Pertengahan tahun lalu aku pernah ditegur oleh saudara roslan (My-localAgenda) bertanyakan dan mencadangkan dibuat suatu pertemuan antara blogger-blogger Terengganu. Ketika itu aku mengangguk kepala bersetuju dan memang merasakan ianya suatu cadangan yang baik. Aku menyibukkan diri aku dan akhirnya cadangan itu senyap.
Akhir tahun lalu, aku diingatkan sekali lagi, dan terakhir adalah beberapa hari lalu. Beliau rupa-rupanya telah mengambil langkah awal dengan membuat butang 'Blogawan Terengganu' dan sudahpun mula ditampal di blog beliau. Tahniah.
Sebenarnya usaha menyatukan blogger-blogger Terengganu sudah lama muncul dan diutarakan ramai pihak kepada aku sebelum ini. Antaranya nasikerabupetro. Namun, atas sebab-sebab yang menghalang, kekangan yang ada dan seribu satu alasan, maka terus tertangguh.
Aku letakkan dulu butang ini di sini untuk paparan. InsyaAllah gerakerja ke arah menyatu dan memperkasa Blogawan Terengganu akan diteruskan.
Kenapa Blogawan Terengganu dan bukan Terengganu Bloggers United? PPSMI jawab saudara Roslan. Agaknya itulah maksud PPSMI yang dijawab saudara Roslan tadi.
Mahu bersama-sama BLOG-GU ? (ni yang aku nak cadang singkatan Blogawan Terengganu). Nantikan pengumuman rasmi dalam masa terdekat. Tidak minggu depan, bulan depan. Hehehehe.
Kiranya dah umum sini sebagai suatu tekanan la pada aku. Nanti mesti ramai yang tanya itu ini. Maka ketika itu aku tidak mampu mengelak, dan akan sungguh-sungguh realisasikannya bersama kalian. InsyaAllah.
Dunia sehari dua ini begitu bercerita perihal Bush dilempar dengan sepasang kasut. Walaupun percubaan dua kali berkenaan tidak mengenai Bush, namun ianya dilihat sebagai sesuatu yang begitu memalukan Presiden Amerika itu.
Lebih menarik bilamana Muntadar al-Zeidi, seorang wartawan dari saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir dipuji dan disokong oleh pelbagai pihak atas tindakan beraninya itu.
Terbaru satu games online 'bush dilempar kasut' dikesan telah mula diperkatakan di internet sejak kejadian itu berlaku. Video rakaman insiden dalam youtube juga setakat dimaklumkan sudah mencecah 8 juta pelawat. Mungkin mahu melihat aksi berani Muntadar atau mahu melihat keupayaan Bush mengelak serangan.
Jom uji keupayaan anda dengan turut melemparkan kasut kepada Bush. ---> Game Flash.
Pertamanya maaf kerana sedikit terlewat membuat posting berkaitan ini. Sedikit masalah yang dihadapi ini mahu rasanya aku letakkan dan salahkan kepada Celcom. Hehehehe.
Inilah pertama kali sebenarnya aku diberikan penghargaan seumpama ini sepanjang berada di dunia blog. Langsung tidak aku sangka blog yang hijau ini ada peminat tersendiri. Walaupun diiktiraf sebagai mendapat tempat ke-4, namun pada aku walaupun berada di kedudukan yang ke 100 pun aku amat menghargainya. Apapun, aku lebih suka kepada komen yang diberi oleh tuan punya penganjur iaitu Cik Ein kepada aku.
Komen : Bijak dalam memilih kombinasi warnanya yang boleh menyejukkan mata aku nie. Grafik yang menarik. Cuma Contentnya saja agak kurang menyerlah, mungkin bleh gunakan bold, underline, atau warna yg berbeza untuk menekankan lagi sesuatu isi.
Pasal pemilihan warna, memang ini adalah warna yang aku minat. Pada aku memang menyejukkan pun. Supaya kalu ada posting aku yang panas-panas sekalipun, si pembaca akan cepat terasa sejuk. Maklumlah kadang-kadang isu yang aku bawa sedikit panas.
Grafik yang menarik?. Ermm. Bab ni aku rasa nak kongsi je hadiah dengan si Aiman. Dia ni memang antara designer aku selain Cik Baity dan Joe. Ada lagi beberapa teman yang akan menjadi mangsa aku apabila aku memerlukan sesuatu design. Sekadar menyebut yang biasa menjadi mangsa. ;)
Cuma Contentnya saja agak kurang menyerlah, mungkin bleh gunakan bold, underline, atau warna yg berbeza untuk menekankan lagi sesuatu isi. - Aku sebenarnya cukup suka dengan komen sebegini. Pada aku jujur. InsyaAllah ada masa aku akan perbaiki dari semasa ke semasa.
Sebenarnya blog ini belum siap sepenuhnya. Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana link-link yang ada pada blog ini sebelum ini, tetapi hilang setelah masuk ke rumah baru ini. Kekurangan idea untuk menyusun link dan mengatur kedudukan kotak-kotak blog.
Aku masih berdepan dengan masalah line tenet yang tak stabil sebenarnya ni. Sekian. Wassalam.
p/s: Aritu aku pernah janji nak kumpul blogger dari Terengganu, tp sehingga hari ini aku masih tak berjaya luangkan masa. Mungkin ada kawan-kawan yang boleh ingatkan dan bantu aku dalam hal ni.
Ini adalah pautan ke website GERAMM!. Apa benda GERAMM ni? Bunyi macam pongoh je. Kalu nak tahu pasal GERAMM ni, leh je KLIK icon di bawah. EE, GERAMMnya rasa.
Sudah beberapa tahun aku meninggalkan dunia kampus. Selalu juga terdetik dalam diri untuk terus menyambung pengajian bilamana melihat kawan-kawan ada yang masih study. Sewaktu bekerja di Selangor sekitar tahun 2003, aku pernah memohon untuk memasuki semula kampus.
Alhamdulillah permohonan berjaya. Aku dan seorang teman sebilik sebenarnya mohon dari U yang sama dan kami sama-sama dapat. Namun, memandangkan ketika itu angin PRU 11 agak hampir, maka kami memutuskan menangguh seketika niat menyambung pengajian.
Niat yang sudah lama padan tetiba terbakar untuk masuk semula ke kampus. Hehehehe.
UiTM sedia tawar kursus penulisan blog
SHAH ALAM 12 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.
''Penulisan blog adalah terbuka dan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja berbanding pengamal media tradisional yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan latihan.
"Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM di sini hari ini.
Beliau ditanya sama ada UiTM ada cadangan untuk menawarkan pengajian tertentu kepada blogger berikutan penulis blog ketika ini bebas menulis apa saja tanpa perlu mengikuti pengajian bersifat akademik.
Terdahulu dalam ucapannya, Ibrahim berkata, fungsi media massa kini telah berubah apabila media baru kini menjadi fokus golongan muda disebabkan sikap anti kerajaan mereka.
''Setiap kali media tradisional membuat kesilapan, media baru menjadi pilihan alternatif mereka. Setiap kali media tradisional cuba membentuk pendapat masyarakat, mereka kehilangan pembaca yang mempunyai pilihan media baru," ujarnya.
Beliau juga berpendapat kebebasan media pada masa akan datang juga tidak boleh dipandang ringan oleh pengamal media dan ahli politik, ekoran perkembangan semasa.
Katanya, etika dalam media perlu agar media perdana dan media alternatif mendapat perspektif yang seimbang.
Baginya, jika media perdana didakwa cenderung menipu dan tidak adil apabila bertindak atas pengaruh parti pemerintah, media alternatif juga berpotensi untuk berbuat demikian.
''Sesiapa sahaja (media alternatif) boleh menulis. Mereka tidak perlu mempunyai kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika pemberitaan dan jarang sekali didakwa di mahkamah. Kebebasan ini menakutkan,'' katanya.
Seperti yang aku duga, akan ada makhluk dari Ganulening masuk ke sini bilamana aku menulis pasal akaun mereka yang tidak berbayar. Aku sebelum ini tidak tahu samada makhluk-makhluk penakut di sana pernah mengintai di sini atau tidak. Dengan satu komen yang ditinggalkan itu aku kira dalam takut-takut mereka itu, ada juga beraninya. Cuma berani baling batu dan sembunyi tangan.
Bila disebut tangan, teringat aku pasal tangan 'istimewa' seorang pemuda yang ditahan di Batu Burok kerana disalahkan dengan membaling batu kepada polis. Hampir semua hadirin ceramah gelak tertawakan bagaimana polis boleh menahan seorang yang begitu. Begitulah sempitnya polis yang dipergunakan UMNO.
Lihat dalam Ganulening juga aku rasa kelakar bilamana ditunjukkan calon PAS Parlimen Besut dikatakan seorang ahli UMNO. Pada aku, rekod yang ada dalam database UMNO itu entah tahun bila. Teruknya UMNO sebab tidak update rekod-rekod keluar masuk ahli mereka. Apapun aku percaya ramai lagi di luar sana yang tidak pernah mengisi borang UMNO tetapi nama mereka juga tersenarai sebagai ahli UMNO. Apa nak buat, nak suruh nampak ahli ramai. Sebab itu cikgu Zakaria yang sudah ada namanya dalam keahlian UMNO pun disuruh masuk UMNO lagi. Kesian pakcik tu yang tidak sihat dipergunakan UMNO.
Ini aku terima suatu pendapat berupa cadangan dari kawan-kawan di Friendster. Khusus sempena PRU 12 ni. Maklumat tu dah aku ubah skit mengikut pandangan dan kefahaman aku.
Alang-alang PRU dan mula menampakkan diri tak lama lagi, maka cadangan untuk MENGHIJAUKAN Friendster tu diterima pakai. Tapi aku kira bukan setakat Frinedster aje, aku dah mula buat pada avatar YM aku juga. Terbayang alangkah HIJAUNYA YM jika sekiranya semua list dalam YM aku tu HIJAU. (YM = Yahoo! Messengger)
Cadangan itu aku dah sahut, dan sebab itu lontarkan pula pada kalian. Tak suka HIJAU? Aku tidak kisah. Ini bukan suatu paksaan.
TAKUT dengan HIJAU? Juga aku tidak kisah kerana setiap orang punya ketakutan masing-masing. Ada takut hantu, takut katak, takut ular, mahupun takut mati.
Pendekkan CERITA, untuk jayakan KEMPEN HIJAU ni, maka dicadangkan begini...
"JUST PUT ‘PAS FLAG’ AS UR PRIMARY PHOTO… IMPAKNYA, IF OUR FRENS CLICK ‘VIEW FRENS',THEY WILL SEE MANY PAS LOGO on the screen-frens list.. " - ayat yang aku terima untuk kempen nih.
Biaq mata diorang nampak ijau ja. Kalu ikut Doktor Mata yang merawat mata aku dulu, antara cara nak pulihkan mata adalah dengan MELIHAT HIJAU. Aku kira BENDERA HIJAU ni termasuk gak la kot. :)
Maybe ada yang kerja gomen, or mana-mana tempat yang SEDIKIT segan nak letak BENDERA ni kat frenster, atau MALU nak letak, maka aku tiada la mahu memujuk lagi.
CUMA sekadar kongsi RASA dan USAHA. Jika BENDERA BETUL pun takut nak pacak, nak letak LOGO ni pun takut, maka kekal la anda dalam KETAKUTAN.
Ini semua tidak MEMBERI KESAN keputusan PRU nanti? Kalu begitu, kita minta selepas ini PRU dijalankan TANPA BENDERA aja. Biar jalanraya tenang tanpa apa-apa bendera. Ok gak, tak perlu la deposit untuk poster dan bendera.
Ini soal SYIAR dalam perjuangan. JIKA SYIAR ini tidak diangkat, maka sudah tentu kita tidak terasa KEBERSAMAAN dengan PERJUANGAN itu. Syiar dan undi satu hal yang berbeza. Undi anda tetap RAHSIA. Mesti korang tak leh teka apa yang aku pangkah nanti kan?
Blog amdang81 lambat update? Aku tidak tahu jika ramai yang tertanya-tanya. Apa yang aku nampak hanyalah mereka yang bertanya di shoutbox. Selain itu ada lagi yang dikenali di alam realiti yang turut mengikuti perkembangan dunia siber ini. Dua hari tak update lama ke? Kawan-kawan ada yang mengusik kelewatan update dan kurangnya menulis dikaitkan dengan aku berfikir pasal perkahwinan. Paling nakal bilamana tulisan aku dilihat sebagai kurang 'bernas' pun disebabkan berfikir soal perkahwinan.
Tipu la jika aku katakan langsung tidak berfikir ke arah itu. Maklum sahaja tarikh yang ditetapkan itu tidak sampai sebulan sahaja lagi. Namun itu bukan sebab utama untuk aku melupakan blog ini. Kesibukan urusan lain turut menghalang penulisan. Ada artikel ditulis separuh, terus ditinggalkan tanpa kesudahan. Paling malang bilamana terlalu banyak info yang diterima, tetapi mood untuk menulis tiada. Betul ke ada kaitan nak kawin ni??
Sabtu lalu berkesempatan berjumpa kawan-kawan maya TKO. Walaupun jumlah yang sempat bertemu tidak sampai sebelah jari tangan, namun sedikit sebanyak isu-isu tempatan dapat dikongsi. Pertemuan tidak dirancang. Cuma kebetulan seorang kawan datang dari KL kerana sedikit urusan, maka kami sepakat untuk bertemu. Kami berkumpul mengadap Sungai Terengganu. Kapal layar yang melintas di hadapan, kurang menarik minat kami. Namun sebagai koleksi peribadi, sahabat yang datang dari KL tadi turut mengambil beberapa foto membelakangi kapal layar itu.
Perjumpaan petang Sabtu itu sudah tentu dihiasi dengan baju kuning. Walaupun hanya dua orang yang memakai T-shirt BERSIH, namun mesej itu cuba disampaikan ke dalam masyarakat. Seorang sahabat turut menyentuh soal blog aku. Dia turut menyatakan kebimbangan sekiranya aku tidak lagi menulis. Katanya, "amdang perlu terus menulis. Terlalu banyak isu di Terengganu ini yang perlu diolah dan dikupas".
Aku seperti biasa, tidak suka memberi respon segera. Suka senyap, sambil senyum seadanya. Memang tidak perlu respon pun sebenarnya. Cuma aku terfikir tentang masalah lain yang turut dihadapi dalam menulis ini. Masalah masa, dan tuntutan beban tugas yang lainnya.
Teringat suatu masa dahulu, (macam lama sangat je nih..) sewaktu aku mula membuka blog ini, posting dan tulisan aku memang cukup rapat dengan diri. Apa yang aku makan, apa yang aku pakai, apa yang aku buat, apa yang aku lihat, mana yang aku pergi... Semuanya aku coretkan sebagai suatu pengalaman dan catatan hidup. Dulu barangkali hanya 10 orang seminggu menjenguk blog ini. Ketika itu posting juga tidak kerap. Cukup seminggu sekali, atau mengikut masa dan suasana. Ketika itu, tanggungjawab menulis tiada. Cukup sekadar jujur dengan apa yang ditulis kerana cerita berkisar kepada diri. Jujur pada diri.
Suasana sekarang agak berubah. Walaupun masih berbentuk catatan peribadi, namun isu yang dibawa lebih berat, lebih semasa dan menepati siasi (kononnya!!). Berat, penat, dan kadangkala turut terasa tekanan bilamana terpaksa mendedah sesuatu yang agak 'serius' dengan kadar keberanian yang agak tinggi.
Sengaja aku sebut perkara di atas, sebagai ingatan kepada aku bahawa TIADA REHAT DALAM PERJUANGAN. Semoga aku tidak menjadikan alasan-alasan lain yang remeh-temeh untuk tidak terus menulis dan mencoret sesuatu yang mungkin berguna untuk dikongsi dan diteladani atau dijauhi.
InsyaAllah, rehat hanya ketika perlu. REHAT yang panjang adalah bilamana MATI kata seorang ustaz. Itupun jika REHAT kita tidak diganggu oleh lipan, kala dan ular-ular berbisa. Wallahua'lam. ------------------------------------------------------------ Nota: Beberapa IKLAN baru diletakkan di tepi kolum utama sebagai satu cara bagaimana anda 'menyumbang' kepada bil letrik dan internet yang digunakan untuk meneruskan penulisan ini. Klik sahaja sebagai sokongan setiap kali mahu keluar dari sini. Itu sudah memadai dari anda menyediakan Kopi Radix untuk aku ketika mana aku mengantuk untuk terus menulis. Hehehe. Apapun, semua itu hanyalah percubaan yang diajar oleh bro bakaq @ PENARIK BECA.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!!! Itu ungkapan yang aku mampu ungkap pada semua yang menjayakan Himpunan Rakyat Menuntut Pilihanraya BERSIH sebaik sahaja selesai demonstrasi. Sungguh Aman dan BERSIH!.
Aku mula memasuki Kuala Lumpur seawal jam 8.30 malam, 9 haribulan. Terus ke Bangi mencari penginapan selepas melepasi Plaza Tol Gombak. Sepanjang perjalanan ke KL, beberapa sekatan jalan raya terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah semuanya lepas tanpa banyak soal.
Sekatan paling ketat dan paling 'bersungguh' hanya diadakan di Hentian Sebelah Lancang. Lebuhraya ditutup, dan semua kenderaan mesti melalui sekatan yang diadakan di hentian itu. Kenderaan yang disyaki datang untuk ke Himpunan BERSIH diperiksa. Mungkin kerana lagak kami selamba, maka kereta yang kami naiki tidak ditahan. Ketika aku melalui sekatan itu, sebuah Van bernombor pendaftaran TJ XXXX sedang diarah ke tepi untuk diperiksa.
Aku segera menelefon kawan-kawan yang belum datang mengkhabarkan situasi yang ada. Meminta mereka bersedia dan mengambil langkah yang patut. Bimbang juga jika ramai yang akan terkandas dan terhalang. Paling membimbangkan adalah peserta yang datang dengan bas. Sudahlah susah mahu 'menyamar', jumlah yang ramai memungkinkan memberi kesan kepada jumlah peserta himpunan.
Aku tidur awal malam itu. Mencari stamina untuk hari esok kononnya. Walaupun tidur di lantai pejabat seorang kenalan, namun lena aku sampai ke pagi. Sesudah subuh, aku sempat melihat perkembangan semasa menerusi internet di pejabat kenalan itu. Semakin hangat dan bertambah meriah!
Jam 7 lebih aku terdengar bunyi telefon. Tertera perkataan "bonda". Aku membiarkan telefon itu berdering sehingga senyap. Aku tidak mahu semangat aku kendur dengan kebimbangan mak. Sedikit rasa bersalah. Tapi aku anggap tindakan aku tetap betul. Maaf mak!
Sarapan, dan terus bergerak ke KL. Tidak terus ke Masjid India, tetapi menuju Plaza Low Yat. Memang terpaksa menyelesaikan beberapa urusan peribadi di sana. Rupanya bukan mudah untuk masuk ke KL. Beberapa sekatan jalan raya masih diteruskan. Kebetulan beberapa orang dalam kereta yang aku naiki memakai baju kuning, menyebabkan polis memerhati dengan curiga. Mujur juga susunan dalam kereta agak baik. Jadi warna kuning tidak menyerlah bilamana dua orang kanak-kanak turut memakai baju kuning, tetapi berada di seat paling belakang. Selebihnya kawan yang memandu. Aku dan dua lagi kawan memakai pakaian warna yang agak gelap.
Lama juga membeli belah di Low Yat sehingga jam 1.30. Solat Zohor dan Asar dan mula menaiki LRT dari Stesyen Hang Tuah. Agak terkejut kerana dikhabarkan penumpang tidak boleh turun di Stesyen Masjid Jamek. Aku sudah agak, namun buat-buat bertanya. Ada masalah jawab penjaga kaunter. Aku senyum sinis.
Dalam tren LRT, aku terserempak dengan Saudara Yassir Said (Ajk Pemuda PAS Kedah, bekas juara Cup Prix Asia) dan saudara dua pupuku. Rupanya mereka sudah kenal lama. Saudara Yassir aku kenal ketika berada di Gombak. Motor aku pernah digunakan untuk mengadakan 'Demonstrasi Pemanduan Berhemah' yang pernah dianjurkan beberapa kali oleh Pemuda Gombak.
Tiba di Stesyen Masjid Jamek, tren mula perlahan dan akhirnya berhenti! Pintu tren terbuka. Di luar tren aku lihat ramai polis menjaga dan tidak membenarkan kami keluar dari tren. Ketika itu asap gas sudah berkepul naik dan turut menerjah masuk ke dalam tren. Mata terasa sedikit pedih. Pintu tren terbuka cukup lama. Beberapa penumpang mula bising dan tertanya-tanya. Aku sempat buat-buat bertanya kepada polis di depan pintu, jawapan yang diberikan semacam berat sahaja. "Ada perhimpunan" katanya.
Akhirnya pintu tren tertutup. Aku segera menyeluk saku beg yang aku sandang. Beberapa keping pamplet BERSIH dan tuntutannya aku segera edar di dalam tren. Aku menjelaskan apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada mereka. Kemudian masing-masing mula bangun dan mengintai ke tingkap tren. 'Gelombang kuning' di bawah sana dapat disaksikan dengan jelas dari tingkap tren yang mula bergerak menuju stesyen Bandaraya.
Tiba di Stesyen Bandaraya, aku turun dan mula menyertai perarakan manusia. Ketika itu sekumpulan peserta kuning sedang berarak menuju Dataran Merdeka. Ketika itu juga Trak Water Canon meluru dan menyembur ke arah orang ramai. Basah! Pedih! Mana garam? Seorang peserta menghulurkan sebungkus garam kepada aku. Segera aku ceduk sedikit isinya dan masukkan ke mulut. Alhamdulillah hilang pedih mata.
Berjumpa dengan seorang lagi 'tauke garam', aku minta sedikit lagi garam. Garam kasar. Memang sesuai. Aku ambik dan gengam garam itu dengan tangan kiri. Ketika itu peserta terus mara dan mundur ke arah dataran. Sesekali semburan dilakukan, maka ketika itu mereka berundur seketika. Pedih memang pedih. Tetapi itu bukan alasan untuk terus melarikan diri.
Akhirnya peserta perhimpunan mula berpatah arah. Mereka berundur dan melencong terus menuju Istana Negara melalui jalan yang lain. Aku menerima maklumat supaya terus berkumpul di hadapan SOGO. Namun ketika itu sudah tidak ramai yang masih tinggal di situ. Aku anggarkan sekitar 300 orang sahaja. Menyedari agak ketinggalan, aku mula mengedarkan pamplet BERSIH kepada orang ramai yang masih tertanya-tanya. Agak berhati-hati memilih siapa yang perlu diberikan flyer berkenaan. Ini kerana pada pengamatan aku terlalu ramai polis yang berpakaian preman di sekitar SOGO. Aku tidak mahu mencari masalah kerana ketika itu aku bergerak sendirian.
Seorang lelaki yang berpakaian agak kemas menegur bila aku menyerahkan pamplet BERSIH kepadanya. "Universiti mana?". "Eh, saya bukan pelajar U" Jawan aku. Dia semacam tidak puas hati barangkali kerana kebanyakan peserta himpunan adalah mereka yang muda tak mengira lelaki dan perempuan. "Eleh, macam tak tahu..." sambung lelaki tadi.
Aku membiarkan lelaki tadi dengan teka-tekinya. Aku meneruskan penyebaran pamplet berkenaan sehingga tinggal sedikit. Beberapa pamplet juga aku tampal di dinding papan kenyataan dan pondok bas dengan menggunakan air hujan. InsyaAllah tahan la kot. Sebenarnya pamplet ini aku diamanah untuk menghabiskan penyebarannya di Terengganu. Tetapi memandangkan aku tidak sempat bersama-sama kumpulan yang menguruskan penyebaran itu, maka mereka meninggalkan sedikir pamplet berkenaan kepada aku. Sebab itu aku membuat keputusan untuk membawa pamplet itu bersama ke KL.
Aku sengaja tinggalkan beberapa keping pamplet berkenaan bersama aku. Ada misi lain yang mahu aku laksanakan. Aku senyum sendirian memikirkan apa yang mahu aku lakukan itu. Satu amalan yang biasa aku lakukan bila datang ke KL.
Ketika mana kumpulan yang masih di SOGO sudah mula mengecil, tiba-tiba ada beberapa pemuda memimpin untuk bergerak terus ke Dataran Merdeka melalui jalan pinggir sungai. Ini berikutan di seberang sana terdapat deretan peserta himpunan yang aku jangka berundur pada mulanya telah meneruskan perjalanan ke Istana Negara tanpa melalui Dataran Merdeka.
Ketika itulah beberapa lagi peserta himpunan ditangkap di hujung jalan tersebut yang dikawal ketat. Sekali lagi peserta berundur menyelamatkan diri. Pada mulanya aku terfikir, kenapa tidak berlaku pengarahan yang jelas kepada peserta bilamana keadaan kucar kacir, namun dari satu sudut, aku melihat seolah-olah dirancang supaya sebahagian kecil terus kekal di sekitar SOGO dan sebahagian yang besar berjalan menuju ke Istana. Seolah-olah bagi mengalihkan perhatian polis dan FRU yang berkawal di hadapan Dataran Merdeka. Sungguh bagai dirancang!
Sebenarnya aku berada di SOGO itu bersama seorang kenalan. Seorang Pakcik yang umurnya sudah pencen, tetapi muda jiwanya. Cuma apabila aku mengajak dia mula-mula mengikuti rombongan yang lain yang menyeberangi jalan, dia meminta rehat seketika kerana penat agaknya. Ketika itulah aku mula terpisah dari kelompok yang ramai.
Sekitar jam 5, aku menerima SMS supaya terus kekal di SOGO. Aku mengambil peluang itu untuk minum seketika. Jam 5.30 petang, kami sudah mula bergerak meninggalkan tapak perhimpunan yang manis. Misi tamat kata kawanku yang memandu. Perhimpunan berjaya!. Kami terus bergerak ke Gombak untuk keluar dari KL. Makan seketika di kedai Nasi Kukus Ayam Dara di Greenwood, dan mula bergerak untuk pulang.
Oleh kerana permulaan perjalanan itu kereta dipandu oleh seorang sahabat, maka apabila tiba di kaunter tol, aku segera menyerahkan pamplet BERSIH kepada beliau untuk diberikan kepada penjaga tol berkenaan. Sengaja mahu mengusik dan menyampaikan maklumat kepada manusia-manusia di bilik kecil kerkenaan. :)
Alhamdulillah semuanya selesai. Dalam perjalanan pulang, aku menelefon mak. Mengkhabarkan sedikit perjalanan program bagi menghilangkan resah mak. "Alhamdulillah" Sahut mak gembira. Aku senyum di hujung corong telefon mendengar kata-kata itu dari mulut mak. Namun jauh di sudut hati aku sedikit kecewa kerana tidak sampai ke Istana Negara. Mungkin lain kali sahaja aku menjalankan misi solo untuk meyerahkan memo yang lain. Hehehe.
Tahniah buat semua!! Tahniah! pada kalian semua yang menjayakan Gelombang Kuning!!
Nota: Aku tiba di Kuala Terengganu jam 1.30 pagi. Sebenarnya aku berhasrat mahu mencoret sesuatu seawal waktu itu, tetapi kerana kepenatan dan keletihan yang amat sangat, maka aku simpan dulu cerita itu sehingga tengahari ini.
Awal-awal pagi lagi, aku sudah dapat satu call dari kampung. Mak yang telefon. Mak duk tanya pergi ke tak ke KL nung. Aku jawab pergi jer. Mak bagitau kat TV dah ada larangan jangan pergi. TV kata perhimpunan itu HARAM. Pesan mak lagi, jangan nanti malukan keluarga (jika ditangkap dan sebagainya). Tidak lupa mak mengingatkan yang tarikh kenduri sudah hampir. Kata mak, jangan kenduri nanti biarkan si dia keseorangan.
Aku senyap jer mula-mula. Aku faham hati mak. Mak memang lembut jiwanya. Sebab itu aku amat jaga hati mak. Sebelum letak telefon, aku sempat ucapkan kalimah, InsyaAllah takkan ada apa-apa...
"Dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." Al-Anfal: 28
Sedikit terkesan di hati bila mak telefon. Aku ingat, inilah yang dikatakan ujian dalam keluarga. Sebagai seorang anak lelaki, keterikatan dengan mak amat dirasai. Apa-apa tindakan memang akan dirujuk kepada mak terlebih dahulu.
Jauh terdetik dalam hati aku selepas metakkan gagang. Namun aku kuatkan hati. Mak tak larang pun! Yang larang hanyalah TV. Aku tidak wajib mentaati TV yang saban hari berkata nista dan dosa.
Mak bukan tak tahu, apa yang aku buat ini bukan akan memalukan keluarga. Aku nak banggakan mak yang melahirkan aku. Biarlah dalam ramai-ramai anak mak yang lahir itu, ada juga yang kental hatinya. Walau jauh disudut hati aku sudah mula dilanda serba salah. Aku pergi sebagai pejuang. Namun bukan mahu menentang dan berperang. Pergi dengan aman. Berjuang dengan cara Muwajahah Silmiyyah. Memang mak tidak faham. Sebab itu mak bimbang, tetapi tidak larang.
Aku akan banggakan mak sebagai seorang yang jika ditangkap sekalipun kerana perjuangan. Bukan ditangkap kerana DOSA dan MAKSIAT. Aku bukan pencuri, bukan juga penagih, jauh sekali pemberontak bersenjata. Pergi dengan aman. Tangan kosong!. Itu serlahkan niat aku bukan untuk berkasar. Apatah lagi menimbulkan huru hara yang sia-sia.
Mak bimbang jika kenduri kahwin aku awal bulan depan tanpa aku. Biarlah kenduri itu tanpa aku. Biar kawan-kawan mak tahu betapa JAHATNYA manusia yang menangkap aku. Biar kawan-kawan mak tahu betapa mereka hidup di dunia yang tidak demokrasi walau mereka tidak tahu apa itu demokrasi. Biar mereka sedar yang orang tidak bersalah pun turut disalahkan di negara ini. Biar mereka tahu!
Sudah lama mak pesan supaya aku memilih jalan yang lain. Bukan mak tidak suka kepada warna ini, tetapi kata mak, biarlah orang lain yang ke depan. Cukuplah jika aku ikut dan tengok dari belakang. Sudah lama mak lontarkan hasrat ini. Apatah lagi kerja mak melibatkan tender. Agaknya mak takut tender mak ditarik balik. Paling kurang mak takut tak dapat projek lagi dilain masa.
