Showing posts with label deris jusoh. Show all posts
Showing posts with label deris jusoh. Show all posts

10 February 2010

Sembilan telefon bimbit antara bukti kes Adun - Bernama

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Sembilan telefon bimbit adalah antara 20 barang bukti yang diterima Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu untuk perbicaraan kes menggugut tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.

Selain itu empat komputer riba turut dijadikan bahan bukti dalam kes Datuk Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 38, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang didakwa membuat ugutan jenayah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga Adun Barisan Nasional Terengganu pada April tahun lalu.

Tertuduh turut didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan kepada tiga Adun itu iaitu Adun Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Ajil Datuk Rosol Wahid dan Adun Permasuri Abdul Halim Jusoh dengan menggunakan nombor telefon bimbit milik Wan Ahamad.

Saksi pertama kes Koperal Zulbahari Abdul Manan, 43, dari Cawangan Jenayah dan Stor Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berkata 20 daripada 36 jenis barangan yang diambil daripada tertuduh telah dijadikan bahan bukti dalam kes ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz @ Juned berkata seramai 22 orang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Terdahulu, ketika pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim M.Bakri Abd Majid, Ahmad Ramzi meminta mahkamah supaya kesnya dibicarakan.

Pada pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya pada pukul 11.21 malam 13 April tahun lalu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di Kuala Terengganu.

Untuk pertuduhan kedua, Ahmad Ramzi didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, pada tarikh, tempat dan waktu sama, dan juga terhadap Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh sama.

Ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat iaitu pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Sabit kesalahan dalam pertuduhan ini, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Shahidani dibantu Nor Azimon Azumi dan Ooi Chooi Geok dan tertuduh diwakili peguam bela Datuk Hazman Ahmad, Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud.

- Bernama

09 June 2009

Apabila Blog Tanpa Posting...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dua minggu lebih blog ini menyepi. Sepi sungguh. Aku sendiri tidak merasakan ianya sesuatu yang disengajakan walaupun ada unsur disengajakan. Terkilan juga tidak membuat posting apatah lagi banyak cerita-cerita menarik yang perlu dikongsi. Dari cerita stadium Sultan Mizan Zainal Abidin diruntuhkan raksasa di Terengganu sehinggalah cerita kehangatan Muktamar PAS dari stadium Malawati, Shah Alam.

Stadium Runtuh

Menjadi bahan lawak bilamana gambar raksasa menyerang Stadium Sultan Mizan bertebaran di internet samada email mahupun blog. Walaupun menyedari ianya merupakan suatu gurauan semata, namun sebenarnya ianya menggambarkan betapa kita masih kekurangan Ultraman dalam menyelamatkan Malaysia. Hidup Ultraman!

Apabila stadium runtuh, pelbagai pihak dipersalahkan. Kontraktor, JKR, Idris Jusoh, Ahmad Said, Bangla buruh stadium, tukang sapu, UMNO dan BN mahupun exco-exco terdahulu mahupun sekarang. Lebih menarik apabila masing-masing cuba persalahkan masing-masing. Walhal masing-masing punya saham untuk dipersalahkan.

Apapun, Idris Jusoh adalah paling kecewa dan teruk terkena tempias. Sudahlah segala projek mega yang dibina di zamannya digunakan Ahmad Said, bilamana ianya rosak dan bermasalah, semuanya diberikan kepada Idris. Tahi juga yang Idris dapat. Padan Muka!

SPM dengan 10 Subjek

Hebatnya TPM kita yang baru apabila turut menjawat Menteri Pendidikan. Dalam masa beberapa minggu menjadi TPM sudah memberi idea bernas untuk menghadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM. Genius, pintar, geliga dan bijak sifir! lebih penting cepat dan cukup drastik.

Mungkin Muhyiddin Yassin tidak perasan bagaimana kecewanya pihak-pihak tertentu bilamana isu PPSMI yang tidak selesai terus ditangguhkan keputusannya bilamana kajian dan pandangan pihak tertentu MENOLAK PPSMI! Sedangkan isu SPM dengan 10 subjek ini cepat sahaja keputusannya.

Suatu yang perlu tidak terlepas pandang adalah subjek teras kepada SPM itu sendiri. Sebelum ini subjek teras ada 6 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Moral. Jika ianya dikurangkan apakah subjek yang akan menjadi mangsa? Apakah Sejarah dan Pendidikan Islam atau Moral?

Ramai melihat isu menghadkan 10 subjek ini tidak lebih kepada pengukuhan PPSMI yang sudah ditentang banyak pihak. Kini timbul pula isu Bahasa Inggeris mahu dijadikan subjek wajib lulus.

PAS dan Muktamar

Alhamdulillah selesai sudah muktamar PAS. Tapi walaupun sudah selesai semacam masih belum selesai sahaja lagi. Kepada yang menang dalam pemilihan, terima amanah dengan penuh rasa tanggungjawab. Kepada yang tidak terpilih, perjuangan bukan dengan jawatan. Betapa ramai pejuang di dalam PAS yang turut berjuang, tetapi tiada jawatan. Mereka ikhlas, dan amat ikhlas dan penuh ketelusan dalam perjuangan. Merekalah pejuang yang tiada nama.

Wallahua'lam.

09 May 2009

Youtube Ramzi yang dicari polis

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Klip di atas adalah pada malam beberapa adun BN melaporkan menerima SMS ugutan. Peliknya Ramzi juga menunjukkan SMS yang 'sama' sedangkan dia bukanlah adun. Tiada sebab langsung untuk dia menerima SMS tersebut.

Sumber: BuletinOnline.blogspot

Polis Terengganu Kluk Klek!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku tinggalkan seketika isu di Perak. Memang di sana sudah jelas lagi bersuluh bagaimana polis telah diperkudakan UMNO / BN bagi merampas sidang Dun Perak. Tapi ini cerita di Terengganu. Cerita bagaimana kenyataan polis boleh 'bertukar' kerana 'politik' UMNO / BN.

Kira-kira dua minggu lalu, polis telah menafikan laporan beberapa akhbar yang mendedahkan bahawa Dr Ramzi dikehendaki pihak polis. Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, polis negeri kesal dengan tindakan beberapa akhbar yang menyiarkan laporan itu.


Keratan Utusan Meloya Online (25 April) ketika polis dikatakan mencari Ramzi. Bagaimanapun polis kemudian menafikannya.

Keratan Berita Hairan Online yang menafikan Ramzi dicari polis. (jika tidak silap 26 April 2009)

Hari ini polis sekali lagi mengeluarkan suatu kenyataan mencari Dr Ramzi yang merupakan orang kanan Idris Jusoh. Ini sekaligus membenarkan apa yang pernah diperkatakan akhbar sebelum ini. Pelik, kenapa perlu ada penafian tentang Dr Ramzi yang dikehendaki membantu siasatan sebelum ini.

Mungkin semua ini ada kaitan dengan siapa yang berkuasa. Jika ketika isu 'SMS ugut' berlaku, Ahmad Said dilihat berada di sebelah pihak yang defensif. Idris dilihat 'berkuasa' ketika itu. Bagaimanapun, kemudiannya setelah UMNO Terengganu diletakkan di bawah Hishamuddin, maka 'kuasa' tersebut dilihat kurang pada Idris Jusoh.

Ini mungkin dapat dikuatkan lagi dengan Khutbah Jumaat di Terengganu pada hari ini bercerita tentang SMS fitnah. Melalui khutbah tersebut imej Ahmad Said aku percaya akan dapat diperbaiki. Tapi, akan tertangkapkah penyebar SMS tersebut?

06 May 2009

Kerajaan Terengganu bakal muflis?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mukaddimah

Sebaik sahaja menjawat jawatan selaku MB Terengganu, Ahmad Said cepat-cepat memohon Wang Royalti Terengganu dipulangkan semula. Kata Ahmad Said, sebelum ini berlaku banyak penyelewengan bilamana Kerajaan Pusat yang menguruskan. Itu termasuklah dengan pembinaan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man dan acara Monsoon Cup di Pulau Duyong.

Apabila datangnya Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Najib pula datang ke Terengganu dengan membawa RM408 juta kononnya memulangkan sebahagian wang royalti Terengganu. Dikhabarkan selepas ini Petronas akan membayar royalti secara terus ke akaun Kerajaan Negeri, tetapi sehingga hari ini tiada pula berita wang-wang tersebut dan baki-baki terdahulu diterima Kerajaan Terengganu.

Ini Ceritanya

Beberapa hari lalu, aku menemani isteriku untuk singgah solat Asar di Masjid Terapung. Nama betul masjid ini adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah. Ketika itu jam sudah sekitar jam 5.30 petang. Aku yang sudah siap solat hanya menanti di tepi tasik yang menempatkan Masjid Terapung itu.

Masjid Terapung yang indah.

"Eee.. geramnya, tandas dikunci, tak leh buang air" Keluh isteriku sebaik sahaja tiba di tempat parking kereta.

"Kunci?" Aku bertanya kepelikan.

"Dia buka 30 minit sebelum waktu solat, dan tutup 30 minit selepas waktu solat" Cerita Umi Balqis.

"Ada plak gitu" Aku mengeluh kesal.

Notis pemberitahuan penggunaan tandas Masjid Terapung

"Umi gi buang air situ je la" Aku menunjukkan satu tandas awam yang terletak bersebelahan dengan Masjid Terapung. Tandas itu merupakan bangunan yang baru dibina bersama-sama sebuah kafe yang turut 'terapung' keadaannya.

Bangunan tandas awam bersebelahan dengan Masjid Terapung

Caj yang dikenakan

Apabila keadaan ini berlaku, aku terfikir siapakah yang bersalah dalam kes sebegini. Pada perkiraan aku, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan.

1. Fungsi Masjid. Aku percaya fungsi masjid untuk solat tidak terjejas. Namun, aku tidak pernah menjumpai mana-mana masjid yang turut menjadi 'pusat tarikan' dikunci tandasnya. Masjid Negara, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Kristal sendiri pun tidak dikunci tandasnya.

Jika ruang solat utama dikunci, ini biasa memandangkan menjaga 'tabung' dan perkakas masjid dari dikebas. Namun, biasanya ada ruang kaki lima masjid yang masih boleh digunakan untuk tujuan solat.

2. Siapa mengaut untung? Aku terfikir milik siapakah tandas di luar kawasan masjid itu. Milik masjid di bawah pejabat agama, atau milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu? Tindakan mengunci tandas masjid mungkin dilihat sebagai kerjasama yang baik antara kedua badan tersebut. Mungkin untung dibahagi 50-50 kot.

Terus terang aku mengatakan untung menguruskan tandas di sebelah masjid tersebut. Apatah lagi caj yang dikenakan adalah agak tinggi walaupun semua mampu. Kedudukan masjid yang di tepi jalan dan mempunyai pemandangan indah akan mudah menggamit sesiapa sahaja untuk singgah. Pelancong pula seakan-akan menjadikan destinasi ini sebagai destinasi wajib singgah walaupun seketika.

3. Apa kata orang luar? Mungkin mereka akan berkata "Tidak pernah sebelum ini".

Penutup

Inilah masalahnya bila negeri menjadi kucar-kacir. Perkara yang aku kira tidak patut berlaku ini bukan sahaja memalukan dari segi imej, malah menunjukkan Terengganu begitu tersepit dalam urusan kewangan. Aku nak je kata Ahmad Said jaga masjid, Idris Jusoh jaga tandas. Idris Jusoh juga yang cerdik!

Wallahua'lam.

25 April 2009

Ahmad Said sewajarnya berasa terhina...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Biar apapun alasan yang diberikan Najib, Ahmad Said sepatutnya terasa terhina dengan perlantikan Hishamudin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Apatah lagi pada masa sama, rakan sejawatnya Mohd Isa Sabu di Perlis telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Walaupun dilihat Ahmad memegang jawatan nombor 2 dalam UMNO Terengganu mengatasi Idris Jusoh, namun jawatan Idris sebagai seorang ahli MT sudah tentu memberi banyak kelebihan kepada Idris. Ahmad sendiri akan terbatas urusan partinya kerana terpaksa merujuk kepada orang nombor 1 terlebih dahulu.

Bilamana menjadi orang nombor 2 dalam parti, Ahmad sebagai orang nombor 1 dalam kerajaan negeri akan bermasalah dengan urusan kerajaan yang biasanya turut dipengaruhi faktor politik. Ahmad akan dilihat bermasalah untuk menguruskan kerajaan dengan dirinya berada di nombor 2 dalam politik.

Idris Jusoh akan dilihat lebih mampu mempengaruhi Hishamuddin berbanding Ahmad Said. Ini seakan memberi suatu tekanan yang hebat kepada kepimpinan Kerajaan Terengganu di bawah Ahmad Said. Tidak mustahil Ahmad Said akan meletak jawatan sebagai MB dalam masa terdekat.

Kenyataan Idris Jusoh yang dilihat gembira dengan perlantikan Hishamudin menunjukkan kemenangan puak Idris terhadap Ahmad Said. Pelik juga setelah Ahmad Said dijatuhkan, barulah keluar kenyataan Idris sedia bekerjasama dengan Ahmad. Walhal sebelum ini tidak berlaku sebegitu. Sudah tentu maksud kerjasama itu adalah Ahmad mesti bekerjasama dengan Idris yang dibayangi Hishamuddin.

Wallahua'lam.

23 April 2009

Suspek 'SMS Ugut Bunuh' Pengendali ‘GanuLening’?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berita dari Buletinonline.

KUALA TERENGGANU - Kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan ‘SMS ugutan bunuh’ kepada tiga ADUN BN dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’.


Suspek tersebut telah dibawa ke balai polis Kuala Terengganu, semalam, untuk ditahan selama empat hari bagi membantu polis Terengganu menjalankan siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas. berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

"Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi," kata beliau di sini semalam.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

"Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Laman GanuLening.net, yang menggunakan IP 202.71.107.4, sebuah laman yang mengulas isu-isu semasa Terengganu, kini tidak boleh diakses

IP tersebut dikesan berpusat di Cyberjaya, berhampiran dengan Seri Kembangan, dimana lelaki yang disyakki tinggal disana.

