03 February 2008

Biadabnya BERSIH.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Itu perbuatan biadab! Kata Pak Lah. Biadap yang dimaksudkan Pak Lah bilamana pimpinan BERSIH mengoyak gambar pengerusi SPR, Tan Sri Rashid. Kebanyakan penulis di internet menulis Rashid dengan RaSHIT. Aku setuju, tetapi aku tidak pula sanggup menulis sebegitu. Bukan tidak setuju, tetapi aku punya pertimbangan yang lain.

Siapa Rashid tu dan apa jawatannya ditentukan oleh Pak Lah dan kroni-kroninya. Segala kerja buat Rashid ni pun disuruh Pak Lah dan kroni-kroninya. Penipuan, salahlaku, pencabulan dan sebagainya yang dilakukan SPR adalah di bawah pemantauan Pak Lah sendiri. Umpama kita melihat celakanya polis yang melepaskan tembakan kepada Suwandi dan Azman, di belakang mereka wujudnya UMNO Terengganu yang mengarahkan tindakan tersebut. Jika tidak, sudah tentu polis tadi sudah ditahan dan diambil tindakan.

Marahkan SPR suatu hal, tetapi marah dan luahan kekesalan sepatutnya lebih ditumpukan kepada Pak Lah dan UMNO / BN. Umpama kata Shahnon Ahmad dalam novelnya yang tersohor dulu 'SHIT', kepala tahi itu mesti dibuang supaya lega perut di dalam. Perut lega, maka tuan badan tidak lagi sakit kepala. Tuan badan tidak lagi resah gelisah. Ahhhh!!

UMNO / BN mestilah digambarkan yang menguasai sepenuhnya kawalan terhadap SPR dan pengurusan perjalanan pilihan raya. Jika tidak masakan SPR dilihat begitu bodoh sibuk menggunakan tong undi telus, sedangkan yang dituntut adalah pengundian yang telus! Inilah sifat bebal dan sikap menipu yang diajar dan diperintah oleh UMNO / BN kepada SPR. Rashid tidak cerdik mana, jika tidak masakan dia kerapkali mengeluarkan kenyataan yang tidak mengikut skrip.

Memang sesiapa jua akan menyalahkan SPR buat pertama kalinya kerana mereka yang dilihat menguruskan perjalanan pilihan raya, namun kredit yang tinggi perlu diberi kepada UMNO / BN yang menguasai keseluruhan kerajaan kerana mengawal dan menguasai seluruhnya sistem perjalanan pilihan raya tersebut. Buktinya, SPR mengakui mereka tiada kuasa lebih dalam menguruskan pilihan raya. Jika tiada kuasa tertentu yang boleh menjamin ketelusan dan penguatkuasaan undang-undang semasa perjalanan pilihan raya, maka sudah tentu SPR boleh dinilai tiada apa-apa!

Mesti ramai pula yang bertanya, kenapa masih menyertai pilihan raya? Mungkin dilihat agak bebal dan kurang cerdik, namun sebenarnya pilihan raya tetap dipilih selagi mana sistem ini boleh dipakai walaupun ada kerosakan. Ketelusan pilihan raya dituntut kerana mahu sistem itu dibersihkan dari TERLALU kotor. Namun jalannya masih ada ruang dan peluang. Cuma sempit dan menyukarkan yang perlu untuk bekerja lebih keras.

Jalan lain? Tetap ada dan boleh dipertimbangkan. Namun dalam masyarakat yang tidak faham dan bercampur baur antara haq dan batil ini, maka jalan itu mungkin menimbulkan kesan yang mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada masyarakat. Ditambah pula dengan kurangnya jentera dan terhadnya sumber, maka jalan lain itu mesti ditangguhkan dulu.

Berbalik kepada SPR dan Rashid, pada aku perbuatan BERSIH memang biadab kerana mereka mengoyak gambar yang silap. Sepatutnya tuan kepada SPR itu yang dikoyak gambarnya. Kerana budak suruhan tiada apa-apa sangat. Sebab itu aku rasa jika gambar Pak Lah dan Pimpinan UMNO yang dikoyak, tentu Pak Lah tidak lagi berkata biadab, tetapi Pak Lah akan berkata " TANGKAP & SUMBAT!!!"

amdang: Sekadar meneka..

Wallahua'lam

No comments: