30 March 2010

Bangunan UMT Pula Runtuh... Seorang Maut.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Copy dari Awang Harun











‘Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’…RUNTUH!..dan TUMBANG!...dan TERSUNGKUR!..menyembah bumi di negeri Terengganu Darul Runtuh.


29 March 2010

Vaksin Babi pada Baby - CAP

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix, vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.

Kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) – virus yang biasanya ditemui dalam babi.

Rotavirus adalah genus virus RNA dalam keluarga Reoviridae

23 March 2010

Rukun 1: Kepercayaan Kepada Allah

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ingatkah kalian pada setiap 'simbol' pada Jata Negara?
Aku masih ingat, ketika di Tadika Kemas suatu ketika dahulu, hampir setiap hari selepas menyanyikan lagu Negaraku, aku akan memimpin para pelajar lain untuk membacakan ikrar dan Rukunegara. Aku tidak pasti pula adakah aku ketua pelajar ketika itu atau tidak. Umur 5 dan 6 tahun. Aku tidak tahu semua itu. Apa yang pasti, aku disuruh mengetuai pelajar dalam banyak hal.

Ingatkah kalian pada rukunegara?

Terkini Dari Blogger - Ubah Template Semudah A, B dan C

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam baru aku perasan. Mungkin bagi yang biasa masuk blogger.com sudah lama perasan berkenaan item Blogger Designer yang dimasukkan dalam menu layout. Aku cuba intai-intai, cukup menarik dan memudahkan bagi sesiapa yang nak ubah template blog. Bukan sahaja boleh tukar warna atau design, malah susunan kotak gadget boleh dipilih gitu-gitu sahaja!.

Hanya 4 pilihan template asas, tapi...
Kepada sesiapa yang teringin nak tukar template, atau nak buat blog, tapi rasa tak pandai kerana takut blog tak menarik ke apa, inilah peluang anda. Mudah sesangat!. Acu cuba try test laa.. :)

16 March 2010

Kenyataan Media Gegar: HIMPUNAN 10 000 RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...








HIMPUNAN 10 000 RAKYAT MENYAMBUT KEBERANGKATAN
DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG
DAN PERSEMBAHAN MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT ROYALTI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan ini, Mac 2010 genaplah 10 tahun Terengganu telah dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat. Dalam tempoh 10 tahun ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh banyak pihak bagi memastikan royalti dapat dikembalikan ke pangkuan Kerajaan Negeri.

MAMPAT khususnya, dan kini bersama GEGAR telah menjadikan isu royalti sebagai suatu agenda khusus dalam perjuangan kami. Kami bertegas mengatakan bahawa Royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada fakta dan sejarah, dan mesti diserahkan melalui saluran yang betul iaitu Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi berpelembagaan. Kami juga menegaskan bahawa Royalti adalah Royalti dan tidak menerima sama sekali apa yang dinamakan Wang Ehsan, Dana Persekutuan dan sebagainya.

InsyaAllah, seperti dimaklumkan sebelum ini MAMPAT dan GEGAR akan mengadakan suatu Dialog Rakyat berkenaan isu royalti yang melibatkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac ini di TER, Kuala Ibai. Majlis bermula dengan Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Isyak.

Sehubungan itu satu persembahan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti akan menyusul pada 20 Mac ini, Sabtu dengan mengambil peluang keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ke Terengganu. Tuanku dijangkakan tiba pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

GEGAR akan mempersembahkan dua Memorandum yang akan mewakili NGO dari Kelantan dan Terengganu. Setakat ini, sebanyak 70 NGO telah menyatakan persetujuan bersama dengan GEGAR dalam isu tuntutan Royalti. Kami masih berusaha bagi menambah bilangan NGO tersebut.

Bagi menjayakan program yang bersejarah ini, semua rakyat dijemput untuk hadir bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti ini. Semua diminta berkumpul pada jam 11 pagi bagi memudahkan perjalanan program.

GEGAR menjangkakan dapat mengumpul sekitar 10 000 rakyat untuk program sambutan ini.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

14 March 2010

Dialog Royalti Bersama Ku Li di Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Diharap kepada semua sahabat-sahabat pengunjung dapat menyebar luaskan maklumat ini. Walaupun mungkin orang yang dijemput tersebut tidak akan hadir, tetapi hebahan dan maklumat yang disebarkan sudah cukup mampu untuk memberi kesan kepada mereka. Semoga royalti rakyat dipulangkan kembali.

Wallahua'lam.

11 March 2010

Stadium Runtuh: Semua Buat Silap - Mat Said


 Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
 
"Semua buat silap" Itulah tajuk Ruangan Terengganu akhbar Sinar Harian hari ini.

Mudahnya Mat Said melabelkan semua pihak dengan secara borong dalam menyalahkan isu kejadian bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun 2009 lalu. Seolah-olah tiada pihak yang perlu bertanggungjawab penuh dengan kesalahan tersebut.

Sebelum ini laporan siasatan tersebut adalah sulit, tetapi didedahkan kepada umum kerana mahu bersikap telus kononnya. Jika rumusannya adalah semua pihak adalah silap, tiada apa yang sulit dan rasanya tidak perlu umum pun tidak mengapa kerana ianya melambangkan kegagalan siasatan tersebut. 

Motivasi Pagi: Life Without Limbs - Nick Vujicic

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Tiada apa yang aku mahu kongsi kecuali video di atas. Jika rajin boleh juga lawat ke http://www.lifewithoutlimbs.org/. Semoga ianya boleh memotivasikan anda di pagi ini.

Atau layan FB di sini.

Wallahua'lam.

10 March 2010

Apa Balqis Belajar di Sekolah?

\Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku selalu cerita yang Balqis ke sekolah. Tetapi aku jarang cerita apa yang dia belajar di sekolah. Mungkin sedikit perkongsian ini boleh membantu kita semua dalam membesarkan anak-anak samada istimewa ataupun normal.
Balqis mula  ke sekolah ketika berumur 8 bulan
 Kelas Balqis 2 kali seminggu. Isnin sesi pagi dari jam 9.00 - 11.30, manakala Rabu sesi petang dari jam 2.00 - 4.00. Satu sesi kelas paling ramai adalah 3 pelajar. Selalunya ada sahaja yang tidak hadir kerana masalah kesihatan ataupun kesibukan ibubapa masing-masing kerana setiap sesi memerlukan ibu atau bapa turut serta.

07 March 2010

Akhirnya Zul Kulim dipecat...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Setelah berminggu-minggu isu Zulkifli Nordin diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh media pro-UMNO, akhirnya Zulkifli dipecat dari PKR. Aku sempat meninjau secara lalu di blog Zulkifli Nordin yang mengulas isu pemecatannya. Pada aku, dari apa yang diulas Zul sekadar isu penggunaan nama Allah sahaja.

Aku melihat Zul Kulim agak keterlaluan dalam memberikan pendapatnya jika benar dia tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh pihak-pihak lain. PAS secara prinsipnya juga tidak bersetuju sekiranya penggunaan nama Allah digunakan secara batil.

03 March 2010

Apa Komen Ustaz Azhar Pasal Bajet 2010?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Aku tidak tahu apa komen Ustaz Azhar pasal bajet 2010 yang sedang dirasai sekarang. Mungkin Ustaz Azhar kata apa yang berlaku ini masalah JKK yang gagal mengawal kewangan? Sama-sama kita nantikan ulasan dari ustaz Azhar.

02 March 2010

2 kali Geram: Makan-makan di Bandaraya KT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Geram 1 : 
Lokasi: Sebuah kedai makan di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu

"Tadi saya order sup ekor, tapi awak bawa mari sup tulang" Kata aku semasa mahu membayar makanan di sebuah kedai.

"Sekejap saya tanya tukang masak" Jawab pelayan sambil berlalu ke dapur.

"Kak, tadi buat sup tulang ke, sup ekor?" Pelayan tadi bertempik bertanya.

"Sup ekor". Jawab dari dalam.


"Tukang masak kata sup ekor, bang". Pelayan tadi merapati aku.

"Takkan tulang macam ni sup ekor?". Aku bertanya sambil menunjukkan tulang - temulang yang tinggal.

"Sup ekor bang" Jawab pelayan tadi sekali lagi.

"Brape?" Aku malas bertekak. Aku tidak mahu lewat ke Pesta Buku. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.

Menanti Ultraman Datang Ke Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Banyak versi Ultraman yang ada. Jika yang lama-lama, kenal dengan Hayata. Lepas tu ada lagi Taro, ada juga Ace, ada Tiga, ada Gaia, ada Dyna dan macam-macam lagi. Yang jantan, betina, mak, ayah semua ada. Kiranya Ultraman ni dah 'beranak-pinak' dan membentuk family Ultraman. Siapa yang tak suka tengok Ultraman masa kecik-kecik dulu dia tak ada jiwa seorang pejuang menentang kejahatan (hehehehhe).

Ultraman ni bagi aku makhluk yang baik. Ada hensem, ada tidak. Ada juga yang sekali dilihat macam rasaksa, tapi sebenarnya hero. Ada tanduk satu, tanduk tiga, tak ada tanduk pun ada. Satu kesamaan Ultraman adalah ada lampu merah kat dada. Mengikut pengkaji ultraman, lampu tu penting untuk menandakan kesihatan Ultraman. Macam kalu kita ni, cek tapak tangan, cek mata untuk tahu kesihatan kita ok ke tak.

01 March 2010

Tibakah masanya Anwar sertai PAS?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Panas lagi Pulau Pinang dan PKR. Lebih terasa panas kerana Anwar juga dari sana. Segala apa yang berlaku dalam PKR hari ini tidak dinafikan sedikit sebanyak menjejaskan Pakatan Rakyat. PAS sudah tentu mendapat tempias yang sama. Malah PAS sebenarnya banyak terjejas dengan apa yang sedang berlaku ini. Sokongan Melayu sedikit sebanyak mengurang.

"Biarlah Melayu tak sokong PAS, Cina dan India akan terus menyokong PAS" Suatu bicara lunak dilemparkan seorang teman.