Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

26 January 2011

Terengganu: Disember Musim Mengawan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Menggerunkan tapi tidak mengejutkan apabila kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu hari ini (Rabu, 26 Januari 2011) bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang ‘berpesta seks tanpa ikatan sah’ pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilah ‘berpesta seks tanpa nikah’?

Kenapa tidak digunakan saja istilah ‘berzina’ kalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.

Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak muda dengan lagak ‘semakin tua semakin menjadi’, bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.

Malam yang bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan lantas akhirnya lihatlah statistik yang ‘membanggakan’ ini. Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi, negeriku
Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita Bernama melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid dipetik sebagai berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya.

Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setipa ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup.

Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik.

------------------

www.drazmanibrahim.com


09 July 2009

'Menunggu Kata Dari Tuhan' di Terengganu!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pernah dengar tentang teater Dinsman yang bertajuk 'Menunggu Kata Dari Tuhan' (MKDT) yang dilakonkan oleh Sabri Yunus? Mungkin pernah. Mungkin juga ada terbaca tentang teater ini di mana-mana akhbar, mahupun dilihat posternya di mana-mana. Tapi, pernahkah melihat teater tersebut?


Poster 'Menunggu Kata Dari Tuhan'. Pinjam dari blog Cikgu Azizi.

MKDT adalah sebuah teater yang mengisahkan seorang sahabat Nabi, Ka'ab bin Malik yang liat dan bertangguh hendak berjuang ke medan perang (berjihad) dalam peristiwa Perang Tabuk. Perilaku Ka'ab ini telah menyebabkan Rasulullah saw memerintahkan para sahabat memulaukan Ka'ab.

Pemulauan itu berterusan sehingga 50 hari sehinggalah datang firman Allah:

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

Jadi, di mana teater ini akan dipentaskan di Terengganu? Klik poster di bawah.



Wallahua'lam.

08 July 2008

Aku dan Protes

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

6 Julai 2008. Seawal jam 8 pagi lagi telefon bimbit aku berdering dihubungi beberapa kawan jauh dah dekat. Aku biarkan berdering tanpa diangkat. Aku tahu mereka mahu tanya di mana aku berada ketika itu. Aku dapat mengagaknya.

Begitu juga dengan SMS yang diterima. Aku baca dan biarkan si penyoal tertanya-tanya. Isteri aku beberapa kali menjeling kepada telefon yang berdering. Biarkan kataku. Dia semacam faham.

Jauh di sudut hatiku rasa bersalah yang amat sangat. Bersalah kerana tidak bersama-sama untuk berada dalam himpunan Protes. Sungguh aku rasa bersalah. Namun, rasa bersalah aku itu aku humban dengan keyakinan aku bahawa protes tidak menepati kehendak protes yang sewajarnya.

Beberapa hari sebelum itu, aku berbual panjang dengan seorang ustaz muda. Dalam perbualan, disebutkan perihal Protes. Kami berkongsi pendapat Ustaz Nasrudin Tantawi berkenaan artikel di blog beliau berkenaan Protes: Demo atau konsert?.

Dalam perbualan, timbul soal apakah dibolehkan Solat Jamak dan Qasar untuk ke himpunan Protes. Kami senyum berpandangan bila soalan ini dilepaskan. Senyum tanda faham. Aku sendiri diminta memberi ulasan berkaitan artikel ustaz yang turut dikomen oleh beberapa individu yang mahu diraikan pihak sosialis itu.

Dalam menyusun kata dan menyulam ayat, aku menerima SMS yang mengatakan himpunan Protes akan berlangsung tanpa konsert. Aku senyum. Aku terima satu call dari seorang sahabat yang mengesahkan keputusan mesyuarat tersebut, namun amat yakin akan ada juga kumpulan-kumpulan yang dimaksudkan itu muncul.

Aku mengambil keputusan peribadi memboikot sahaja himpunan Protes. Namun, bagi meraikan pendapat umum dan keputusan yang telah dibuat, keputusan peribadi itu aku simpan dan tidak nyatakan di blog ini. Sebab itu artikel aku berkaitan Protes amat sejuk dan biasa-biasa sahaja. Aku tidak melarang mereka yang mahu pergi, aku juga tidak menyatakan yang aku akan turut pergi.

Bila semuanya selesai, aku tetap rasa bersalah kerana tidak pergi walau apa jua yang berlaku di sana. Pada aku himpunan berjaya. Cuma mungkin bukan pada tahap A atau A+.

Apapun, aku rasa muhasabah panjang perlu untuk sama-sama dalam memahami toleransi dan bersangka baik dengan rakan seperjuangan.

Wallahua'lam.

p/s: Sorry Yan, aku tidak turun KL. Mung pun tahu kalu aku turun, mesti call mung dulu. ;)

30 June 2008

Siapa pula terlibat kes liwat di Terengganu?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam aku terima satu panggilan telefon dari seorang wartawan. Niatnya mahu bertanyakan suatu kes yang berlaku di Terengganu. Kes liwat yang melibatkan seorang pegawai polis. Aku agak terkejut dengan pertanyaan yang dilontarkan kerana aku langsung tidak tahu menahu tentang kes yang ada.

"Nantilah aku cuba siasat." Aku cuba berjanji. Dalam bergurau aku katakan, isu liwat tersebut sekiranya wujud tidak akan panas kerana isu Anwar akan menutup segalanya.

Hari ini, semasa belek-belek paper, aku terjumpa berita ini:

Cops: OCPD in sodomy bid

KUALA TERENGGANU: Two police lance corporals have lodged reports alleging that their chief, an OCPD of a rural district in Terengganu, attempted to sodomise them, on two separate occasions.

In the first report made on Thursday, the 22-year-old cop claimed that he was sleeping at the OCPD’s house in mid-May when someone grabbed him from the back.

In his report, the cop alleged that the OCPD embraced and kissed him at about 3am.

