04 May 2010

Pembunuhan Aminulrasyid: Salahkan Yang Bersalah!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Aku pelik kenapa seorang pelajar boleh memandu kereta kakaknya di waktu malam"

"Budak bawah umur buat apa keluar malam-malam"

"Tak ada lesen, tapi boleh bawak kereta"

 
Itu antara beberapa dialog yang ditimbulkan sesetengah pihak. Bukan sedikit yang 'berfikir' seperti itu. Dari tinjauan aku, persoalan-persoalan ini sengaja dilontarkan oleh mereka yang cuba mengalih isu sebenar.Apatah lagi kejadian tersebut telah merobek sedikit sebanyak kepercayaan rakyat kepada pihak PDRM.


Aku sebenarnya amat tidak bersetuju kes yang berlaku ke atas adik Aminulrasyid diambil perjalanan oleh orang-orang politik yang mempunyai kepentingan tersendiri. Kerana kepentingan tersebut akan menjadikan pengendalian kes ini akan agak 'bias'. Baik pada pandangan masyarakat, mahupun pihak pemerintah. Namun, di sana terdapat kebaikannya kerana suara orang politik pihak lawan lebih didengari berbanding suara rakyat biasa.

Memandu tanpa lesen adalah satu kesalahan. Membenarkan orang yang tidak mempunyai lesen memandu juga merupakan satu kesalahan. Lari dari 'sekatan' polis juga merupakan satu kesalahan. Cuba 'mengancam' polis juga satu kesalahan. Namun, seperti yang aku sebut sebelum ini, kesalahan-kesalahan tersebut bukan nyawa balasannya. Bukan hukuman tembak bertubi-tubi yang wajar dikenakan. Bukan dan tidak sama sekali.

Hari ini bukan suatu yang pelik pun sebenarnya pelajar sekolah memandu tanpa lesen samada motor atau kereta. Bukan suatu yang pelik juga pelajar sekolah keluar malam. Bukan suatu yang tidak pernah didengar polis dirempuh dalam sekatan jalan raya. Semua itu sudah lama berlaku dan bukan perkara baru yang baru disedari masyarakat. Sudah lama.

Isu dan permasalahannya tidak terletak kepada lesen memandu, juga bukan masalah besar keluar malam. 'Menggugat' anggota polis adalah satu kemungkinan yang wujud. Apatah lagi diceritakan terdapat parang di dalam kereta. Tetapi perlu diingat yang parang 'dijumpai' setelah mangsa mati ditembak! 'Menggugat 'dengan 'mengundurkan' kereta adalah satu-satunya yang dilihat bersalah dalam situasi ini. Itu sahaja.

Di sinilah perlu dinilai bagaimana anggota PDRM menjalankan tugasnya samada dengan baik dan mengikut SOP yang ditetapkan. Kita tidak lupa dalam kes Altantuya, bagaimana bom peledak C4 seolah-olah bebas untuk keluar masuk. Jika di Terengganu, Ketua Polis Terengganu ketika kes Batu Burok gagal memberikan berapakah jumlah sebenar peluru dilepaskan. Dan, mungkin banyak lagi contoh-contoh lain.

Ini soal SOP. Soal pengurusan. Soal ketelusan. Soal kepercayaan rakyat. Rakyat perlu persoalkan kerana nilainya adalah NYAWA!


Wallahua'lam.

1 comment:

zane said...

Betul tu!

Isunya ialah penyalahgunaan kuasa dari pihak polis. mereka hanya dibenarkan menembak untuk membunuh ( shoot to kill) jika nyawa mereka diancam. Tetapi dalam kes ini budak itu tidak pun mengancam. Dia sedang memecut kenderaannya melarikan diri dari kepungan polis. Jika dia mengundur untuk melanggar tentulah bahagian belakang kereta itu yang meklanggar tembok kerana ditembak dalam keadaan gear mengundur. Tetapi tidak! Bahagian hadapan kereta itu yang melanggar tembok rumah seseorang, bermakna dalam gear 5, gear sedang ke depan bukan ke belakang!

Polis telah cuba menipu orang ramai tetapi kenyataannya tindakan sembrono mereka itulah yang salah. Mengapa mereka tidak menunggu sahaja kereta itu berhenti dengan sendirinya akibat terbabas setelah tayar kenderaan itu ditembak? mengapa harus menembak kepala adik Aminulrashid pula? mengapa? Dan seolah-olah dapat menghidu kesilapan maha besar itu, pihak polis telah cuba menutupnya dengan kenyataan kononnya adik Aiminulrashid cuba melanggar polis, kononnya ada parang dalam kereta itu. Alangkah jahatnya pihak polis yang bertindak sebegitu. Mereka sanggup menfitnah dan mengaibkan seorang manusia yang telah mati..

Tindakan polis itulah yang salah dan sewajarnya dikutuk seluruh anggota masyarakat.