Laman tersebut yang menggunakan motto 'membongkar dosa-dosa parti ajaran sesat' mempunyai kaitan dengan UMNO dengan carian internet menunjukkan ia mempunyai rujukan kepada laman-laman kendalian UMNO seperti UMNO TV, ahliumno.com, ganukita dan lain-lain.

01 April 2009

Ahmad Said beri projek pada Kroni Deris?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berita dari Bernama.

Peruntukan RM100 Juta Indahkan Pekan Kuala Besut

BESUT, 1 April (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM100 juta bagi membangunkan serta menyusun semula pekan Kuala Besut di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK), dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke kawasan itu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata pembangunan kawasan itu penting kerana ia menjadi tempat persinggahan pelancong sebelum bertolak ke Pulau Perhentian.

Beliau berkata pekan berkenaan akan diperindahkan, antaranya dengan menambah bangunan baru, rumah kedai dan jeti bagi kemudahan pelancong serta penduduk tempatan.

"Kita dapati Kuala Besut menjadi tumpuan pelancong sebelum mereka pergi ke Pulau Perhentian. Jadi, kita perlu mengindahkan pekan itu yang sebelum ini agak sesak dan tidak diurus seperti pekan koboi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak rumah pangsa Kuala Besut di sini hari ini. Turut hadir, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jertih.

Ahmad berkata di bawah program itu, kerajaan negeri akan membina 150 unit rumah di kawasan seluas 1.4 hektar bagi keperluan penduduk di kawasan berkenaan dan ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Beliau berkata rumah yang akan dibina itu adalah sebahagian daripada 4,500 unit rumah mampu milik yang bakal dibina kerajaan Terengganu di seluruh negeri itu, tahun ini.

"Kita akan bina rumah-rumah untuk keperluan rakyat di setiap daerah yang sudah mempunyai tapak. Tempat-tempat yang ada kawasan (tapak) kita buat (bina) dulu," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengkaji untuk mendalamkan muara sungai Kuala Besut serta mengatasi masalah hakisan yang sering berlaku di kawasan tersebut.

"Kami tidak mahu peruntukan yang besar dikeluarkan, tetapi hakisan tetap berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri membenarkan penduduk melaksanakan projek menyedut pasir bagi mendalamkan muara sungai itu tetapi mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pejabat Daerah Besut.

-- BERNAMA

p/s: Selepas heboh dikatakan Ahmad Said meminggirkan Besut, alih-alih datang plak projek. Aku harap Ahmad Said tak lupakan Setiu yang mana kampung halaman isteri nombor 2 dia.

11 February 2009

Antara Idris Jusoh dan Nizar Jamaludin

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku lebih kenal Idris Jusoh dari Nizar Jamaludin. Kenal aku tidaklah sampai ke peringkat tahu berapa banyak kurap yang ada di tubuh Idris Jusoh. Tidak kenal aku kepada MB Perak, Nizar Jamaludin pula bukanlah kerana tidak kenal. Mungkin kerana baru terkenal.

Ketika mana Idris Jusoh berada dalam zaman kegemilangannya, Nizar langsung tidak pernah aku tahu kewujudannya. Ketika itu Idris Jusoh terkenal dengan Ketengahnya (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah). Juga terkenal dengan Ketegaqnya. Ketika itulah zaman Gelombang Biru. Dari pelbagai sudut Kerajaan Terengganu (1999 - 2004) diserang dan ditekan.

Apabila Idris Jusoh berjaya mengambil kuasa Kerajaan Terengganu. Ketengah diketepikan. Tapi ketegaqnya lebih jelas. Tanah-tanah rakyat dirampas. Masjid dirobohkan. Pertandingan Kapal Layar termahal di dunia juga dicipta dan diadakan di Terengganu. Pembaziran demi pembaziran dilakukan termasuk membina Taman Tamadun Islam.

Dipendekkan cerita, akhirnya Idris Jusoh dihalau Sultan dari menjadi Menteri Besar. Tindakan Sultan disokong rakyat. Rakyat rasa gembira atas kebijaksanaan Sultan. Rakyat tahu, tindakan Sultan kerana bukan sahaja Idris biadap dengan istana, malah zalim juga orangnya terhadap rakyat. Sokongan Rakyat terhadap tuanku Sultan dapat dilihat di mana-mana ketika itu. Sehingga hari ini masih ada kereta ditampal dengan pelekat "Daulat Tuanku, Patik sekalian rakyat bersama dengan tuanku".

Apa pula cerita Nizar Jamaludin? Aku terima SMS sehari selepas Perak dikuasai PR mengatakan YB Nizar Jamaludin dari PAS akan menjadi MB Perak. Siapa Nizar? Aku langsung tidak kenal ketika itu. Dalam hati aku, harapnya OK lah insan yang dipilih menjadi MB itu. Abang ipar dan kakak yang tinggal di Perak sudah berazam mahu menukar mengundi di Perak sahaja selepas ini.

Selepas Nizar menjadi MB, aku pernah berkunjung ke sana. Ketika itu Jamuan Rakyat oleh PAS Perak diadakan di perkarangan Pejabat PAS. Itulah kali pertama aku melihat dan mendengar tutur kata Nizar secara langsung. Lembut orangnya, senyum sokmo. Apa yang menarik, Nizar dilihat mampu diterima oleh semua kaum.

Politik di Perak aku ikuti dari jauh sahaja. Namun, MB Perak itu selalu juga diundang berceramah di Terengganu. Maka adalah sedikit sebanyak yang didengari. Paling 'teruk' yang dilakukan MB Perak ini adalah memberi tanah kepada Sekolah Cina dan Orang Cina. 'Lebih teruk' lagi kerana turut memberikan tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dan penduduk kampung yang Melayu.

Secara peribadi, aku tidak pernah menjangkakan seorang yang dilihat lembut, mudah tersenyum itu boleh bertindak seberani yang aku lihat pada hari ini. Sungguh pada aku Nizar memang berani. Bukan berani melawan Sultan, tetapi berani kerana benar. Berani pertahankan 'hak rakyat' yang beliau hanya diamanahkan untuk memegang seketika.

Lihat pula kepada sokongan yang diterjemahkan rakyat dan penyokong masing-masing. Idris Jusoh dilihat hanya disokong oleh puak-puak UMNO Besut yang dinaungi gedebe-gedebe Besut. Paling kuat penyokong Idris yang ada ketika itu adalah Pak Lah sendiri yang turut mempertikai pemilihan Ahmad Said. Kesemua Adun yang sebelum ini dilihat teguh di belakang Idris juga menghilang secara tiba-tiba.

Nizar dilihat tidak begitu. Kesemua Adun dari PAS, PKR dan DAP dilihat menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau dalam negeri. Sokongan rakyat adalah cukup luar biasa. Segelintir penyokong UMNO berlakon menyokong istana dalam isu ini. Namun, rakyat jelas melihat UMNO yang mempergunakan istana. Macamlah UMNO itu bukan penderhaka.

Derhakakah Nizar? Derhakalah jika mengikut telunjuk UMNO. Namun, pada rakyat yang faham, tahu dan sedar dalang sebenar tidak pernah menganggap begitu. UMNO juga sebenarnya tidak pernah menjangkakan tindakan Nizar yang tegas dan cukup yakin mempertahankan amanah rakyat itu. Disangkakan Nizar akan berundur, namun pertembungan yang berlaku memperlihatkan UMNO semakin panas dan tertekan.

Aku juga mahu menantikan himpunan 100 000 rakyat Perak 'menyokong Sultan' jika ada. Simbolik di Terengganu adalah bagaimana semua rakyat keluar menyambut Tuanku Sultan di Lapangan Terbang. Namun, apa yang aku tahu program Sultan bersama Rakyat sempena Jubli Perak pula dibatalkan. UMNO Perak mungkin ada jawapannya. Wallahua'lam.

p/s: Teringat plak ke Deris Jusoh. Apa khabar agaknya dia sekarang? Apakah Mara tidak mahu membuat Taman Tamadun Mara yang menghimpunkan replika-replika hasil usaha Mara? UiTM ada, IKM ada, Pusat Giat Mara pun ada. Atau budget tak cukup?

18 December 2008

Anak Syarikat T'ganu Rugi RM 80juta – Ahmad atau Idris Yang Berbohong ?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan: Buletinonline.net

Kuala Terengganu – Satu persoalan timbul, siapakah antara dua tokoh UMNO Terengganu yang bercakap benar atau pun yang bebohong berkenaan prestasi anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu?

Atau boleh jadi kedua-duanya berbohong dan tidak menyatakan kedudukan sebenarnya anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu itu.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Said hari ini mendedahkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bahawa beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu mengalami kerugian keseluruhan kira-kira RM80 juta sejak tahun 2005.

Sebaliknya Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 14 Januari lalu berkata anak-anak syarikat kerajaan Terengganu dibawah Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) telah membantu beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri mencatatkan keuntungan daripada RM230 juta kepada RM530 juta, sehingga 31 Disember lepas.

Ahmad Said berkata ketika menjawa soalan lisan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) berkata antara syarikat berkenaan ialah Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Sdn Bhd, Golden Pharos Bhd, Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu, dan Permint-Suterasemai Sdn Bhd.

Menjawab soalan tambahan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu langkah kerajaan negeri terhadap syarikat itu, Ahmad berkata kerajaan negeri mungkin menutup operasi beberapa syarikat bagi mengelak mereka terus mengalami kerugian.

“Bagi syarikat yang ada (potensi) berdaya maju, kita perlu tukar pihak pengurusan dan ada syarikat tertentu, kita akan buat sesuatu untuk lebih berdaya saing,” katanya.

13 October 2008

Rahsia Terbongkar – Mengapa Bas Bandar Beri Khidmat Percuma

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ditulis oleh Mat Ali (sumber: Buletinonline.net)

Penipuan Tentang ‘Cas Ligas’ terbongkar, kononya kerajaan bermurah hati memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang menggunakan khidmat bas bandaraya Kuala Terengganu.

Padahal sebenarnya rekabentuk ’Bas Bandar yang ‘pelik’, dilancarkan pada 27 Ogos tahun lalu tidak diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Kerajaan Terengganu kini tidak dapat pulangan dari pelaburan yang menggunakan RM3.4 juta wang rakyat semata-mata untuk merealisasikan ‘idea gila’ bekas Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh.

Walaupun pada asal cadangan perkhidmatan tersebut tambang dibayar sebanyak 50 sen, namun ia diberikan percuma apabila LPKP tidak mengeluarkan permit kerana cukai kastam yang belum dilunaskan selain masalah rekabentuk.

Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan menyatakan kegagalan memperolehi permit dari LPKP menyebabkan bas tersebut menjadi liabiliti.

Akhirnya hanya empat buah bas yang dibeli dengan harga RM430,000 sebuah, bergerak mengelilingi Kuala Terengganu, sementara empat buah lagi ‘sekong’ dibawah garaj.

Walaupun nampak cantik, dengan atap bercirikan seni ukir Terengganu, namun rekabentuk ‘cas ligas’ gagal melepasi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh LPKP.

Buletinonline sebelum ini pernah mempersoalkan rekabentuk tersebut dalam artikel ‘Dilema Pengangkutan Awam Terengganu’ yang juga kebetulan mempersoalkan adakahh ianya sebuah rumah atau kenderaan.

02 July 2008

Idris-Ahmad bertembung di Hulu Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sumber: Malaysiakini

Pertandingan ketua Umno bahagian Hulu Terengganu akan menyaksikan pertembungan antara penyokong bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh dengan penyokong menteri besar sekarang Datuk Ahmad Said.

Bekas exco kerajaan Datuk Rosol Wahid hampir pasti mencabar bekas timbalan menteri kewangan Datuk Tengku Putera Tengku Awang dalam pemilihan parti, September ini.

"Mereka akan berentap dalam pemilihan jawatan ketua bahagian kali ini kerana kedua-duanya amat memerlukan jawatan tersebut.

"Rosol memerlukan jawatan itu untuk masa depan politiknya setelah terpinggir berikutan ketuanya Idris tidak lagi menjadi menteri besar,” kata satu sumber Umno Hulu Terengganu kepada Malaysiakini hari ini.

"Manakala Tengku Putera digugurkan dari bertanding dalam pilihanraya umum lalu kini bergantung harap kepada jawatan ketua bahagian untuk menuruskan kerjaya politiknya."

Sumber itu berkata, persaingan antara mereka berdua sudah lama tetapi semakin menyerlah apabila Tengku Putera digugurkan daripada jawatan timbalan menteri kewangan pada 2006.

Ada pihak mendakwa itu semua, antaranya, permainan Rosol yang meminta Idris mencadangkan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Tengku Putera digugurkan daripada jawatan tersebut.

"Kemarahan Tengku Putera terhadap Rosol semakin bertambah apabila namanya tidak disenaraikan dalam pilihanraya umum lalu," kata sumber itu lagi.

Menurut sumber itu, pengguguran Tengku Putera adalah disebabkan oleh Rosol, waktu itu setiausaha badan perhubungan Umno, yang mahu mengangkat kawan baiknya Mohd Nor Awang bertanding di kerusi parlimen Hulu Terengganu.

Sementara itu, menurut sumber itu lagi, Tengku Putera telah merancang strategi menyingkirkan Rosol sebagai ahli dewan undangan negeri Ajil dalam pilihanraya umum akan datang dengan seorang muka baru.

Manakala Tengku Putera sendiri akan mengambil semula tapak lamanya di kerusi dewan undangan negeri Telemong, sekaligus akan menyaksikan exco pertanian negeri Rozi Mamat terpaksa berpindah ke kerusi parlimen.

07 April 2008

Exco Terengganu – Tiga ‘penderhaka’ tidak disenaraikan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

The image “http://buletinonline.net/images/berita/3jahanam.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 6 April – Ahmad Said, dijangka membariskankan muka-muka baru didalam senarai exco kerajaan Terengganu sekaligus mengenepikan ‘tiga penderhaka’ yang menentang pelantikan beliau. Sumber Buletin Online hari ini memberitahu sepuluh orang dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah dilihat masuk ke perkarangan rumah kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.15 petang.

