23 February 2008

Tawaran BA Kepada Rakyat Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut aku sertakan Tawaran BA Terengganu kepada rakyat Terengganu Darul Iman sempena PRU-12 ini. Tawaran ini telah dibentangkan ketika Ceramah Manifesto pada 20 Februari yang lalu. Aku gagahkan diri juga untuk menyalin kembali kesemua 50 perkara yang dijanjikan oleh BA itu untuk tatapan dan sebaran sahabat-sahabat seperjuangan.

Semoga kerajinan aku menyalin Tawaran BA ini tidak disia-siakan dengan membacanya sahaja tanpa men'forward'kannya kepada sahabat-sahabat dan makcik-pakcik supaya dapat dinilai dan diberi perhatian bagi memastikan BA terus memerintah di Terengganu.


TAWARAN BARISAN ALTERNATIF
KEPADA RAKYAT TERENGGANU

RAKYAT UMUM
  1. Memartabatkan Negeri Terengganu sebagai Darul Iman
  2. Melaksanakan Enakmen-enakmen Syariah sejajar dengan perlembagaan Negeri Terengganu
  3. Menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi Negeri Terengganu melalui Pelan Pembangunan Bersepadu Negeri Terengganu.
  4. Mendesak mahkamah menyelesaikan saman tuntutan royalti petroleum
  5. Menaikkan kadar bantuan kebajikan sehingga melepasi paras kemiskinan
  6. Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dalam semua sektor ekonomi (pertanian, perlombongan, pembalakan, industri dan sektor perkhidmatan)
  7. Menjamin bantuan kebajikan kepada fakir miskin tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
  8. Pengecualian cukai pintu rumah kediaman dan membatalkan tunggakan
  9. Memajukan sektor pelancongan dengan memastikan tidak membawa faktor-faktor negatif kepada Negeri Terengganu
  10. Menghapuskan sewa meter tempat letak kereta pada hari Jumaat dan Sabtu
  11. Menghapuskan sewa meter air
  12. Mempertingkatkan pembangunan ekonomi negeri berasaskan sumber asli (mineral, perkayuan dan air).
  13. Memastikan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah / Perbandaran) cekap dan berkesan.
  14. Memperluaskan dan memperkemaskan Institusi Baitulmal dan urusan kewangan Islam
  15. Memperkasakan Tabung Darul Iman untuk kebajikan rakyat Negeri Terengganu
  16. Membuka semula Pusat Perubatan Islam Darul Iman dan Pusat Pemulihan Dadah (KESIHAT)
  17. Mewujudkan syarikat Takaful Kerajaan Negeri dan Takaful Kafalah
  18. Mengawal dan menghadkan pekerja asing dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan
  19. Menyediakan Dana Khas untuk pinjaman perumahan rakyat dan pemberian rumah untuk rakyat termiskin
  20. Pemberian tanah akan diteruskan tanpa diskriminasi. Tanah yang telah diluluskan semasa pemerintahan PAS (1999-2004) dijamin akan diberi / diganti semula
  21. Menjamin setiap keluarga memiliki tapak (tanah) kediaman sendiri. Kelulusan tanah disertai dengan pemberian geran kekal
  22. Memberi elaun Khas kepada Hafiz Quran, guru Quran dan guru agama.


KAKITANGAN AWAM
  1. Perkhidmatan kerajaan yang professional, telus dan mesra rakyat, tanpa tekanan politik - tiada akujanji dan pengintipan. (CCTV dihapuskan)
  2. Bonus, tuntutan dan elaun kerja lebih masa pegawai dan kakitangan kerajaan dijamin
  3. Perkhidmatan Imam dan bilal masjid dijadikan jawatan tetap dan bergaji
  4. Mengaktifkan skim pinjaman Al-Qardul Hassan (rumah, kenderaan dan komputer)
  5. Menjamin keselesaan dan ketenangan kepada semua penjawat awam.

PENIAGA DAN PENJAJA
  1. Mengekalkan Pasar Borong Gong Pauh dengan kemudahan yang mencukupi dan mewujudkan pasar-pasar borong di zon-zon yang sesuai
  2. Menambah kemudahan kewangan kepada peniaga kecil dalam bentuk Al-Qardul Al-Hasan
  3. Mewujudkan tapak pasar tani dan pasar malam kekal dengan segala kemudahannya
  4. Menjadikan pelancongan sebagai Industri Rakyat
  5. Menjamin setiap peniaga kecil dan sederhana mendapat tapak dan premis perniagaan yang bersesuaian

PETANI DAN NELAYAN
  1. Skim Kesejahteraan Masyarakat Nelayan
  2. Mengadakan industri makanan ternakan dan baja
  3. Meningkatkan pendapatan rakyat melalui Program Pertanian Bersepadu (Integrated Farming)
  4. Melaksanakan sepenuhnya program “Terengganu Halal Hub” sebagai pusat pengeluaran dan pemasaran produk halal serantau.
  5. Memperkasakan sektor pertanian dengan memperbaiki rangkaian pengeluaran dan pemasaran
  6. Menjamin hasil pertanian dan industri tani dapat dipasarkan
  7. Menjamin pengeluaran bekalan makanan yang berkesan bagi mengurangkan kenaikan harga barang melalui pembangunan Zon Pengeluaran Makanan.

BELIA , WANITA DAN PELAJAR
  1. Melantik Wanita sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003
  2. Memperkenalkan alternatif hiburan menerusi Akademi Hiburan Negeri Terengganu
  3. Tabung Belia Sejahtera untuk pembangunan belia niaga, industri, nelayan, tani dan perkahwinan.
  4. Kakitangan wanita yang menjaga anak sakit diberikan cuti tanpa rekod
  5. Menyediakan bantuan pendidikan melalui biasiswa, pinjaman tanpa faedah dan zakat.
  6. Mewujudkan semula Kolej Ugama Sultan Zainal Abdidin (KUSZA) sebagai Pusat Ilmu Islam Serantau dan menjamin pembangunan dan perkembangan institusi-institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri
  7. Pendidikan akan dijadikan hak bagi setiap rakyat dan memastikan tiada.orang yang dinafikan pendidikan kerana kemiskinan.
  8. Menjamin pembangunan akhlak dan moral generasi muda melalui Pemuafakatan Kerajaan dengan NGO-NGO yang berkaitan

BUKAN ISLAM
  1. Melantik wakil bukan Islam sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003
  2. Menjamin kebebasan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
  3. Menjamin orang bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama

0 comments:

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks