assalamualaikum...
BERwajah baru..
x pasti samada wajah ini dilihat lebih ceria, mahupun lebih suram.
tp warna HITAM dan PUTIH ni mmg saje diambil memandangkan beberapa keadaan semasa, mahupun diri...HITAM dan PUTIH...
namun, seperti TAHI CICAK, x semuanya hitam.. wujud juga putih
walaupun kecil... lupakan pada bau HITAM & PUTIH TAHI CICAK..
(tak pernah lak nak bezakan bau keduanya..) walaupun banyak
perkara gelap HITAM yg berlaku, namun PUTIH tetap ada.. sedikit
PUTIH kadangkala melenyapkan HITAM... walaupun HITAM sering
menenggelamkan PUTIH...
HITAM TAHI CICAK lebih dikenali dari PUTIH TAHI CICAK .. andai
terpisah keduanya, susah nak bezakan PUTIH bendasing lain dengan
PUTIH TAHI CICAK ... tapi, HITAM TAHI CICAK lebih mudah dikenal
kerana bentuknya yg UNIK dan saiznya yg agak besar memudahkan
dilihat...
HITAM kehidupan lebih terasa kerana kita penuh dengan masalah..
memang sukar mengelak dari masalah.. minyak naik, letrik pun nak
naik, yuran naik, cukai naik.. masalah kawan, masalah bisnes,
masalah pokok, masalah kucing.. semuanya menjadi masalah... dan
kebanyakkan kita merasakan masalah ni HITAM kerana sifat masalah
tu menyusahkan...
PUTIH mungkin dilihat sebagai hari terima gaji.. sehari je dalam
sebulan.. waktu rehat sejam je dari waktu 8 jam waktu kerja.. hari
tak bekerja hanya 2 hari dari 7 hari... kecilnya PUTIH!
atau ada melihat PUTIH sebagai saat gembira bersama
kawan-kawan, masa tengok wayang, masa tidur pun mungkin, masa
makan, dan sebagainya laa yang dirasakan seronok...
FALSAFAH TAHI CICAK mengatakan... HITAM atau PUTIH, TAHI
TETAP TAHI! HITAM atau PUTIH, kehidupan tetap kehidupan..
kesusahan dan kesenangan adalah sebahagian dari hidup...
samalah seperti SUSAH dan SENANG adalah ujian hidup...
kedua-duanya adalah ujian.. kalau mengikut warna, UJIAN HITAM
DAN PUTIH kot.. masih x faham FALSAFAH TAHI CICAK? teruskan
HIDUP, nescaya misteri TAHI CICAK akan terungkai jua... :)