Tiga orang kuat yang digelar ‘tiga penderhaka’ oleh kebanyakkan laman web dan blogger, Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam tidak dilihat di Seri Iman.

Sepuluh orang ADUN dipanggil ke Seri Iman hari ini merupakan proses terakhir pemilihan dan barisan Exco Terengganu setelah nama-nama berkenaan di persetujui oleh Perdana Menteri dan diperkenan oleh Istana Terengganu.

Pada 2 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau berpuas hati dengan senarai barisan exco kerajaan Terengganu yang dikemukakan oleh Ahmad Said dan menyifatkannya sebagai senarai yang bagus.

Sehubungan dengan itu, ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman di lihat memasuki Seri Iman Pada jam 9.00 pagi. Ia diikuti dengan ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad pada 9.45 pagi dan disusuli oleh ADUN Langkap, Asha’ari Idris 45 minit kemudian.

ADUN Telemong, Rozi Mamat dilihat memasuki perkarangan Seri Iman sekitar jam 11.15 pagi diikuti kemudian oleh ADUN Rantau Abang, Za’abar Mohd Adib 45 minit kemudian dan jam 12.45, muncul pula ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

Disebelah petang, bermula jam 2.00 petang, beberapa ADUN lagi dilihat hadir ke Seri Iman selang 45 minit seorang.

Mereka adalah ADUN Kuala Besut, Dr Abd Rahman Mokhtar, ADUN Teluk Pasu Abd Rahim Mad Said, ADUN Chukai Mohamad Awang Tera dan ADUN Bandar, Toh Chin Yaw.

Dari sepuluh orang yang menghadirkan diri ke Seri Iman pada hari ini, tiga merupakan bekas Exco yang telah dilantik semasa zaman Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.

Dengan penyenaraian sepuluh ADUN tersebut, Ahmad Said dilihat akan menamatkan ‘dinasti Idris Jusoh’ dari menduduki barisan Exco kerajaan Terengganu.

Selain tidak menyenaraikan Idris Jusoh, Ahmad Said juga menolak bekas Exco dan penyokong kuat Idris, Rosol (Ajil) dan Din Adam (Bukit Besi)

Ahmad Said juga tidak mengambil ADUN yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Idris, Muhamad Pehemi Yusof (Kota Putera) dan Abd Halim Jusoh (Permaisuri) untuk disenaraikan sebagai Exco Terengganu.

Muhamad Pehemi dan Abd Halim pernah disebut-sebut oleh para penyokong Idris akan dilantik sebagai Exco sekiranya Idris menjadi Menteri Besar.

Senarai Lengkap ADUN-ADUN yang dipanggil ke Seri Iman hari ini adalah seperti dibawah:

1. Dr. Abd Rahman Mokhtar (Kuala Besut)
2. Khazan Che Mat (Batu Rakit)
3. Asha’ari Idris (Langkap)
4. Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu)
5. Ahmad Razif Abd. Rahman (Seberang Takir)
6. Toh Chin Yaw (Bandar)
7. Za'abar Mohamed Adib (Rantau Abang)
8. Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan)
9. Rozi Mamat (Telemong)
10. Mohamad Awang Tera (Chukai)

sumber: Buletinonline.net

03 April 2008

Apa bisikan Deris pada Mat Said?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Rata-rata akhbar 30 Mac lalu menunjukkan gambar Mat Said dan Deris Jusoh berpelukan. Deris dilihat tersenyum, manakala Mat Said dilihat sedikit gementar dan gugup. Terharu mungkin. Sedikit pucat.

Ramai pemberita mengulas dengan mengatakan pelukan itu membuktikan Mat Said tidak pernah berdendam dan telah memaafkan Deris dan semua yang terlibat. Mat Said juga berkata demikian.

Mungkin ada kebenaran sekiranya Mat Said telah memaafkan Deris dan konco-konconya. Ini kerana dengan memaafkan merekalah Mat Said boleh lebih lama kekal sebagai MB seterusnya memerintah Terengganu. Sekiranya Mat Said tidak bergabung dengan 23 Adun BN yang lain, sudah tentu dia menghadapi kesukaran dan terpaksa berdepan dengan undi tidak percaya. Jika bergabung dengan 8 wakil PAS tidak memungkinkan Mat Said membentuk kerajaan yang kuat.

Namun, apakah Deris dan konco-konconya juga sudah memaafkan Mat Said yang 'merampas' takhta MB Terengganu itu? Apakah Deris tidak terasa malu dihalau sebegitu rupa sedangkan ketika itu semua YB BN menyokongnya? Apakah Deris sanggup hilang kuasa pembahagian tender yang selama ini menjadi miliknya? Sejak bila Deris menjadi seorang yang pemaaf?

Seorang kawan secara bergurau berkata "Mung tahu tak apa bisikan Deris kepada Mat Said semasa berpelukan tu? Deris kata, siap la mung Mat Said!"

Aku tergelak. Namun, jika dilihat pada gambar tersebut mungkin ada kebarangkalian kata-kata itu diungkapkan oleh Deris. Jika tidak, masakan rupa Mat Said tidak ceria, manakala rupa Deris senyum penuh makna.

Perang Mat Said dan Deris sebenarnya baru sahaja bermula dengan majlis angkat sumpah tersebut. Mat Said dalam kenyataannya telah memaklumkan barisan exco pilihannya nanti adalah muka-muka baru. Maknanya, ramai penyokong Deris akan tercantas. Deris sendiri sudah tentu tidak akan dilantik exco. Rosol wahid? Batu api sewajarnya dipendam di dasar laut. Biar sejuk.

Sebagai bekas MB yang dikira banyak membawa 'pembangunan' di Terengganu, sudah tentu Deris akan cuba menenggelamkan nama Mat Said supaya tidak 'seharum' namanya. Sudah tentu ada gangguan dan kacau mengacau dalam pentadbiran Mat Said ini. Jika Deris tidak melakukan demikian, namanya akan tenggelam dan rakyat akan melupakannya. Paling tidak, Deris mahu rakyat akan berkata "Masa Deris jadi MB dulu lagi baik dari sekarang."

Kepada Mat Said, perlu lebih hati-hati. Jangan pula cuba mengusik PAS ketika mana kedudukannya sebagai MB itu masih tidak senang duduk sebenarnya. Bukan apa, takut-takut Mat Said keseorangan dalam melawan Deris dan PAS.

26 March 2008

Deris Jusoh hilang Dato Seri??

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini cerita SMS lagi. Cerita pasal SMS yang aku terima perihal Deris, Rosol dan Din Adam kehilangan Dato' yang ada pada mereka. Khabarnya Dato' itu ditarik kerana sifat biadap mereka dengan Tuanku. Ini masih berita SMS. Apapun, untuk pengesahan kita sama-sama tunggu.

Apapun, pada aku membuang Dato' itu satu hukuman yang teramat ringan berbanding kesalahan dan kebiadaban yang mereka lakukan. Sudahlah tidak menerima calon MB pilihan Tuanku, cuba berlagak biadap pula dengan kain rentang "Kami Nak Deris, Natang". Cukup biadap.

Jika benar berita itu, Deris dan konco-konconya itu perlu bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat pengampunan Tuanku Sultan. Aku kira kejadian dan peristiwa yang berlaku ini terlalu banyak hikmah yang ada. Terlalu banyak.

Antara hikmah yang aku nampak, hari ini kita seolah-olah baru sedar Tuanku Sultan dan istana itu berkuasa. Sebelum ini Institusi Raja dilayan sebagai boneka semata. Sultan setakat merasmi Masjid, pergi jamuan amal itu ini, rasmi majlis agama dan sebegitu sahaja. Diam Tuanku Sultan selama ini dianggap seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Nah! Hari ini semuanya hampir terjawab.

Mungkin ini juga yang perlu kita sedari setiap kali Khutbah Jumaat, doa dibaca bagi kedaulatan Sultan dan pemerintahan baginda. Mungkin sebelum ini doa yang kita panjatkan itu tanpa rasa kasih dan sayang yang benar-benar mendalam. Mungkin doa itu setakat amin di mulut sahaja. Hari ini bilamana Tuanku Sultan 'beraksi' dan bertegas dengan pendirian yang diyakini baginda tuanku, terserlah kewibawaan dan kedaulatan yang ada itu.

Alhamdulillah jika apa yang berlaku dan dirasai di Terengganu ini turut mendapat tempias bagi rakyat keseluruhannya. Ini aku kira berdasarkan Tuanku YDP Agung merupakan Sultan bagi rakyat seMalaysia, dan Terengganu khususnya.

Wallahua'lam

24 March 2008

UMNO Biadap!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku letakkan gambar dari TV3 malam td menerusi Buletin Utama dan dari ntv7. Aku juga sertakan link ke poster UMNO BIADAB yang disediakan menerusi kroni-kroni TKO. Klik UMNO BIADAB untuk muat turun poster.


Anda nilailah bagaimana puak-puak ini bukan sahaja biadap, malah aku suka katakan mereka ini memang celaka dan menderhaka kepada Tuanku Sultan! Sudahlah Deris, usahlah cuba berlagak tidak kisah dan sebagainya. Jika benar Deris tidak menyuruh puak-puak yang biadab dan celaka itu berhimpun, arahkan dan keluarkan statement yang dia LARANG puak-puak itu dari bertindak begitu pula.

Apapun, bukan pelik jika ini sikap Deris. Siapa tak kenal Deris tu...

21 March 2008

Yamin dan Polis Terengganu bekerjasama?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Siapa Yamin? info 1, info 2 dan info 3. Aku kira sedikit maklumat itu cukup untuk menggambarkan siapa dan bagaimana orangnya si Yamin itu. Mengikut sumber dari Besut, Yamin sekarang ini berada di Bandar Kuala Terengganu sejak 11 Mac lagi. Sumber itu turut memaklumkan Yamin dan beberapa kawannya menginap di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Kenapa Yamin datang ke Kuala Terengganu? Jawapannya mudah. Isu pelantikan MB Terengganu yang belum selesai memaksa Yamin datang ke KT. Yamin dipertanggungjawabkan khusus bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengganggu proses pelantikan MB kepada Deris Jusoh. Di KT ini, Yamin dipercayai bekerjasama dengan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Sabri Alwi @ Mat Kerak bagi mengawal kebangkitan pihak-pihak yang dikatakan cuba melawan Deris.

Beberapa hari lalu dikhabarkan ada pihak yang memasang banner bagi menyatakan sokongan kepada pihak Istana Terengganu dalam pemilihan MB yang baru. Bagaimanapun, banner-banner berkenaan telah dibuang serta merta oleh pihak-pihak yang dipercayai diterajui oleh Yamin dan Mat Kerak itu.

Semalam juga, 4 lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam pemasangan banner-banner berkenaan. Penahanan itu dilakukan kerana banner-banner berkenaan dikatakan mempunyai unsur-unsur hasutan.

Hairan juga mereka yang berhimpun mengapi-apikan perkauman dalam sehari dua ini dibenarkan berhimpun secara haram, dibenarkan menggantung banner-banner yang sebahagiaannya berunsur perkauman dan hasutan, namun tiada sebarang tangkapan pun dilakukan. Paling berat pun yang diberitakan adalah banner-banner tersebut dirampas polis. Sedangkan hasutan yang dilakukan oleh 'beruk-beruk di jalan raya' (mengambil istilah yang digunakan KJ) adalah jelas dan terang bentuknya.

Ini jauh berbeza dengan banner-banner yang digantung sebelum ini oleh sesetengah pihak di Terengganu sebelum ini dan yang dirampas semalam. Antara perkataan yang tertulis hanya berbunyi "Daulat Tuanku, Selamatkan Terengganu Darul Iman dan Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri Di Belakang DYMM Tuanku", definisi hasutan tidak hadir dengan secara jelas.

Sedangkan banner terbabit sepatutnya dilihat suatu sokongan rakyat kepada Tuanku dan pihak Istana Terengganu dalam memutuskan siapa MB Terengganu. Samada rakyat dari penyokong BN mahupun dari penyokong pembangkang, situasi ini perlu dilihat secara sihat kerana Deris Jusoh dilihat benar-benar tidak diperkenan oleh pihak istana. Apakah mahu dilihat jika berjalan pemerintahan nanti situasi bermasam muka antara pihak istana dan MB?

Di sinilah yang dilihat sebagai campurtangan Yamin dalam mengendalikan dan mengawal 'keamanan' di Bandaraya Kuala Terengganu ini. Sebelum ini di Besut petugas Majlis Daerah Besut (MDB) dipaksa membuang segala poster ceramah dan risalah yang ditampal di mana-mana tempat yang agak terbuka di daerah tersebut.

Penolakan Deris sebagai MB perlu dilihat oleh rakyat Terengganu dengan penuh rasa sedar dan insaf. Jika baik, cantik dan berwibawa sudah tentu disenangi semua pihak. Jika ditolak dan penolakan yang berlaku itu pula secara bersungguh-sungguh, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Lebih-lebih lagi pihak yang menolak itu tahu selok belok yang berlaku dalam pentadbiran Deris sebelum ini.

Wallahua'lam.

TERKINI: 4 lelaki yang ditahan semalam telah dibebaskan pada petang ini. Alhamdulillah.

19 March 2008

10 Sebab Kenapa Deris Mesti Kekal Sebagai MB

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Perlu ke tukar MB Terengganu? Pada aku Deris Jusoh sudah cukup baik dan penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai MB sepenggal yang lalu. Bukan mudah nak jumpa MB yang berkarisma dan baik sebegitu. Rakyat Terengganu sepatutnya bersyukur kerana punya MB seperti Deris. Aku kira Deris sewajarnya dikekalkan menjadi MB. Mungkin 10 sebab ini perlu direnungi bersama bagi mengekalkan Deris sebagai MB Terengganu bagi penggal kedua.

1. Untung rakyat Terengganu mendapat MB seberani Deris. Berani sungguh Deris ini sehinggakan dia sanggup merobohkan rumah Allah. Berani sungguh Deris. Jika Deris tidak lagi menjadi MB dikhuatiri penggantinya cuba berlagak berani merobohkan rumah Allah yang lain. Cukuplah seorang MB Terengganu yang merobohkan rumah Allah. Kekalkan Deris yang berani ini.

2. Tidak pernah sebelum ini Terengganu mendapat MB yang sungguh bijak. Bijaknya Deris kerana cuba memperdaya Sultan dalam Program Khatam Al-Quran. Dikatakan 2010 kanak-kanak khatam Quran, namun sebenarnya mereka itu hanya tahu mengenal huruf dan baris sahaja. Bijaknya Deris dalam bab menipu.

3. Deris ini baik orangnya. Lihatlah Patrick Lim yang tiada sedara mara di Terengganu dilayan dengan cukup baik. Cuma kebaikan Deris tidak melimpah kepada rakyat Terengganu. Kesannya rakyat Terengganu jatuh paling miskin di negeri Semenanjung Malaysia ini. Baik Deris ini diumpamakan kera (bukan Khairy! jika dibaca dengan Khairy, aku tidak bertanggungjawab) di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Baiknya Deris.

4. Deris Jusoh ni alim orangnya. Jika tidak masakan dia sanggup berhabis duit membina Masjid Kristal yang indah itu. Bukan dia tidak sedar di Pulau Wan Man itu tiada penduduk. Cuma kerana terlampau alim, dia cuba memastikan jin-jin yang berkampung di Pulau Wan Man itu turut solat berjemaah. Masalahnya jin disuruh solat di masjid, tetapi rakyat dihidang dengan hiburan dan maksiat yang melalaikan dan merosakkan. Alimnya Deris mengikut pandangan jin.

5. Deris Jusoh orangnya berstrategi. Lihatlah bagaimana Monsoon Cup berjaya memberi pulangan kepada nelayan di Musin Tengkujuh. Hasilnya si nelayan Patrick Lim berjaya mendapat RM 300 juta setahun. Itulah hikmahnya bila MB berstrategi dipilih. BN menang, Patrick Lim senang. Banyak la engkau punya strategi Deris oooii.

6. Deris ini mulia orangnya. Tanah yang dibahagikan di zaman PAS, dirampas dan diroboh rumah yang ada. Rakyat yang sedia susah disusahkan berganda-ganda jadinya. Di negeri lain, setinggan yang menumpang tanah kerajaan biasanya menjadi mangsa, tapi di sini tanah yang sudah hampir menjadi hak rakyat pun dinafikan lagi. Mulianya Deris kepada rakyat.

7. Syukurnya dengan pemerintahan Deris. Peluang pekerjaan berganda-ganda banyaknya sehingga tiada langsung pengangguran di Terengganu. Melimpah-limpah warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar datang memenuhi Terengganu. Stesyen minyak, Mydin Mall dan Giant sukar sekali mahu dicari pekerja Terengganu. Hatta Pulau Wan Man pun buruhnya bukan orang Terengganu. Alhamdulillah banyaknya peluang kerja.

8. Deris Jusoh MB yang prihatin. Semua pekerja pun dia sayang. Jika tidak masakan dia sanggup pasang CCTV nak jaga pegawainya. Nak menguap pun terasa macam bersalah. Kesian pegawai kerana terlebih prihatin oleh Deris. Begitu juga waktu minum pagi. Dulu jika mengantuk boleh ke cafe sambil bersenam urat kaki. Kini kacau aje kopi kat pantry. TERs dan RICE dua term yang cukup buat pegawai terasa tiada keseronokan dalam bekerja. Macam si pesalah dalam penjara sahaja. Deris memang MB yang prihatin.

9. Deris ini setiakawan orangnya. Setiap keputusan mesti adil dan saksama. Jarang ada kawan-kawan yang terluka dengan sifatnya. Begitu juga dengan pembahagian projek-projek utama. Projek itu untuk kawannya si A, projek ini untuk kawannya si B. Dalam diam-diam dia juga tidak lupa dapatkan tender untuk JE syarikatnya. Baguslah jika kekal MB begini. Rakyat yang mahu bersaing dengan sihat selalu jadi mangsa. Agaknya sebab itu DEB perlu dikekalkan supaya pemimpin besar kekal kenyang. Kekalkan pemimpin sebegini.

10. Eloklah Deris kekal MB. Keturunan dia bukan sebarangan. Terkenal kawan dan juga lawan. Kaki samseng dan kaki pukul orang. Patah kaki patah lengan la siapa yang cuba menghalang. Polis itu pun umpama kawan. Jika tidak masakan selamba je diorang tembak orang awam. Jika pemerintah gedebe (samseng), pak turut kena turut sama tunjukkan gedebenya. Kekalkanlah Deris untuk keamanan Terengganu. Hanya yang gedebe sahaja yang mampu menjaga keamanan. Hidup Deris!!

19 February 2008

Tahniah Pemuda PAS Dungun!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku terima satu call dari seorang forumer TKO kira-kira jam 5.00 petang. Sahabat yang berasal dari Kuala Terengganu itu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kerana terdapat sedikit urusan keluarga di sini. Dia yang ketika itu melalui Dungun menelefon aku kerana mahu kepastian bilamana melihat banyak bendera UMNO dan BN patah dan berselerak di tepi jalan.

Aku membiarkan persoalan sahabat itu berlalu kerana mungkin nanti ada maklumat lain dari sahabat-sahabat dari Dungun yang akan melaporkan kepada TKO. Kebetulan pula, ketika itu aku sedang dalam mood kerja yang cukup tinggi. Bukan selalu dapat fokus pada kerja dengan baik. Apatah lagi dalam suasana PRU ini yang memaksa bekerja dengan lebih pantas bagi membolehkan kerja-kerja membantu parti dapat dilakukan sehabis waktu pejabat.

Selepas selesai 'kerja-kerja sesi malam', aku segera menelefon seorang sahabat di Dungun. Semuanya kerana mahu mendengar sendiri apa sebenarnya yang berlaku di Dungun itu. Aku kira orang yang aku hubungi itu cukup bermaklumat untuk memberikan sedikit ulasan berkaitan apa yang telah disiarkan oleh TV3 malam tadi. Akhirnya aku senyum puas. Suatu kebangaan pula lahir dalam hati aku kepada pemuda Dungun.

Sekadar Hiasan. (Pemuda Batu 6 memasang bendera di Bulatan Batu 6)

Memang Pemuda PAS yang cabut bendera UMNO/BN tu. Itu reaksi awal yang sahabat tadi maklumkan. Aku yang pada mulanya menyangka ianya merupakan suatu provokasi UMNO agak sedikit kecewa. Namun, aku tetap pasti pemuda PAS tidak bertindak tanpa sebab. Mesti ada sesuatu menyebabkan bendera UMNO/ BN itu dicabut.

Beberapa malam sudah, seperti di tempat-tempat lain juga, Pemuda PAS Dungun sudah memulakan operasi memasang bendera di tempat-tempat strategik di sekitar Bandar Dungun. Malangnya, bendera itu selalu tidak kekal lama kerana Majlis Daerah Dungun (MDD) amat cekap dalam menurunkan Bendera PAS. Semua itu sudah tentu kerana mereka mendapat arahan dari pihak UMNO Dungun sendiri yang tidak senang melihat bendera PAS berkibar di Dungun. Apatah lagi YDP MDD juga merupakan seorang 'gedebe' yang kuat menyokong perjuangan parti yang memisahkan agama dan politik itu.

