29 January 2007

BN Menang Tapi Bacul!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Lewat malam tadi baru aku sempat mengikuti keputusan penuh pilihanraya kecil (PRK) Dun Batu Talam. Dah tau BN tentu menang besar memandangkan banyak petunjuk kemenangan yang telah diperolehi. Cuma apa yang mahu diketahui adalah berapa jumlah undi yang diperolehi BN.

Aku sampai je di rumah malam tadi terus ON pc dan buka TKO. Kebetulan TV Online macam tak berapa menjadi je aku tengok. Slow semacam je. Baca la pasal majoriti BN meningkat hampir 2 setengah kali ganda. Banyak. Kalu sekali dengar memang tinggi. Majoriti 5857 berbanding dulu 2671. Tunggu dulu! Itu majoriti undi yang diperolehi. Tapi berapa pula peningkatan undi? Peningkatan 862 undi. Banyak ke?

Pada aku berapa undi tak penting. BN dah menang. Tapi bagaimana cara BN mendapat kemenangan yang harus dipersoalkan. Pelbagai perumpamaan ditonjolkan bagi melihat betapa tidak adilnya pertarungan ini. Tidak adil adalah ZALIM!. Maka pada aku, perkataan ZALIM itu harus ditekankan.

Zalim bilamana 1 vs 10k. Kalu lawan bertumbuk, 1 mungkin mampu melawan 10-15 orang (berdasarkan cerita bollywood). Kalu berperang dengan senjata, 1 mungkin mampu melawan 100-150 orang (cerita Ramboo. Bahkan mungkin lebih skit lagi). Tapi bilamana dalam keadaan biasa itu adalah kezaliman. 1 bila mahu melawan 10k, jika setiap seorang dari 10 000 itu menjengilkan mata sahaja sudah cukup mengalahkan 1 orang tadi. Tidak perlu menjentik pun!. Kalu jentik pada jari, aku rasa hancur jari yang sorang tadi.

Jika aku disuruh memukul seorang gedebe (samseng) sekalipun, aku tidak akan membawa sehingga 100 orang jika aku tahu gedebe itu memang keseorangan. Cukuplah aku bawa 5 - 10 orang sambil di tangan memegang batang penyapu. Itupun sudah cukup! Aku sudah berani berdepan dengan samseng itu. Jika disuruh memukul seorang budak sekolah, aku rasa cukuplah jika aku mengajak 2 3 orang sahaja menemani aku. Takut-takut budak itu ada silat je. Jika budak sekolah rendah atau tadika aku rasa cukup dengan aku sahaja yang sekeh kepala budak itu.

Itu contoh jika aku berdepan / disuruh berdepan dengan situasi sebegitu. Tapi, sudah tentu keputusan yang akan aku perolehi tidak aku sebut siapa yang aku ajak bersama memukul si polan itu. Cukuplah aku sebut si polan itu aku lanyak dengan teruk sekali. Dan jika aku ber-7 melawan seorang gedebe, aku rasa aku tidak cukup bangga mahu menyebutnya. Melainkan aku menang dalam pertarungan 1 vs 1. Lawan cara anak jantan. menang 2 vs 1 pun pada aku masih boleh dibangga. 3 vs 1 pun pada aku masih boleh dikira satu kejayaan. Tapi bukan 10k vs 1. Malu aku nak menyebutnya. Nampak sangat macam bacul. Nampak sangat tiada keyakinan diri. Apatah lagi mahu berbangga dengan kemenangan itu.

Jika situasi sebegini tidak dilihat sebagai satu kezaliman, maka tak tahulah aku apa nilai kezaliman pada pihak yang sentiasa melakukan kezaliman itu. Semoga suatu hari nanti mereka sedar dan insaf. Keluar dari barisan menuju bulatan...

p/s: Bagi yang mahu mendapatkan pandangan yang jelas tentang perjalanan sebuah pilihanraya terutamanya pada hari pembuangan undi, aku cadangkan baca catatan Roslan SMS yang turut menghuraikan betapa perlunya sebuah parti / calon mempunyai jentera yang secukupnya sekurang-kurangnya bagi mengawal ketelusan pada hari pembuangan undi.

26 January 2007

Resepi: Char Kuew Teow (CKT)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku copy resepi ni dari TKO. Tak sangka lak TKO pun ada resepi. Memang minat giler CKT nih. Tapi seingat aku CKT ni ada kicap tersendiri. Antara yang dikatakan top SANI CKT. Kesedapan CKT nih sudah mula menular ke beberapa negeri di pantai barat. Dikatakan asal dari Penang. Kat Terengganu ni aku tak pernah makan lagi CKT. Pernah jumpa gerai yang jual, tapi takut rasa tak best. Kalu kat gombak, aku suka gerai dekat Taman Greenwood. Udang banyak. Sedap. Last makan 5 bulan lepas. Ish, meleleh dah air liur ni. :)

------------inilah resepi CKT tu. --------------------------------------------------------

Masak utk sepinggan(kuetiau yg sedap bila dimasak guna api besar dan di kacau (stir) cpt2 n tidak d msk byk2 sekaligus )
BAHAN2:
*kuetiau
*kucai(d ptg 1"),taugeh
*kerang(d ambil isi)
*udang(d kupas kulit)-optional
bwg putih(d cincang halus)-1 sudu kecil
ciliboh(opt-kalau nak pedas)-1 sudu kecil
telur-1 biji
minyak msk-1 senduk
kicap cair,kicap pekat-1 sudu besar each
**ikut sukatan anggaran utk 1 pinggan

CARA2;
1. Panaskan minyak
2. Tumis bwg putih(hati2 sbb bwg putih cpt hangit)
3. Masukkan ciliboh,kerang,udang
4. Apabila (3) d atas dah masak(bila udang tukar jd pink),masukkan kuetiau.
5. Masukkan kedua2 kicap dan kucai -kacau rata
6. Pecahkan telur dan akhir sekali masukkan taugeh
7. Angkat bila telur dah masak ttp taugeh jgn layu sgt.

##Semua bahan2 perlu disediakan di sekitar kuali agar senang dicapai kerana kuetiau perlu di masak cepat2 iaitu lbh kurang 2-5 minit mengikut kadar kepanasan api dapur kita.##

----------------- Sekian. Selamat mencuba---------------------------------------------

Satu nak pesan, dah masak kena segera makan. Tak best kalu sejuk sebab takut kembang. CKT ni macam KT Goreng basah la jugak. Tapi lagi best. Memang best.

p/s: saje save sini sebab malas nak simpan dalam PC.

IKLAN: JAWATAN KOSONG

JAWATAN :
PEMBANTU CYBER CAFE

AREA :
SETAPAK

KRITERIA :
BOLEH DIPERCAYAI DAN JUJUR

Berminat? interview by Y!M :)
skywalkers81@yahoo.com

25 January 2007

Cubaan Pertama : TKO

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tengah beku O-tak. Perut kenyang. Ni la masalah kalu rajin sangat masak. Duk sorang, apa yang dimasak mesti dihabiskan sorang. Nak simpan tak der peti ais. Apa yang dimasak terpaksa budget untuk sekurang-kurangnya 2 kali makan. Biasa masak tengahari, lauk yang sama makan ke malam. Nasi yang lebih, goreng pula di waktu pagi keesokan. Kebiasaan memang sentiasa lebih. Alasan lebih itulah membuatkan makan makin banyak. Badan makin naik. Makin malas. Cepat letih, dan mudah tertidur. Sebab tu kalu terlebih masak, sms seorang kawan "ga, meh makan".

