05 February 2008

Masjid yang bukan masjid?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan dari BuletinOnline. (aku dah semacam malas je nak nulis-nulis nih. Hehehhe)

Kuala Terengganu, 4 Feb - Kegagalan Kerajaan Negeri Terengganu khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memakmurkan Masjid Kristal di Pulau Wan Man mengakibatkan beratus-ratus pengunjung tidak menunaikan solat Jumaat pada hari perasmian program perkampungan hadhari.

Sehingga semalam, tidak kedengaran laungan azan dan tidak ditunaikan solat berjamaah lima waktu serta tidak ada kakitangan pihak JHEAT yang bertugas di masjid tersebut. Justeru terpengaruh dengan propaganda iklan televisyen perkampungan hadhari yang menyebut tentang solat, beratus-ratus pengunjung pada pagi Jumaat berpusu-pusu ke masjid tersebut apabila hampir masuk waktu solat Jumaat.

Namun orang ramai berasa hampa setelah mendapati bahawa masjid yang dibina dengan duit rakyat berharga RM27 juta itu tidak dilaksanakan solat Jumaat dan solat lima waktu secara berjamaah. Perdana Menteri yang merasmikan Taman Tamadun Islam(TTI) semalam juga tidak berkunjung ke Masjid Kristal. Pak Lah yang pernah menjadi imam sembahyang, sepatutnya mengambil peluang untuk bersembahyang bersama-sama rakyat di masjid tersebut.

Masjid Kristal bukan sebuah ‘masjid’ ?

Keadaan ini menguatkan lagi kontroversi dan membenarkan anggapan ramai bahawa Masjid Kristal bukanlah sebuah masjid. Ia hanyalah sebuah bangunan yang dinamakan sebagai ‘masjid’ untuk tujuan pelancongan semata-mata. Ia dinamakan ‘masjid’ bagi memperkuatkan tarikan kepada taman tema TTI. Oleh yang demikian, kerajaan Negeri Terengganu tidak menyenaraikan Masjid Kristal sebagai sebuah masjid sebagaimana senarai masjid-masjid yang terdapat didalam laman rasmi E-Khutbah JHEAT.

Bagaimanapun, menurut sebuah papantanda besar yang terpampang di dalam TTI, Masjid Kristal akan dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 8hb Februari, 2008. Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Kerjaan Negeri berkaitan perkara tersebut. tidak seperti majlis perasmian TTI, yang dipromosikan secara besar-besaran.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/masjidkristal1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Carian BuletinOnline mendapati bahawa bahagian siaran media kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa Seri Paduka Baginda akan merasmikan Masjid Kristal pada 8hb Februari, pada jam 8 malam. Acara perasmian ini juga diluar kebiasaan sebagaimana perasmian masjid-masjid yang pernah dibuat oleh Sultan Mizan. Menjadi kebiasaan al-Sultan apabila merasmikan sesebuah masjid, majlis akan dimulakan sebelum solat Jumaat dan baginda akan turut bersama-sama rakyat menunaikan solat Jumaat berjamaah

3 comments:

Anonymous said...

tapi pada maghrib hari sabtu ada buat solat jemaah kat situ. saya ada kat sana.

Anonymous said...

@amni :
solat jemaah dekat padang sekolah pun boleh buat. solat jumaat tak boleh.

Anonymous said...

org hok mayang doh tau ahhhh