The lance corporal also alleged that the senior officer dragged his “boxer” shorts down and attempted to sodomise him.

The subordinate claimed that he fled and hid in one of the rooms before deciding to lodge the police report.

The second report against the OCPD was made at 5.15pm on the same day by another 21-year-old cop who claimed that his chief had ordered him to accompany the OCPD to a bedroom on the second floor of a rest house here, early in March.

The policeman claimed the OCPD also tried to molest and sodomise him.

Both the reports were lodged at the Kelantan police headquarters in Kota Baru.

Senior police officials confirmed that the reports were lodged, adding that the two lance corporals had been transferred out of the district to facilitate investigations.

Sumber: The Star

02 June 2008

Aku dah Pulai!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku dah kembali. Alhamdulillah malam kelmarin aku selamat mendarat di airport tak siap Sultan Mahmud. Ramai yang tanya, aku ke oversea tu gi mana. Sebenarnya kali ni aku hanya ke Sarawak je. Sarawak tu kan seberang laut. So, aku tak menipukan? hehehe.

Sedikit urusan peribadi dan rasmi membuat aku terpaksa ke sana. Ikutkan hati, memang tak mahu pergi kerana banyak sangat program dan benda kena settlekan. Tapi, memandangkan atas rasa tanggungjawab, aku pergi juga.

Kali ni aku nak kongsi dulu beberapa patah perkataan yang aku dapat semasa di sana. Ada banyak cerita menarik sebenarnya yang aku mahu kongsi termasuk isu politik di Sarawak. Namun, nak bernafas jap. Maybe posting berikutnya.

Adapun perkataan ini mungkin berbeza mengikut tempat / Bahagian di sana. Mungkin juga ada sedikit kesilapan dalam aku cuba menterjemah ke bahasa yang kita biasa gunakan seharian ini. Maklum sahaja baru beberapa hari mendengar mereka berbicara. Aku sendiri hanya memahami tapi tetap tidak boleh berbicara. Mungkin akan kedengaran pelat dan seperti siam bercakap kelate.

Saya = Kamek. Kalu Iban menggunakan Aku. Kadang-kadang tidak jelas sangat Kamek ni sebab biasanya disingkatkan menjadi Mek sahaja.

Awak = Kitak. Kalu Iban menggunakan Nuan. Orang Tranung kata Mung.

Datang = Datai (Iban). Perkataan ni dapat sewaktu perjalanan pulang. Ada satu papantanda bertulis Selamat Datai. Tanya kepada beberapa orang tempatan, maka dijelaskan Datai itu adalah dari Bahasa Iban. Rupanya Iban ni tak guna sangat G macam orang Tranung.

Pulang jadi Pulai, Makan jadi Makai. Kitorang tanya la jika pakai baju disebut apa. Maka dijelaskan memakai baju itu digunakan Ngenak. Mungkin dari perkataan mengenakan.

Jika ke pasar di Sarawak, agak kelakar jika mahu membeli udang. Rupanya di sana udang ini dinamakan mengikut saiz dan jenis. Sebagai contoh udang kecil disebut Snek, udang besar dan berkulit keras dinamakan Payak. Memang di sana mudah nak jumpa udang pelbagai saiz dan jenis ini. Ada juga dinamakan Tohei dan Sesar. Udang Baring itu ada namanya tersendiri. Lupa plak.

Agak menakutkan jika di Sarawak apabila berbicara sesuatu yang agak kelakar. Orang sana mudah menetak jika merasakan sesuatu itu mencuit hati. Takut? Tunggu dulu. Sebenarnya Tetak itu adalah ketawa dalam bahasa di sana.

Binatang yang agak banyak berkeliaran di sana adalah Asuk. Di sini kita panggil Anjing. Kucing di sana dipanggil Pusak. Jangan bertukar dengan ikan bilis pula. Ikan bilis dipanggil Pusuk.

Jika mahu membeli selalu ditanya mahu berapa? Di sana jawab sahaja dengan Sigei untuk satu, Duak Igei untuk dua, dan Tigo Igei untuk tiga. Empat, lima dan enam? Itu aku tidak sempat belajar. Hehehe.

Kadang-kadang tak ada la teruk sangat bahasa diorang sampai kita tak faham. Cuma kena dengar betul-betul la apa yang diperkatakan tu. Kadang-kadang dapat agak perkataan yang digunakan dari bahasa yang dituturkan. Kecuali la perkataan tu jauh sangat maksudnya dari kita.

Umpama pusing-pusing atau jalan-jalan yang biasa kita gunakan, diorang guna Aung-aung. Round-round la tu kot. Kalu YA atau betul digunakan Auk. Auk la = Ya la. Kalu tidak pula digunakan perkataan Sik. Sik = Tak. Sik Mau = Tak mahu, Sik Boh = Tak tahu.

Pasal nak minum ais, leh je order guna perkataan Ping yang biasa kita gunakan di sini. Memang di sana juga menggunakan Ping bagi minuman berais ni. Teh O Ping, Milo Ping semua ada di sana. Lepas minum banyak, biasanya terasa la nak Kemeh. Kemeh tu kencing.

Satu budaya yang agak teruk dan selamba bagi orang sana adalah kencing di tepi jalan. Sepanjang jalan jika melalui perjalanan yang panjang, normal la sekiranya melihat kereta berhenti di tepi jalan, dan ada yang kencing berdiri di tepi jalan begitu sahaja. Mungkin ini disebabkan kurangnya R&R disediakan. Tapi, susah la nak jumpa secara meluas di tempat kita ni.

Pasal makanan, aku suka makan Umai. Sejenis makanan dari ikan mentah yang dipotong halus dan digaul dengan air limau kasturi, bawang dan beberapa bahan lain lagi. Macam kerabu la. Kadang-kadang mereka menggunakan Snek (udang kecil) menggantikan ikan tadi. Makan dengan nasi gitu je. Kalu kita ada budu, diorang ada Bubuk. Semacam cencaluk, tapi agak gelap warnanya. Warna semacam budu jer.