Sudah lama mahu aku suarakan pada mak pasal perjuangan ini. Memang ini perjuangan yang susah dan payah. Itukan sunnah perjuangan. Mana ada perjuangan tanpa susah dan payah. Mak bukan tidak faham, cuma mak mahu aku di belakang. Aku tidak nampak mak takut, cuma kadang kala bimbang mak agak tinggi.
Perjuangan memang sunnahnya terpaksa berkorban. Jika perlu sampai kepada terkorban. Aku tidak mendoakan ditangkap. Tapi itu adalah kebimbangan mak terhadap aku. Walaupun kemungkinan akan ditangkap dan dilayan seumpama orang bersalah itu ada. Namun aku masih berharap tidak ditangkap. Aku tidak takut ditangkap. Cuma kesian pada mak. Namun kesian aku tidak akan menyebabkan aku lepaskan perjuangan ini. Aku mahu banggakan mak!
Aku bukan anak yang degil. Aku tidak membantah cakap dan nasihat mak. Namun aku juga punya pendirian sendiri. Itu tidak bermakna aku kurang ajar, tetapi itu kerana kefahaman aku kepada perjuangan ini. Aku tidak membelakangkan mak. Nasihat mak aku dengar, larangan mak aku patuh. Cuma apabila bertembung dua pendapat atau pandangan, maka aku memilih mana yang lebih perlu dan utama. Mak tak salah, cuma aku memilih mana yang patut.
Mahu sahaja aku beritahu kepada mak, bahawa ini perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Bukan untuk kepentingan poket aku, tetapi untuk kelangsungan generasi yang akan datang. Aku tiada satu keuntungan peribadi pun dengan menyertai perjuangan ini. Bukan aku yang berucap, bukan aku yang mendapat nama, bukan aku yang disanjung dan dijulang. Bukan aku!!
Namun, jauh disebalik perjuangan ini, aku rasa satu kepuasan dalam usaha aku membina satu masyarakat yang lebih baik, amalan agama yang lebih sempurna, dan melahirkan sebuah negara yang lebih 'demokrasi' dan bermaruah. Kecil sangat sumbangan aku ini untuk negara. Kerdil sangat!.
Anak mak ini tidak akan memalukan mak. Doakan anak mak ini selamat dalam perjalanan pergi dan balik. InsyaAllah semuanya selamat!!
Kuala Lumpur!! Aku datang!!!
NOTA: Catatan ini aku coretkan ketika sedang bersiap-siap ke Kuala Lumpur. InsyaAllah aku akan mulakan perjalanan selepas Solat Jumaat hari ini, 9 November 2007. Tekad aku hanya satu supaya besok merupakan satu sejarah baru dalam kalendar sejarah Malaysia!
BERSIH tidak kotor. Sekalipun BERSIH meminta jari tangan ditanda dakwat hitam. Hitam itu bukan bermakna kotor. Tapi memberi makna ketelusan. Ketelusan itulah tandanya bersih. Bersih bilamana tiada penipuan, tiada penyelewengan dan tiada lagi yang mengundi dua kali. BERSIH tidak kotor!
BERSIH tidak kotor. Sekalipun meminta menghapuskan undi pos. Menghapuskan bukan bermakna membunuh atau berlaku jahat, tetapi menghapuskan sistem yang kotor dan jahat. Sistem yang berat sebelah. Bukan sedikit yang berat sebelahnya, tetapi semuanya. Memang berat sebelah. Makanya, BERSIH menghapuskan undi pos bagi membersihkan undi yang berat sebelah. BERSIH tidak kotor!
BERSIH tidak kotor. Sebab itu BERSIH minta dibersihkan daftar pemilih. Buang sahaja nama-nama mereka yang sudah membusuk menjadi mayat. Buang juga nama-nama pendatang asing yang diberikan kad pengenalan palsu. Bersihkan juga pengundi hantu yang munculnya entah dari mana. Pembersihan inilah yang BERSIH mahukan. Sebab itu BERSIH itu tidak kotor.
BERSIH tidak kotor. Meminta akses kepada media yang sama rata dan adil bukan bermakna BERSIH pengotor. Media patut tidak dikotorkan peranan mereka dalam menjelaskan isu sebenar kepada masyarakat. Kotornya media bilamana mengikut jari telunjuk yang kotor. Kotornya media apabila menjadi pihak yang berat sebelah. Di sinilah bersihnya tuntutan BERSIH.
BERSIH mahu berhimpun dengan keadaan AMAN dan bersih. Melihat kepada empat tuntutan BERSIH itu, tiada niat BERSIH untuk mengotorkan negara dengan kekacauan. Berhimpun secara AMAN dan tenteram.
Pergerakan jika dikawal dan mendapat kebenaran akan menjadi lebih TENANG dan menyenangkan. Arahan akan dipatuhi, kerjasama akan membuahkan toleransi. Bukan mahu kecoh-kecoh, apatah lagi mahu gaduh. Usah mulakan provokasi, kerana dalam ramai-ramai itu terselit juga yang berani. BERSIH akan membuktikan yang BERSIH adalah bersih. BERSIH tidak kotor.
Ayuh! Mari bersama BERSIH. Berhimpun bagi membersihkan Pilihanraya supaya bersih dan adil. Menuntut keadilan dan hak bagi setiap warganegara. Tidak guna jika terus berpilihanraya, tetapi keputusan sudah di tangan mereka. Ini bukan membangkang namanya. Tetapi berjuang menuntut hak yang sepatutnya ada. Memang hak kita. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk kita, generasi kita dan akan datang. Masih untuk negara. Yakinlah kita tetap patriotik. Dan yakinlah BERSIH tidak kotor!
Jadi, kenapa perlu takut untuk bersama BERSIH?
NOTA: Catatan ini dicatat 4 hari dan 18 jam sebelum tibanya detik 3 petang 10 Nov.
Adalah menjadi tanggungjawab setaip insan (yakni pengunjung laman ini) untuk memberikan kesadaran kepada masyarakat bahawa pemerintahan negara kita telah mengalami zaman yang cukup dasyat. Pelbagai masalah masyarakat telah melanda, baik rakyat marhein mahupun pemimpin atasan semuanya telah mula dirasuk budaya kurang sihat.
Anda wajib memainkan peranan untuk kesedaran ini. Muat turun (download), Cetak dan tampal di tempat-tempat awam.
1. Jawapan Mereka (Sila klik di sini) dalam format PDF
2. Budaya Punk (Sila klik di sini) dalam format PDF
3. Vacuum Kebebasan, Keamanan & Kesejahteraan (Sila klik di sini) dalam format PDF
4. Inilah yang mereka mahu (sila klik di sini ) dalam format PDF
5. Ini Budaya Mereka (Sila klik di sini) dalam format PDF
Kat bawah ni aku copy satu perbualan aku dengan Mr X yang menegurku dalam YM malam td. Aku kira kongsi di sini sebab ianya menarik!
ni link akhbar arini pasal web / blogger... klik! Encik X: assalamualaikum amdang81 : alaikumussalam Encik X: saudara ada di mana? amdang81: ada di terengganu Encik X: saya ada beberapa soalan..boleh tanya? amdang81: insyaAllah kalu sy leh jawab amdang81: dan mampu sy jawab Encik X: saya sedikit curious .. adakah saudara bertanggungjawab menghantar artikelberkenaan dengan Sutratani di dalam blog? amdang81: sutratani? amdang81: x pernah pula sy dengar Encik X: fertigasi? amdang81: ohh.. pasal tu Encik X: sory la kalau saudara tidak terlibat..cuma orang IT department di pejabat saya detect email saudara berkaitan amdang81: blog mana maksud saudara ni? Encik X: apakabar terengganu kalau tidak silap saya la amdang81: tu bukan blog sy amdang81: Encik X ni siapa? amdang81: tanya mcm polis amdang81 : :D Encik X: takde Encik X: orang IT ofis saya beri maklumat email amdang81@yahoo.com ada kaitan dengan penghantar blog tersebut amdang81: ooo amdang81: apa lagi yg dia tahu pasal amdang81? Encik X: itu di luar pengetahuan saya Encik X: sekiranya perlu saya rasa mereka tiada masalah untuk detect di mana orang tersebut berada Encik X: tapi tiada masalah sekiranya tidak bersalah amdang81: ermm amdang81: Encik X di Trg ke? Encik X: yup amdang81: keje mana? Encik X: itu rahsia saya amdang81: ok.. amdang81: apa maksud Encik X bgtau saya pasal ni? Encik X: tapi saya ditugaskan untuk menangkis bloggers yang memberikan maklumat yang tidak menepati maklumat sebenar Encik X: sebab saya diberikan maklumat berkenaan amdang81@yahoo.com Encik X: email saudara amdang81@yahoo.com ?? amdang81: ye saya amdang81: pasal fertigasi tu ada yg x tepat ke? amdang81: rasanya sumber yg dapat tu mmg dr org besar dah tu Encik X: yup Encik X: memang tidak tepat Encik X: gambar pun salah amdang81: kat mana yg x tepat tu? amdang81: gambar tu mmg la ambik contoh sebahagian jer Encik X: saudara ada baca comment posted? amdang81: belum amdang81: sebab tu bukan blog sy Encik X: ini boleh kira sebagai fitnah Encik X: mengikut akta saudara boleh disaman oleh pihak kerajaan negeri amdang81: knp kerajaan negeri x jawab je? Encik X: kalau semua blog mahu jawab...tak boleh kerja la amdang81: :) Encik X: saya rasa saudara keliru tentang program sutratani dan program fertigasi mega Encik X: sutratani - tadc Encik X: fertigasi mega - jabatan pertanian Encik X: maksud saudara sumber dari orang besar? amdang81: tu x perlu la sy bgtau Encik X: jadi jelas la sumber orang besar itu tak betul amdang81: mgkin juga org yg bg maklumat tu berniat x baik Encik X: klien saya cuma kecewa memandangkan sutratani & fertigasi mega dicampuradukkan amdang81: apa pun, semuanya berkaitan dengan kegagalan fertigasi Encik X: fertigasi yang mana gagal? Encik X: oleh jabatan pertanian ataupun oleh TADC? amdang81: sy x nak la debatkan di sini amdang81: sebab rasanya x ada faedah pun sy sebutkan di sini amdang81: ada baiknya Encik X jelaskan kepada blogger berkenaan tu Encik X: ok sorry..since i thought u are the bloggers and my IT boys are working with the police department to get permission on detecting the blogger Encik X: thanks for your cooperation Encik X: assalamualaikum amdang8: alaikumussalam