Namun, atas rasa memastikan syiar berkibar, pemuda Dungun terus cekal dan tabah meneruskan usaha memasang bendera di sekitar Bandar Dungun walaupun menerima risiko bendera mereka akan dicabut oleh MDD. Apa yang menjadi persoalan adalah, mengapa hanya bendera PAS yang diganggu, sedangkan bendera BN dibiarkan tanpa sebarang ancaman. Perbincangan dengan MDD bagi memastikan bendera PAS dibenarkan berkibar, namun alasan 'arahan orang atasan' selalu digunakan. Maka, ada lagi bendera PAS menjadi mangsa.

Petang tadi, Deris Jusoh dijadualkan akan merasmikan suatu program belia di Padang Astaka Dungun. Jadi, sebagai suatu rasa protes dan marah dengan tindakan MDD yang selalu mencabut bendera PAS, suatu keputusan tegas dan berani telah diambil Pemuda Dungun bagi memastikan kedatangan Deris Jusoh akan disambut dengan bendera PAS sepanjang jalan ke Astaka. Tempat yang paling strategik dan menarik pemasangan bendera adalah Jambatan Dungun. Maka, malam tadi lebih 500 petugas PAS berkumpul bagi memasang bendera dan berkawal bagi memastikan bendera PAS tidak diganggu.

Pemuda PAS juga telah mengeluarkan peringatan kepada pihak MDD supaya tiada satupun bendera PAS yang akan dicabut dan diganggu. Amaran tindakan balas mencabut semua bendera akan dilakukan sekiranya ada bendera PAS yang diganggu.

Seawal jam 8.00 pagi, beberapa batang bendera PAS telah diusik dan dicabut oleh MDD. Bagi mengotakan janji dan bagi memberikan tekanan kepada MDD yang dilihat mencabar pemuda, maka suatu gerakan besar-besaran telah dilakukan oleh Pemuda PAS Dungun dengan mencabut semua bendera yang ada di sekitar Bandar Dungun tanpa mengira Bendera PAS mahupun UMNO/BN.

Pada aku, tindakan Pemuda PAS Dungun itu suatu tindakan tepat dan cukup berhikmah bila berdepan dengan pihak berkuasa yang berat sebelah itu. Tindakan yang tepat pada masa yang amat sesuai itu sudah tentu tidak akan disenangi oleh musuh-musuh yang selamanya membenci kepada kebenaran dan keadilan.

Sesekali perlu jengilkan mata sekiranya dehem sudah tidak difahami. Tahniah Pemuda PAS Dungun!! Anda memulakan suatu tindakan yang mungkin boleh dijadikan jalan bagi pemuda di tempat-tempat yang lain.

Mungkin ada yang mempersoalkan tiada hikmah tindakan itu bilamana TV3 dan Deris Jusoh melabel PAS dengan pelbagai label buruk di media mereka, maka perlu kita fahami mereka itu golongan yang tidak akan meredhai kita selagi mana kita tidak mengikut mereka.

Tahniah!! Pemuda PAS Dungun.

06 February 2008

Deris Jusoh Dimurkai Sultan Mizan lagi??

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Deris Jusoh semakin pasti tidak akan lekat di kerusi MB Terengganu. Semuanya silap dirinya sendiri yang suka bertindak sesuka hati. Jika pertelagahan dalaman dengan UMNO, mungkin dengan kuasa selaku Pengerusi UMNO Terengganu, Deris masih boleh untuk berkeras mempertahankan kerusi panas yang diduduki sekarang. Namun, perkembangan terbaru menunjukkan Deris semakin tidak disukai oleh Baginda Sultan Mizan.

Terdahulu Deris pernah dimurkai Sultan Mizan gara-gara bertindak menggunakan lambang Bunga Padi pada logo Bandaraya Kuala Terengganu. Serta merta arahan dikeluarkan bagi menggantikan logo berkenaan dengan bunga 'ntah apa-apa' yang ada sekarang.

Hari ini, pertanyaan yang timbul di kalangan rakyat Terengganu berkenaan perasmian Masjid Kristal yang sebelum ini macam jadi ke tidak (teragak-agak untuk diadakan majlis perasmian) yang pernah dilontarkan oleh WanKay yang dipetik dari Buletinonline rupanya terselit suatu lagi kisah tragis buat Deris Jusoh. Kisah ini sudah tentu menambah duka Deris yang bakal kehilangan 'takhta'.

Rupa-rupanya dalam kes perasmian Masjid Kristal dan Perasmian Taman Tamadun Islam terselit beberapa perkara yang tidak diperasani oleh masyarakat di luar sana. Namun perkara ini dipandang cukup teliti oleh Tuanku Sultan Mizan selaku YDP Agung selaku pemerintah tertinggi dalam negara ini.

Bayangkan selaku YDP Agung, Sultan Mizan hanya disuruh merasmikan Masjid Kristal yang merupakan sebahagian dari Taman Tamadun Islam. Sedangkan sebelum itu Taman Tamadun Islam itu telah dirasmikan oleh Pak Lah selaku PM. Sedangkan mengikut ranking susunan, YDP Agung adalah lebih tinggi berbanding dengan Pak Lah itu.

Inilah yang dikesalkan oleh Tuanku Sultan Mizan apabila Deris tidak pandai untuk menentukan siapa yang patut siapa yang tidak. Langsung tidak tahu protokol sepatutnya. Justeru itu, Sultan Mizan dikatakan tidak mahu merasmikan Masjid Kristal kerana mahu menjaga status YDP Agung supaya perkara sebegini tidak dianggap remeh.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/masjidkristal1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kerana itulah banner dan maklumat berkaitan perasmian Masjid Kristal yang pada mulanya sudah diumum telah di'KIV' sehinggalah akhirnya Sultan Mizan mengalah. Itupun setelah Majlis Pangku Negeri (aku tak reti gak ni majlis-majlis yang ada dalam istana. Harap ada yang leh perbetulkan jika salah) puas memujuk Tuanku Sultan merasmikan Masjid Kristal berkenaan bagi 'menjaga adab' sahaja. Diberitakan Sultan Mizan bengang betul dengan tindakan Deris ni.

Aku kira Deris semakin panas punggung selepas peristiwa ini. Apatah lagi Wan Farid si perancang Insiden Berdarah Batu Burok kini semakin diperkatakan bakal MB jika BN kekal menang. Apapun, Deris sudah kelihatan semakin bersedia untuk ditendang keluar. Jika tidak, masakan anak kelahiran Gong Kemutong ini sudi bersama Mashitah yang sudah tidak diterima di Baling di pentas Halaqah TV9. Pendek kata, orang yang 'ditolak' itu memang patut bersama mereka yang ditolak.

amdang: Tolak PAS biar PAS naik memerintah. Kalu yang dah nak turun macam BN tu, jentik pun dah boleh turun sendiri.