Jemu sebenarnya makan kat luar. Itupun dah tak tahu nak tuju ke mana. Lagipun keluar sendirian membosankan. Nak ajak kawan-kawan, kalu tak belanja tak sah. Sesekali boleh la. Kalu hari-hari, mau rabak poket. Kalu dah rabak, sampai bila la nak cukup RM15k tu. Tapi tu lah perbezaan lelaki dengan perempuan yang amat ketara. Lelaki biasanya tidak kedekut berbelanja kawan berbanding perempuan. Itu jika sesama sejenis. Kalu dah kuar lelaki dengan perempuan pun, sure lelaki gak yang bayar. Kecuali la lelaki tu jenis muka tebal skit. Tapi kalu kebetulan tengah kering, elok terus terang je. Tak perlu beralasan "alamak, poket koyak!". Tapi ego lelaki tetap ada. Nama pun lelaki = Ego yang amat tinggi (makna lelaki dalam bahasa Urdu Selatan. Tak percaya? Jangan percaya!)

Semalam test hantar artikel kat Tranungkite Online pasal deris jusoh tu. Tak sangka lak ada respond yang agak baik. Macam semangat lak nak nulis lagi. Tapi bila duk fikir nak cari idea dan isu ni punya la susah, dengan masa yang terhad dan kerja yang kejap ada kejap banyak, hilang minat tu. Lagipun bahasa aku yang agak santai ni macam tak sesuai untuk masuk ruangan tu. Sekadar penambah perisa mungkin leh jer. Lagipun aku kira orang kita ni suka membaca sesuatu berdasarkan isu. Lagi 'pedas' lagi laa sedap. Wallahua'lam

p/s: Aku baru je tambah beberapa lagu di singingbox aku tu. Harap hayati la lirik / makna yang terkandung kat lagu tu. Jangan tau layan kepala je. Lepas ni ada masa aku nyanyi live plok. Ada ke yang nak dengar? hahahhaha..

24 January 2007

Mataku berkaca..

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt...

Saje aku nak kongsi satu artikel berita. Aku tak tahu mana kekuatan berita ini, tetapi cukup sekali baca, mata aku berkaca. klik. Aku kira, aku tersentuh bila mana seorang pemimpin politik meminggirkan sentimen politik bilamana berhadapan dengan situasi yang sepatutnya.

wallahua'lam.

Abdullah: Laman blog perlu bertanggungjawab

LONDON 23 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan penulis-penulis laman blog supaya lebih bertanggungjawab dan tidak memaparkan hasil kerja yang bertentangan dengan undang-undang.

Tegas Perdana Menteri, meskipun kerajaan tidak membuat tapisan terhadap bahan-bahan dalam Internet, ia tidak bermakna penulis laman blog boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya.

‘‘Mereka (penulis laman blog) tidak boleh mengambil kesempatan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan undang-undang. Undang-undang tetap undang-undang.

‘‘Apa makna kebebasan tanpa tanggungjawab,’’ kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Barat dan Dunia Islam: Meredakan Tekanan Masa Kini di sini hari ini.

Abdullah mengulas tindakan sebuah akhbar tempatan (Malaysia) yang menyaman dua laman blog yang didakwa memaparkan kandungan berunsur fitnah dan hasutan baru-baru ini.


p/s: Kebetulan terbaca dalam Utusan pagi tadi. Aku sokong Pak Lah dalam hal ni. Pada aku semua kita perlu bertanggungjawab terhadap apa jua perlakuan yang kita lakukan. Jika tidak dikenakan hukuman di dunia, di akhirat pun sudah tentu tetap ada penghakiman. Sama halnya jika aku tersentuh tangan wanita yang halal dikahwini, mengelus lembut bahu yang terdedah, mengamalkan rasuah, menyalahguna kuasa, menyesatkan orang dengan Islam Hadhari dan sebagainya. InsyaAllah aku akan lebih bertanggungjawab. Wallahua'lam.

23 January 2007

MB Terengganu Yang Tidak Cerdik!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Jumaat lepas, sementara menunggu mesyuarat, sempatlah aku membelek-belek senaskah akhbar Kosmo! Kebetulan masa tu akhbar tu je yang tidak dipegang oleh sesiapa. Sedang asyik membaca, aku terima satu sms "cepat tengok muka surat 31 harian Metro, berita ICP!" lebih kurang la sms seorang kawan. Masa tu la aku baru sedar akhbar yang aku baca tu adalah akhbar Kosmo!. Itupun setelah aku mencari-cari di halaman 31 tetapi tidak berjumpa berita ICP.

Tiba-tiba (macam ayat karangan masa sekolah rendah je. Mulakan karangan anda dengan tiba-tiba... hehehhe) aku terpandang satu berita tentang Terengganu. Berita pasal Mydin Mall yang baru dibuka semalamnya (Khamis 18 Jan). Aku yang tinggal di sekitar KT inipun tidak mengetahui Mydin Mall itu telah dibuka. Sudah beberapa kali aku melaluinya, namun aku lihat masih dalam kerja-kerja persiapan.

Di hujung artikel berita itu wartawan bertanya kepada Dato' Seri Idris Jusoh adakah dengan berdirinya Mydin Mall ini akan menjejaskan peniaga runcit yang lain. Terkejut aku bila membaca jawapan yang pada aku amatlah tidak cerdik kerana mengatakan Mydin Mall tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada peniaga runcit lain. Alasan mudah lagi tidak cerdik adalah kerana peniaga-peniaga ini sudah mempunyai pelanggan tetap masing-masing!

Di atas adalah peristiwa pada hari Jumaat. Esok, Sabtunya aku ke sebuah fresh & frozen market di Kuala Terengganu. Sedang aku memilih ayam untuk dimasak kicap, aku terperasan yang hanya aku seorang sahaja pelanggan di dalam kedai itu! Pekerja yang ada pun aku lihat tidak bersemangat. Terpaksa berkali-kali aku memanggil pekerja yang ada untuk menimbang ayam yang telah selesai dipilih. Bila bergerak ke kaunter, lagi la aku perasan betapa sunyinya kedai itu.

Hari ini aku sekali lagi ke fresh & frozen market itu membeli sayur dan sedikit ayam. Hajat di hati mahu memasak tom yam. Hari ini ada la beberapa pelanggan lain yang bersama dengan aku. Tapi jumlahnya amatlah sedikit. Agaknya aku dan beberapa kerat inilah pelanggan tetap yang dikatakan Idris Jusoh.

Aku tidak terkilan dan tidak akan mengatakan Idris Jusoh tidak cerdik jika mengatakan akan berlaku sedikit persaingan atau para peniaga runcit perlulah menerima persaingan ini sebagai persaingan yang sihat dan apa sahaja jawapan yang agak rasional dan waras. Tetapi dengan jawapan yang begitu bersahaja aku rasa memang Idris Jusoh seorang MB yang tidak cerdik!

