti kami. Laporan media juga menyebut kejadian itu dapat diselesaikan dalam masa 15 minit, walhal sebenarnya fakta itu adalah salah dan kemungkinan besar mereka hanya mendapatkannya daripada pihak polis. Sebenarnya kejadian itu bermula sejak jam 6 pagi lagi dan berakhir hampir 2 jam kemudian. Ini menyebabkan penduduk setempat berada didalam ketakutan ketika solat sunat Aidil Fitri. Difahamkan kereta yang dinaiki oleh anggota polis terbabit telah kehabisan minyak dan terhenti dikawasan berkenaan. Lihat foto dibawah yang diambil dari lokasi kejadian.
Suspek Dalam Tugas Dan Memakai Seragam Polis
Kejadian ini sebenarnya menyebabkan orang awam semakin takut dengan pihak polis. Persoalan yang timbul bagaimana suspek terbabit boleh bergerak sejauh itu dengan membawa banyak senjata berbahaya didalam kenderaan mereka. Bahkan ia boleh mengganggu ketenteraman awam. Bayangkan sekiranya tembakan yang dibuat mengenai penduduk tempatan. Kami difahamkan terdapat 3 buah kenderaan yang terkena tembakan. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa. Bahkan ada mangsa penduduk tempatan yang hampir "maut" bila peluru tembakan berkenaan benar-benar melalui atas kepala beliau. Mujurlah beliau menundukkan kepalanya. Bukankah ini berbahaya kepada orang awam. Soalnya sekarang, apa yang dibangkitkan hanyalah isu "Suspek dipercayai kurang siuman". Sedangkan nyawa penduduk tempatan sebenarnya ramai yang hampir melayang gara-gara kelewatan dan kegagalan pihak polis dalam kes ini. Antara kegagalan pihak polis ialah :-
- Gagal memastikan suspek terbabit bertugas di balai terbabit (Balai Polis Simpang Durian, Jelebu) Hinggakan beliau boleh keluar sejauh itu dengan membawa senjata berbahaya.
- Gagal mengawal keluar masuk senjata di balai tempat suspek bertugas. Ini menyebabkan suspek boleh mengambil senjata dan peluru sesuka hati tanpa ada sebarang sekatan daripada mana-mana pihak untuk tujuan "jihadnya" itu.
- Gagal memastikan keselamatan orang awam. Laporan dibuat tetapi polis menganggap ianya adalah "lawak jenaka", akhirnya pengadu terpaksa membawa anggota polis terbabit ke tempat kejadian. Hanya dua orang anggota yang bertugas di Balai Polis berhampiran. Akhirnya bantuan 3 anggota terpaksa dihantar dari Balai Polis Lipis, itu pun sudah terlambat ketika ada kenderaan orang awam yang sudah ditembak.
- Gagal membuat sekatan jalanraya, dan memeriksa senjata yang dibawa dari Negeri Sembilan hingga ke Pahang. Bukankah banyak terdapat "roadblock" di musim perayaan.
- Ketika suspek melepaskan tembakan hanya seorang anggota polis ditempat kejadian. Tiada sekatan untuk melencongkan pengguna jalaraya dari melalui jalan berkenaan. Akibatnya terdapat tiga kenderaan yang cuba melalui kawasan terbabit telah ditembak oleh suspek. Mujurlah tiada nyawa yang terkorban. Hanya orang awam yang menjaga dan menghalang kenderaan melalui jalan berkenaan. Mungkin polis ramai yang bercuti raya.
- Laporan polis yang memutar belit fakta mengatakan tiada penempatan awam, hanya guna pistol dan tiada orang awam yang ditembak adalah amat mengecewakan. Padahal ada rumah yang jaraknya tidak sampai 100 meter dari tempat kejadian. Kesemua keluarga dalam rumah terbabit terpaksa melarikan diri dalam ketakutan untuk menyelamatkan diri kerana takut ditembak. Tambahan pula terdapat peluru yang dihalakan ke rumah mereka. Ini jelas sekali mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan keluarga terbabit "trauma" dengan kecuaian pihak polis ini.
- Pihak polis gagal mengenalpasti anggota mereka yang bermasalah seperti ini. Suspek tidak mengalami masalah kewangan kerana buku bank yang turut terdapat dalam kenderaan beliau menujukkan baki simpanan sebanyak RM12,000. Ini bermakna suspek adalah seorang yang penjimat dalam usianya baru mencecah 22 tahun itu.