Aku pernah juga try Laksa Srawak. Pada aku sedap lagi Laksa Terengganu kuah masak tu. Laksa Penang juga lagi sedap rasanya. Walaupun diorang panggil laksa, tapi sebenarnya mereka hanya menggunakan bihun sebagai laksanya. Tapi tetap dipanggil laksa.

Satu je yang aku terasa sangat nak rasa, tapi masih belum dapat rasa yang ori dari Sarawak adalah Bubur Pedas Sarawak. Semacam Bubur Lambuk, tetapi banyak menggunakan daun kayu dan sayuran sebagai bahan utama berbanding beras. Alamak, dah kecur air liur ni. Heheheh.

Satu perkataan yang agak sensitif dan dianggap mencarut bagi kita di sini, tetapi sebenarnya memberi maksud lain di sana adalah B***T. Di sana, perkataan B***T itu bermaksud punggung. So, kalu doktor di sana mahu melihat punggung bagi memberikan suntikan, jangan pula terkejut.

Wallahua'lam.

23 May 2008

Bahana Akademi Fantasial

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf sekiranya apa yang aku rasa ini jauh tidak tepat sepertimana berita melaporkannnya. Metro hari ini menyiarkan bagaimana seorang Imam tertipu dengan sindiket SMS AF6. Klik. Utusan juga memuatkan berita yang hampir sama perihal apa yang berlaku kepada Imam berkenaan. Klik.

Aku tidak tahu samada Imam berkenaan peminat AF atau tidak. Ada sahaja kemungkinan yang ada. Namun, itulah bahana AF yang menjadi kegilaan hari ini. Ditambah dengan perjudian SMS yang awalnya dahulu dikatakan Haram dan diperdebatkan, namun hari ini seolah-olah ianya menjadi halal dan sebahagian keseronokan.

AF secara jelasnya memang tidak nampak di mana ke'halal'annya. Tidak kira si penyanyi itu bertudung, menyanyi lagu patriotik mahupun melakukan tarian tidak menghairahkan. Pada aku institusi yang wujud itu memang ke arah tidak Halal.

Apapun kegilaan terhadap AF dan sebagainya, aku harap tiada Imam yang cuti Solat Isyak pada malam persembahan / pertandingan diadakan. Walaupun dikatakan sekadar hiburan 'tengok je, tak ngundi pun', namun sedikit sebanyak sebenarnya tetap menyumbang kepada perkembangan AF itu sendiri.

Wallahua'lam.

p/s: Nasib baik aku guna nama AMdang bukan AFdang. Heheheh.

03 January 2008

Kempen Gaya Hidup SIhat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sempena Awal Tahun 2008 ini, marilah sama-sama kita berusaha menjadi masyarakat yang lebih sihat dan positif. Untuk itu, sama-sama kita sahut Kempen Gaya Hidup Sihat yang telah dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.





AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Poster-poster ini boleh diperolehi dari SINI

Thanks to nasikerabupetro atas poster-poster ni

Gua tambah lagi koleksi gambar

Salam beb! Arini kasi salam la plak. Hehehe.

Ni gua tambah skit lagi koleksi yang gua dapat dari kawan-kawan gua. Diorang ni bilamana tahu gua masukkan gambar-gambar sebegini dalam alam maya, terus semangat untuk beri pada gua.

Kadang-kadang gua tak nak siarkan gambar-gambar ini, tetapi jika ini tidak didedahkan, bagaimana masyarakat mahu tahu apa isi sebenar yang ada dalam bandaraya KT ini. Biar selepas ini mak ayah perhatikan cara pakaian anak-anak. Boleh diorang sekat awal-awal supaya tidak terlibat dengan geng-geng yang tidak sihat begini.

Ada yang bertanya kepada gua, pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab. Sebab nampak diorang ni main campur-campur je. Ada ala punk skit, gothik skit, skinhead pun ada skit. Maka, gua bagi jawapan PUNK HADHARI!.









02 January 2008

RAP SOI LEK SKANDAL SEKS 2008

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

RAP SOI LEK SKANDAL SEKS 2008

http://sstoilov.hitbg.com/images/Rappers/Rappers_250x251.jpg
(Album terbaru kumpulan: No2umnO generation)

Yo yo yo ........ (Cakap style eminem)
Malu kan nama menteri
Malu kan MCA parti
Malu kan BN parti
Malu kan anak bini
Malu kan bangsa sendiri
Malu kan Doktor lagi
Malu kan rakyat
Malu kan Negara Malaysia
Malu kan rakan rakan

Malaysia boleh, rakyat dan menteri pun boleh

Naanannaannnnn .....

Bersahaja mengaku terlibat,
Moral tiada, kerja jahat dibuat,
Ingatkan doktor tolong bagi ubat,
Tiap tiap hari kerja, macam kerja kuat
Rupanya dia bermaksiat ... yea

Apa yang boleh rakyat bantu?
Kalau Perdana Menteri pun buat buat tak tahu.
Mungkin kerajaan sudah tiada malu
Ini lah kemajuan yang kita perlu
Modal insan ...gua cakap sama lu .... yo

Skandal seks sudah jadi hobi
Pada pemimpin dan para menteri
Tak tahu lah apa nak jadi
Tak dilarang, menteri makin menjadi jadi
Baik senator mahu pun menteri
Rakan DVD dan talipon sendiri .... yea

Naanannaannnnn .....

Pemimpin UMNO tak banyak cerita
Sokong perkara begini yang mereka suka
Kalau dilarang, mereka pula yang TERkena
Sebab kerja begini, mereka pun suka
Beb .... ini semua kerja biasa ... yo

Isteri dan anak tidak melarang
Sokong suami kononnya sayang
Ini lah budaya menteri sekarang
Masyarakat Malaysia dengar dan pandang pandang
Contohi budaya pemimpin sekarang
Semua dah suka pada benda yang terlarang ... yea

Naanannaannnnn .....

Ini bukan isu Bangsa
Baik, Melayu, India mahu pun China
Ini tentang pemimpin kita
Kerja tak banyak, lebih bersuka suka
Rakyat ingat pemimpin kerja
Rupanya di bilik dia bergurau senda
Cuma nak tanya, entah entah dibuat gila waktu kerja? .... yo

Pemuda pemudi dengar dan ingin tahu
Baik atau buruk, remaja sudah keliru
Bertanggung jawab dan amanah, itu dulu.
Kini dunia moden yang baru
Berskandal tak segan dan tidak silu
Kerana menteri yang buat dulu ..... yea

Naanannaannnnn .....

Kondom di edar diseluruh negara
Bimbang AIDS merebak ke rakyat jelata
Rakyat setuju, Menteri pun suka
Rupa rupanya dia yang guna
Berapa kotak ada dalam kereta
Kalau habis, bajet 2009 minta lagi ya ... yo

Apa nak jadi dengan negara
Ada pemimpin pun, macam ini punya rupa
Memang dah terang lagi lah nyata
Tapi rakyat nak buat macamana
Amalan demokrasi kita amalkan
Menteri begini masih dikekalkan
Kalau tanya sapa yang undi
Kalau aku....memang tak sudi .... yea

Naanannaannnnn .....

(Rentak: C#, A Major dan ikut suka kepala sendiri)

Lagu ni dikutip dari SINI

01 January 2008

Gua Budak Bandaraya

Woi Geng!! Apa khabar U all??

Mesti U all heran bilamana gua tidak lagi mulakan artikel ni dengan salam kan? Apa nak heran geng, gua skrang tak duk kampung lagi. Gua dah tinggal di bandaraya tau! So, U all kena la respek sama gua.

Suasana Malam Bandaraya. Turut Kelihatan seorang gadis bersama kumpulan yang ntah apa-apa identiti mereka ini. Punk ke? atau pangang?

Gua tinggal di Tanjung Village, Kuala Terengganu. Tanjung Village ni kiranya tak jauh le dari Taman Shahbandar tempat isytihar bandaraya tu. Sekali wa tempik jer jaraknya. Dulu orang-orang sini panggil area tempat tinggal gua ni Kampung Tanjung. Sekarang bandaraya, mana ada kelas panggil gitu lagi. So, gua nak U all guna Tanjung Village menggantikan Kampung Tanjung.

Sejak jadi bandaraya ni, rumah gua yang dulunya kayu sudah bertukar. Betul gua cakap ni geng. Papan-papan kayu sudah gua tukar dengan wood. Rumah gua ni yang sudah sedia cantik, kini semakin pretty dan beautiful. Selepas ini makin ramai la mat dan minah salleh datang ke bandaraya ini untuk menikmati perubahan yang ketara di bandaraya ini. Gua bangga banget tau! So, U all jangan nak jeles lak dengan kemajuan bandaraya gua ni.

Posing baik nih! Tanpa segan membenarkan gambar mereka diambil. Bangga agaknya mereka ini.

Bagus beb semenjak jadi bandaraya ni. Sungguh! Gua tak sangka betul semuanya berubah sama sekali. Dulu asal sahaja malam, dah sunyi. Sekarang lampu neon sampai pagi. Gua boleh lepak-lepak sama kawan-kawan.

Dulu lorong-lorong sunyi, gelap tak ada orang, sekarang semakin berani pondan-pondan melambai beb! Betul apa gua cakap ni. Kalu tak percaya, tanya gua laa.

Tanpa segan silu menunjukkan isyarat lucah kepada orang ramai. Ini generasi Ulul Albab ke? atau generasi Ulul.. (korang sambung la jika tahu)

Itu baru sikit yang gua nak cerita kat U all. Kawan gua ada pergi dekat parti disco yang gua iklankan aritu. Memang betul-betul wujud parti tu. Paling best bilamana yang jaga line pesta disco tu adalah polis-polis yang buat kerja part time kat situ. Cepat-cepat kawan gua blah sebab polis tu kenal dia ni kaki masjid. Dia saje la nak pastikan disco tu jadi ke tak.

Paling kelakar malam tadi bilamana Deris Jusoh bgtau hujan yang turun tu rahmat sempena bandaraya. Walhal dia selamba je biar maksiat berleluasa. Entah-entah hujan tu nak kasi tahu dia yang Bandaraya Warisan Pesisir Air akan jadi Bandaraya Bawah Air.

Apa lagi gua nak cerita ek? Gua tak nak la citer banyak-banyak. Penat gua kuar jalan-jalan malam tadi pusing bandaraya. Maklum je la bandaraya ni besar giler. Pulak tu jalan ditutup nak suruh nampak jam! Bila jam, dah tentu setaraf dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Hehehe. kelakar beb!!

K, jumpa lagi lain kali. Chow!!

Note: Aku sengaja sesuaikan posting ni dengan gambar yang sempat di'snap' oleh seorang sahabat di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.

Deris Jusoh, Bandaraya dan Ajaran Hadharinya

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kenapa Tidak Bandaraya Hadhari?

Tinggal beberapa ketika sahaja lagi memasuki 1 Januari 2008. Tarikh bermula satu episod baru bagi Kuala Terengganu. Kuala Terengganu menjadi bandaraya. Mungkin sesuai dengan tarikh Tahun Baru, maka 1 Januari dipilih. Mungkin juga sempena permulaan Tahun Melawat Terengganu, juga merupakan Tahun Melawat Malaysia.

Aku sebelum ini berkira-kira nama bandaraya bagi Terengganu adalah Bandaraya Hadhari atau Bestari atau seumpama dengannya itu. Bilamana nama Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) digunakan, maka terfikir aku kemana hilangnya Hadhari yang senantiasa dilaung-laungkan itu. Walaupun aku tidak suka Ajaran Hadhari itu, namun sinonim bagi Hadhari adalah Ulul AlBab dan Khatam Quran yang menipu itu dilihat lebih lunak.

Bilamana nama BAWASIR menjadi pilihan, maka aku melihat Pembangunan Modal Insan dan Moral sebenarnya bukanlah menjadi satu agenda penting UMNO Terengganu. Ini jelas kerana pembangunan fizikal jauh lebih menguntungkan. Maka mimpi apa rakyat Terengganu untuk memiliki masa depan yang terjamin dunia dan akhirat?

Ajaran Hadhari dan Bandaraya.

Jika Deris Jusoh seorang yang agak Islamik dengan slogan Hadharinya, sudah tentu tarikh pengisytiharan tidak dibuat pada 1 Januari 2008. Aku kira 10 Januari 2008 bersamaan dengan 1 Muharram 1429 dilihat lebih sesuai. Tarikh 1 Muharram itu nanti bukan sahaja dilihat sebagai suatu 'Sambutan Tahun Baru' yang sebenar, malah turut menjadi langkah kepada suatu hijrah sebuah bandar.

Namun, di sinilah kita boleh menilai mentaliti Hadhari Deris Jusoh. Jika pengisytiharan dibuat pada 1 Muharram, sudah tentu sambutan 'tidak meriah' pada perkiraan puak-puak Hadhari ini. Sudah tentu mereka sedikit segan mahu berpesta, menari lenggok, konsert lagho itu dan ini. Tambahan pula 1 Muharram pada tahun ini jatuhnya pada Khamis. Malam Jumaat pada mereka 'tidak boleh' berbuat maksiat. Mungkin pada mereka malam Jumaat itu 'malam suci'.

Maka tinggallah Ulul Albab bersendirian dengan Ijtihadiknya. Tiada lagi generasi Quranik dan Ensiklopedik. Maka bertambah galak anak-anak gadis di Taman Shahbandar bergedik-gedik. Mat motor sedia membawa si gadis merempit. Deris Jusoh senyum melirik. Generasi inilah yang mahu dilahirkannya. Generasi gedik dan rempit, akhirnya melahirkan bayi di lubang tahi!

11 December 2007

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan rangkap-rangkap lagu dalam cerpen 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan yang dikarang oleh Dr Fatimah Busu yang telah diterbit siar dalam Berita Minggu pada 2 Disember lalu. Rangkap-rangkap dibawah seumpama lagu rakyat yang terkenal iaitu 10 Budak Hitam;

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

----------------------------------------------------

Bahasanya mudah. Pernyataanya terang. Pada aku, jika tidak dilindungi BULAN, inilah jadinya. Agaknya Puteri Tak Dilindungi Bulan ini disebut sahaja Puteri Keris. Entah apa agaknya komen Ketua Puteri Keris jika dinyanyikan lagu-lagu ini kepada mereka. :)

03 September 2007

Catatan Malam Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

30 Ogos 2007. Aku terjaga dari tidur jam 11 malam. Aku terus tengok handset. 3 miss call dan beberapa SMS. Alamak, Dato XYZ pun ada call tadi. Ni mesti nak tanya kerja yang dia pass kat aku. Nanti tengah malam la aku siapkan. Aku malas nak call semula. Tengok lagi ada miss call dari Cikgu Ramli. Aku call dia. "Dang, mung tak nak gi kat sambutan Merdeka ke?" Tanya Cikgu Ramli yang aku panggil Cikgu Li jer. "Tak nak! Penat jalan-jalan petang tadi kat Hari Peladang" Jawab aku beralasan. "Meh la temankan aku. Aku naik kereta, susah nak parking. Kalu gi dengan mung mudah skit" Sambung Cikgu Li. "Ok laa" Jawab aku kurang bersungguh.

Sebenarnya petang tadi selepas pulang dari hospital, aku singgah di tapak Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Taman Awam, Pantai Batu Buruk. Sudah beberapa hari acara ini berlangsung, namun aku buat dek ajer. Bukan tak nak singgah, tapi tak sempat dicampur pula hujan kerap turun belah petang. Kawasan yang ramai orang ni, hujan skit, becak laa. Campur lagi dengan banyak kaki yang pijak tempat sama, bertambahlah becaknya. Seronok pusing-pusing sampai tak sedar dah gelap.

Sampai rumah sebaik azan Maghrib selesai. Aku buka bekalan dan makan nasi dagang yang diberikan percuma. Nasi Dagang lauk Ikan Tuna. Sedap. Alhamdulillah. Aku juga sempat beli sepotong Ikan Tuna. Nampak macam ikan Aya jer. Cuma besar la. RM5 sekilo. Aku tak sempat tanya harga pasaran biasa. Mula-mula tak nak beli dengan alasan aku duk sorang, maka dia offer yang dah siap potong kecil skit. RM 3 katanya. Aku ambik je la. Kata abang yang jual tu (dari Jabatan Perikanan) Ikan Tuna ni sedap gulai atau bakar jer. Sesudah mandi dan solat, aku berehat seketika menanti Isyak. Belum masuk Isyak aku dah terlelap sehinggalah jam 11...

Sebaik selepas call Cikgu Ramli, telefon aku berbunyi pula. "Dang, ada mana? Tak mboh gi ke Batu Buruk?" Is call aku. "Meh la. Bawak helmet lebih satu" Jawab aku. Aku segera bersiap. Gosok gigi, basuh muka dan panaskan air. Minum Radix dulu la apapun getus hatiku. Beberapa minit kemudian, Cikgu Ramli sampai dan diikuti dengan Is. Aku segera habiskan Kopi Radix. Panas!.