Aku pernah melihat sebuah pasaraya kecil bersaing dengan Pasaraya Giant di Gombak. Aku melihat kepada persaingan yang agak sihat bila pasaraya yang kecil itu menarik pelanggan dengan bermacam-macam promosi. Harga murah, risalah semasa dan pelbagai lagi yang aku kira, aku boleh dan menyukai apa yang dipromosikan itu.

Seorang kawan berkata, dia akan terus membeli di Sabasun Hypermarket. Ini kerana Sabasun ini adalah milik penuh Bumiputera Melayu Terengganu yang diusahakan oleh adik-beradik. Yang lebih menarik, Sabasun juga memboikot beberapa barangan yang jelas menyokong Amerika seperti F&N, Coca-cola dan beberapa produk lain yang aku kira jarang dilakukan oleh kebanyakan peniaga market.

Bila terbaca kenyataan Idris Jusoh itu, terfikir juga dari mana datangnya berduyun-duyun orang ke Mydin Mall jika mereka ini bukan dari sekitar Bandar Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu. Adakah mereka inilah orang-orang yang telah dibawa masuk oleh Idris Jusoh pada Mac 2004 yang lalu? Bukan nak menuduh, tetapi nak menyokong kenyataan MB yang pada aku semakin tidak cerdik ini. Wallahua'lam

Nota: Bodoh = (adj) stupid; Not Clever; Slow at learning or understanding; in a state of stupor.
(Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Joyce M Hawkins, Edisi Ketiga 2003)

p/s: Nota di atas tidak ada kaitan dengan artikel. Sekadar perbendaharaan kata sahaja. Harap tiada yang memandai-mandai mengaitkan artikel dan nota. Sebarang persamaan atau keterlibatan adalah disengajakan.

22 January 2007

Pelajar Tadika Dibelasah!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Batu Talam-22 Jan. Seorang kanak-kanak tadika dipercayai dalam keadaan berbahaya apabila sekumpulan pelajar IPT termasuk beberapa orang lecturer sedang mengepung dan cuba melakukan serangan terhadap pelajar tadika itu. Kejadian ini bermula apabila seorang pelajar IPT 'berselisih pendapat' dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan mengambil gula-gula kepunyaan pelajar IPT itu. Akhirnya berlakulah cabar-mencabar antara kedua-dua mereka.

Kanak-kanak tadika berketurunan cina itu dengan tersenyum dan tenang menerangkan bahawa gula-gula itu adalah miliknya. Ini kerana gula-gula yang ada di tangannya itu dibeli dengan duitnya sendiri. Duit itu diberikan oleh bapanya sebelum ke sekolah setiap hari. Manakala pelajar IPT itu terus berkeras menyatakan gula-gula itu adalah miliknya yang telah tercicir.

Tidak puas hati dengan keterangan anak kecil itu, pelajar IPT itu mengajak anak kecil itu 'bertumbuk' bagi ditentukan kemenangan. Oleh kerana merasakan gula-gula itu adalah haknya, maka si anak kecil itu sanggup mempertahankan haknya walaupun tahu lawannya adalah jauh lebih besar fizikalnya. Tanpa disangka-sangka, si besar itu meniup wisel memanggil kawan-kawannya datang untuk membantunya. Tidak cukup dengan kawan-kawannya, lecturer yang mengajarnya dan petugas keselamatan di IPT terbabit turut diajak sama dalam 'bertumbuk' itu. Senyum si anak tadika. Jika perlawanan satu lawan satu pun dia sudah merasakan dia akan kalah, inikan pula jika semua mahu melanyaknya. Langsung tidak berperi kemanusiaan.

Namun sebaliknya pada fikiran si besar itu. Walaupun badannya besar, belajar dah sampai ke IPT, namun dia masih tidak yakin dengan kemampuannya itu. Sebab itulah kawan-kawan dan petugas keselamatan IPT pun turut diajak sama dalam 'bertumbuk' itu. Alasannya alang-alang menang, biarlah puas hati. Kalu tidak mati anak kecil itu dikerjakan pun, paling kurang biarlah si anak kecil itu tidak mampu menyentuh kulit dia pun dalam pertarungan itu.

Sebelum perlawanan dimulakan, si anak kecil mencadangkan agar seorang hakim dilantik agar menentukan keputusan pertarungan itu. Maka si pelajar IPT itu mencadangkan seorang kawannya menjadi hakim. Belum sempat dibantah oleh si kecil tadi, maka si pelajar IPT itu cepat-cepat mengumumkan kepada masyarakat sekeliling yang mula datang kerana bising kekecohan yang berlaku bahawa kawannya si SaPiR akan menjadi pengadil. Si SaPiR adalah seorang kenalan rapat si pelajar IPT. Sama-sama satu sekolah, satu geng dalam membuat maksiat dan memang sama-sama terkenal dengan kejahatan. Sekali lagi tertunduk si pelajar kecil. Walaupun terasa tekanan yang diterima, namun demi kebenaran maka diteruskan jua hasratnya mempertahankan haknya itu.

Kini, semua penduduk sudah mengelilingi padang tempat pertarungan 'bergaduh' itu akan dijalankan. Si pelajar tadika diberikan sebatang lidi, manakala pelajar IPT tadi dibenarkan menggunakan pisau oleh si SaPiR dibantu oleh kawan-kawannya yang turut memegang kayu cota. Jika sesiapa membantu si kecil, maka dia turut akan menjadi mangsa 'belasah' pelajar IPT dan kumpulannya.

Tepat Jam 1.28 tengahari itu, maka si SaPiR pun menembak ke dada si pelajar tadika tadi menandakan perlawanan telah bermula...

p/s: Catatan sebelum tidur. Korang sambung sendirilah kesudahan cerita yang aku reka ni. Ntah apa-apa punya cerita pun aku tak tahu. Yang aku tahu, aku tak kenal pun sape itu pelajar IPT itu dan anak tadika yang kecil itu. Aku kenal si SaPiR. Dia pernah mengaku dia seorang yang tidak adil sama sekali. Mengaku sistem pengadilannya itu memang akan menyokong kawannya. Tidak kiralah siapa yang betul atau salah, yang penting kawan mesti sentiasa betul dan tiada dosa. Wallahua'lam.

20 January 2007

Langkah Pertama 1428H

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tahun Baru 1428H ini bermula dengan agak perlahan. Maksudku, selesai bacaan doa awal tahun selepas solat maghrib semalam, tindakanku masih tidak menunjukkan aku berazam berbuat sesuatu secara drastik. Perlahan, bahkan kadang-kala terfikir yang amat lemah!. Memang ada Rasulullah berpesan supaya tidak berbuat sesuatu dengan sekaligus, tetapi biar sedikit asalkan berkekalan. Tapi, jika direnung kepada perencanaan dalam kepala, seolah-olah tiada azam. Teruknya!