Susulan daripada terbongkarnya fakta sebenar kes ini, maka pihak kami mendapati polis sengaja melaporkan cerita yang berbeza kepada apa yang sebenarnya berlaku. Seolah-olah kes ini tidak melibatkan keselamatan awam, walhal perkara sebaliknya berlaku. Mujurlah Krew Pahang Daily antara yang paling awal sampai ditempat kejadian ketika ia masih berlaku. Justeru itu kami bertanggungjawab atas laporan ini. Kreadibiliti pihak polis perlu diperbaiki, laporan yang salah menyebabkan penduduk setempat kecewa dengan kejadian ini. Mereka tahu apa yang berlaku di kampung mereka ketika kejadian. Sebelum ini sudah banyak kejadian senjata dibawa keluar tanpa rekod dan pengetahuan pihak terbabit, namun kes kali ini dianggap paling serius kerana tembakan rambang terhadap orang awam sebenarnya berlaku. Media arus perdana juga sengaja memutar belitkan laporan ini. Kami menyeru supaya pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian perkara seperti. Jangan biarkan ia berlaku lagi. Bayangkan jika suspek pergi menyerang ditempat awam, sudah pasti banyak mangsa yang akan terkorban dalam kes ini. Maka itu, adalah wajar suspek ditahan ISA atau terus didakwa di mahkamah kerana beliaulah yang telah mengganggu ketenteraman awam dan melakukan huru-hara secara jelas didepan mata. Apa yang ditunggu lagi oleh pihak polis dan kerajaan Malaysia. Tindakan menghantar suspek ke Tg.Rambutan adalah satu alasan untuk melarikan diri daripada cerita sebenar kes ini dari pandangan mata rakyat. Tunjukkan sikap profesional dalam kes ini sama dengan apa yang berlaku kepada Raja Petra yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam.
[Pahang Daily mengucapkan syabas kepada 3 orang anggota polis dari Balai Polis Lipis yang lebih cekap dan berani mengawal keadaan. Jika tidak sudah pasti kes ini akan terus berpanjangan. Kepada keluarga dan mangsa yang terbabit dalam insiden ini, harap bersabar dengan dugaan yang melanda. Semoga kes ini akan memberi pengajaran kepada kita agar lebih berwaspada dan berhati-hati dengan sesuatu kejadian].
Amdang: Aku tetap tidak berkenan penggunaan ISA terhadap mana-mana pihak selagi mana ianya bersifat TAHAN TANPA BICARA!
20 August 2008
Datuk Wira Ayob Yaakob: Dari Batu Burok ke Permatang Pauh
Mungkin ramai yang tidak menyedari Datuk Wira Ayob Yaakob yang kini bertugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang adalah bekas Ketua Polis Terengganu. Ayob dilantik sejak 16 Jun 2008 yang lalu selepas tempatnya di Terengganu diganti oleh Pemangku Senior Asisten Komisioner I (SAC I) Sidin Abdul Karim, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Aku sebenarnya sudah lama berniat menulis sesuatu berkaitan pertukaran Ayob ke Pulau Pinang. Namun, kerana tidak mahu selamanya bersangka buruk dengan pihak polis, maka aku diamkan sahaja dengan beranggapan ianya adalah pertukaran biasa.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika hadir di sesi taklimat mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah. Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kanan).Ingatkah kalian kepada Peristiwa Berdarah Batu Burok 8 September 2007 (PBB 809) yang lalu? Aku percaya peristiwa itu masih segar dan masih merah dalam ingatan ramai pihak. Insiden di mana dua orang penyokong PAS telah ditembak menggunakan peluru hidup oleh anggota polis Terengganu. Insiden yang dipercayai dirancang akhirnya terbongkar apabila pelbagai kekeliruan timbul dan didedahkan. Rakyat tidak akan lupa riben merah di bahu SB,
Datuk Wira Ayob Yaakob, merupakan Ketua Polis Terengganu ketika berlakunya kejadian PBB 809. Datuk Wira Ayob (Ketika itu Datuk) telah dilihat memberi kerjasama yang cukup baik kepada Kerajaan UMNO Terengganu pimpinan Idris Jusoh dalam menjawab dan memberi penjelasan berkenaan isu PBB 809 tersebut. Seolah-olah satu kumpulan dengan UMNO, Ketua Polis Terengganu terbabit menawarkan diri untuk dipanggil memberikan penerangan dan taklimat berkaitan isu tersebut.
Datuk Wira Ayob (ketika ini Datuk) sedang memberikan penerangan berkenaan PBB 809 di Wisma Darul Iman tahun lalu.Kerana politik juga, beberapa foto individu tertentu yang diambil gambar mereka pada malam kejadian PBB 809 dimuatkan di dalam akhbar dan diminta menyerah diri kepada pihak berkuasa. Sehingga hari ini kes PBB 809 masih dalam perbicaraan.
Datuk Wira Ayob Yaakob kini bukan lagi berkhidmat di Terengganu. Dosanya membiarkan si polis yang melepaskan peluru hidup bebas masih dikenang penduduk Terengganu. Suwandi dan Azman yang menjadi mangsa sudah tentu masih kekal parut di tubuh mereka, namun luka di hati mereka sudah tentu masih merah berdarah.
Hari ini, kepanasan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh melonjak kembali nama bekas Ketua Polis Terengganu itu. Apatah lagi bilamana beberapa keping gambar individu didedahkan kepada media untuk disiarkan yang kononnya membantu siasatan insiden yang telah mencederakan wartawan.
Harakahdaily melaporkan insiden memukul jurugambar berkenaan sebagai satu kejadian aneh. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan tiada sebab mengapa dua jurugambar itu perlu dipukul oleh ahli KeADILan kerana tidak ada sebarang kejadian yang menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.
Peliknya, dalam banyak-banyak kes, insiden politik memihak kepada UMNO dan BN sahaja yang sibuk dijaga oleh Ketua Polis yang seorang ini. Bukan mahu bersangka buruk, tetapi tindakan dan keputusan yang diambil dilihat begitu. Apakah pihak polis terus digunakan untuk merancang rusuhan sebagaimana PBB 809?
Jika tindakan pro-aktif sebegini dilakukan, (mendedah muka pesalah di akhbar) mungkin wajah-wajah penderhaka kepada Tuanku Sultan yang digelar NATANG oleh pihak-pihak terbabit juga patut disiarkan di dalam akhbar dan media. Kes ini juga terus senyap. Apakah berlaku pendakwaan atau tidak, rakyat langsung tidak mengetahuinya.
Polis melenting jika dikatakan anjing UMNO dan BN oleh sesetengah pihak. Merasa terhina dengan logo berkepala anjing, 'bertuhankan' C4 dan RM semata. Namun, realiti dan kebenaran yang ada sukar menafikan begitulah polis diperKUDAkan ( jangan baca ANJING. Polis marah).
Bukan tidak percaya kepada pihak polis yang ada. Tapi ternyata tindakan dan keputusan yang diambil selalunya tidak boleh dipercayai dan diyakini. Bukang sangsi dengan kebijaksanaan polis, tetapi selalunya kesangsian yang diperlihatkan oleh pihak polis dalam menangani kes-kes terutamanya melibatkan politik.
Apakah pertukaran Datuk Wira Ayob ke Pulau Pinang tersimpan suatu agenda yang besar? Mungkin Datuk Wira Ayob Yaakob ada jawapannya!
Wallahua'lam.
16 July 2008
Anwar Ibrahim ditahan polis bertopeng!
Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya. -foto REUTERSPolis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.
Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.
Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.
Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.
Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.
Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.
Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.
Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.
Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.
Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.
Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.
Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Sumber: Malaysiakini
15 July 2008
Tahniah PDRM. Amerika Gagal Serang Malaysia!
Aku rasanya mahu ketawa, menangis dan pada masa yang sama mahu menjerit kerana kecewa. Semuanya bercampur-baur. Semuanya gara-gara melihat gelagat polis-polis di Malaysia ini. Sungguh. Ketawa melihat lakonan demi lakonan yang dijayakan, mahu menangis kerana meletakkan diri mereka sebagai badan yang tiada maruah, dan mahu menjerit geram kerana tidak melaksanakan tugas yang sepatutnya.
Beberapa insiden semasa yang berlaku secara jelas dan terang memperlihatkan bagaimana lakonan demi lakonan dipersembahkan. Polis yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan dan keselamatan, tetapi hari ini menjadi agen yang mencetus kepada ketegangan dan kerisauan awam.
Lihat sahaja bagaimana semalam, sekatan jalan raya diadakan bagi menutup jalan kepada 'peserta himpunan haram' yang kononnya dijadualkan akan berhimpun di bangunan Parlimen. Arahan dari mahkamah juga digunakan bagi membolehkan sekatan dan kawalan diadakan bagi menguatkan lagi dakwaan bahawa satu perhimpunan haram akan diadakan.
Lucunya, langsung tiada pihak dari PAS, PKR mahupun DAP yang tampil mengiyakan bahawa Pakatan Rakyat menganjurkan demonstrasi terbabit. Anwar selaku ketua Umum PKR sendiri menafikan menganjurkan himpunan tersebut. Namun, polis tetap meneruskan himpunan haram menyekat kenderaan yang lalu lalang sekitar parlimen sehingga ke jarak 5 kilometer dari Parlimen.
Lebih melucukan, hari ini terpampang di akhbar Utusan "Himpunan haram gagal". Tidakkah kejayaan menghalang himpunan itu dilihat kejayaan bagi pihak polis? Mari sama-sama kita memuji polis-polis di Malaysia.
Aku suka sarankan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya besok menyiarkan pula suatu maklumat baru kepada polis berupa "Amerika mahu serang Malaysia". Selepas itu, polis-polis Malaysia berpura-pura bersiap untuk bertempur, dan esoknya siar dalam akhbar tempatan dengan tajuk "Amerika pengecut, cubaan serang gagal".
Bilamana Pakatan Rakyat dari pelbagai parti menafikan menganjurkan himpunan tersebut, menteri yang bijak pandai itu pula mendakwa mendapat maklumat melalui risikan. Mengikut risikan, (sudah tentu SB-SB dan Cybertroopers) maklumat itu diperoleh daripada ceramah pakatan pembangkang, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pemimpin peringkat bahagian. Terasa pula mahu memuji kehebatan SB-SB menjalankan tugas masing-masing.
Setahu aku, pemimpin Pakatan Rakyat jantan sifatnya. Jika mahu berhimpun, mereka akan memaklumkan kepada umum terlebih dahulu. Media akan dipanggil bagi diberikan kenyataan untuk memaklumkan satu-satu himpunan samada disukai pemerintah, mahupun tidak. Mengumumkan melalui ceramah, SMS mahupun blog adalah susulan daripada pengumuman awal yang dibuat. Itu adalah kebiasaan.
Teringat pula aku insiden yang hampir sama berlaku di Terengganu pada tahun lalu. Polis beria-ria mengadakan sekatan kerana mendakwa PAS mahu mengadakan ceramah, sedangkan pihak PAS awal-awal lagi telah membatalkan dan memaklumkannya kepada polis. Apa boleh buat bilamana polis lebih suka berlakon dari bertugas dengan betul.
Teringat juga bagaimana beberapa hari lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin menafikan pihak polis berlakon dalam isu kehilangan P.Balasubramaniam dan keluarganya. Mungkin pada pihak polis, mereka tidak berlakon. Tapi pada rakyat itulah yang berlaku.
Bayangkan bilamana kehilangan Bala dilaporkan, polis terus mengatakan kemungkinan Bala keluar negara dan polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menjejaki Bala. Aku tidak tahu sejauh mana peranan pegawai Imigresen di setiap pintu keluar masuk negara menjalankan tugas. Apakah polis tidak dapat bekerjasama dengan pihak Imigresen paling kurang untuk tahu apakah Bala keluar negara atau tidak. Pelik bukan? Tapi ingat, itu bukan lakonan polis.
14 July 2008
Ini lakonan?
KESELAMATAN DIPERKETAT?... Polis menjalankan pemeriksaan ketat di Lembah Klang dengan mengadakan sekatan jalan di kebanyakan jalan dan lebuh raya sejak petang semalam. Langkah itu diambil ekoran desas-desus bahawa kemungkinan diadakan perarakan atau perhimpunan di ibu negara esok.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat supaya tidak membawa tetamu mereka ke kawasan Parlimen seperti yang dibenarkan sebelum ini ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.
Khamis lalu, Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memfailkan usul tergempar tidak percaya Perdana Menteri. Jika diterima, usul itu, yang difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) and 18(2), akan didengar dan diputuskan esok.
petikan: Mstar.
03 July 2008
Eksesais Bersatu Aman: Himpunan Protes akan diuji?
TV3 malam tadi menyiarkan satu berita berkaitan satu latihan bersama anggota PDRM dan ATM. Latihan itu dinamakan sebagai Eksesais Bersatu Aman. Latihan bersama yang bertujuan menjaga keamanan dan keselamatan itu aku kira satu tindakan yang terpuji dan persiapan yang baik.
Namun, apa yang menjadi kebimbangan dan kerisauan adalah kerjasama yang dilakukan itu adalah bagi menggagalkan sebarang himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Himpunan Protes 6 Julai ini misalnya yang dibentuk dan disusun dengan aman dibimbangi diganggu dan menjadikan ianya huru-hara.
Bagi menghuru-harakan himpunan yang besar bukan susah. Hantar sahaja SB-SB supaya membuat provokasi dan mengganggu tugas rakan-rakan mereka dalam polis. Provokasi itu akan disambut oleh SB-SB yang lain dan membentuk suatu gelombang yang akhirnya akan diikut oleh pihak yang tidak tahu apa-apa.Ini adalah kebimbangan dan prasangka yang ada asasnya. Tragedi berdarah 8 September di Batu Burok tidak mudah dilupakan. Bagaimana polis berpakaian biasa membuat provokasi dan seterusnya menyuntik kemarahan ramai terhadap pihak polis itu sendiri.
Ketika suasana dilihat tidak terkawal, maka unit-unit yang dilatih bersama ini akan menjalankan tugas mengawal keselamatan dengan menyembur air berasid, memukul dan menerajang orang ramai. Ketika itu tidak ada lelaki dan wanita, semuanya akan dilanyak dan diperlaku begitu sahaja.
Apapun, aku berharap himpunan Protes kali ini akan berjalan lancar dan tiada keganasan dari mana-mana pihak. Kita mahu negara kita aman, kita mahu minyak juga diturunkan. Jadi, apa salahnya kita bersatu menyatakan bantahan terhadap kenaikan yang telah dikenakan kepada semua rakyat. Jika tekanan yang diberikan itu kuat, mungkin kerajaan akan menimbang untuk menurunkan harga minyak. Namun, jika tekanan itu tidak kuat, kekallah harga minyak ini dan tunggu sahaja diumumkan lagi kenaikannya.Mungkin ada yang mengatakan apa perlu demonstrasi? Kenapa tidak berbincang dan toleransi? Jawapan aku untuk soalan kali ini mudah sahaja. Tidakkah rakyat Malaysia tahu bahawa usul kenaikan harga minyak diluluskan dalam Parlimen setelah 2 minggu harga dinaikkan? Usul itu juga disokong sepenuhnya oleh wakil rakyat dari komponen BN!
Berbincang? Tidakkah rakyat melihat bagaimana MP BN begitu bacul dan menjadi lembu dicucuk hidung bagi menyokong sepenuhnya usul yang menyeksakan rakyat itu? Tidakkah rakyat melihat bagaimana bersoraknya MP BN apabila usul itu diluluskan setelah undian dilakukan? MP yang dipilih seolah-olah mahu rakyat susah. Mahu rakyat tertindas!Rakyat tiada pilihan. Terima kenaikan dengan hati terbuka, atau menderita sengsara. Melontarkan bantahan terbuka juga satu cara. Mencemuh pihak yang mahu berdemo bukan satu tindakan bijak. Apakah pihak yang mencemuh tidak suka jika harga minyak diturunkan?
30 June 2008
Siapa pula terlibat kes liwat di Terengganu?
Semalam aku terima satu panggilan telefon dari seorang wartawan. Niatnya mahu bertanyakan suatu kes yang berlaku di Terengganu. Kes liwat yang melibatkan seorang pegawai polis. Aku agak terkejut dengan pertanyaan yang dilontarkan kerana aku langsung tidak tahu menahu tentang kes yang ada.
"Nantilah aku cuba siasat." Aku cuba berjanji. Dalam bergurau aku katakan, isu liwat tersebut sekiranya wujud tidak akan panas kerana isu Anwar akan menutup segalanya.
Hari ini, semasa belek-belek paper, aku terjumpa berita ini:
Cops: OCPD in sodomy bid
KUALA TERENGGANU: Two police lance corporals have lodged reports alleging that their chief, an OCPD of a rural district in Terengganu, attempted to sodomise them, on two separate occasions.
In the first report made on Thursday, the 22-year-old cop claimed that he was sleeping at the OCPD’s house in mid-May when someone grabbed him from the back.
In his report, the cop alleged that the OCPD embraced and kissed him at about 3am.
The lance corporal also alleged that the senior officer dragged his “boxer” shorts down and attempted to sodomise him.
The subordinate claimed that he fled and hid in one of the rooms before deciding to lodge the police report.
The second report against the OCPD was made at 5.15pm on the same day by another 21-year-old cop who claimed that his chief had ordered him to accompany the OCPD to a bedroom on the second floor of a rest house here, early in March.
The policeman claimed the OCPD also tried to molest and sodomise him.
Both the reports were lodged at the Kelantan police headquarters in Kota Baru.
Senior police officials confirmed that the reports were lodged, adding that the two lance corporals had been transferred out of the district to facilitate investigations.
Sumber: The Star
29 March 2008
Banner biadap dipasang oleh Orang PAS?
Aku masih ingat ketika mana Peristiwa Berdarah Batu Burok 809 berlaku. Ketika itu puak-puak UMNO menyerang dengan pelbagai banner yang mengecam dan menuduh PAS adalah dalang kepada kejadian tersebut. Isu bakar bendera juga turut menjadi hangat apabila gambar seorang lelaki yang berhelmet sambil memegang bendera dengan gaya sedang membakarnya disiarkan di dada akhbar.
Nama jurukamera Imran Makhzan ketika itu hangat seketika kerana dipercayai satu-satunya individu yang bertanggungjawab mengambil gambar berkenaan. Gambar itu dipersoalkan oleh beberapa pihak yang mendakwa gambar itu adalah super impose dan diragui kesahihannya. Isu bakar bendera itu lenyap bersama dengan
Semalam, polis mengeluarkan suatu kenyataan bahawa 4 kertas siasatan dibuka berkenaan isu pelantikan MB Terengganu. Antaranya adalah berkenaan kain rentang yang menghina itu.
Terdahulu dalam satu pertemuan beberapa individu dengan seorang pegawai polis Terengganu, apabila diminta siasat berkenaan kain rentang biadab itu, selamba sahaja dijawab polis berkenaan. "Itu kerja orang PAS!".
Terkejut dan bengang dengan jawapan yang diberikan, polis tersebut diminta melihat dengan lebih teliti muka-muka individu yang berkenaan yang memegang banner. Gambar di 'zoom' dengan lebih dekat. Akhirnya polis terbabit terdiam. Mungkin dia juga kenal dengan pemegang kain rentang berkenaan.
Kelmarin, Sabri Alwi (Mat Kerok) menafikan dia ditahan pihak polis berkenaan isu kain rentang tersebut dan berita itu keluar dalam akhbar semalam. Aku mendapat maklumat, semalam Mat Kerok ditahan untuk dibantu siasatan. Namun belum keluar dalam akhbar berita itu pada hari ini. Ke dah keluar, cuma aku tak baca?
Dalam akhbar semalam Mat Kerok 'mengaku' bahawa dia telah melarang penyokong UMNO dari menaikkan kain rentang berkenaan, namun tidak diendahkan. Malahan katanya dia juga melarang penyokong UMNO berteriak, namun turut tidak diendahkan. Kelakar skit bilamana Mat Kerok mendakwa 1000 penyokong UMNO berkumpul di Seri Iman pada hari berkenaan. Sedangkan TV3 hanya memberitakan sekadar 100 penyokong sahaja. Adakah TV3 juga sudah mula berbohong dengan UMNO? Heheheh. Petanda awal nak jadi pembangkang la tu.
Apapun, aku kira polis sudah mula menjalankan siasatan. Alhamdulillah semoga cepat-cepat dapat tangkap mereka yang terbabit. Aku suka untuk cadangkan dikeluarkan muka-muka mereka yang terdapat dalam rakaman berita berkenaan, dan disiarkan di dalam akhbar-akhbar perdana. Aku berbesar hati untuk bantu mencari mereka yang berkenaan. Aku juga sedia menawarkan RMo.50 untuk ganjaran bagi sesiapa yang memberi maklumat sehingga si biadap dari UMNO itu ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan.