Cikgu Li membonceng aku. Is di depan dengan aku mengekori dia. Jalan agak sibuk. Agaknya semua orang pun mahu keluar menyambut Merdeka. Kami parking dalam kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah dan terus berjalan menuju ke tapak Sambutan Ambang Merdeka. (baca baik-baik skit, ambang tu bukan amdang deh!! hehehe).

Sebaik tiba di tapak sambutan, aku dengar countdown sedang bermula, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1! Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Tak ada la kuat sangat laungan Merdeka tu. Cuma ada la beberapa kerat yang melaungkannya. Serentak dengan itu lagu Negaraku dinyanyikan. Selepas itu diikuti dentuman-dentuman percikan bunga api. Sebuah lagu mengiringi percikan bunga api tersebut, tetapi aku gagal menangkap rangkap lagu itu. Agaknya lagu Deris Jusoh (DJ), Memahat Sejarah kot..

Sebenarnya kehadiran aku ke tapak sambutan ni semata-mata untuk menilai sendiri sejauh mana corak sambutan Merdeka yang diadakan. Sambutan malam itu berakhir begitu sahaja. Aku tidak tahu apa isi ucapan Idris (jika ada) dan apa persembahan kebudayaan yang diadakan pada malam itu. Aku bukan suka melemparkan tuduhan jika aku tidak menyaksikan apa yang berlaku dengan mata kepala aku sendiri dan bersumber dari sumber yang aku percaya. Paling kurang, ini menjadikan aku bertanggungjawab dengan apa yang aku coretkan di sini.

Sebaik selesai majlis sambutan, aku berlegar sekeliling pentas. Bangga seketika melihat sekumpulan anak muda berkopiah menyebarkan risalah kepada pengunjung yang berkeliaran. Sambil mengibar Jalur Gemilang, risalah di tangan bertukar kepada pengunjung yang masih melepak. Kebetulan ada antara mereka yang aku kenal, maka mudah je untuk aku minta mereka bergambar. Kalu tidak, sure takut-takut sebab sangkakan SB ke apa. Tahniah buat pemuda seperti ini. Mengambil inisiatif sendiri bagi menyedarkan masyarakat apa erti kemerdekaan. Rasanya mereka lebih Merdeka dari DJ sendiri!

Aku berlalu meninggalkan pemuda Islam ini dengan aktiviti mereka. Aku menyusur ke gigi pantai. Kebetulan terserempak dengan dua orang budak. Bila ditanya darjah 6 dan 5. Khairul dan seorang lagi aku lupa namanya. Aku tanya pasal UPSR. "Isnin ni" Jjawab dia. "Kenapa tak duk di rumah saja sambil membaca atau buat latihan?". "Tak tahu" Balas dia. Khairul ni antara sebahagian budak-budak yang meronda dengan basikal. Mereka beramai-ramai sambil ada antaranya whelley dan mengganggu lalu lintas.

Antara pemandangan yang ada pada malam tersebut adalah couple, kumpulan vespa dan motor, lepak, basikal, family, anak-anak muda, anak-anak kecil sekecil baby dan setua-tua ke seorang nenek. Semuanya dengan semangat Merdeka mungkin. Aku berlalu meninggalkan Pantai Batu Buruk. Aku menuju ke Taman Shah Bandar. Jalan jam teruk. Mujur aku bawa motorsikal. Kalu tidak, mahu sahaja aku berpatah pulang ke rumah. Lama tak cilok membuat skill aku tercabar.

Setiba di hadapan Pasaraya Astaka, jam makin teruk. Semua kereta berhenti! Sehinggakan ada yang mematikan enjin dan meninggalkan kereta berada di tengah jalan. Jalan dipenuhi kereta, tetapi langsung tiada pergerakan. Masing-masing tidak mahu beralah. Maklum saja jam teruk. Ketika ini aku turun dari motor. Tinggalkan motor ditepi jalan, dan berjalan kaki ke hadapan. Tertanya-tanya aku di mana pihak polis?? Jalan sebegini sibuk dan sesak, tetapi tiada pihak berkuasa yang mengawal. Bayangkan jika berlaku sesuatu insiden pada malam tu, tentu huru-hara jadinya. Aku cuba bersangka baik, agaknya polis tido awal malam tu sebab nak siap untuk perbarisan Merdeka keesokannya. Kononnya!

Bosan dengan suasana jalan yang jam tak berkesudahan, akhirnya aku bergerak ke kedai makan untuk minum. Malam yang bosan fikir aku. Setiba di hadapan Wisma Darul Iman, aku sempat melihat beberapa poster / banner yang digantung di pagar kawasan parking. Banyak betul hebahan, mungkin tak sempat nak membaca semuanya sekiranya sekali lalu sahaja. Menariknya bila aku melihat banner sambutan Merdeka rupa-rupanya ada dua sambutan. pertamanya malam Merdeka yang jatuh Khamis malam Jumaat diadakan solat Hajat dan bacaan Yaasin, manakala malam berikutnya dijemput Yasin dan Ramli Sarip untuk berhibur. Agaknya pada DJ malam Jumaat itu masih perlu dihormati. Mujur juga DJ bukan Wahhabi. :)

Seorang makcik berpangkat nenek masih minum di kedai yang sama dengan aku. Jam ketika itu sekitar 1.30 pagi. "Tengok bunga api" Jawab makcik tersebut bila ditanya ke mana. Tak tahu aku samada makcik ni patriotik sambut Merdeka, atau keluar bersantai dengan anak cucu. Bila jam dah menunjukkan semakin lewat, aku minta diri berundur. Esoknya ada HIMPIT. Aku ditugaskan menjaga pendaftaran. Tubuh mesti direhatkan seketika, barulah besok segar dan bermaya. Wallahua'lam.

Antara Group Vespa yang bersantai. Menariknya mereka sentiasa menyusun vespa dalam keadaan tersusun setiap kali parking. Contoh yang baik perlu diikuti.
.
Pentas Utama Sambutan. Gambar diambil selesai program.