Seorang kawan bertanya, apa azam Tahun Baru 1428H? Kahwin!. Aku jawab. Senyum. A'ah ni leh jadi azam tahun ni kot. Serius atau tidak, tercapai atau tidak semuanya terletak pada usaha aku. Tinggal lagi kuasa Allah dalam menentukan panjang umur, dan sebagainya. Tu azam. Aku rasa tak salah untuk aku letakkannya sebagai azam. Lagipun perkara baik, insyaAllah dipermudahkan. Itu kata seorang kawan yang sudah berkahwin. Yang penting, kena azam betul-betul kata dia. Simpan la sikit-sikit dulu duit tu. Aku senyum. Senyum yang hanya aku faham makna senyumanku. (kalu korang senyum, tu maknanya korang tak faham apa-apa! heheheh)

Apa langkah untuk kahwin? Kumpul duit, duit, duit duit dan duit! Fuhh macam tak larat jer mendengarnya. Ini yang tercatat dalam satu laman web (lupa nama) yang membuat kiraan budget untuk ke arah menjelang hari perkahwinan adalah dalam RM15 ribu. Tu jika belanja yang agak sederhana. Hantaran 5 ribu, belanja kenduri kahwin 5 Ribu jugak. Lain-lain 5 ribu lagi. Betul ke nak kahwin kena ada duit? Duit pelengkap je kot. Pelengkap kepada terjadinya perkahwinan. Ntah laa.

Perkara penting juga yang aku kira perlu disiapkan tentulah diri. Persiapkan dengan ilmu kekeluargaan. Asas agama yang perlu. Kalu lelaki tentulah amat penting kerana menjadi ketua keluarga nanti. Melihat kepada kes-kes yang terjadi dalam masyarakat amatlah menakutkan. Cerai berai, porak peranda, kes-kes yang luar biasa pelik. Pelik dan gila tetapi benar-benar berlaku. Anak-anak tunggang-langgang tak tahu ke mana. Takut dah menyedihkan. Semuanya kerana duitkah? kerana kurang agamakah? tak cukup kasih sayangkah? salah mak? ayah? kerajaan? masyarakat?

Seorang kawan persoalkan keperluan wanita bekerja pada zaman sekarang. Dengan situasi masyarakat yang porak peranda, sepatutnya wanita lebih perlu menjaga anak di rumah. Bekerja seadanya mengikut keperluan. Bukan kehendak yang mahukan macam-macam. Kadang-kadang gaji tak seberapa pun, malah lebih mahal mengupah pengasuh dari gaji yang diterima. Tapi kerana merasakan perlu bekerja, maka digagahi juga bekerja sehinggakan anak membesar dengan tangan dan 'susu' orang lain.

Kesimpulan, cari duit, kahwin dan tahulah masalahnya! :)

p/s: Kawin tu kena la ada calon. Preity Zinta leh ke? Sesuai ke?

18 January 2007

Kelebihan Membaca Al-Quran II

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dari Abi Musa al-As’ari r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Bandingan seorang yang beriman yang membaca al-Quran, laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya sedap. Dan bandingan seorang yang beriman yang tidak membaca al-Quran umpama buah tamar (kurma) tiada bau padanya dan rasanya manis, dan bandingan orang munafiq yang membaca al-Quran laksana pokok raihanah yang baunya harum, tetapi rasanya pahit dan bandingan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran umpama pokok handzolah yang tiada bau dan rasanya pahit” –Bukhari dan Muslim.

Hadith diatas menunjukkan kelebihan al-Quran walau siapa pun yang membacanya. Bagi orang beriman, membaca dan mengamalkan al-Quran amat dituntut oleh Islam. Bagi orang munafiq (mengaku Islam, tetapi tiada iman), tidak beroleh apa-apa kebaikan daripada apa yang dibacanya, melainkan kepada orang yang mendengar bacaannya. Menunjukkan zahir mereka baik (orang munafiq), tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Dan dari Umar ibn Khattab r.a, bahawa Nabi s.aw. bersabda “Sesungguhnya Allah mengangkat dengan kitab al-Quran ini beberapa kaum, dan Allah menghinakan dengannya (al-Quran) golongan yang lain” – Hadith Riwayat Muslim.

Hadith diatas menunjukkan bahawa al-Quran memuliakan beberapa umat di dunia ini, iaitu umat yang beramal dengan al-Quran. Dan menghina segolongan umat yang tidak beramal dengan al-Quran. Kemuliaan ini tidak semuanya dapat dilihat pada hari ini, kerana ada sebilangan umat yang akan dimuliakan Allah pada hari akhirat kelak. Mempertahankan al-Quran adalah satu jihad. Mati mempertahankan al-Quran adalah syahid. Allah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan. Sesiapa yang menjadikan al-Quran sebagai panduan, maka dia akan dimuliakan Allah. Sesiapa yang menolak al-Quran, maka azab dan seksaan akan menanti mereka pada hari akhirat kelak.

Dari Ibn Umar r.a “Tidak ada hasad (dengki) melainkan kepada dua perkara. Allah berikan kepadanya kelebihan tentang al-Quran, lalu beramal dengannya (al-Quran) pada waktu siang dan malam dan orang yang diberi Allah harta yang banyak, lalu membelanjakan hartanya ke jalan yang baik pada waktu malam dan pada waktu siang”

Tidak dikira hasad dalam mencemburui orang yang mempunyai kelebihan dalam al-Quran, dan beramal dengan al-Quran sekiranya yang dicemburui itu kearah mahu mengikut jejak langkah mereka. Menjadikan mereka sebagai contoh dalam membuat amalan dengan berpandukan al-Quran. Begitu juga dalam hal melihat orang kaya yang dermawan. Hartanya yang banyak digunakan untuk membelanjakan kepada yang haq dan diinfaq ke jalan Allah. Juga tidak salah dan tiada dikira hasad sekiranya mahu mencontohi golongan sebegini.

Dan dari al-Barak ibn Azib, katanya, ada seorang lelaki (bernama Hussin bin Hudzir r.a disebut dalam riwayat yang lain) dia membaca surah al-Kahfi pada suatu malam dan di sisinya ada seekor kuda yang tertambat dengan tali. Tiba-tiba awan menaunginya lalu menghampirinya lalu menjadikan kuda itu meronta-ronta. Manakala tiba waktu pagi, beliau mengadap Nabi s.a.w dan menceritakan perkara itu, maka sabda Nabi s.aw “Itulah dia as-Sakinah yang turun kerana engkau membaca al-Quran” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Mengikut riwayat, Hussin bin Hudzir membaca al-Quran (surah al-kahfi). Dalam pembacaannya beliau melihat kudanya meronta. Apabila beliau menghentikan bacaannya, maka kudanya senyap. Kemudian beliau keluar dari rumah sambil membaca al-Quran. Maka dilihatnya awan yang rendah. Dekat dengan bumbung rumahnya. Kudanya meronta kerana takut melihat awan yang rendah itu. Apabila beliau menghentikan bacaannya, maka awan itu menjauh darinya (naik), dan kudanya senyap.

Begitulah keadaannya dan berulang perkara ini. Lalu diceritakan kepada Nabi s.a.w dan Nabi bersabda “Itulah malaikat Rahmat yang turun kerana bacaan al-Quran olehmu”.

