Alhamdulillah, pagi tadi aku sempat meluangkan masa seketika bersama beberapa teman ke program Mampat. Program Kempen Kembalikan Royalti: Kembalikan Hak & Maruah Rakyat Terengganu dilancarkan pada hari ini dengan pengedaran risalah, pelekat kenderaan, riben hitam putih dan mengutip tandatangan.
Mengikut Malaysiakini, sehingga jam 4.30 petang tadi, sebanyak 1100 tandatangan berjaya dikutip. Aku tidak tahu jumlah tersebut besar atau kecil. Namun, jika mahu dikumpulkan 100 000 tandatangan, bermakna Mampat perlu kira-kira 90 hari lagi untuk mencapai sasarannya. Satu jangkamasa yang agak panjang dan memerlukan keteguhan yang kental.
Sepanjang aku berada di lokasi, aku lihat respon pengunjung amat baik. Malah, kempen RM 1 untuk Royalti Minyak (RM) juga aku kira berjaya. Setiap yang hadir sentiasa menyatakan sokongan dan mahu bersama Mampat dalam memperjuangkan isu ini.
Apa yang menarik perhatian aku pagi tadi adalah pakaian petugas Mampat dan pakaian petugas TM yang mengadakan Karnival TM adalah seakan sama dengan warna oren menjadi tema. Jarak antara kedua-dua tempat berkenaan hanyalah kira-kira 50 meter sahaja. Petugas TM juga antara yang menjadi individu awal datang memberikan sokongan dan menurunkan tandatangan.
Aku berada di tapak itu sehingga jam 11 sahaja. Sedikit geram kerana camera aku kehabisan bateri. Oppss, bukan kehabisan bateri, tetapi bateri yang 'kong' tidak masuk cas. Huhuhu.
Fasa kedua Mampat dikatakan Konvensyen Royalti yang akan diadakan pada 14 Jun 2008 di TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Kalu tengok pada pembentang dan panel forum, aku rasa macam akan gempak habis. Tapi, pada aku orang Terengganu ni kadang kala sukar diduga.
Satu perkara yang aku tidak berkenan dengan laporan Malaysiakini bilamana menyatakan seolah-olah Mampat adalah penyokong kepada Dato Ahmad Said, MB Terengganu. Pada pemerhatian dan sepanjang aku ikuti program kendalian Mampat, aku langsung tidak merasakan wujudnya unsur sebegitu. Namun, kebetulan menyokong dan membawa isu yang berkepentingan dengan Ahmad Said, itu mungkin boleh dikata.
Sebetulnya aku geram ni dengan camera. Patutnya aku rasa banyak yang dapat aku 'snap' dan boleh dijadikan cerita. Namun, kerana kegeraman dan mood aku tak baik ini maka catatan ini seadanya sahaja.
Wallahua'lam.
Gambar: Malaysiakini.com
Nota: Aku ke Oversea lagi esok, maybe seminggu juga di sana. So, macam biasa blog ini akan sepi seketika. Sorry!!
Ustaz tu jawab tak apa.
Pendapat aku pun tak apa. Kerajaan hak rakyat, bukan hak parti mana-mana. Parti tu hanya diberi kuasa untuk memerintah.
Aku pernah ditegur kerana tidak mahu kerja dengan kerajaan. Alasan aku terdedah kepada banyak benda tak baik dan terdedah kepada sumber rezeki yang tidak baik seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.
Rupa-rupanya Imam Hassan Al-Banna pernah menyebut tentang kerja makan gaji dengan kerajaan ni dulu-dulu. Aku lupa buku apa. Kerja dengan kerajaan memang tidak digalakkan. Namun, adalah lebih baik sekiranya jika kita merasakan dengan memegang sesuatu jawatan / tugas di sana, kita dapat mengawal suasana dari bertambah teruk.
Mungkin jika mereka yang tiada fikrah Islam memegang sesuatu jawatan, maka setiap keputusan / aktiviti yang bakal direncana juga tiada nilai Islam. Maka, boleh la diadakan majlis tarian, karaoke, joget lambak dan sebagainya. Begitu juga dengan dasar muamalat yang akan berlaku seharian.
Namun, dengan kita yang mempunyai kefahaman tentang Islam memegang jawatan itu, maka kita akan berjaya mengawal suasana yang ada tu, maka di situ la letaknya keharusan untuk menerima jawatan tersebut. Mungkin kita menukar akaun bank dari konvensional kepada yang lebih islamik dan sebagainya.
Gitu la lebih kurang yang aku ingat.
Kadang-kadang, kita tengok si A tu baik je. Tapi kenapa la kerja jadi Polis. Kerja yang tersangat-sangat la aku minta jauh keturunan aku dari menceburinya. Namun, mungkin di situ la letaknya kebaikan si A tadi menjadi polis. Maka, dengan dia jadi Polis dan tidak mengamalkan rasuah, ugut dan halalkan maksiat, maka ada la polis yang baik dalam banyak-banyak polis yang tidak baik itu.
Namun, jika yang bersama Umno atau bekerja untuk Umno secara langsung, aku berpendapat ianya berbeza dengan hukum kerja dengan kerajaan. Aku lebih cenderung mengatakan ini lebih teruk dari kerja dengan kerajaan walaupun mungkin ada yang berniat mahu mengubah dari dalam.
Wallahua'lam.