Showing posts with label untuk renungan diri. Show all posts
Showing posts with label untuk renungan diri. Show all posts

18 February 2010

'Geng Terengganu' Sudah Lama Wujud.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya tidak berminat untuk mengulas 'pertelingkahan dalaman'. Itupun sekiranya benar wujud pertelingkahan dalaman. Jika benar wujud, adakah asasnya kuat, atau sengaja diadakan bagi menjayakan agenda pihak-pihak tertentu, atau berlaku kerana sifat angkuh dan ego dalam diri. Tetapi sudah tentu setiap dakwaan, mahupun apa yang dinamakan pendedahan oleh pihak-pihak berkenaan dilapik dengan 'niat menyelamatkan parti'.

Petikan Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan seorang penulis blog, iaitu Abdul Rahman Talib memberi ingatan agar waspada dengan 'geng Terengganu' yang dikatakan mengawal tindakan Presiden PAS. Sambil membangkitkan 'geng Terengganu' tersebut menguasai kedudukan strategik dalam kepimpinan PAS Pusat.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tulang Besi tersebut dilihat ada kebenarannya memandangkan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama dan Timbalan Ketua Pemuda, serta Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terdiri dari orang Terengganu.

Namun, perlu diingat nama-nama tersebut kecuali Ustaz Azman Shapawi merupakan nama-nama besar dalam PAS sejak dahulu lagi. Ustaz Harun Taib memegang kerusi Ketua Dewan Ulama sudah berapa tahun? Kerusi tersebut sebelum ini dilepaskan kerana Ustaz Harun cuba bertanding Jawatan Timbalan Presiden PAS.

Dato' Mustafa Ali bergelumang dengan PAS Pusat bukan baru. Kira-kira 12 tahun lamanya Cikgu Pa memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pernah menjadi Bendahari PAS Pusat, juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS. Sebagai orang lama dalam politik, tentulah jasanya diperlukan untuk mengemudi parti sebagai SU Agung. Apatah lagi dalam situasi Pakatan Rakyat masih baru membentuk kerajaan.

Bagitu juga dengan Dato' Abu Bakar Chik. Juga pernah memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam tempoh yang agak lama. Sejak itu rasanya kekal dalam AJK PAS Pusat sehingga hari ini. Kepercayaan perwakilan membuktikan kemampuan beliau dalam kerja-kerja membangunkan parti. Hari ini jika dilihat pada Unit Amal, PASTI sudah tentu akan dikaitkan dengan Ustaz Abu Bakar Chik.

PAS Terengganu sebenarnya sudah lama menguasai PAS Pusat. Sebelum ini ada lagi nama seperti Dato Wan Mutalib dalam AJK PAS Pusat. Malah Muslimat PAS Terengganu juga pernah memimpin Muslimat Pusat. Tapi sebelum ini tiada siapa persoalkan PAS Terengganu memimpin dan menguasai PAS Pusat. Malah pimpinan dari Terengganu saban minggu keliling negara ketika itu bagi menjayakan program-program tarbiyyah mahupun penerangan politik bagi mengembangkan PAS.

Ketika itu, kesusahan bukan seperti sekarang. Ahli kini telah ramai, cawangan tumbuh melata. Malah kerajaan pun ada. Jika benar dan betul sungguh PAS Terengganu mahu bersekongkol dengan UMNO, nama-nama di atas tidak perlu menunjukkan minat pada masa sekarang. Cikgu Pa misalnya pernah melepaskan jawatan Timbalan Menteri kerana PAS keluar dari gabungan BN.

Berbalik kepada persoalan Geng Terengganu menguasai kedudukan strategik parti dan dilihat menguasai Presiden. Jika benar Cikgu Pa menggunakan kedudukannya dalam Harakah, kenapa sesetengah keluaran Harakah edisi cetak, langsung tiada gambar TG Presiden PAS. Rasanya persoalan ini berbangkit apabila kenyataan Cikgu Pa dalam mengulas isu 16 September tahun sudah dimuatkan dalam Harakah. Itu sahaja. Jadi, tidak relevan sama sekali tuduhan Tulang Besi tersebut.

Dalam soal siapa Setiausaha Politik TG Presiden, rasanya isu tersebut memalukan sahaja dibangkitkan Tulang Besi. Apakah itu suatu kesalahan besar dan menyebabkan Presiden PAS menjadi terkebelakang? Dr Shamsuri seorang ahli akademik. Dipilih kerana komitmen dan ilmunya. Adakah ada ahli akademik lain yang sedia bekerja dengan PAS yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan dunia seperti SU Politik Mohd Nor Yaakob?

Bagitu juga dalam soal Unit IT PAS Pusat. PAS Terengganu sebenarnya banyak berkorban dalam segala hal. Ingatkan dengan menyumbang orang Terengganu untuk memimpin Unit IT akan dihargai, rupanya mendapat kejian sahaja. Bolehlah Tulang Besi menghantar resume untuk mengendalikan Unit IT PAS bagi membesarkan lagi fitnah terhadap pimpinan. Alang-alang naik turun hantar laporan itu dan ini, jangan lupa hantar sekali resume.

Kesimpulan dari segala kritikan dan tohmahan yang berlegar-legar tersebut berpunca dari satu sahaja. PAS Terengganu gagal menawan Terengganu. Itu sahaja. Apabila tewas, maka dilihatlah segala perkara adalah negatif dan teruk. Cuba bandingkan dengan pimpinan di lain-lain negeri, walaupun jentera berterabur, tiada Poling Agent & Counting Agent semasa hari pembuangan undi, tetapi dengan sebab menang, maka dilihat hero dan dijulang-julang.

Tulisan ini bukan bermaksud 'mengungkit', tetapi mahu memberi faham wujudnya tangan-tangan jahat (firaun-firaun kecil?) dalam merosakkan jemaah yang mungkin muncul dari dalam dan luar. Inilah sebenarnya ujian dalam perjuangan yang perlu dilalui dengan solat dan sabar. Di sinilah dapat diuji kekuatan pimpinan, ketaatan ahli, dan keutuhan jemaah dan PR itu sendiri. Inilah harga yang mahal perlu dibayar untuk sebuah kemenangan.

Wallahua'lam.

11 February 2010

9 Kesalahan Jalan raya yang perlu dielak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Mungkin berita ini sudah dilupakan kerana pengumuman ini sudah hampir sebulan yang lalu. Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, seperti biasa polis akan mengadakan Ops Sikap. Dalam pada masa yang sama, Ops Bersepadu dilancarkan bagi operasi saman menyaman.


9 kesalahan telah diklasifikasikan sebagai kesalahan serius dan boleh didenda maksimum RM 300. 9 kesalahan tersebut adalah:

1. Tidak memakai tali pinggang keledar
2. Tidak memakai topi keledar
3. Memandu melebihi had laju
4. Memotong di garisan berkembar
5. Memotong barisan
6. Tidak mematuhi lampu isyarat
7. Menggunakan lorong kecemasan
8. Memandu secara berbahaya
9. Membawa muatan lebih had.

Wallahua'lam.


Sumber asal: SINI

Nota: Kepada semua kroni-kroni, kita jumpa di Pulau Langkawi Sabtu ni. Balqis akan tunjukkan aksi-aksi baru yang sudah dikuasainya!

09 February 2010

Lelaki Rambut Panjang, Perempuan Pakai Skirt...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Sebaik selesai memberi salam, aku berundur dalam keadaan mengensot untuk membolehkan kaki aku sedikit lega dalam keadaan bersila semasa wirid. Tiba-tiba terperasan oleh mataku 2 orang lelaki yang berambut panjang turut selesai bersolat selang beberapa jemaah sahaja dengan aku. Aku kurang perasan 2 jemaah tersebut sebelum solat kerana aku sedikit terlewat dan agak tergesa-gesa mengangkat takbir sejurus sahaja tiba.

Seorang rambut panjang tanpa diikat, tetapi memakai 'skaf' bagi mengelakkan rambutnya jatuh ke depan semasa sujud. Barangkali. Seorang lagi mengikat rambut. Sekali lihat panjang rambut mereka hampir sama. Sehingga mencecah tengah belakang masing-masing. Entahlah mereka ini dari kumpulan rock mana.

Secara drastik aku mengucapkan 'alhamdulillah' apabila melihat mereka ini turut berada dalam saf dan sama-sama bersolat jemaah. Walau apapun rupa mereka, pakaian mereka, tetapi mereka tetap bersolat.



Satu ketika semasa melawat Thailand, selepas melawat kebun buah-buahan di sebuah kebun di sana, kami bercadang menunaikan solat jamak ta'khir zohor dan asar. Kebetulan kawasan yang kami kunjungi jauh dari kawasan penduduk Islam. Maka, kami memilih sebuah bilik yang disediakan oleh pihak pengurusan kebun tersebut.

Selesai solat, aku baru perasan beberapa peserta wanita turut sama mengikut kami di belakang. Apabila semuanya selesai, seorang demi seorang membuka pakaian solat masing-masing untuk dilipat termasuklah seorang daripadanya yang memakai skirt paras lutut. Sedikit terkejut kerana aku tidak menyangka dia salah seorang peserta wanita yang turut bersolat di belakang kami. (Dalam rombongan terbabit, hanya 2 peserta perempuan yang tidak bertudung)

Apa yang mendukacitakan apabila ada di antara peserta yang menggunakan alasan 'was-was' dengan tempat solat kami mengambil keputusan langsung tidak bersolat.

Sudahkah anda menunaikan solat?

Wallahua'lam.

17 December 2009

Doa Awal dan Akhir Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Selamat tinggal 1430H...




Ahlan Wasahlan 1431H.



Semoga segala amal kita diterimaNya. Wallahua'lam

17 November 2009

Persepsi Oh Persepsi: Kisah Paderi dengan Gembala Kambing

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.



Cerita ini hampir sama seperti yang diceritakan oleh YB Tuan Guru Dato' Ustaz Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam suatu majlis dengan mengaitkan dengan persepsi. Persepsi oh persepsi...

Adapun, cerita ini aku copy & paste dari SINI kerana malas untuk menulis dalam versi Ustaz Harun. Wallahua'lam.

15 November 2009

Ustaz Abu Bakar Chik sergah TGNA?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Amdang, mung kena jawab bagi pihak Terengganu." Sapa seorang kenalan yang merupakan seorang penulis dalam beberapa majalah dan akhbar alternatif menerusi YM!. Juga seorang blogger.

Perkenalan kami bermula ketika PRU 12 lalu dan agak sering juga berjumpa di program-program besar parti. Isu yang beliau maksudkan adalah isu-isu yang melibatkan pimpinan PAS Terengganu diserang, terutamanya yang terbaru isu "Ustaz Abu Bakar Chik menyergah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat".

"Bukan tak nak jawab, tapi nak tengok sejauh mana pembohongan mahu terus dilakukan" Aku menjawab beralasan.

Sebenarnya aku tiada kesempatan untuk menulis bagi menjawab tuduhan yang tiada asas langsung. Sudahlah tiada asas, lebih malang lagi disebarkan pula oleh blogger-blogger lain yang mana langsung tidak menyelidik sumber berkenaan, mahupun mahu mendapatkan kebenaran dari isu yang diperkatakan.

Hari ini, sudah seminggu lebih isu tersebut berlalu. Aku bukan mahu memanaskan isu ini kembali, tetapi aku berasa bertanggungjawab untuk menjawab isu ini dari sudut yang sebenar. Sebenar yang aku maksudkan di sini adalah dengan bertanyakan sendiri orang yang dituduh tersebut.

Alhamdulillah, aku berkesempatan makan semeja dengan Ustaz ABC beberapa hari lalu. Peluang yang ada tersebut aku gunakan untuk bertanya sendiri tentang apa yang dihebohkan oleh blog-blog yang menyerang Ustaz ABC.

"Ustaz, ada blog tulis kata ustaz kata TGNA nyanyuk dalam Mesyuarat Khas baru-baru ni. Betul ke?" Aku mencelah ketika mana dia asyik makan.

"Eh, tak dok" Kata Ustaz ABC menafikan. Dia semacam berfikir semula selepas menjawab.

"Blog mana?" Ustaz ABC pula bertanya.

"Blog XXX.blogspot.com" aku menjawab.

Ketika itu aku difahamkan blog terbabit yang mengeluarkan tuduhan tersebut. Akhirnya aku mendapat tahu sumber tulisan asal dari blog lain. Rasanya tak perlu aku tulis nama blog berkenaan di sini kerana blog berkenaan hanya "copy & paste" sahaja artikel asal.

Aku terbaca juga komen Ustaz Misbahul Munir berkenaan fitnah jahat blog berkenaan, yang akhirnya cuba juga dijawab kembali oleh blog jahat tersebut. Apa yang kelakar bilamana diminta Ustaz ABC sendiri tampil untuk menjawab tuduhan tersebut. Sedangkan Ustaz Misbah sudah mendapat kepastian dari individu-individu lain yang hadir dalam Mesyuarat Khas tersebut tentang tiadanya insiden yang dimaksudkan.

Jika benar ada maklumat, tampilkan siapa yang mendedahkan maklumat tersebut barulah adil dalam membuat pertuduhan. Kenapa nak libatkan semua ahli mesyuarat terbabit bersumpah. Tak logik!. Minta ustaz ABC tampil menjawab pertuduhan pun aku rasa tidak logik. Apakah kerja setiap pimpinan membelek blog setiap hari bagi menjawab setiap tuduhan? Ini lagi tiada kerja!

Betapa mudahnya aku melihat para blogger yang kononnya memperjuangkan kebenaran maklumat "copy & paste" artikel dari blog jahat tersebut. Sudahlah, henti-hentilah menyebarkan dosa dan fitnah.

Mungkin blogger berkenaan 'terfikir idea' Ustaz ABC sergah TGNA selepas melihat Ustaz ABC sergah Prof Dr Aziz Bari.

Wallahua'lam.

P/s: Maaf, artikel ini terlewat beberapa ribu saat dari yang sepatutnya. Tapi ini aku kira memadai dari langsung tiada. Mungkin ini sekadarnya sahaja. Atau permulaan?

06 November 2009

SMS dari seorang Ayah...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sedang asyik mengadap laptop pagi ini bagi menyiapkan satu kad jemputan, tetiba dapat SMS dari ayah:

"Hidup di dunia akan mati, akhirat kekal. Untuk tengok bola dan hiburan TV kita boleh, untuk solat sunat tak boleh. Baca akhbar dan layari internet boleh, baca Quran tak boleh. Pandu kereta untuk ke tempat kerja dan super market boleh, tapi untuk ke masjid dan majlis ilmu tak boleh"
Ayah rajin juga SMS anak-anak jika ada tazkirah dan ada berita yang menarik. Kadang-kadang ayah hantar juga SMS kepada aku minta ditulis itu dan ini. Kadang-kadang, terfikir juga untuk buat satu blog biar ayah menulis dengan gaya sendiri.

Ayah tahu guna email, apalah sangat dengan blog ini. Cuma belum tahu sahaja. Jika tahu stepnya, mudah sahaja. Tapi, mak mesti menentang keras. Belum ada blog dah mengadap komputer cukup lama, inikan pula jika punya blog sendiri.

Ikut perancangan, minggu ni memang nak balik kampung. Tapi, tiba-tiba pula Mesyuarat Khas PAS Pusat minggu sudah memutuskan diadakan seminar di Taman Melewar esok. Jadi, kesudahannya tidak jadi untuk balik kampung.

Thanks ayah atas SMS yang mengingatkan diri ini. Luv U.

Wallahua'lam.


20 May 2009

Selamat Hari Lahir Sahabatku...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Seperti biasa, BirthdayAlarm.com akan mengingatkan aku tentang birthday sahabat-sahabat. Hari ini aku terima lagi email dari BirthdayAlarm.com. Bezanya peringatan hari ini bukan mengingatkan aku tentang kelahiran, tetapi kepada pemergian seorang sahabat..

-----------------email dari BirthdayAlarm.com----------------------
Muhammad

Syahrul Nazuwan's (syahrul_tx@yahoo.com.my) birthday is on Tuesday May 26th. Syahrul will be 28 years old. Click below to choose one of our specially recommended birthday greeting cards and we will send it on Syahrul's birthday...

http://www.birthdayalarm.com/eCard/24834818a1b572220105c5894906

Kind Regards,

BirthdayAlarm.com

-----------------------abis email ------------------------------------

Sabtu lalu, aku sekali lagi sempat singgah rumah Sue. Alhamdulillah aku tengok Sue makin kuat. Suhail juga aku lihat makin sihat. Katang gitu. Cuma kata Sue, Suhail tak makan sangat. Banyak minum susu je.

Apabila Balqis diambil Sue dari tangan Jue, Suhail merengek dengki. Dia segera bangun mendapatkan ibunya. Kemudian Sue menyuakan pipi Balqis kepada Suhail. Kelakar melihat gelagat Suhail yang 2,3 kali mencium pipi Balqis.Tangan Suhail pula bergerak-gerak geram mahu bermain-main dengan Balqis..

Ketika Sue turun ke dapur sediakan air minuman, Suhail ditinggalkan bersama kami. Pada mulanya kelihatan OK, tetapi bilamana kelibat Sue tidak kelihatan, Suhail menangis. Aku cuba mengambil Suhail, namun tangisnya makin kuat..Bilamana aku mendukungnya, barulah tangisnya sedikit perlahan.. Namun, gerak gerinya masih mahukan ibunya..

Jue membisikkan ke telinga aku. "Macam arwah". Aku angguk. Jauh di sudut hatiku tidak menafikan betapa wajah Suhail amatlah mirip kepada arwah. Lebih-lebih lagi bila melihat hidung Suhail..

Kami singgah cuma sebentar. Sempat minum teh dan makan keropok jugak. Sengaja mengunjungi Sue dan Suhail bagi melepaskan hajat Sue untuk memegang Balqis. Kedatangan kami sebelum ini ketika Sue demam dan selsema. Dia tidak memegang Balqis takut berjangkit.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Sue untuk meneruskan perjuangan hidup. Semoga Suhail juga membesar cemerlang seperti arwah bapanya dan menjadi anak yang soleh. Semoga Allah menempatkan sahabatku Shahrul Nazuwan bin Yusof di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Selamat Hari Lahir sahabat....Al-Faatihah.

26 April 2009

Apa tindakan anda jika...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Jika anda sedang memandu kereta, tiba-tiba sebuah kenderaan hitam sebegini berada di hadapan anda. Adakah anda segera memotong, atau perlahankan kenderaan anda dan terus mengekori kenderaan tersebut dengan kelajuan yang sama?

Atau...

Ya Allah, tamatkanlah ajalku dengan mendapat kebaikan..

23 April 2009

Perkahwinan Rita - Aidil Sah!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku sengaja menjadikan kisah Rita Rudaini dan Aidil ni sebagai suatu contoh. Walaupun mungkin bukan contoh terbaik, tetapi masih merupakan contoh dari yang langsung tidak baik dan tidak dapat dijadikan contoh.

Gambar dari Mstar. Berita di SINI.

Lupakan masalah yang sedang dilalui mereka bilamana berkahwin di luar negara dan gagal mendaftar. Lupakan juga perkahwinan mereka yang lambat diketahui keluarga. Lupakan seketika.

Aku cuma mahu mengambil satu kebaikan bilamana mereka berkahwin. Alhamdulillah, segalanya menjadi halal. Pergaulan, perhubungan dan sebagainya.

Melihat kepada segala masalah sosial yang ada pada hari ini, perkahwinan merupakan suatu jalan penyelesaian walaupun ada yang gagal melaluinya. Namun, dari dibiarkan pergaulan tanpa batas dan perlakuan sumbang yang menyumbang dosa, perkahwinan tetap keutamaan penyelesai masalah.

Imam al-Ghazali ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat 5 tujuan perkahwinan iaitu :

1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:
i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir." - Surah Al-Rum, 21.


Wallahua'lam.


p/s: Ramai lagi nih tak kawin. Cepat-cepat la oooii. ;)

26 February 2009

Iklan: Ceramah Jihad Palestin di MTT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sedikit Iklan:


CERAMAH JIHAD PALESTIN & TAYANGAN VIDEO PALESTIN

Tarikh:
26 Februari 2009 (Khamis)

Masa:
9.00 Malam

Tempat:
Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Tok Jiring (MTT)

Penceramah:
1. YB Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian
2. Ybhg Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Presiden AFMY

3. Ybhg Tuan Haji Hussin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia.


SEMUA DIJEMPUT HADIR dan MENDERMALAH

25 February 2009

Lepaskanlah Eli dan Anak Ali

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam Malaysiakini melaporkan 10 000 tandatangan berupa petisyen sudah diserahkan kepada MB Selangor sebagai sokongan kepada Elizabeth Wong untuk mengekalkan kerusi Dun Bukit Lanjan dan Jawatan Exconya. Sokongan dari rakyat itu diusahakan sendiri oleh penduduk Bukit Lanjan.

Aku secara peribadi bersimpati terhadap Elizabeth yang telah 'dicabul' melalui penyebaran foto-foto dan klip video yang dikatakan dalam posisi separuh teLANJANg. Aku sendiri belum melihat foto dan video berkenaan. Tetapi dimaklumkan foto-foto berkenaan 'biasa-biasa' sahaja.

Terfikir aku, sekiranya foto-foto tersebut adalah 'biasa-biasa' sahaja, kenapa Eli mahu bertindak sehingga melepaskan jawatan? Memang malu jika peribadi kita disingkap seperti yang berlaku kepada Eli, tetapi jika ianya sesuatu yang tidak sampai kepada peringkat kesalahan besar, tiada sebab untuk Eli melepaskan jawatan.

Aku merasakan tindakan Eli mahu melepaskan jawatan adalah sesuatu yang waras pada pemikirannya. Pertimbangan itu mungkin sudah mengambil kira pelbagai perkara. Aku bukan mahu buruk sangka, tetapi aku merasakan gambar yang disiarkan itu mungkin mempunyai cerita yang lebih panjang dan lebih dari sekeping gambar 'biasa-biasa'.

Dalam situasi ini, tindakan Eli mahu melepaskan semua jawatan adalah suatu kewajaran kepada PKR dan Kerajaan PR Selangor. Kita semua perlu menghormati keputusan tersebut. Jangan sampai dari gambar yang 'biasa-biasa', muncul pula nanti cerita 'luar biasa'. Ini yang ditakuti.

Eli tahu tindakannya, maka lepaskanlah dia sebagaimana yang dikehendakinya. Cukuplah kita menyokongnya dari segi menyelar tindakan pihak yang 'mencabul'nya yang melanggar ruang peribadi seorang insan. Cukuplah dan lepaskanlah Eli.

Bagaimana pula dengan anak Ali si Ibrahim? Ibrahim Ali bukan tokoh baru dalam politik tanahair kita. Cukup terkenal dan pimpinan PAS Kelantan juga amat mengenalinya. Bahkan gelaran 'Katak' juga amat sinonim dengan Ibrahim Ali. Lompat dari satu parti ke satu parti bukan perkara yang asing bagi Ibrahim Ali. Semua orang pun tahu.

Anggaplah kerusi Ibrahim Ali sudah dilepaskan. Anggap sahaja kita tersilap percaturan dengan membenarkan logo bulan digunakan Ibrahim Ali dalam PRU 12 lalu. Memang dia yang meminta, tetapi kita terlalu baik dan sentiasa terlalu baik sangka. Kita juga sedar yang logo bulan hanya digunakan ketika pengundian, tetapi hakikatnya adalah bebas.

Kita sendiri yang membebaskan Ibrahim Ali. Kita juga tidak mengikatnya seperti mana yang kita katakan kepada ahli-ahli parti yang lain. Aku percaya Ibrahim Ali tidak terikat dengan Bai'ah. Aku percaya Ibrahim Ali memang berada di pihak bebas. Maka lepaskanlah dia.

Cukuplah sekali terjerat dengan Ibrahim Ali. Bukan kita tertipu, tetapi kita menimba pengajaran. Kita sentiasa diuji kawan dan lawan. Ujian bukan hanya bersifat kesusahan. Ujian juga datang dengan kesenangan. Rahmat juga bukan bersifat kesenangan, tetapi ada ketikanya susah dan perit itu adalah Rahmat yang tidak terhingga.

Wallahua'lam.

02 February 2009

Muhasabah Boikot.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini ruangan aku untuk muhasabah diri. Kebetulan jumpa poster boikot ni dengan penuh sticker produk-produk yang ada, maka aku nak semak la samada aku terpakai ke, terbeli ke dan sebagainya. Jom sama-sama koreksi diri!

Untuk senarai yang lebih detail dan lengkap boleh tengok kat SINI.

1. Coca-cola - Aku dah lama tak beli. Cuma masa PRK P036 aritu aku minum skit. Itupun sebab jumpa atas meja dekat bilik kawan. Aku niat masa tu nak 'telan Israel'. Aci ke?

2. CNN - Aku tak langgan Astro. Kiranya tak bersubahat la.

3. Levis - Ni malu skit nak bagitau. Aritu punyalah pusing-pusing nak buat cermin mata. Apabila ditunjukkan satu cermin jenama Levis terus berkenan. Tapi aku tak beli dulu. Aku pusing lagi kedai-kedai lain kot-kot jumpa yang berkenan, tapi akhirnya aku kembali ke kedai mula-mula tadi dan order cermin tu. Kiranya umur cermin mata aku ni dah setahun lebih. Selagi boleh pakai, pakai je lah. Tapi lepas ni aku janji tak akan guna jenama Levis lagi.

4. BOSS, Calvin Klein, Donna Karan - semua ni aku tak pakai.
5. Carrefour - Alhamdulillah kat Terengganu tak ada jenama nih. Harap-harap tidak diadakan.

6. DANONE - Biskut nih. Dulu tak tahu. Dah tahu ni, insyaAllah tak beli dah. Lagipun aku tak suka makan biskut.

7. Nestle (Maggi, Milo, Nescafe dll) - Yang ni aku dah cerita. InsyaAllah tak ambik dah semua tu. Aku akan pastikan kalu yang ada tu setakat tu je. Habis beli produk lain.

8. L'OREAL - Seingat aku ada satu milik wife aku. Macam nak abis dah je. Tapi aku dah perkenalkan dia dengan produk-produk Centella White (HPA). Lagipun dia keluar shopping dengan aku. Senang la nak kontrol.

9. Disney - Susahkan nak elak kartun Disney ni? Sama-sama pakat elak. Masa duk KL dulu, kalu VCD ni suka ambik cetak rompak punya je. Tapi sekarang rasa dah tak minat kartun-kartun nih. Nasib baik dah tua. Kalu ada gak cerita menarik, mungkin download je. Aci kan?

10. Garnier - Fasha Sandha tidak mampu nak membuat aku tergoda dengan iklannya.

11. Kleenex - Aku rasa aku tak terbeli produk ni untuk tisu terbaru kat rumah. Kadang-kala main ambik je. Harap-harap tak.

12. Kotex, Huggies - Dua-dua ni aku tak pakai. Heheheh. Balqis aku akan jaga dari pakai benda-benda jenama nih. Beli je diaper yang murah-murah. Boleh je nak elak ni. Tak perlu la bersayap, lebih panjang dan seumpamanya. Hehehhe.

13. Johnson&Johnson - Alhamdulillah berjaya mengelakkan produk ni. Nasib baik banyak produk alternatif barangan bayi.

14. Kiwi - Aku lebih suka sandal, atau kasut-kasut biasa. Jadi tak perlu pakai Kiwi. Selamat aku.

15. Sara Lee - Aku rasa berjaya elak. Tapi kena cek betul-betul lepas ni. Kadang-kadang jenama tu pakai nama lain dan tidak zahirkan syarikat.

16. Nokia - Aku pakai Samsung. Tapi ada juga Nokia satu sebagai spare. Sebab mudah untuk urusan SMS. Aku akui Nokia ni mesra pengguna sangat. Tapi aku cari yang murah je laa.

17. Intel - No komen la yang ni. Macam susah je nak elak.

Nota: Lain-lain barangan seperti minuman dan sebagainya tu alhamdulillah berjaya elak. Minuman bergas yang aku minum hanya 100Plus je. Selain tu aku ambik produk HPA. Ada Radix Cola, Sarsi dan Oren. "Mak kata syedapp".

Aku masih berharap dapat alternatif untuk gantikan Deodorant Nivea yang aku pakai. Eh, roti Gardenia tu bukan dari US ke?

Wallahua'lam.

01 January 2009

Gurindam Gaza

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku kongsi dengan kalian satu gurindam seorang sahabat. Beliau namakannya sebagai Gurindam Gaza.

Gurindam Gaza...

Wahai adik... adik tahu tak,
Gaza itu bukan asing,
Ia memanggil diri masing-masing.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza tempat moyang nabi Muhammad berdagang,
Di Genting itu para anbiya' dan mursalin pergi berjuang.

Wahai adik, adik tahu tak..
Gaza kini bermandi darah,
Menentang Zionis haram jadah,
Merampas tanah orang sukati dia jah,
Perjuangan diteruskan menanti sudah,
Kepada Tuhan tangan mengadah,
Agar bantuan turun ke lembah.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza kini lebur,
Tika malam ini/semalam orang lain leka berhibur,
Dengan hiburan yang takkan dibawa ke kubur,
Hogmanay, tahun baru Masihi, hati terkujur,
Entah ke mana hidup dilabur.

Wahai adik, adik tahu tak,
Ramai kawan tak tahu pun,
Rakan seaqidah ditembak dibom,
Ahh peduli apa, aku selesa harta bertimbun,
Semuanya sponsor yang tanggung,
Atau majikan yang kongsi untung.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mari kita sejenak berfikir,
Janji kita sebelum dilahir,
Apa sumbangan, perlu dizahir,
Mengapa 1 pound infaq kita kikir,
Mengapa berbangga dengan produk Israel.

Wahai adik, adik tahu tak,
Di Mahsyar kelak, untuk mengelap gagap,
Apa kata kita berhenti berhibur sekejap,
Cukup-cukuplah asik berentap,
Dengan firework, hiburan dan kepulan asap.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mungkin berat membaca gurindam abang,
Kerana berat kelopak mata memandang,
Penat berhibur malam dan siang,
Jangan lupa kita di dunia ini berdagang,
Jangan terlalu singkat mata memandang,
Elak diri daripada malang,
Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersama Gaza, ikhtiarkan berjuang !!!!

ABUKIFAH

12 November 2008

De Xtreme Blog Contest: Tempat ke-4

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf kerana sedikit terlewat membuat posting berkaitan ini. Sedikit masalah yang dihadapi ini mahu rasanya aku letakkan dan salahkan kepada Celcom. Hehehehe.

Inilah pertama kali sebenarnya aku diberikan penghargaan seumpama ini sepanjang berada di dunia blog. Langsung tidak aku sangka blog yang hijau ini ada peminat tersendiri. Walaupun diiktiraf sebagai mendapat tempat ke-4, namun pada aku walaupun berada di kedudukan yang ke 100 pun aku amat menghargainya. Apapun, aku lebih suka kepada komen yang diberi oleh tuan punya penganjur iaitu Cik Ein kepada aku.
Komen : Bijak dalam memilih kombinasi warnanya yang boleh menyejukkan mata aku nie. Grafik yang menarik. Cuma Contentnya saja agak kurang menyerlah, mungkin bleh gunakan bold, underline, atau warna yg berbeza untuk menekankan lagi sesuatu isi.
Pasal pemilihan warna, memang ini adalah warna yang aku minat. Pada aku memang menyejukkan pun. Supaya kalu ada posting aku yang panas-panas sekalipun, si pembaca akan cepat terasa sejuk. Maklumlah kadang-kadang isu yang aku bawa sedikit panas.

Grafik yang menarik?. Ermm. Bab ni aku rasa nak kongsi je hadiah dengan si Aiman. Dia ni memang antara designer aku selain Cik Baity dan Joe. Ada lagi beberapa teman yang akan menjadi mangsa aku apabila aku memerlukan sesuatu design. Sekadar menyebut yang biasa menjadi mangsa. ;)

Cuma Contentnya saja agak kurang menyerlah, mungkin bleh gunakan bold, underline, atau warna yg berbeza untuk menekankan lagi sesuatu isi. - Aku sebenarnya cukup suka dengan komen sebegini. Pada aku jujur. InsyaAllah ada masa aku akan perbaiki dari semasa ke semasa.

Sebenarnya blog ini belum siap sepenuhnya. Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana link-link yang ada pada blog ini sebelum ini, tetapi hilang setelah masuk ke rumah baru ini. Kekurangan idea untuk menyusun link dan mengatur kedudukan kotak-kotak blog.

Aku masih berdepan dengan masalah line tenet yang tak stabil sebenarnya ni. Sekian. Wassalam.

p/s: Aritu aku pernah janji nak kumpul blogger dari Terengganu, tp sehingga hari ini aku masih tak berjaya luangkan masa. Mungkin ada kawan-kawan yang boleh ingatkan dan bantu aku dalam hal ni.