Dalam riwayat yang lain menyebut, baginda Nabi s.a.w berkata “Jika engkau meneruskan bacaanmu pada siang hari, maka nescaya perkara ini akan dilihat oleh orang lain”.

Dan dari Ibn Mas’ud r.a katanya, telah bersabda oleh Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala. Dan satu pahala ini diberi dengan 10 kali ganda. Aku tidak berkata ‘Alif, Laam, Mim’ itu satu huruf, bahkan Alif itu satu huruf, Laam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf.” Hadith Riwayat Tarmizi. Dikatakan hadith ini hassan lagi sahih.

Betapa ganjaran yang dijanjikan adalah besar jika membaca al-Quran. Mengandungi fadhilat tersendiri yang bukan sahaja mendapat berkat, sebagai petunjuk, malah berpahala membacanya.

Dan dari Ibn Abbas r.a, bersabda Rasulullah s.a.w “Sesungguhnya orang yang tiada dalam dirinya sedikitpun daripada al-Quran, laksana rumah yang buruk” –Riwayat Tirmizi. Hassan lagi sahih.

Hadith ini bermaksud orang yang tiada dalam dirinya satu surahpun walaupun surah al-Ikhlas (menunjukkan surah yang pendek), maka dirinya umpama rumah yang buruk (tiada berpenghuni). Wallahua’lam.

Kuliah pada 12 Jan 2007, Rusila, Marang, Terengganu.

Aku Bukan Fanatik Warna!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hijau sehijau hijaunya! Maaf kepada yang tidak sukakan warna ini. Sebenarnya aku sudah lama berkira-kira mahu menukarkan warna blog aku yg kelabu kepada hijau. Walaupun punya susunan layout yang sama, namun kombinasi kuning dan kelabu aku rasakan kelakar. Kontra sangat.

Hijau dikatakan warna syurga. Ingat lagi seorang senior semasa di asrama SMKATJ dulu berpesan supaya memakai baju melayu hijau dan putih setiap Isnin. Warna syurga katanya. Hari Isnin kerana nak meraikan hari Isnin yang disunatkan berpuasa. Khamis pun sunat juga, tetapi Isnin antara waktu yang biasa kami bersama. Khamis kadang-kala balik kampung. Jumaat, lagi la susah nak jumpa. Lagipun pakaian rasmi solat Jumaat Baju Melayu putih bersamping hijau. Jadi hari Isnin dia galakkan kami 'merayakan' juga. Tapi waktu itu aku tiada baju melayu hijau. Jadi aku biasanya pakai baju melayu putih yang sama juga akan dipakai pada hari Jumaat.

Aku sebenarnya sedang menyiapkan blog seorang abang yang mengajar di Polisas. Abang Dhil. Warna ini sebenarnya aku cuba padankan dengan blognya. Tetapi aku berkenan dengan template ini. Jadi biarlah untuk dia aku siapkan template biru muda. Warna kegemaran dia juga. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu kami 3 beradik lelaki membesar bersama. Waktu itu cerita 'Maskman' selalu ditayang di kaca TV selain 'Gaban' dan 'Suria Baja Hitam'. Masing-masing berebut mahukan warna untuk hero pilihan. Abang Dhil ketika itu amat meminati hero yang biru. Walaupun warna kesukaan dia adalah biru dan hijau, tetapi kami hadkan seorang memilih satu sahaja. Kerana 2 watak lagi adalah perempuan! Aku memilih hijau dan Abang Chik memilih merah. Warna garang. Sesuai dengan dia. ;)

Mungkin sedia maklum yang aku pro kepada PAS, namun pemilihan warna ini bukanlah kerana pro kepada mana-mana parti, tetapi hanya kebetulan ini warna yang aku suka selain hitam. Purple juga menarik, tetapi susah untuk aku kombinasikan warna. Lagipun nak cari background yang sesuai dengan warna adalah amat susah. Kalu aku tahu menggunakan photoshop, rasanya dah lama aku letak gambar-gambar yang lagi menarik kat atas headletter tu. Merah, panas sangat. Hitam, aku dah kena komen guna warna tu. Putih, terlalu kosong.

Mungkin ada yang melihat aku jenis yang tiada pendirian. Asyik bertukar warna. Macam sesumpah! Baru aku ingat sesumpah = 'Pok Kor Angguk'. Seorang kawan mengatakan Pok Kor Angguk itu adalah 'mentadak'. Mentadak dalam bahasa saintifiknya adalah Seduce Ceina (Jangan percaya!). Cuma yang menyebabkan aku melakukan banyak perubahan sekarang adalah kerana aku masih dalam proses pembelajaran. Harap ada kemajuan dan ke arah kebaikan.

Pembelajaran yang banyak meniru. Banyak melalui teknik copy n paste. Sekali lagi disebut MENIRU ADALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN. Jika tidak, masakan Allah hantar sepasang burung gagak mengajar Qabil menanam saudaranya Habil. Anggap je warna yang ceria ini membawa kita melangkah ke Tahun Baru 1428H. ;)


14 January 2007

Kelebihan Membaca Al-Quran.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”. – Hadis Riwayat Muslim.

Bacalah Al-Quran kerana ia akan muncul pada Hari Kiamat dan datang kepada pembacanya untuk memberi syafaat. Ini kerana Al-Quran adalah bersih dan suci. Merupakan Kalam Allah. Kalam adalah sifat Allah. Membacanya dikira ibadah.

Berlaku khilaf dikalangan ulama yang mana lebih afdhal di antara membaca Al-Quran dengan berzikir menyebut nama-nama Allah. Pendapat ulama tentang membaca Al-Quran lebih afdhal adalah kerana A-Quran adalah Kalam Allah (kata-kata Allah). Manakala ulama yang berpendapat zikir lebih afdhal adalah kerana zikir menyebut nama-nama Allah.

Al-Quran adalah kitab mulia yang suci sehinggakan jumhur ulama (kebanyakan) berpendapat tidak boleh menyentuh Al-Quran (mushaf) melainkan mereka yang berwudhuk. Maksud mushaf Al-Quran di sini adalah Al-Quran tanpa tafsir atau terjemahan. Mazhab Azzohiriyyah dan mereka yang bersependapat dengannya mengatakan tidak mengapa menyentuh Al-Quran tanpa wudhuk.

Larangan menyentuh Al-Quran ini hanya tertakluk kepada keadaan yang biasa. Ini tidak termasuk dalam bab darurat yang mana memerlukan tindakan segera kepada menyentuh atau memegangnya. Sebagai contoh jika Al-Quran dilihat berada di tempat yang tidak sesuai seperti terjatuh di jalanan, maka perlulah segera mengalihkannya.

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”. – Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih)

Pada Hari Kiamat, Al-Quran akan menemui ahli-ahlinya di padang mahsyar. Ahli-ahli Al-Quran itu terdiri daripada para pembacanya mahupun yang menghafalnya serta mereka yang beramal dengan Al-Quran. Al-Baqarah dan Ali Imran akan menjadi pembela kepada ahli Al-Quran bagi berhadapan dengan Allah SWT.

Ini menunjukkan betapa adilnya Allah Taala. Walaupun segala perlakuan, amalan dan tindak tanduk kita di dunia ini dalam ilmu dan pengetahuan Allah, tetapi Allah Taala tidak menghukum hambanya dengan pengetahuannya. Sebaliknya membenarkan berlakunya proses penghakiman dan pengadilan ke atas hambanya.

Ini samalah dengan proses penghakiman dalam syariah Islam yang mana tidak membenarkan hakim menghukum hanya dengan pengetahuannya semata. Perlu ada saksi, ada pembela (peguam) walaupun terbukti seseorang itu telah bersalah. Orang yang jelas bersalah juga perlu diwakili peguam kerana ini akan ‘membersihkan mahkamah’. Supaya setiap hukuman itu tepat kepada si pesalah.

Dalam perundangan Islam, membebaskan si pesalah itu adalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Ini berdasarkan hadis nabi yang bermaksud “Sesungguhnya kesilapan seorang hakim membebaskn seorang pesalah adalah lebih baik dari kesilapan seorang hakim menghukum seorang yang tidak bersalah”.

Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya” – Hadith riwayat Bukhari.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala” –Hadith Riwayat Muslim.

Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir dalam bacaann Al-Quran dijanjikan kepadanya akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia iaitu pemimpin para malaikat. Adapun mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, tergagap-gagap, dijanjikan kepadanya dua pahala. Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran.

Ada hadith yang lain menyebut pahala membaca Al-Quran adalah pada setiap huruf. Setiap huruf itu dijanjikan 10 ganjaran pahala. Membaca Al-Quran pula tidak dihadkan cukup sekali khatam sahaja malah hendaklah berterusan dan dijadikan amalan. Bahkan ada ulama khatam Al-Quran sebulan sekali dan ada juga yang khatam dalam masa 2 3 hari sahaja.

Orang yang memahami Al-Quran pula akan senantiasa mendapat ilmu dan pengetahuan yang baru dari berkat Al-Quran. Inilah kelebihan mukjizat Kitab Al-Quran yang tiada pada kitab-kitab sebelumnya. Rasulullah s.a.w juga pada setiap Ramadhan akan bertadarrus Al-Quran bersama-sama malaikat Jibrail. Saling mendengar bacaan dan saling membetulkan bacaan. Wallahua’lam

Nota: Kuliah Jumaat 5 Jan 2007, Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

p/s: Aku rasa patut gak tukar singing box tu kepada ngaji Quran plak. Cuma takut berlaku 'mengangkat suara' melebihi Kalamullah bilamana sambil mendengar bacaan Quran, kita bercakap-cakap dan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah. Mungkin juga berlaku 'penutupan' bacaan bukan pada tempat yang betul bilamana mahu meng'klik' pada link yang lain atau pautan yang lain. Wallahua'lam.


12 January 2007

Boikot Pilihanraya. Apa Alternatifnya?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Seawal pengumuman boikot lagi aku berkira-kira mahu menulis sesuatu tentang boikot ini. Boikot Pilihanraya Kecil Dun Batu Talam ini sebenarnya telah dijangka oleh beberapa sahabat yang arif dalam politik. Beberapa kenyataan pimpinan parti yang agak menekan SPR dan agak berhati-hati membuat keputusan samada mahu bertanding atau tidak menyerlahkan lagi kesungguhan untuk boikot ini.

Pada aku, ini adalah satu keputusan yang agak berani walaupun ada yang mungkin melihat suatu 'kebodohan' dilakukan pembangkang apabila tindakan ini memberikan kemenangan percuma kepada BN. Namun, inilah dunia politik. Bukan sekadar berpilihanraya. Bukan sekadar membuang undi. Bukan hanya menampal poster. Politik itu luas dunianya. Aku pun tidak tahu seluas mana dunia politik itu. Cuma yang aku tahu, politik itu penuh seni dan strategi. Penuh perencanaan dan perancangan. Biarkan aku tetap di 'dunia politik' ini agar suatu hari nanti aku juga tahu sepak terajang politik.

Pada aku, politik bukanlah segalanya. Tetapi kuasa politik banyak memberikan kelebihan dalam sesuatu agenda. Jika tidak, masakan Hijrah Rasul ke Madinah pada 1427 tahun yang lalu jika bukan kerana mahu menubuhkan Negara Islam Madinah. Hijrah bukan takut, tetapi mengatur gerak. Boikot bukan pengecut, tetapi memberi ugut. Memberi ingat.

Pertama, memberi ingat supaya bersihkan sistem pilihanraya. Bersihkan SPR, bersihkan kurap (korup). Biar sama-sama berlawan di atas padang yang rata. Pengadil yang adil dan saksama, pemain yang sama ramai. Cuma mungkin berbeza skill yang ada pada pemain. Itulah perlawanan anak jantan. Sepak dan bergaduh biar pengadil yang tentukan. Pengadil berkuasa memberi kad, berkuasa meniup wisel. Bukan pemain mengarah pengadil, bila masa kad merah, bila masa bola keluar padang.

Kedua, boikot ini turut memberi ingat. Jika sistem pilihanraya tidak lagi dipercayai, maka sistem alternatif akan diambil. Apa sistemnya? Sistem alternatif terlalu banyak. Negara jiran Thailand menunjukkan rampasan kuasa 'cara terbaik' menyelesaikan kes rasuah dan penyelewengan Thaksin. Angkat senjata juga adalah salah satu alternatif. Malah ramai berpendapat, ini lebih 'jihad' daripada membuang undi pada pilihanraya. Agak kasar? Tapi inilah hakikat!

Aku percaya PAS mahukan negara ini aman. Sebab itu belum ada arahan secara terang mahupun sembunyi supaya kumpulkan senjata, buat bom dan sebagainya. PAS masih mengharapkan ada perubahan ke atas sistem pilihanraya pada hari ini. Sebab itu rakyat didesak supaya membuat dan memberikan tekanan kepada pemerintah yang ada. Pelbagai penyelewengan oleh kerajaan seharusnya rakyat menunjukkan rasa tidak senang. Pelbagai kenaikan yang membebankan juga seharusnya rakyat membuat bantahan. Pelbagai undang-undang yang mengekang juga seharusnya rakyat menunjukkan rasa mahu bebas. Agaknya kerana undang-undang inilah rakyat kita terus kaku dan tunduk. Angkat dan angguk. Angguk lagi? Semuanya kerana perut. Mahu makan, mahu senang, mahu aman. Tapi tiada sedar ditindas dalam diam. Sedar-sedar bila sudah dihujung jalan. Sendiri yang dikekang. Mahu bertindak, keseorangan. Mahu bertempik pun mulut sudah diikat. Dah terlambat!

Aku masih mengharapkan wujud kesedaran yang tinggi dalam masyarakat. Supaya tiada lagi kezaliman dan tindakan yang keterlaluan yang dilakukan oleh kerajaan. Jika di Terengganu, pelbagai pembaziran dan kebocoran projek haruslah rakyat menghukum pemerintah yang ada. Jika senang dengan pemberian wang ehsan yang tidak seberapa, apa lagi yang mahu dikata. Senanglah seketika. Tunggulah derita!.

Kata seorang 'teman berusia': "Golongan sebegini (pengkhianat bangsa dan agama) usah diberi muka, ambik senjata dan tembak di kepala". Aku senyum dan angguk. Wallahua'lam.

p/s: Artikel di atas bukan bermaksud membangkitkan semangat benci kepada kerajaan. Tetapi lebih bermaksud kepada muhasabah kepada diri yang tiada nilai. Angguk dan terus angguk walaupun sesuatu itu tidak disenangi dan memang amat menzalimi.


Satu Muhasabah..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Terfikir-fikir apa yang nak dikongsi setelah 2 hari bersama-sama sahabat dari sebuah IPT dari KL pada minggu lepas. Banyak pengalaman yang menarik untuk dikongsi sebenarnya. Apatah lagi bilamana melihat peserta siswi melebihi peserta lelaki dengan perbezaan yang amat ketara. Peserta siswi lebih kurang 70-80 orang dan siswa hanya 7 orang sahaja. Mujurlah urusetia lelaki yang agak ramai mampu mengimbangi kekurangan itu. (walaupun hakikatnya memang golongan lelaki dah tak ramai kot?)

Bersama-sama golongan 'ahli perubatan dan sewaktu dengannya' ini amatlah menyenangkan. Segala kerjasama yang diberikan amatlah baik. Walaupun kebanyakan urusetia dan peserta tidaklah mempunyai jarak umur yang terlalu jauh, namun semangat untuk mengikuti segala aktiviti, LDK dan pengisian yang ada amatlah tinggi mengatasi segalanya. Aku yang jarang-jarang mengikuti program pun turut seronok apabila ada beberapa modul berbentuk 'terapi perubatan' diperkenalkan.

Satu aktiviti yang memerlukan peserta membuat wau amat menggelikan hati. Bayangkan bilamana semua peserta perempuan dalam satu kumpulan, tiada pengalaman bermain wau atau layang-layang mahu membuat wau / layang-layang. Mungkin juga ada di antara mereka ini tidak pernah menyentuh layang-layang. Layang-layang biasa yang berkerangka "t" telah dibentuk menjadi kerangka mengikut bentuk segiempat biasa. Seolah-olah membuat kerangka rumah! Ini tidak termasuk pelbagai idea kreatif bagi membentuk beberapa bentuk wau yang berbentuk rama-rama dan ada yang 'tiada rupa' langsung. :)

Jungle Treking yang dirancang di hari terakhir program terpaksa ditangguh kerana hujan lebat. Agak terkilan sebenarnya kerana aku dan Amir telah penat membuat trek pada hari sebelumnya. Pada aku, bukan terkilan kerana tiada jungle treking, tetapi kepenatan yang kami rasa semasa membuat trek itu tidak dapat dirasai oleh orang lain. Memang penat kerana aku sendiri sudah lama tidak bersenam mahupun joging. Aktiviti luar yang terakhir yang aku lakukan hanyalah kira-kira 3 bulan lepas. Itupun jungle treking dengan trek hanya sekitar 30 minit tanpa henti. Sedangkan trek ini 2 jam tanpa henti dan terpaksa mendaki bukit yang curam yang agak panjang jaraknya. Memang memenatkan dan sulit apatah lagi aku hanya mengenakan selipar sahaja di kaki. Pernah satu ketika aku merasakan nak pitam. Kaki seolah-olah sudah tiada kerana terlalu penat. Namun tetap memaksa berjalan bagi menunjukkan aku ni lelaki sejati. Mujur tak jatuh, kalu tidak jatuh jugak saham aku hari tu.

Paling aku ingat sepanjang program ini bilamana peserta dan urusetia sama-sama berhujan untuk beberapa ketika (aku rasa dalam sejam lebih kot.. berdiri je) dalam slot 'muhasabah'. Kebetulan aku diberi peranan mengendalikan slot ini yang pada perkiraan aku cukup berat. Berat untuk dilaksanakan kerana aku bukanlah seorang yang biasa dalam mengendalikan slot sebegini dan berat juga kerana aku tak cukup baik mengendalikan slot yang selayaknya dilakukan oleh insan yang lebih 'putih bersih'. Beberapa persoalan yang aku ajukan kepada peserta sebenarnya lebih banyak membuat aku merenung diri. Bait-bait kata yang diungkap, kadang-kala mendatangkan sebak. Soalan-soalan biasa yang berbisa seperti kesempurnaan ibadah harian, ibadah sunat yang muakkad, muamalat dan pergaulan, dan beberapa persoalan hati yang cukup menguji diri amatlah mengesankan pada aku. Hujan lebat, malam pekat. Cukup kerdil bilamana membayangkan setiap titisan hujan umpama dosa yang bertaburan. Astaghfirullah hal a'zim...

Tidak cukup berhujan beberapa jam di gigi ombak, seawal 2 pagi sekali lagi aku 'menghujankan' diri bersama-sama sebahagian peserta dan urusetia program dalam satu slot khas. Modul asal berjalan malam ala 'burung hantu' terpaksa di tukar kerana bimbang masa yang akan diambil terlalu lama. Dengan modul 'ala Q' aku merasakan sedikit tekanan kepada peserta. Aku yang lembut hati ni kadangkala kesian melihat mereka diperlakukan begitu. Apa tidaknya, kesalahan yang dikatakan oleh 'moderator' pada malam itu cukup tidak dapat aku terima walaupun aku tau semuanya hanyalah gimik. Apapun aku mengharapkan apa yang berlaku itu tidak memberikan kesan buruk kepada mereka. Malah, harapnya ukhwah dan kerjasama mereka tetap kekal.

Secara peribadi aku cukup suka cara pelaksanaan dan pembahagian tugas yang dilakukan oleh urusetia program. Agak terancang dan teratur. Beberapa kelemahan kecil seharusnya dipandang sebelah mata sahaja. Mungkin aku sebagai orang luar melihat kesempurnaan kerana aku tidak tahu siapa sebenarnya bertanggungjawab atas sesuatu tugas, namun segala yang dirancang berjalan baik menunjukkan kerjasama antara ahli amat baik. Tahniah kepada urusetia Kem Interaksi Remaja!

Hanya beberapa nama je yang aku ingat. Kay-Din=Pengarah program yang dedikasi. Kadang-kala kesian sebab tengok macam penat. Amir= Aku tak pasti jawatan apa, tapi cukup sibuk kesana kemari dalam memastikan kelancaran program. Bila tengok muka Amir, ingat kat seorang kawan di Kustem. Zaim=Thanks support aku masa muhasabah. Patutnya dia sorang pun dah cukup. Terkial-kial aku menyusun ayat. Saiful=kadang-kadang je cakap ngan dia. Dayah=Timbalan Pengarah yang best! Suka dengar mulut dia celoteh. Walau mulut 'laju', tapi ligat gak kerja. Medik='Tukang masak' yang setia. Tak banyak masa dengan dia. Jumpa pun biasanya kat dewan makan. Kak id=jawatan ape ek? hehehhe.. sorry!. Adik-adik PC yang tak sempat dikenali, mungkin juga yang sudah diberitahu nama tapi dah terlupa nama. Maaf jugak!.