Selesai Sambutan. Semua bergerak mengikut hala sendiri. Mungkin juga bergerak mencari makna Merdeka??

Anak Muda yang Merdeka jiwa mereka. Walau isi risalah yang disampaikan mereka agak biasa, namun kesungguhan mereka membuktikan cinta mereka kepada agama, negara dan bangsa melebihi mereka yang saban tahun menyambut Merdeka.

Mana polis?? Jam yang teruk sehinggakan 'lumpuh' seketika jalanraya di Tanjung ini membuktikan pihak polis tidak mampu berbuat apa-apa? atau lebih suka mengadakan sekatan jalanraya yang sudah tentu 'masyukkkkk' punya?

Bila namanya Hadhari, maka bercampur aduklah jadinya. Malam pertama sambutan bukan main lagi penuh syahdu dan rendah diri memohon hajat dikekalkan keamanan dll, tapi...

Malam berikutnya.. Taman Syahbandar kini sudah menjadi satu port bagi anak muda melepak, berhibur dan sebagainya. Namun maklumat yang diterima program 'kebudayaan' ini tidak mendapat tempat di hati muda-mudi. Apakah rakyat Terengganu mahukan Gwen Stefani pula??

20 August 2007

XPDC Dakwah: Catatan di Konsert AF di SMK Seri NIlam

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Jam 4.30 Petang aku terima call dari seorang kawan. "Amdang, call Sinar Harian! Malam ni pemuda KT nak buat demo bantah konsert di SMK Seri Nilam!". Dalam kepala aku demo, banner, takbir, polis, FRU dan topi merahnya. Aku sebetulnya tak suka demontrasi ni. Kerana ianya melambangkan betapa pihak yang perlu dihadap itu terlalu DEGIL! Ya lah, setelah kita bincang dan beritahu itu dan ini pun belum ambil satu keputusan yang 'wajar dan saksama', maka cara lain yang rakyat perlu tunjuk adalah dengan demonstrasi. Sebab ini akan mendapat perhatian media, mendapat perhatian pihak atasan, dan kadang-kala akan disokong oleh orang ramai yang belum memahami isu yang hendak disampaikan. Juga bukti kita perjuangkan satu isu itu bukan main-main. Kita bersungguh dan komited!.

Aku dah lupa berapa kali aku ikuti demonstrasi. Tapi bilangannya tidak terlalu banyak. Masih cukup jari tangan dan kaki jika aku renung kembali apa isu yang pernah aku juangkan dalam menyertai demonstrasi ini. Semuanya pada aku adalah perhimpunan aman. Berhimpun menyatakan sokongan pada pihak tertentu dan mungkin juga mengecam pihak tertentu. Kami berhimpun dengan aman, tetapi dikejar dan dihambat oleh FRU menjadikan suasana kacau dan bilau. Macam rakyat ni nak perang dilanyak mereka. Apa boleh buat, mereka memikul amanah pemimpin. A kata pimpinan, A yang dibuat. B kata pimpinan, B yang diturut. Ada muka-muka FRU yang aku lihat kesal dalam perbuatan mereka. Ada yang seolah-olah tidak redha. Nak je aku kata, "Carilah kerja lain yang lebih diberkati dari menjadi anjing suruhan!" Maaf, bukan aku samakan FRU dengan anjing, tetapi istilah anjing suruhan adalah bagi menggambarkan betapa setianya pelaksana amanah itu menjalankan suruhan.

Jam 6.30 Petang aku sms seorang kawan untuk turut sama. Jam 6.45 petang terima sms info terkini "Program berbentuk sebaran risalah, bukan demo. Kumpul di Surau Kubang Tangga. SOlat Isyak Berjemaah". Aku forward sms tadi kepada seorang teman yang aku ajak tadi. Dia reply "Ohh.. Kalu gitu ambe gi lewat skit la" Aku dah agak. Kalu program menyebarkan risalah, tenaga biasanya tak ramai diperlukan. Cukuplah beberapa orang yang ada. Jika demonstrasi sudah tentu perlukan kekuatan ahli yang ramai. Baru gah! Bukan gah untuk bertempur, tetapi gah dalam menunjukkan ramai tak setuju dengan sesuatu perbuatan itu.

Oh, aku lupa nak sebut. Sebenarnya pada tarikh 18 Ogos baru ni ada satu Sambutan Minggu Belia. Tempat diadakan di Padang Sek Men Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Terengganu. Pada siangnya diadakan pertandingan pancaragam, malamnya diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan belia. Penutup program pada malam itulah yang aku nak tekankan di sini. Konsert bekas peserta AF. Jika lihat pada kain rentang dan bunting yang dipasang, Dekna, Dafi dan Marsha yang akan menghadiri program ini. Aku secara peribadi tidak mengenali artis-srtis baru ini. Bukan tidak minat muzik, tetapi pada aku kelahiran artis yang ada hari ini umpama sampah masyarakat! Bertambah bukan membangun ummah dan masyarakat, tetapi menjadi racun dan duri perosak dalam masyarakat.