Wallahua'lam
21 March 2008
Yamin dan Polis Terengganu bekerjasama?
Siapa Yamin? info 1, info 2 dan info 3. Aku kira sedikit maklumat itu cukup untuk menggambarkan siapa dan bagaimana orangnya si Yamin itu. Mengikut sumber dari Besut, Yamin sekarang ini berada di Bandar Kuala Terengganu sejak 11 Mac lagi. Sumber itu turut memaklumkan Yamin dan beberapa kawannya menginap di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.
Kenapa Yamin datang ke Kuala Terengganu? Jawapannya mudah. Isu pelantikan MB Terengganu yang belum selesai memaksa Yamin datang ke KT. Yamin dipertanggungjawabkan khusus bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengganggu proses pelantikan MB kepada Deris Jusoh. Di KT ini, Yamin dipercayai bekerjasama dengan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Sabri Alwi @ Mat Kerak bagi mengawal kebangkitan pihak-pihak yang dikatakan cuba melawan Deris.
Beberapa hari lalu dikhabarkan ada pihak yang memasang banner bagi menyatakan sokongan kepada pihak Istana Terengganu dalam pemilihan MB yang baru. Bagaimanapun, banner-banner berkenaan telah dibuang serta merta oleh pihak-pihak yang dipercayai diterajui oleh Yamin dan Mat Kerak itu.
Semalam juga, 4 lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam pemasangan banner-banner berkenaan. Penahanan itu dilakukan kerana banner-banner berkenaan dikatakan mempunyai unsur-unsur hasutan.
Hairan juga mereka yang berhimpun mengapi-apikan perkauman dalam sehari dua ini dibenarkan berhimpun secara haram, dibenarkan menggantung banner-banner yang sebahagiaannya berunsur perkauman dan hasutan, namun tiada sebarang tangkapan pun dilakukan. Paling berat pun yang diberitakan adalah banner-banner tersebut dirampas polis. Sedangkan hasutan yang dilakukan oleh 'beruk-beruk di jalan raya' (mengambil istilah yang digunakan KJ) adalah jelas dan terang bentuknya.
Ini jauh berbeza dengan banner-banner yang digantung sebelum ini oleh sesetengah pihak di Terengganu sebelum ini dan yang dirampas semalam. Antara perkataan yang tertulis hanya berbunyi "Daulat Tuanku, Selamatkan Terengganu Darul Iman dan Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri Di Belakang DYMM Tuanku", definisi hasutan tidak hadir dengan secara jelas.
Sedangkan banner terbabit sepatutnya dilihat suatu sokongan rakyat kepada Tuanku dan pihak Istana Terengganu dalam memutuskan siapa MB Terengganu. Samada rakyat dari penyokong BN mahupun dari penyokong pembangkang, situasi ini perlu dilihat secara sihat kerana Deris Jusoh dilihat benar-benar tidak diperkenan oleh pihak istana. Apakah mahu dilihat jika berjalan pemerintahan nanti situasi bermasam muka antara pihak istana dan MB?
Di sinilah yang dilihat sebagai campurtangan Yamin dalam mengendalikan dan mengawal 'keamanan' di Bandaraya Kuala Terengganu ini. Sebelum ini di Besut petugas Majlis Daerah Besut (MDB) dipaksa membuang segala poster ceramah dan risalah yang ditampal di mana-mana tempat yang agak terbuka di daerah tersebut.
Penolakan Deris sebagai MB perlu dilihat oleh rakyat Terengganu dengan penuh rasa sedar dan insaf. Jika baik, cantik dan berwibawa sudah tentu disenangi semua pihak. Jika ditolak dan penolakan yang berlaku itu pula secara bersungguh-sungguh, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Lebih-lebih lagi pihak yang menolak itu tahu selok belok yang berlaku dalam pentadbiran Deris sebelum ini.
Wallahua'lam.
TERKINI: 4 lelaki yang ditahan semalam telah dibebaskan pada petang ini. Alhamdulillah.