Inilah kelemahan aku. Sukar nak mengingati dan mendekati orang. Kadang-kala bercakap lama pun masih tidak dapat aku ingat nama. Mungkin kena tambah lagi skill public relation (PR) agar lebih mampu ke hadapan. Seramai 20 lebih urusetia, hanya beberapa orang yang aku agak rapat. Mungkin sikap, atau adab yang dijaga. Wallahu'alam.

10 January 2007

Kisah Seorang Puteri


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

TERSEBUTLAH satu kisah di zaman silam, sezaman dengan zaman kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka dan mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kendoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.

Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan negeri beliau akan serangan Negeri Melaka. Baginda risau, risau serisau-risaunya. Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat. Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan. Muka bujur sirih, bibir bak delima merkah, memang terpikat semua lelaki memandang, termasuklah lelaki yang dah ada lapan orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda.

Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan. Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda. Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan Sulawesi.

Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang bertanding, tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar. Ketika mereka siap sedia, tiba-tiba seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir-gilir. Dan tiba-tiba kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang cantik rupawan itu.

Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untuk menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. Temenggung pun menyiasat, dan ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan.
Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun..

Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.

Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama Tuanku, dan mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.

Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.

Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa Puteri tuanku adalah . . . . . . . . . . . .

Sultan : Adalah apa ? ? ? Puteri Bunian?.. Puteri Gunung Ledang?..Putri Buluh Betong?... .CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! ! ! ! ! ! ! !

Temenggung: Lebih dahsyat Tuanku... ... (Jawap Temenggung terketar-ketar). Anakanda Tuanku adalah... ... PUTERI UMNO tuanku !


p/s: Kalu baca kisah sahaja mungkin agak 'melampau', tapi bila lihat gambar kat atas ni mungkin ada yang mengangguk.. ;)


09 January 2007

Haram Musafir Bagi Perempuan Jika Keseorangan

Dari Abi Hurairah r.a katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w "Tidak halal bagi seseorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, musafir perjalanan sehari dan semalam melainkan ada mahramnya, atau pun suaminya.”

Dimaksudkan disini ialah bagi menjaga aman. Dibenarkan musafir bagi perempuan jika bersamanya adalah mahramnya (orang yang haram dinikahi) dan suaminya atau dengan hamba yang amanah. Sesetengah ulama mangatakan dibolehkan dengan sekumpulan perempuan yang ramai yang dijamin amanah dan dapat mengelak dari sebarang fitnah. Ini kerana dikhuatiri timbul fitnah apabila seorang perempuan itu bermusafir sendirian kerana pada diri wanita itu ada kelemahan dan mudah menimbulkan fitnah.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, bahawasanya dia telah mendengar Nabi s.a.w bersabda “Tidak harus bersembunyi seorang lelaki dan perempuan melainkan bersamanya orang yang haram dinikahinya. Dan tidak harus musafir bagi seorang perempuan melainkan bersama mahramnya atau suaminya". Lalu berkata seorang lelaki di kalangan sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya perempuanku keluar untuk menunaikan haji, dan saya telah dikerah untuk berperang di medan jihad". Lalu sabda Nabi s.a.w "Pergi dan hajilah bersama isterimu". – hadith riwayat bukhari dan muslim

Disini ditunjukkan bagaimana Islam memelihara maruah, menjaga harga diri seseorang, termasuk kaum wanita. Allah menjadikan setiap insan itu bermaruah dan mempunyai harga diri samada lelaki mahupun wanita. Hadis ini bukanlah menunjukkan Islam menyekat kebebasan wanita, menghalang hak wanita. Tetapi menjaga kehormatan wanita dari ditimpa sebarang fitnah, mencegah dari berlakunya perkara yang tidak diingini seperti diganggu, digoda, disihir dan sebagainya yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seorang wanita.

Turut ditekankan di sini dilarang seorang lelaki bersama wanita yang bukan mahramnya berada bersama dalam satu perjalanan tanpa ikatan suami isteri (inikan pula dalam bilik). Ini kerana dikhuatiri timbulnya fitnah kerana bilamana seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu berdua-duaan, maka muncullah syaitan antara keduanya.

Kebenaran ulama terhadap perempuan bermusafir jika bersama dengan kumpulan wanita yang boleh dipercayai dan tidak menimbulkan fitnah hanya tertakluk kepada musafir yang wajib seperti menunaikan haji dan menziarahi ibubapa yang sakit.

nota: kuliah 29 Disember 2006, Masjid Rusila (depan PC sebenarnya)

catatan:
Melihat kepada larangan ini, mmg nampak agak 'terbatas' pergerakan kaum wanita. Tetapi jika dikait dengan masalah semasa dan realiti yang berlaku pada hari ini memang patut difikirkan berkali-kali. Gejala sosial yang berlaku baik pada muda-mudi, mahupun golongan dewasa amat membimbangkan. Ini termasuklah kes-kes khalwat / bersekedudukan dan seumpamanya. Kes-kes rogol, cabul, dan ragut seumpamanya yang melibatkan kaum wanita menjadi mangsa keadaan amat membimbangkan.

Melihat dunia hari ini seolah-olah tidak selamat bagi kaum wanita untuk bersendirian / berjauhan tanpa 'perlindungan' dari suami atau mahram. Apatah lagi jika 'si mahram' pun ada yang mengambil kesempatan terhadap wanita. Nau'zubillah..

p/s: Terasa lak kena cepat2 kawin untuk melindungi wanita. ;)

03 January 2007

Gambar bercerita

gambar: Nakal jugak PM aku

Tak sengaja! Itulah yang aku kira gambar ini dapat menceritakan. Tidak sengaja disiarkan di dalam laman web rasmi Monsooncup dan mungkin juga tidak sengaja Pak Lah mengelus lembut bahu Michelle Yeoh.

Aku tidak pasti apa komen Pak Lah pasal gambar ini. Tapi kehilangan gambar ini di laman web Monsooncup sudah tentu menunjukkan gambar ini salah!. Dikatakan juga Akhbar Harakah yang menunjukkan gambar ini dimuka depan turut dirampas jualannya. Suara Keadilan yang terbaru juga menyiarkan gambar yang sama di muka depan. Namun aku tidak pasti adakah turut berlaku rampasan. Kenapa aku mulakan tahun 2007 dengan gambar ini? Kerana ini adalah suatu yang dikatakan "Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun".

Dua gambar di bawah juga mungkin boleh menjadi sejarah. Sebenarnya terlalu banyak gambar sebegini, tetapi tiada yang ambil peduli kerana merasakan perbuatan ini tidak menjadi satu kesalahan yang besar. Melihat kesalahan (dosa) sebagai perbuatan yang lebih kepada peribadi dan hak asasi, maka semua terpaksa bersetuju dengan perlakuan sebegini tanpa ada yang berani mencegah.



Gambar: Mesra dan harmoni layanan dari Makcik Rosmah kepada Salman Khan (kiri) dan sape ntah (kanan).













p/s: Lama tak tengok Preity Zinta. Aku suka tengok lesung pipit dia je. ;)