Jam 8.50 malam aku tiba di tapak program. Aku perasan polis agak ramai dan kawalan agak ketat. Di simpang trafik light ada satu banner berbunyi "Kami Penduduk Kampung Membantah Konsert dari Artis AF". Aku senyum. Aku meneruskan perjalanan sehingga sampai depan pintu pagar sekolah. Mencari parking, maka aku lajakkan motor aku ke depan lagi. Orang dah mula memenuhi kawasan. Aku agak terlewat bilamana aku turun dari motor, kelihatan beberapa pemuda sudah mula mengedarkan risalah. Aku mendapatkan seorang pemuda yang menyebarkan risalah bagi mendapatkan satu salinan. Risalah yang cukup umum pada aku. Hanya diletakkan satu Hadith yang agak panjang tentang "LIMA BELAS PERKARA MENDATANGKAN BALA". Risalah itu juga bertanggungjawab bilamana diletakkan nama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu sebagai pihak yang mengeluarkan risalah itu.
Aku bergerak ke depan pintu masuk utama. Setiba di sana, aku lihat beberapa orang polis berpakaian biasa menghalang dan menegur beberapa pemuda yang menyebarkan risalah. Aku kira dalam 15 orang polis yang berpakaian biasa. Mereka juga menakut-nakutkan pemuda tersebut dengan mengambil Video. Aku tak tahu sejauh mana perbincangan mereka, tetapi akhirnya aku lihat pemuda mula bergerak meninggalkan pintu masuk utama. Sambil berundur, mereka terus menyebarkan risalah kepada pengunjung yang baru hadir. Melihat perkara inilah beberapa polis yang ada di situ dengan tegas menahan beberapa pemuda yang ada di situ bagi mendapatkan kad pengenalan. Beberapa pemuda dicatatkan pengenalan diri mereka. Mereka berkeras menghalau pemuda ini dari terus menyebarkan risalah. Terfikir aku, tidak tahukah pihak polis terbabit yang pemuda-pemuda ini juga membantu polis dalam mengurangkan jenayah dan gejala sosial?Dalam melihat suasana itu, aku terpandang sekumpulan pelajar sekolah yang bertudung labuh keluar dari kawasan sekolah. Semua berpakaia putih menandakan mereka datang kerana diarahkan untuk datang. Bersama mereka seorang guru pengiring. Seorang kawan yang bersama aku sempat menegur cikgu terbabit. "Apa boleh buat, arahan suruh mari sini". Rupa-rupanya mereka adalah pelajar SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu. Sebuah sekolah agama yang agak terkenal di sini.Aku tergerak hati melihat suasana di dalam kawasan sekolah. Aku ajak seorang kawan untuk masuk sama. Kebetulan ketika aku masuk, majis penyampaian anugerah dan hadiah kepada belia-belia yang dikatakan berjaya dan menjadi contoh. Banyaklah persatuan itu dan ini menjadi juara dan mendapat anugerah itu dan ini. Aku perhatikan para pelajar yang mengambil bahagian dalam perbarisan di situ langsung tidak memberikan perhatian kepada pentas, kecuali sekumpulan pemuda UMNO yang berada betul-betul di hadapan pentas yang bertepuk dan menyorak mereka yang naik ke pentas. Kebetulan pengiring penerima hadiah adalah perempuan, maka habis mereka diusik oleh pemuda-pemuda UMNO terbabit. Aku kira pengiring itu adalah pelajar-pelajar sekolah memandangkan mereka berpakaian Uniform Persatuan.Kesian aku melihat anak-anak muda ini yang berteriak dan bertempik. Bila Idris Jusoh yang sedang memberikan hadiah seolah tidak senang dengan perbuatan mereka, para pemuda UMNO ini berteriak Gelombang! dan disambut oleh rakan-rakan mereka dengan Biru!. Ketika itu Idris akan senyum kembali. Aku tidak tahu siapa yang cerdik dalam situasi ini. Tetapi adakah Idris akan mengira melaung slogan itu menandakan akhlak mereka adalah baik? berbanding berteriak dan sekadar bertepuk?Selesai Majlis menyampaikan anugerah, Din Adam pula bangun mendekati microfon dan melaung Gelombang Biru beberapa kali. Kelakar bilamana ada pemuda yang dihadapan aku menjawab dengan Hijau! Satu bukti mereka tidak menerima program seumpama ini diadakan. Kemudian, pentas utama diubah. Pentas untuk acara konsert pun bermula. Aku tidak pasti jam berapa ketika itu. Kawan aku hanya minta aku tunggu beberapa ketika bagi diambil gambar penyanyi pertama sebagai bukti memang program ini menganjurkan konsert! Jika sekadar persembahan biasa, kenapa tidak menggunakan pentas yang sama.Kami berjalan keluar bilamana Dekna selesai menyanyi lagu pertama. Aku lupa lagu apa. Cuma yang aku tahu, itu bukan lagu dia sendiri. Dalam perjalanan keluar, aku melihat suasana yang amat tidak sihat. Penonton konsert dengan suatu hal, para pelajar yang terdiri dari lelaki perempuan tadi (mereka ambil bahagian dalam perbarisan) mula bergaul bebas. Duduk berdua, dalam kumpulan, bertepuk tampar dan sebagainya. Pelajar Melayu Islam dan anak Terengganu yang terkenal (kononnya!) dengan adat Timur.
Aku mula bergerak ke arah motor yang diparking. Tetiba aku perasan satu kain rentang yang dikeluarkan pihak sekolah (kementerian pun boleh jadi), tentang "Kempen Pulang Dari Sekolah, Terus Ke Rumah". Dibawah itu juga ditambah "Gunakan sepenuh masa di rumah dengan belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama keluarga". Termenung panjang bila berfikir yang kempen yang baik itu dibuat oleh pihak Kerajaan, konsert maksiat pun pihak kerajaan yang anjurkan dengan anak muda meliar di malam hari. Jika suasana ini berterusan dan dibiarkan, apakah ada jaminan masa depan anak-anak akan terjamin? Ohh.. Tetiba aku ingat filem Idris Jusoh, Masa Depanmu Terjamin.

28 July 2007

Inilah Filem Kita dan Budaya Kita

Assalamualaikum..

Eh, ada filem baru. Sah! Biru yang haru!


Apakah ada jaminan masa depan mereka akan terjamin jika ini budak-budak sekarang?? Tepuk dada, tanya iman. Bukan tanya Imam Hadhari. Kalu tanya Imam Hadhari, semua leh jadi ikut logik dia. Biarkan dia dengan Jeanenya. Tapi, di mana Pak Lah? Hilangnya tanpa berita..