29 October 2008

Soal Selidik..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku baru sahaja menyiapkan beberapa soalan berbentuk 'Poll' kepada semua pengunjung blog ini. Harap sesiapa yang berkelapangan dapat tanda sahaja soalan-soalan yang dikemukakan itu. Diharap juga poll berkenaan dapat menjadi kayu ukur kepada blog ini bagi aku meningkatkan prestasi dan penulisan.

<----- Tengok belah kiri sini untuk respon kepada poll yang ada.

Dalam perasan atau tidak, sebenarnya komen yang dikemukakan oleh kebanyakan pengunjung berkisar kepada artikel-artikel bersifat personal. Bagi artikel-artikel politik, jarang dapat dilihat komen atau sebarang teguran melainkan artikel tentang Ahmad Said mula-mula nak dilantik menjadi MB dahulu.

Bukan sekadar mahu melihat reaksi, tetapi sebenarnya lebih kepada mahu berdiskusi. Pandangan seseorang sebenarnya berbeza dari sudut mana dia berada.

Adapun, soalan berkaitan iklan yang dipaparkan lebih kepada 'gimik' semata-mata. Ada info terlindung di sebalik soalan ini. Hanya yang mengetahui sahaja akan memahami. Jika perasan di lain-lain blog ditulis dengan perkataan 'menampung secawan kopi' sahaja. Tak faham? Nanti lah ada masa kita bercerita.

Wallahua'lam.

15 October 2008

Dah start puasa 6?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringi dengan enam hari dari bulan syawal maka itu seperti puasa sepanjang tahun" - Maksud Hadis.

Imam Nawawi dalam Syarh Muslim, 8/56 mengatakan,

“Para ulama madzhab Syafi’i mengatakan bahwa paling afdhol (utama) melakukan puasa syawal secara berturut-turut (sehari) setelah solat ‘Idul Fithri. Namun jika tidak berurutan atau diakhirkan hingga akhir Syawal maka seseorang tetap mendapatkan keutamaan puasa syawal setelah sebelumnya melakukan puasa Ramadhan.”

Dah start puasa 6 ?

"Camana nak start puasa, hari-hari ada rumah terbuka." Jawab seorang teman tersenyum.

Orang dulu-dulu, 2 Syawal dah mulakan puasa. 7 Syawal dah habis. Hari ini dah 15 Syawal. Aku baru buat separuh. Lagi separuh leh buat dalam 15 yang berbaki.

Sebenarnya memang seronok mulakan puasa 6 Syawal ni segera. Ketika itu perut masih terlatih dengan kebiasaan sebulan Ramadhan. Kadang-kadang tidak terasa pun letih berpuasa. Namun, halangan paling besar adalah hidangan-hidangan istimewa yang disediakan di rumah-rumah terbuka.

Satay semacam mendapat ranking paling atas. Diikuti lemang, ketupat, nasi minyak dan sebagainya. Sesetengahnya pula menggemari hidangan kambing. Tidak kisah kambing panggang, gulai mahupun goreng.

Apapun persoalan hidangan yang disediakan oleh rumah-rumah terbuka, puasa 6 Syawal ini jangan sampai tidak sempat. 15 hari yang berbaki sebenarnya suatu tempoh yang masih sempat untuk sama-sama kita mengambil manfaat. Peluang ni dalam bulan Syawal je!.

Tulisan ini sebenarnya sebagai motivasi diri untuk aku segera menghabiskan puasa 6 Syawal. Kadang-kala hari demi hari yang berlalu terlalu cepat. Nanti sedar-sedar dah tidak sempat untuk mencukupkan 6 hari. Maka, ada baiknya saling ingat mengingati dalam perkara yang baik ini.

Anda dah start puasa 6??

p/s: mesti yang akan kata Hampeh! sebab tajuk puasa, tapi letak gambar satay. Cobaan..

28 July 2008

Surat Terbuka untuk Pimpinan-pimpinan Pas

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf kerana tulisan ini ditulis secara terbuka. Namanya pun surat terbuka. Namun keterbukaan surat ini diharap tidak membuka terlalu banyak prasangka dan buruk sangka. Harapnya juga penulisan ini dapat menjadikan para pimpinan semua terus menjadi contoh dan rujukan kepada semua masyarakat di bawah.

Surat terbuka ini ditulis bukan untuk mengkritik mana-mana Pimpinan Pas, tetapi lebih kepada mengingatkan sesama insan. Aku ni terlalu kecil sebenarnya untuk menulis, apatah lagi kepada pimpinan-pimpinan Pas sekalian. Apatah lagi dengan tarbiyyah yang diterima aku tidak seberapa, amal juga teramat kurangnya.

Namun, pada aku peringatan itu perlu. Baik kepada yang atas, mahupun kepada yang bawah. Tidak mendengar peringatan, itu bab yang lain. Menyampaikan peringatan, itu satu bab yang lain pula.

Mengikut aku yang cetek pengalaman dan kurang tarbiyyah ini, dalam berjemaah kita ada adab. Adab itu bukan setakat mengikut peraturan yang termaktub dalam perlembagaan parti, namun turut merangkumi peraturan perjalanan sebuah harakah Islamiyah. Aku percaya, adab yang aku maksudkan ini tiada tercatat secara langsung, tetapi boleh dilihat dan diambil dari usrah kecil mahupun usrah besar yang menekankan konsep itu dan ini sesebuah harakah Islamiyah.

Secara terus terang, aku melihat apa yang berlaku dalam isu Muzakarah / Muqobalah memperlihatkan bagaimana 'rakus' dan 'tamak' sesetengah pimpinan dalam mahu menjuarai isu. Isu yang sepatutnya diulas dan didengar terlebih dahulu dari pimpinan atas dibahas di peringkat bawahan sehingga ianya menjadi sesuatu yang mengecohkan.

Tidak semua strategi perlu didedah, apatah lagi bilamana keputusan Syura sudah memutuskan sesuatu mengenainya. Soal tidak tahu ianya keputusan Syura, itu soal lain. Tidak semua Ajk dalam mana-mana peringkat perlu tahu sesuatu perkara sehingga mereka sepatutnya tahu. Jika perlu tahu sekalipun, apa salahnya bertanya secara personal. Cukup dengan pernyataan "saya belum tahu isu ini bla.. bla.. bla dan akan minta ulasan pimpinan A dan B untuk kepastian".

Namun, dalam tidak tahu lebih lanjut terus mengulas dan menghentam pimpinan atasan, itu sudah di luar adab. Lebih malang jika mengulas dan menghentam pimpinan secara terbuka. Baik media massa, mahupun media elektronik mahupun laman sesawang sendiri. Itu tiada adab namanya.

Benar itu pendapat peribadi. Namun, 'menyerang' pimpinan atasan dengan cara sebegitu juga adalah serangan peribadi. Peribadi pimpinan yang menyerang dilihat tidak elok, peribadi pimpinan yang diserang juga tidak elok pada pandangan awam.

Kita bukan DAP yang cakap tanpa batas. Tiada mereka tahu adab, akhlak dan rukun-rukun yang patut dipatuhi dan diikuti. Bai'ah, wala' dan lain-lain istilah langsung mereka tidak faham dan tidak pernah diusrahkan kepada mereka. Sebab mereka adalah DAP.

DAP tidak pernah tahu bila kita bercakap soal menerima keputusan mesyuarat akan mendapat pahala. Jika keputusan itu betul, kita diajar pahalanya dua. Jika tidak tepat, kita diberitahu pahalanya satu. DAP tidak pernah tahu ini semua. Apatah lagi DAP tidak pernah tahu peranan Majlis Syura, peranan Dewan Ulama' mahupun lain-lain badan. Apa yang DAP tahu adalah badan-badan itu selalunya bersikap 'tegas' dan 'menghalang'.

Sedangkan kita merujuk dewan dan badan-badan tadi bagi menghalusi sikap, keputusan dan pendirian kita. Kita kuat dan kukuh kerana badan-badan ini berfungsi untuk memantau jemaah sepanjang masa. Mereka sering menunjuk jalan. Walaupun sempit, namun jalannya tetap ada. Jalan diberi dengan alasan yang kukuh. Ada hukumnya. Jika jalan ditutup juga kukuh. Juga disertakan hukumnya.

Dalam sesuatu keadaan, diam itu lebih baik. Bimbang jika tersalah cakap, benda kecik menjadi besar. Dengan isu yang agak 'panas' kedudukannya, lebih-lebihlah perlu berhati-hati. Peluang dan ruang untuk musuh menerkam sentiasa terbuka.

Percayalah, pimpinan yang telah diamanahkan tidak akan sekali-kali mengkhianati amanah. Ketika mana kemenangan itu hampir, ketika itu ujian semakin berat. Usah terpengaruh dengan pendapat umum yang kadangkala nakal. Usikan mereka adakalanya berat, keterlaluan dan malahan melukakan.

Mereka begitu kerana ada di antaranya sayangkan perjuangan, tetapi tidak tahu saluran. Mulalah mereka cerita yang bukan-bukan. Apatah lagi jika pimpinan yang ada tiada sehaluan. Mereka hanya penyokong, tidak pernah pun berjuang. Ada juga yang bermuka-muka. Berpura-pura baik, sedangkan cuba memecahkan.

Berlapanglah dada. Tidak semua yang kita lihat tidak baik itu natijahnya juga tidak baik. Kita diperlihatkan dengan Sirah Rasulullah s.a.w ketika mana baginda menandatangani Perjanjian Hudaibiyah. Kelihatannya seolah-olah merugikan Islam, tetapi Allah kemudiannya menurunkan firmannya dalam Surah Al-Fath, ayat yang pertama bagi menjawab keraguan para sahabat:

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata"

Ketika itu barulah sahabat-sahabat tersenyum dan yakin dengan keputusan Rasulullah s.a.w.

Wallahua'lam.


Hamba yang kurang diajar,

Amdang81
28 Julai, Kuala Terengganu.

Nota: Penggunaan katanama AKU bukan bermaksud ego, atau sikap kurang ajar aku dengan mana-mana pimpinan PAS, tetapi disesuaikan dengan penulisan aku secara bersahaja ini dan mengikut lunas blog aku. Jika inipun nak dijadikan suatu perbahasan yang besar, apa nak dikata. :(

30 June 2008

Menderma di saat kesempitan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Satu artikel dari Mstar.

KALAU anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.


23 June 2008

Solat 5 Waktu: 80% Tak Solat?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku kebosanan. Tadi jenguk ke TKO, aku lihat satu thread yang dibuka berbicara pasal solat 5 waktu. Artikel yang merujuk kepada Dr Fadzilah Khamsah aku kira elok untuk dikongsi. Kiranya ianya boleh menjadi peringatan sesama kita dalam menjaga solat, seterusnya memastikan ahli keluarga kita dan masyarakat sekitar dalam menjaga solat.

Berikut adalah petikan artikel tersebut.

"SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan ebuah hadis Nabi yang bermaksud; "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama."

Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.


"Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup embuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,"Kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. "Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.

Kewajipan
solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja," terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati. Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud; "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk." Ini menjelaskan kepada kita ahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

"Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan ewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama," kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang.

Dr. Fadzilah
mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. "Allah swt menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya," katanya lagi.