www.Malaysiakini.com
Polis hari ini bertindak menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan sidang akhbar di depan Istana Negara.
Berikutan itu, polis telah menahan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua. Turut ditahan ialah seorang ahli PAS yang dikenali sebagai Jalaluddin Abdul Manap.
Sebelum itu, delegasi pemimpin Bersih telah menyerahkan satu nota bantahan - yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong - berhubung pilihanraya umum yang akan diadakan pada 8 Mac depan.
Anggota polis mengawasi kehadiran mereka dan bertindak sebaik sahaja Bersih memanggil sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 3 petang.
Tian ditangkap apabila beliau cuba menghalang pihak polis daripada merampas kain rentang Bersih. Manakala Jalaluddin pula ditangkap selepas tidak menghiraukan amaran polis supaya berhenti mengedar risalah yang menggelar pengerusi SPR sebagai 'penipu'.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad kedengaran merayu kepada pihak polis supaya melepaskan Jalaluddin.
‘Ini terlalu kejam. Tolonglah lepaskan orang tua itu. Dia sudah tua dan ada masalah jantung. Saya sedia mengganti tempatnya jika dia dibebaskan," katanya.
Delegasi Bersih dan PAS itu terdiri daripada Dzulkifli, anggota urusetia Bersih, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Naib-naib Presiden PAS, Ahmad Awang dan Mohamad Sabu; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Bersih yang diwakili oleh Dzulkifli dan Syed Azman dan PAS yang diwakili oleh Mohamad Sabu dan Hatta Ramli, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada 'pegawai perkhidmatan pelanggan' Istana Negara, Mohd Hasmuni Abd Shukor.
Polis hanya membenarkan empat anggota delegasi itu untuk menyerahkan memorandum kepada Hasmuni di pintu masuk kedua yang terletak berhampiran pintu utama Istana Negara.
Ramai anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di pintu masuk kedua itu.
Penggunaan dakwat celup
Dalam memorandum tersebut, Bersih dan PAS mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja mengenai pembaharuan pilihanraya selepas pilihanraya umum diadakan.
Bersih juga melancarkan kempen mengumpulkan tandatangan di seluruh negara bagi menyokong memorandum tersebut.
Bersih juga menuntut supaya:
* Senarai pemilih dibersihkan dari 'pengundi hantu'.
* Supaya SPR mewajibkan penggunaan dakwat celup ke atas semua pengundi, kerana pada masa ini, pengundi boleh menolak penggunaan dakwat tersebut.
* Memansuhkan undi polis bagi anggota polis dan tentera.
* Akses media yang bebas dan adil bagi semua parti dan calon.
* Tempoh mengundi selama 21 hari.
Ketika mengumumkan tarikh pilihanraya umum semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak dapat mengesahkan sama ada penggunaan dakwat celup akan dilaksanakan dalam pilihanraya umum kali ini.
Wujud kebimbangan tentang keberkesanan beberapa langkah yang diperkenalkan untuk mencegah penipuan kerana undang-undang pilihanraya tidak dipinda untuk menguatkuasakannya.
Sementara itu, berlaku kekeliruan di pintu masuk Istana Negara hari ini apabila dua kumpulan delegasi dari Bersih dan PAS terpisah.
Ketika dihubungi, Hatta berkata, berlaku kekeliruan mengenai pintu istana yang mana satu yang hendak digunakan untuk menyerahkan memorandum tersebut, kerana terdapat juga pintu ketiga di Jalan Bellamy.
Apabila kumpulan kedua tiba, pihak polis enggan membenarkan mereka menghampiri pintu kedua untuk bersama-sama menyerahkan memorandum tersebut.
Delegasi kedua itu termasuk Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.
Polis bertindak membuat tangkapan apabila anggota Bersih mahu mengadakan sidang akhbar sejurus selepas menyerahkan memorandum tersebut di luar pintu masuk kedua di mana para penyokongnya memegang kain rentang berwarna kuning serta poster pengerusi SPR.
Tiada permit tapi dibenarkan
Timbalan Ketua Polis Brickfields, Penguasa Azri Abd Rahman sebelum itu mengarahkan mereka bersurai tetapi wakil-wakil Bersih meminta supaya dibenarkan bercakap dengan pemberita mengenai penyerahan memorandum tersebut.
‘Tolong bersurai. Adakan sidang akhbar di tempat lain, tetapi bukannya di sini," kata Azri.
Azri memberitahu pemberita kemudiannya bahawa Tian Chua dan Jalaluddin ditahan kerana menghalangkan tugas polis. Mereka berdua dibawa ke balai polis Brickfields untuk disoalsiasat.
Azri menjelaskan, walaupun Bersih tidak memohon permit polis, tetapi mereka dibenarkan juga menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.
Menurutnya seramai 26 pegawai dan 243 anggota polis ditugaskan di situ.
Ditanya mengenai penangkapan Tian Chua, beliau berkata: "Saya tidak tahu sama ada dia (Tian Chua) tetapi saya diberitahu yang dia macam Tian Chua."
Azri seterusnya berkata, sepanjang tempoh kempen pilihanraya umum, sesiapa sahaja boleh memohon permit polis untuk mengadakan ceramah awam selagi mereka mematuhi peraturan berhubung keselamatan awam.
Dalam satu sidang akhbar oleh Bersih di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, Syed Azman mempersoalkan tindakan polis ketika menyuraikan orang ramai di luar Istana Negara.
"Polis bertindak ganas dan agresif ketika menyuraikan kami," katanya.
"Mengapa mereka bertindak sedemikian? Ianya bukan satu perhimpunan atau demonstrasi. Ia hanya penyerahan memorandum dan pihak istana telah menerima memorandum kami itu," tambahnya.
-------------------------------------------------------
Nota: Klip video BERSIH diganggu Polis di hadapan Istana Negara. KLIK.

No comments:
Post a Comment